senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Padah Dahagakan ‘Like’ dan ‘Share’, Lelaki Buat Aksi ‘Wheelie’ Sambil Bawa Anak Ditahan Polis

leav by leav
February 18, 2022
in Netizen

Sumber foto - facebook

0
SHARES
2
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kemaruk meraih perhatian netizen di media sosial, seorang lelaki berusia 20-an melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal bersama anak perempuannya membawa padah apabila ditahan polis.

Video yang berdurasi 36 saat itu memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal Honda EX5 secara berbahaya, bersama seorang kanak-kanak mengundang dipercayai berlaku di Taman Impian Emas, Skudai.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan video tular di media sosial berkenaan dan sebanyak tiga saman telah dikeluarkan mengikut Seksyen 14, Seksyen 15(1)(A) Akta Jalan dan Pengangkutan 1987 dan Seksyen PU(A)043/73-004 kerana tidak memakai peralatan keselamatan.

Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

Sumber foto – facebook

“Dalam kes ini, tiga saman turut dikeluarkan termasuk kerana nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan tidak memakai topi keledar.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dengan melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun pengguna jalan raya,” katanya.

Memetik Kenyataan Media Ketua Polis Johor Bahru Utara lagi, aksi tersebut telah dirakamkan sendiri oleh suspek menggunakan telefon bimbitnya melalui pertolongan rakannya sebelum dimuat naik ke akaun Facebook miliknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Jalan dan Pengangkutan 1987 kerana memandu secara melulu.

ADVERTISEMENT
Source :
Harian Metro
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Jom Tonton, Ini 3 Cadangan Filem Best Yang Boleh Ditonton Bersama Si Kecil
Tags: aksikeluarga

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved