senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hiburan Muzik

“Sedap Suara..” – Penyanyi Buskers Muar Miliki Suara Persis Allahyarham Sudirman

Nora by Nora
February 17, 2022
in Muzik, Netizen
busker muar
1
SHARES
109
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Rakyat Malaysia tentunya mengenali penyanyi lagenda Malaysia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Meskipun, Allahyarham Sudirman telah meninggalkan kita semua 29 tahun yang lalu namun koleksi lagu-lagunya tetap disimpan kemas dalam memori.

Allahyarham Sudirman juga satu-satunya pemegang gelaran “Penghibur Nombor 1 Asia” pada tahun 1989, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza.

Beliau juga telah merakamkan 15 album studio, 52 album kompilasi dan puluhan lagu hitsnya. Tambahan pula, beliau memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.

Walaupun suaranya tiada tandingan, seorang remaja lelaki yang sedang busking di kawasan sekitar daerah Muar, Johor baru-baru ini dikatakan mempunyai suara yang mirip dengan legenda itu.

View this post on Instagram

A post shared by Arish (@arish.mikael)

Remaja lelaki ini baru sahaja berusia 19 tahun bernama Arish Mikael bin Kamarulzaman atau lebih mesra disapa  Arish.

Dia bersama sebuah band bernama Melakar dan dilihat selalu menyanyi di sekitar Muar terutama di Laman Maharani dan hentian Bas Bentayan.

“Lengok Sebutan Perkataan “Bersama” memang best.. “ ujar netizen.

Menurut perbualannya bersama portal Lobak Merah, Arish memberitahu dia bukan sahaja menjadikan nyanyian sebagai hobi tetapi juga sebagai sumber pendapatan untuknya. Rata-rata netizen memuji remaja ini dan memberikan komen positif di halaman Faceook.

“Masyaallah. Best suara. Uniq sgt suara sudirman ni,” komen netizen lain.

ADVERTISEMENT

Selain itu, remaja ini mengakui ‘busking’ dapat membantunya untuk mencari diri sendiri, belajar berhadapan dengan orang ramai dan mengasah bakat nyanyiannya..

Apabila ditanya mengenai suaranya, Arish berkata dia langsung tidak menyedari bahawa suaranya seakan lagenda Malaysia itu. Namun, dia juga tidak menafikan bahawa Sudirman memang seorang yang hebat, tiada tandingan dan wajar dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi bakat-bakat muda di luar sana.

BACA JUGA  "Superman Memang Wujud" - Seorang Lelaki Ditinggalkan Kerana Tidak Mempunyai Apa-Apa

Sudirman Is One And Only

“Saya lebih suka dikenali sebagai Arish. Walau bagaimanapun, Sudirman is one and only,” kata Arish.

Aris juga memiliki 7 ribu ‘follower’ di halaman Instagramnya. Awalnya, remaja ini memilih menjadi pemuzik dan pengisi suara latar dalam koleksi musik mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan dia sering busking, dia dapat melihat pelbagai ragam manusia dan mempelajari sesuatu.

ADVERTISEMENT

Remaja ini berharap dapat terus mengembangkan bakatnya dan menghiburkan rakyat Malaysia dengan caranya yang tersendiri.

Berikut antara komen netizen di halaman Facebook:

5/5 - (1 vote)
Source :
Facebook, Instagram
Tags: muziksuarasudirman

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved