senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Ibu Hamil, Anak Tunggal 21 tahun Blur dan Fikir Bukan-bukan

leav by leav
February 3, 2022
in Netizen

Sumber foto: TikTok

0
SHARES
25
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bila dah 20 tahun hidup sebagai anak tunggal, mendapat perhatian dan kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapa. Namun, segala-galanya berubah tiba-tiba apabila ibu mengumumkan mengandung anak mata kedua.

Bagaimana pula perasaan anda? Adakah anda akan blur juga? Itulah kisahnya buat Amiera Fazlyatun Nadya yang menurutnya, ketika itu seakan dunia terhenti seketika.

Bila dah 20 tahun hidup sebagai anak tunggal, mendapat perhatian dan kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapa. Namun, segala-galanya berubah tiba-tiba apabila ibu mengumumkan mengandung anak mata kedua.

Bagaimana pula perasaan anda? Adakah anda akan blur juga?

Itulah kisahnya buat Amiera Fazlyatun Nadya yang menurutnya, ketika itu seakan dunia terhenti seketika.

“Saya speechless, rasa macam blur sekejap,” kata wanita berusia 22 tahun itu mengenai detik dia mengetahui kehamilan ibunya.

Gadis itu yang mesra dipanggil Amiera berkata, ibunya pada mulanya berkongsi gambar kit ujian kehamilan dalam group WhatsApp keluarganya.

“Dalam group cuma ada saya, ayah dengan mama je. Masa tu ingat mama main-main je, tapi bila balik kerja terus tengok, memang ada dekat rumah.

ADVERTISEMENT

“Masa tu perasaan bercampur baur, macam-macam saya fikir,” katanya yang menetap di Pagoh, Johor.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Amiera, walaupun dia gembira dengan ibu dan bapanya, dia tidak dapat menahan rasa takut apabila memikirkan ibunya.

“Mama saya berusia 37 tahun, jadi dia dah masuk dalam kategori golongan berisiko untuk mengandung. Hati saya takut kehilangan mama sebab boleh kata setiap bulan mama akan check in hospital, sampai saya terdetik biarlah mama tak mengandung, sebab saya rasa kehamilan inilah jadi penyebab dia selalu keluar masuk hospital.

“Sebelum ni mama pernah mengalami keguguran, jadi kali ini kami tak terlalu berharap.

ADVERTISEMENT

“Tapi dah rezeki kami terima. Alhamdullilah, dua bulan sebelum adik saya keluar semuanya okay, kesihatan mama semakin baik, dan bila bersalin pun Alhamdullilah mama dan baby sihat dan selamat,” katanya sambil menambah doktor sebelum memberitahu ibunya, berkemungkinan menghadapi risiko kesihatan selepas bersalin.

BACA JUGA  4 Tips Mudah Bagaimana Cuci Mesin Basuh
Amiera bersama ibu bapa dan adiknya. Sumber foto – mStar Online

Selepas lebih 20 tahun ditatang sepenuhnya kasih sayang ibu dan bapanya, Amiera turut mengakui risau apabila memikirkan nasibnya menerima ahli keluarga baharu bergelar sebagai seorang ‘kakak’.

“Memang perasaan tu ada, terutama masa mama pregnant dia selalu marah-marah saya jadi saya risau sebab baby belum keluar pun saya dah kena marah, apatah lagi kalau dah dilahirkan.

“Memang masa tu ada je benda tak kena di mata saya, sampai satu tahap saya menangis seorang diri. Saya ingat lagi masa hari raya, tiba-tiba kena marah, lepas tu mama tiba-tiba nak touching dengan saya, memang itulah momen yang paling sedih,” katanya, sambil menambah dia bagaimanapun faham bahawa ibunya pada ketika itu berada di awal proses kehamilan.

Ibu dan ayah Amiera dalam masa yang sama memberi jaminan bahawa kasih sayang mereka tidak akan berubah dan dia akan tetap dilayan sama rata.

“Masa mula-mula saya sedih tu mama tak tahu, saya cuma luahkan dekat makcik je, jadi makcik yang bagi nasihat suruh saya sabar sebab mungkin ibu marah-marah sebab pembawakan budak.

“Tapi lepas tu mama dengan ayah pun ada cakap, kakak jangan risau, macam mana pun mama dengan ayah akan beri layanan sama rata dekat kakak dengan adik nanti,” katanya.

Amiera membantu menjaga adiknya. Sumber foto – tiktok via mStar

Menurut Amiera, dia kini rasa gembira kerana menjadi seorang kakak, malah dia lebih teruja untuk membeli pelbagai barangan adiknya.

“Alhamdullilah sekarang dah okay, saya happy sangat sebab ada adik sendiri, sebelum ni main dengan adik orang je, tapi saya tak akan bawa dia jalan tanpa mama dan ayah sebab saya tak nak orang ingat tu anak saya.

“Nama adik Amanda Zahratul Maliyya, mak saya mula-mula nak letak nama lebih kurang macam saya, tapi saya tak rela, biarlah nama saya tu saya seorang je.

“Sekarang saya pula yang terlebih excited belikan Amanda itu ini,” katanya.

Source :
mStar Online
BACA JUGA  5 Sebab Isteri Jadi Malas Masak Semasa Hamil
Tags: hamil

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved