senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

‘Ex’ Ada Pengganti, Pemuda Minum Petrol Bakar Diri Sendiri 

Nora by Nora
February 18, 2022
in Netizen
keadaan kereta
0
SHARES
3
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tular di media sosial seorang lelaki berusia 28 tahun cuba membakar dirinya sendiri kerana kecewa ditinggal kekasih. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 9.40 malam Rabu, di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, Perlis.

Menerusi rakaman video orang awam, lelaki tersebut dilihat berjalan beberapa meter dalam keadaan badannya dijilat api.

Orang awam yang berada di lokasi tersebut telah menyelamatkan mangsa dengan menghubungi ambulans dan mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTF.

Menurut portal mStar, lelaki tersebut merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih dirawat sebagai pesakit luar di Jabatan Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Sumber Facebook

Pernah Beberapa Kali Cuba Membunuh Diri

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, keluarganya tampil untuk memberi keterangan, mengatakan mangsa adalah pesakit psikiatri dan telah melakukan beberapa percubaan membunuh diri.

Kejadian pertama berlaku pada Januari lalu, dimana mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan tetapi berjaya diselamatkan oleh keluarganya.

“Bapanya juga ada memberitahu mangsa juga cuba memakan racun tikus semasa berada di dalam tandas rumahnya pada Selasa lalu dan semua tindakan itu disebabkan rasa kecewa terhadap bekas kekasihnya,” katanya pada pagi Khamis.

ADVERTISEMENT

Mangsa Terminum Petrol

Malahan, bapa mangsa juga memaklumkan lebih kurang 8.45 malam ketika berada di rumah, mangsa memberitahu telah terminum petrol.

Kemudian, mangsa menuju ke kaki bukit dengan menaiki kereta jenis Perodua Axia sambil membawa satu botol petrol.

Alasannya, mangsa ingin memesin rumput rumah datuknya.

Sumber Facebook

ADVERTISEMENT

Namun begitu, bapanya berasa curiga dan percaya mangsa cuba membunuh diri. Oleh sebab itu, bapa mangsa terus ke balai polis.

Apabila sampai di Balai Polis Kangar, polis memaklumkan telah menjumpai sebuah kereta dalam keadaan terbakar. Bapa mangsa mengesahkan kenderaan tersebut semasa tiba di tempat kejadian.

BACA JUGA  Lelaki Ingin Jadikan Anda Isteri? Perhatikan Tanda Ini

Perkembangan terkini, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia selepas keadaanya agak kritikal dan mengalami 96 peratus melecur di badannya.

Source :
Instagram, Facebook
Tags: Keretanetizen

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved