senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Kenali Gejala Diabetes Dari Keadaan Mulut dan Lidah

leav by leav
August 4, 2022
in Kesihatan

Foto ilustrasi - Unsplash

0
SHARES
3
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Diabetes boleh ditakrifkan sebagai disfungsi dalam pengurusan paras gula dalam badan dan penyakit ini berlaku apabila badan menjadi sensitif terhadap insulin, atau apabila pengeluaran insulin berhenti secara tiba-tiba.

Akibatnya, paras gula dalam darah menjadi tinggi.

Sekiranya tidak dirawat, gula dalam darah tinggi boleh merosakkan organ dan membawa kepada komplikasi, seperti amputasi, buta, strok dan serangan jantung yang boleh menyebabkan kematian.

Untuk itu, kita perlu melihat gejala diabetes sebelum terlambat.

Salah satu gejala paras gula darah tinggi sebenarnya boleh dilihat pada waktu pagi.

Tetapi, sebelum membincangkan gejala, sila ambil perhatian bahawa diabetes boleh dibahagikan kepada dua jenis yang berbeza, walaupun lebih daripada 90 peratus kes yang berlaku adalah diabetes jenis 2.

Walaupun kedua-dua jenis diabetes mempunyai ciri yang sama, mereka yang menghidap diabetes jenis 1 cenderung mengalami gejala dengan lebih cepat.

Manakala diabetes jenis 2 pula kebiasaannya menyerang orang dewasa terutamanya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau jarang bersenam.

ADVERTISEMENT

Apabila bercakap mengenai gejala, Pusat Diabetes London mengatakan bahawa gejala yang paling jelas adalah mulut kering.

Namun, kebiasaannya seseorang itu akan mula mengesyaki jika dia merasakan dia terlalu kerap bangun pada waktu malam untuk membuang air kecil dan rasa dahaga, yang sememangnya akan berlaku apabila glukosa darah sangat tinggi.

Hiperglisemia, yang merujuk kepada paras gula darah tinggi juga sering dipersalahkan sebagai punca biasa mulut kering.

Bagaimanapun, punca kaitan ini tidak diketahui.

ADVERTISEMENT

Sementara itu, sesetengah agensi kesihatan mengaitkan sindrom mulut kering dengan dehidrasi, yang biasa berlaku pada penghidap diabetes.

Agensi Kesihatan Diabetes menjelaskan bahawa pesakit kencing manis lebih terdedah kepada mulut kering dan jangkitan yis.

BACA JUGA  Tanda Anda Terlebih Gula Dalam Diet Harian

Ini disebabkan oleh paras glukosa darah yang tinggi dalam darah dan air liur mereka.

Gejala mulut kering ini dikenali sebagai xerostomia, yang juga boleh menyebabkan kesukaran makan, bercakap, mengunyah atau menelan.

“Juga dikenali sebagai xerostomia, mulut kering pada penghidap diabetes jenis 1 dan jenis 2 adalah perkara biasa, tetapi jika kita mengalaminya hampir setiap hari, kita tidak seharusnya mengabaikannya,” kata agensi kesihatan Diabetes Strong.

“Selain mulut kita rasa sentiasa kering, gejala xerostomia juga menyebabkan lidah kering dan kasar,” tambahnya.

Kemudian, sebagai tambahan kepada gejala mulut kering, terdapat banyak lagi gejala awal diabetes yang lebih halus.

Oleh itu, tidak hairanlah diabetes sering digelar sebagai ‘pembunuh senyap’.

Menurut London Diabetes Centre, beberapa gejala “senyap” ini termasuk gejala tidak spesifik seperti keletihan, mengantuk, penglihatan kabur, kesukaran seksual, penyembuhan luka kecil yang lemah, dan jangkitan yis dan ulser.

“Bagaimanapun, perkara pertama yang berlaku pada waktu pagi, seperti mulut dan tekak kering, harus menyedarkan seseorang tentang diabetes.”

“Pada kanak-kanak, katil yang basah juga merupakan petanda dehidrasi yang berlaku,” katanya.

Source :
Kompas
Tags: diabetes

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved