senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

Ini Sebab Kita Perlu Naik Kapal Terbang Lebih Awal

leav by leav
January 21, 2022
in Travel

Foto ilustrasi - Unsplash.com

20
SHARES
2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kebanyakan orang mungkin tidak suka beratur panjang di pintu masuk untuk menaiki kapal terbang lebih awal.

Walau bagaimanapun, menunggu sehingga minit terakhir atau berada di penghujung barisan boarding menaiki kapal terbang sebenarnya boleh menimbulkan beberapa risiko, seperti terlepas penerbangan anda atau tidak dapat meletakkan bagasi anda ke dalam bagasi kabin anda.

Meninjau di halaman Quora yang disiarkan oleh pengembara kerap pada 2018, Ashwin S Krishnan, ada beberapa sebab mengapa kita perlu menaiki kapal terbang seawal mungkin, terutamanya apabila ia penuh.

“Kalau kita tahu penerbangan penuh dengan penumpang, cuba naik lebih awal,” tulisnya.

“Sebab ini akan meningkatkan peluang kita mendapat ruang dalam bagasi kabin mengikut lokasi tempat duduk kita,” jelasnya lagi.

Selain daripada bagasi, satu lagi sebab kenapa kita perlu naik kapal terbang dahulu adalah untuk mengurangkan peluang kita terlepas kapal terbang.

Walaupun dalam beberapa kes ini mungkin perkara ini dipertikaikan. Memandangkan, banyak syarikat penerbangan sering bertolak ansur dengan membuat beberapa panggilan terakhir kepada bakal-bakal penumpang.

Foto ilustrasi – nbcnews.com

Sebaliknya, pengguna Quora bernama Timothy Chiu turut menambah ada satu lagi risiko yang boleh kita hadapi apabila menaiki kapal terbang pada saat-saat akhir iaitu ditendang keluar atas sebab tertentu.

ADVERTISEMENT

“Sesetengah penerbangan boleh mengeluarkan kami daripada senarai penumpang sekiranya kami tiba lewat kerana sekatan berat yang boleh menjejaskan operasi kapal terbang,” jelasnya.

Biasanya pegawai akan ‘berkorban’ orang terakhir jika terpaksa mengurangkan penumpang atas sebab tertentu.

Chiu menceritakan pengalamannya dikeluarkan dari kapal terbang kerana ketika itu dia orang terakhir menaiki kapal terbang.

“Saya bukan jenis orang yang suka datang lewat ke lapangan terbang. Namun semasa ini berlaku, saya terpaksa bekerja di luar bandar dengan membawa banyak bagasi. Jadi saya terlewat menaiki kapal terbang,” katanya.

ADVERTISEMENT

“Yang melucukan, ialah penerbangan itu benar-benar kosong, tidak lebih daripada 40 orang untuk kapal terbang yang agak besar. Tetapi disebabkan sekatan berat, saya diminta turun dari kapal terbang,” tambahnya.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Semenyih Selangor Untuk Di Singgah

Bagaimanapun, Chiu menasihatkan orang ramai tiba di lapangan terbang lebih awal bagi memastikan semuanya selamat dan boleh menaiki kapal terbang lebih awal bagi mengelak sebarang risiko yang tidak diingini.

Source :
Quora
Tags: kapal terbang

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved