senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Anak Nyanyi ‘Live’ Di FB, Kumpul Dana Untuk Urus Jenazah Bapa

Nora by Nora
February 18, 2022
in Dunia
anak menyanyi demi bapa
1
SHARES
129
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ini tular di halaman Facebook, seorang budak lelaki terpaksa menahan sedih menyanyi ‘live’ bagi mengumpul dana untuk mengurus jenazah bapanya.

Kanak-kanak ini bernama Chanadej Khiewsen berusia 12 tahun. Malahan, dia mendapat pelbagai perhatian dari media dan netizen di Thailand.

Dia adalah seorang pemuzik jalanan yang berpengalaman dan telah menyanyi sambil bermain gitar sejak usianya 5 tahun lagi.

Menurut halaman The Nation, Chanadej terpaksa memanfaatkan pengalaman itu dan baru-baru ini melakukan siaran langsung di Facebook untuk mendapatkan dana bagi mengurus jenazah ayahnya.

Baru-baru ini, bapa Chanadej meninggal dunia dan dia tidak mempunyai duit yang mencukupi. Oleh sebab itu, dia berbuat sedemikian bagi mendapatkan sumbangan.

Dia hanya tinggal bersendirian dengan bapanya. Sebelum ini, dia pernah bermain muzik dan menyanyi di Siam Square dan Chatuchak Weekend Market untuk menanggung perbelanjaan sekolah.

Bapanya Menghidap Kanser

Namun begitu, sejak beberapa bulan lalu dia terpaksa menyanyi secara ‘online’ kerana bapanya menghidap kanser. Dia jugalah yang menanggung bil hospital bapanya, tetapi pada 15 Februari lepas, bapanya meninggal dunia.

ADVERTISEMENT

Dia tidak dapat menahan air mata ketika memberitahu tujuan sebenar dia menyanyi pada hari tersebut.

“Hari yang saya tidak mahu datang telah tiba. Tapi ayah suruh aku hidup dalam dunia realiti. Saya ingin melakukan ini untuk ayah buat kali terakhir. Saya sedang mengadakan konsert langsung untuk Ayah. Hari ini, saya memohon untuk pengebumian ayah. Saya tidak mahu menggunakan istilah ini sama sekali,” tulisnya di halaman Facebook.

Live stream itu menjadi viral dan netizen menghulurkan sumbangan. Akhirnya, dia dapat membuat majlis pengebumian untuk bapanya menggunakan sumbangan tersebut.

Chanadej turut berterima kasih kepada semua yang simpati, bertanyakan khabar dan prihatin terhadap keadaannya.

ADVERTISEMENT
Sumber Instagram

Source :
Facebook, The Nation, Instagram
BACA JUGA  Benarkah Anak Kedua Lebih Sukar Diuruskan Berbanding Anak Pertama?
Tags: anakmenyanyi

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved