senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Enigma, Berlian Hitam ‘Rare’ Dari Angkasa Terjual Sekitar RM25 Juta Sahaja

leav by leav
February 13, 2022
in Dunia, Sains, Unik

"Enigma"

6
SHARES
571
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Berlian hitam berusia bilion tahun yang dianggap berasal dari angkasa lepas telah dilelong oleh Sotheby’s Auctions yang berpangkalan di London, England.

Berlian itu, yang diberi nama ‘Enigma’, dikatakan satu berlian dengan potongan terbesar di dunia, menurut Rekod Dunia Guinness 2006.

Berlian 555.55 karat, Enigma melebihi berlian Great Star of Africa 530.2 karat dan berlian Jubli Emas 545.67 karat.

Lelongan Enigma yang berlangsung sehingga 9 Februari dengan belanjawan jualan sebanyak AS$6 juta.

Adakah Enigma berlian hitam?

Berlian hitam itu pertama kali ditemui pada tahun 1841 oleh sekumpulan penjelajah Portugis di Brazil. Mereka memanggil objek itu sebagai ‘carbonado’ kerana ia menyerupai arang.

Kewujudan berlian hitam sangat jarang di dunia. Seperti namanya, berlian itu kelihatan gelap dan tidak terang.

Berlian biasanya ditemui bercantum dengan ‘kimberlite’ jauh di dalam permukaan tanah.

Namun, berlian hitam atau ‘carbonado’ terdapat dalam lapisan sedimen berhampiran dengan permukaan tanah.

ADVERTISEMENT

Disebabkan itu, berlian hitam seperti Enigma dianggap berasal dari angkasa lepas kerana dipercayai telah dicipta oleh kesan meteorit atau daripada letupan supernova yang membentuk asteroid dan kemudiannya mengenai Bumi pada kedalaman yang rendah.

Something extraordinary for your feed: The Enigma—an exceptionally rare billion-year-old, 555.55-carat black diamond, whose origins might just be out of this world https://t.co/6ycA1IUcVA 🪐🚀 #NotAnNFT pic.twitter.com/Htg9bPzK7A

— Sotheby's Metaverse (@Sothebysverse) February 8, 2022

Berlian hitam seperti Enigma hanya boleh ditemui di Brazil atau Republik Afrika Tengah, seterusnya mengesahkan pandangan bahawa ia datang dari angkasa lepas.

Kedua-dua wilayah itu, seperti yang dijelaskan oleh Sotheby, telah dihubungkan lebih daripada satu bilion tahun yang lalu dan membentuk sebuah benua besar yang dipanggil Rodinia.

BACA JUGA  Terjumpa Telur Burung Madu Jangan Rosakkan

Dalam tempoh inilah kawasan itu dipercayai terkena meteorit, jadi peredaran berlian carbonado itu ada di sana.

ADVERTISEMENT

Enigma sendiri dianggarkan pada 2.6 bilion hingga 3.8 bilion tahun dahulu.

Tukang emas Sotheby, Nikita Binani berkata Enigma adalah berlian “unik dan berharga”.

“Berlian ini telah dihargai oleh pemiliknya selama dua dekad dan ia tidak pernah ditunjukkan kepada umum atau ditawarkan ke pasaran terbuka. Jadi kami teruja untuk berpeluang menceritakan kisahnya kepada dunia.

“Penjualan berlian ini adalah peluang seumur hidup untuk memperoleh salah satu keajaiban berbilion tahun yang paling tidak diketahui oleh manusia,” jelasnya.

Tags: berlian

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved