senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

Guna Perhiasan Emas Ketika Menunaikan Umrah, Ifa Raziah Telah Rujuk Ustaz

leav by leav
January 12, 2022
in Gosip

Sumber foto: youtube.com

0
SHARES
24
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Nama selebriti, Ifa Raziah sekali lagi menarik perhatian umum apabila perilakunya mengenakan perhiasan emas ketika mengerjakan umrah baru-baru ini dikritik warganet.

Tidak berdiam diri, Ifa yang tampil membela diri telah menjawap kritikan warganet dan menganggap kritikan itu tidak berasas.

Menurutnya lagi, susulan hantaran video di saluran YouTube miliknya, dia juga pelik kenapa isu pemakaian barang kemas emas menjadi perdebatan warganet.

Sumber foto: Instagram/Ifa Raziah

“Orang mengata saya pakai gelang emas di Mekah. Apa salahnya saya pakai emas sepanjang berada di sana?”

“Ini rezeki Allah SWT yang beri dan saya tunjuk pada-Nya. Inilah emas yang kau beri dan kurniakan kepada aku. Perkara ini tak sepatutnya menjadi isu pun sebab ramai saja orang Arab di sana yang memakai perhiasan emas,” katanya.

Geram menjadi mangsa kritikan tersebut, penyanyi lagu Ser…Ser…Ser…. itu turut melabel individu yang mengkritik tindakannya memakai perhiasan emas ketika beribadah sebagai kurang waras.

“Aku pakai beg Louis Vuitton, jam tangan jenama Rolex dan gelang emas. Semua itu Allah yang beri pada aku, kau ikut mazhab mana sampai tak boleh pakai semua itu.”

“Saya juga telah merujuk kepada ustaz tentang perkara ini dan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.”

ADVERTISEMENT

“Malah ibadah yang dilakukan juga tidak terbatal hanya kerana memakai emas kerana yang paling penting ialah bersih, suci dan bukan datang dari sumber yang diragui,” tuturnya.

Sumber foto: Instagram/Ifa Raziah

“Saya pakai emas bukan nak riak tetapi nak tunjuk pada-Nya, ini Dia yang berikan. Cuma tak mampu nak bawa banyak sebab banyak prosedur nak dilakukan,” ujarnya lagi.

BACA JUGA  Tips Bawa Si Kecil Mengerjakan Umrah

Sebelum ini, perkongsian gambar oleh Ifa ketika menunaikan umrah pada Disember tahun lalu mengundang rasa kurang senang warganet apabila ada pihak menuduhnya terlalu banyak memakai perhiasan emas.

ADVERTISEMENT
Tags: selebritiumrah

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    142 shares
    Share 57 Tweet 36
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved