senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Dua Polis Dipecat Sibuk Memburu Pokemon, Abaikan Kes Rompakan

leav by leav
January 13, 2022
in Dunia, Games, Travel
10
SHARES
978
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dua anggota polis telah disingkirkan daripada perkhidmatan kerana tidak menjalankan tugas di atas satu panggilan rompakan. Insiden tersebut berlaku di Los Angeles, Amerika Syarikat kerana lebih gemar memburu Pokemon.

Menurut laporan Kosmo lagi, pegawai polis Louis Lozano dan Eric Mitchell dikatakan sedang memandu di kawasan Los Angeles pada April 2017 untuk memburu Pokemon melalui permainan Pokemon Go pada telefon pintar.

Kedua-dua polis itu didakwa tidak mengendahkan panggilan dari sebuah premis jualan berkaitan kejadian rompakan dan memilih untuk pergi ke lokasi lain untuk mengejar Pokemon.

Perbuatan mereka ditangkap selepas sebulan mereka dirakam dalam kereta peronda.

Pegawai Mitchell memberitahu Lozani bahawa Snorlax tiba-tiba muncul.

Dalam masa kira-kira 20 minit kemudian, rakaman mendedahkan bahawa mereka berdua berbincang mengenai Pokemon sambil memandu ke lokasi lain di mana Pokemon dalam permainan itu muncul.

Kedua-dua polis itu telah didakwa dengan pelbagai kesalahan dan menafikan bahawa punca mereka gagal bertindak atas panggilan rompakan itu adalah kerana bermain Pokemon Go.

Dahulu, permainan Pokemon Go ini menjadi perhatian orang ramai, bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa turut sama bermain untuk mencari Pokemon.

ADVERTISEMENT

Semoga selepas ini, permainan seperti ini menjadi tidak relevan, menjadi punca orang lebih pentingkan masa untuk mencari Pokemon daripada menjalankan tanggungjawab kerja yang sepatutnya.

ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Pesakit Termuda, Bayi Positif Virus COVID-19 Selepas 30 Jam Lahir
Tags: pokemonpolis

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    39 shares
    Share 16 Tweet 10
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved