senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Filem

Wan Sharmila Tak Terkejut Namanya Disebut Netizen Dipeluk Anak Siti Sarah, Akui Kenal Shuib Tetapi Tak Rapat

leav by leav
February 11, 2022
in Filem
0
SHARES
3
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sebuah video menunjukkan anak Allahyarham Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra sedang berpelukan dengan seorang wanita, nama pelakon Wan Sharmila itu baru-baru ini menjadi rebutan netizen.

Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa wanita misteri itu adalah pelakon drama 7 Days of Loving Me.

Bagaimanapun, Wan Sharmila atau disapa dengan mesra sebagai Lala tampil menjelaskan bahawa dia bukanlah individu dalam video tersebut.

“Percaya ke itu Wan Sharmila? Apabila saya tengok video itu, tak rasa terkejut pun. Saya akui memang ada iras saya… lebih kurang muka kami.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

“Tapi yang pasti, wanita itu bukan saya. Mungkin dari sisi tepi itu nampak sama, sebab itu netizen petik nama saya,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila disebut sebagai wanita dalam video anak Shuib dan Allahyarham Siti Sarah.

Susulan video yang dikongsi di Instagram Allahyarham Sarah, Talita, 9, dilihat begitu mesra memeluk seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

Saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib.

“Saya kenal Shuib sebab pernah bekerjasama. Arwah Siti Sarah pun baik dengan saya. Bukanlah kawan rapat tapi baik sebagai rakan selebriti.

ADVERTISEMENT

“Masa arwah meninggal dunia, saya ada la ucap takziah pada Shuib. Tapi tidak la berhubung selalu. Ada juga tegur-tegur biasa saja,” ujarnya.

Menerusi temubual bersama mStar sebelum ini, Shuib mengaku sedang berkawan rapat dengan seorang wanita namun hubungan tersebut belum serius.

Sementara itu, Wan Sharmila memberitahu dia ada sedikit kebimbangan sekiranya andaian netizen boleh menggores hati wanita yang sedang berkawan dengan Shuib.

“Saya tak kisah pun nama dipetik… cuma harap netizen tidak berkata lebih-lebih, bimbang menyinggung perasaan orang lain.

ADVERTISEMENT

“Takut juga nanti wanita yang memang tengah berkawan dengan Shuib, terasa hati pula asyik nama saya saja disebut.

“Lagipun saya sendiri tak pernah terfikir pun saya ini sesuai dengan Shuib… bagai langit dan bumi,” katanya.

BACA JUGA  Rela Tak Berlakon Dari Buka Tudung - Mia Sara

Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 di PPUKM, Kuala Lumpur.

Tags: WAn Sharmila

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved