senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

CCTV Rakam Sesuatu, Rupanya Kelibat Pak Guard Masuk Rumah

Nora by Nora
February 15, 2022
in Netizen
viral fb: pak guard mencerobohi rumah
0
SHARES
5
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Viral di laman Facebook, seorang wanita berkongsi detik-detik yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya, dimana seorang lelaki tidak dikenali mencerobohi kediaman rumahnya.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 Februari lalu, kira-kira jam 12.14 pagi ketika wanita yang dikenali sebagai Yuyun Nissa dan anak-anaknya tiada di rumah.

CCTV menghantar mesej ada pergerakan dikesan, ternyata rumah kediaman miliknya dimasuki pengawal keselamatan.

Screenshot video – Sumber facebook/Yuyun Nissa

Kisah ini bermula apabila dia dalam perjalanan balik setelah keluar makan di luar. Tiba-tiba, dia mendapat ‘notification’ dari cctv dalam rumah melalui telefon bimbitnya dan dia semakin risau apabila ‘notification’ berkenaan asyik blink-blink.

Lalu, dia melihat sendiri rakaman berkenaan. Alangkah terkejutnya Yuyun apabila melihat seorang lelaki ‘familiar’ kerana baju yang dipakai lelaki tersebut.

“Allahuakhbar sekali tgok ade seorang lelaki dlm rumah yun, lelaki tu mcm familiar sgt sekali tgok baju dia pakai Oh No!! Kenal sgt.. rupanya security guard perumahan yuyun“, katanya dalam laman Facebook miliknya.

Lelaki berkenaan berkeliaran dalam rumahnya dan naik turun tangga.

Lebih menakutkan lagi apabila lelaki berkenaan sempat menghubunginya

Dia menghubungi Yuyun dengan menggunakan WhatsApp Call untuk bertanya di mana keberadaan wanita tersebut.

ADVERTISEMENT

Yuyun menceritakan bahawa motif pengawal keselamatan tersebut memasuki rumahnya bukanlah kerana ingin mencuri mahupun merompak.

Dia mengatakan lelaki berkenaan memang mencarinya dan mempunyai niat yang tidak baik.

perbualan lelaki tersebut di Whatsapp
Sumber foto – facebook/Yuyun Nissa

“Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai, x la tahu mcm mana dia boleh masuk dr mana. Sebab cctv cuma dpt detected kat ruang tamu je.”

“Kita terus cepat2 call kakak & abg ipar suruh pergi tgokkan rumah (rumah kakak sebelah lorong je dekat)”, ujarnya lagi.

ADVERTISEMENT

Apabila abang iparnya sampai ke rumah, lelaki tersebut terus bertindak melarikan diri keluar dari rumah.

BACA JUGA  'Aku Tak Cantik, Tak Putih Tapi Nak Suami Hensem, Aku Tekad Nak Pikat Mat SalIeh'

Lelaki berkenaan tertinggal baju kerjanya di sofa

cctv merakam pengawal keselamatan tertinggal baju di sofa
Sumber foto – Facebook/Yuyun Nissa

Namun begitu, pihak polis sempat menangkapnya dan rupa-rupanya lelaki terbabit pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Alhamdulillah yuyun bersyukur sgt2 Allah masih perlihara & lindungi yun & anak2.. Ya Allah perasaan takut seram semua ade la ðŸ˜­ tak dpt bayangkan kalau yun ade kat dalam rumah dgn anak2 semua.. Allahu, jgn tnya la kita punya nangis mcm apa, org yg tahu je tahu ðŸ˜…”, katanya.

Wanita berkenaan juga ‘salute’ dengan polis negeri Johor kerana sangat cekap dan cepat membuat tangkapan. Dia juga bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku dan menasihatkan netizen agar sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Kes berkenaan masih dalam siasatan dan Yuyun meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Sumber foto – facebook/Yuyun Nissa

Lihat video:

Source :
Facebook/Yuyun Nissa
Tags: CCTVpengawal keselamatan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved