senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Ini 16 Jenis Lelaki Yang Sebaiknya Wanita Hindari Segera

leav by leav
February 18, 2022
in Hubungan

Ilustrasi - Unsplash/Leohoho

0
SHARES
19
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dating adalah satu pengalaman berharga yang dapat memperkaya wawasan wanita dalam mengenal seseorang lelaki.

Dengan dating, seorang wanita boleh mengetahui jenis pasangan yang dia suka atau tidak suka.

Mencari pasangan bukan mudah dan kadangkala boleh mengecewakan, tetapi jangan biarkan anda memilih orang yang salah untuk menjadi pasangan hidup anda.

Hanya kerana anda tidak dapat mencari pasangan yang anda inginkan tidak bermakna anda perlu merendahkan taraf anda dan menerima mana-mana lelaki dalam hidup anda.

Memastikan pasangan anda mempunyai kualiti dan sifat keperibadian yang baik adalah sangat penting, terutamanya jika anda berfikir pada tahap yang lebih serius.

Dipetik dari laman Lovepanky, berikut adalah 16 jenis lelaki yang harus anda hindari.

1 Anti Komitmen

Seorang lelaki charming yang peramah tetapi misteri yang sering membuat wanita rasa ingin tahu, tetapi anti komitmen.

Mesti ada antara anda yang ingin mengubah fikirannya, tetapi dia akan terus memberitahu anda untuk menikmati sahaja hubungan sedia ada.

ADVERTISEMENT

2 Suka Mengongkong

Lelaki yang akan membelikan anda pakaian untuk dipakai waktu dating malah memesan makanan anda.

Bukan itu sahaja, lelaki jenis ini juga akan mengawal cara anda bercakap, berkelakuan dan dengan siapa anda berkawan.

Lelaki bossy ini mempunyai keinginan untuk sentiasa mahu menguruskan kehidupan anda, jadi lebih baik untuk menjauhkan diri daripadanya.

3 Kurang Berprestasi

Seorang pemalas yang hanya menghabiskan masa di hadapan televisyen, tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai perancangan masa depan. Anda tidak mahu memulakan keluarga dengan lelaki seperti ini.

ADVERTISEMENT

4 Di Luar Lain, Di Dalam Lain

Jenis lelaki yang sudah biasa menjadi tumpuan kerana kelihatan menarik, kacak dan menawan dari luar.

BACA JUGA  8 Perkara Membuat Wanita Mudah Cair

Tetapi apabila anda menjalinkan hubungan dengannya, sifat sebenar dia akan terserlah dan ternyata dia mempunyai banyak masalah, contohnya dengan dadah atau alkohol.

5 Terlalu Maskulin

Anda tidak akan sukar untuk mencari jenis ini di kalangan ramai lelaki kerana dia biasanya suka mendahului dan suka menyerlah kelakiannya.

Dia suka menunjukkan kekuatannya di mana-mana dan pada bila-bila masa, malah sering menakutkan orang lain.

6 Anak Mak

Seorang lelaki boleh dinilai dari cara dia melayan ibunya, tetapi jika seorang lelaki tidak boleh membuat keputusan tanpa bertanya kepada ibunya, lebih baik anda menjauhkan diri.

Anda akan sentiasa rasa seperti orang ketiga jika anda mempunyai teman lelaki yang tidak dapat lari daripada pengaruh ibunya.

7 Kaki Curang

Jangan fikir untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang tidak pernah berhenti curang.

Dia akan terus berbohong dan berdolak dalih untuk menyelamatkan diri dan terus bersama dengan perempuan lain.

Adakah dia menipu wanita lain untuk dating dengan anda? Anda tunggu saja, dia akan bakal menipu anda juga.

8 Mata Keranjang

Lelaki jenis ini mungkin tidak melakukan hubungan luar nikah, tetapi matanya tidak pernah terlepas dari wanita lain di sekelilingnya.

Jika anda perlu cuba menarik perhatiannya kerana dia terlalu sibuk memandang orang lain, sebaiknya putuskan sahaja hubungan itu.

9 Biawak

Lelaki yang kelihatan mengagumkan dengan pakaian dan kasut yang kelihatan mahal. Jangan tertipu, kerana lelaki seperti ini sering mengambil kesempatan ke atas wanita untuk mendapatkan perkara yang mereka inginkan.

Jenis ini malas bekerja dan akan sentiasa meminta anda memenuhi keperluannya.

10 Kedekut

Lelaki jenis ini tidak akan meminta anda membeli barang untuknya, tetapi dia tidak akan sanggup membelanjakan wang untuk anda.

BACA JUGA  10 Maksud Mimpi Hamil Bagi Wanita

Dia akan mengajak anda keluar untuk dating, tetapi tidak pernah membayar untuk anda, malah boleh mengeluarkan kalkulator untuk memastikan anda membayar dengan tepat apa yang anda pesan.

11 Sentiasa Betul

Keyakinan adalah kekuatan utama yang ada pada lelaki jenis ini, dia juga terlalu mengambil berat tentang penampilannya, reputasinya dan mesti sentiasa menjadi tumpuan orang.

Dia tidak akan suka jika anda mempunyai pendapat atau pemikiran yang berbeza dengannya, kerana dia menganggap bahawa dia sentiasa betul.

12 Tiada Niat Untuk Berkahwin

Lelaki menarik yang sopan dan berjaya, dan melayan wanita dengan baik.

Wanita tertanya-tanya mengapa lelaki jenis ini tidak berkahwin, tetapi apabila anda menjalin hubungan dengannya, anda akan mendapati bahawa dia komited untuk kekal bujang sepanjang hayatnya.

13 ‘Budak’ besar

Lelaki ini boleh berumur dalam lingkungan 30-an atau 40-an, tetapi dia masih berkelakuan seolah-olah dia masih di sekolah.

Dia masih sibuk dengan melepak, atau mabuk dengan rakan-rakannya setiap malam dan tidak bertanggungjawab terhadap kerjanya.

Insecure

Lelaki ini akan mengejutkan anda pada permulaan tarikh anda dengan bunga, teks romantis dan juga memasak untuk anda.

Dia akan bersama anda sepanjang masa sehingga anda menyedari bahawa dia adalah seorang lelaki yang insecure dan anda perlu meyakinkannya bahawa dia seorang lelaki yang baik.

Bercinta dengan lelaki seperti ini akan sangat memenatkan.

14 Encik Palatao

Lelaki yang suka bertengkar kerana suka mendengar dirinya bercakap.

Dia akan menyebut semua buku yang pernah dibacanya, apa sahaja yang dia pelajari dan tidak boleh kalah dalam pertengkaran.

15 Dah Berkahwin

Bertemu lelaki yang sudah berkahwin adalah idea yang paling buruk. Lelaki seperti ini akan berjanji akan menceraikan isterinya, tetapi akhirnya anda perlu sentiasa menunggu dan menjadi orang nombor 2 dalam hidupnya.

BACA JUGA  28 Hingga 32 Umur Terbaik Untuk Berkahwin

Lagipun, jangan biarkan anda ingin menjalin hubungan dengan lelaki yang tidak menghargai ikatan perkahwinan.

Source :
Lovepanky
Tags: Cintalelakiwanita

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved