senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

‘Ini Bukan Perancangan Sehari Dua, Pertuduhan Ini Cuba Merendahkan Maruah Saya’ – Ebit Lew

leav by leav
February 18, 2022
in Netizen
0
SHARES
1
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dermawan, Ebit Lew menyifatkan 11 pertuduhan gangguan seksual yang dibuat terhadapnya sama sekali tidak berasas.

“Berdasarkan pertuduhan tadi, saya melihat pertuduhan ini satu tuduhan yang tak berasas, melampau dan memang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, supaya saya dihina, direndah-rendahkan, supaya saya menghentikan kerja-kerja kebajikan saya.

“Dan ini bukan perancangan yang dibuat dalam tempoh satu, dua hari,” katanya selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah, hari ini.

Terdahulu, Ebit Liew hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah dan dikenakan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Ia berhubung menghantar gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan penghormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut polis, kesemua pertuduhan didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac 2021 hingga Jun 2021 melibatkan seorang perempuan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Mengulas lanjut, Ebit berkata jujurnya dia agak terkejut dengan pertuduhan yang dibuat keatasnya kerana ia hanya dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, kata Ebit apa yang berlaku itu tidak membuatkannya bersedih.

Kata Ebit, ini kerana dia tahu bahawa dirinya sama sekali tidak bersalah.

“Saya baru tahu pertuduhan tersebut dan ini baru satu pertuduhan dari seorang pertuduh dari 11 pertuduhan.

“Saya pun rasa terkejut jugalah sebab saya dalam program kerja amal di Sabah, sekarang ini.

ADVERTISEMENT

“Tapi, saya tak rasa sedih sebab saya tahu saya tak bersalah dan yakin ini semua perancangan banyak pihak daripada dulu lagi terhadap kerja amal yang saya lakukan.

“Dan saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT, ini juga ujian Allah buat saya dan saya tenang melaluinya,” katanya sambil mengakui apa yang dilaluinya itu sangat berat namun selalu berpesan pada dirinya agar selalu berdoa dan menangis pada-nya ketika diri diuji.

1/5 - (5 votes)
Source :
Malaysia Kini
BACA JUGA  Kereta Buruk Tidak Menjadi Masalah, Suami Dipuji Bahagiakan Isteri Dengan Hadiah Yang Mahal
Tags: Ebit Lew

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved