senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

‘Macam Trend Cepat Kaya’ – Individu Menyamar Buta, Padahal Naik Kereta Honda

Nora by Nora
February 21, 2022
in Netizen
peminta sedekah
1
SHARES
104
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pengemis atau peminta sedekah mampu meraih kutipan sebanyak RM2,300 sehari, menurut halaman Berita Harian bertarikh 26 Januari 2022.

Anda semestinya tidak percaya dengan fakta ini dan hari ini kami akan membongkarkan hal tersebut.

Beberapa hari lalu tular di TikTok, seorang wanita merakam pergerakan peminta sedekah yang buta dipimpin ibunya.

Kini video tersebut mencecah sehingga 2.6 juta tontonan, 171.5 ribu tanda suka dan 16.7 komen.

Video ini telah dimuat naik melalui akaun peribadi @wansitisarah11.

Berikut merupakan video tersebut:

@wansitisarah11

Dh mcm trend cepat kaya plak 🕵🏻‍♂️🕵🏻#viral2022

♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs

Pemilik akaun ini lebih dikenal sebagai Wan Siti Sarah, gayanya merakam video seperti penyiasat tersembunyi mendapat perhatian netizen.

ADVERTISEMENT

Menerusi rakaman tersebut, lelaki tersebut berpura-pura buta dipimpin ibunya untuk menagih simpati orang awam.

Difahamkan, lokasi rakaman ini di sebuah kedai makan, lelaki tersebut memakai spec hitam dan bertongkat. Manakala, ibunya berpakaian seperti orang susah dan membawa sebuah beg.

Yang tukang rakam ni layak join 999

Dia merakam dari mula lelaki itu berada di meja sebuah kedai makan dipimpin wanita seperti ibunya meminta sedekah. Kemudian, mereka keluar dari kedai makan dan di penjuru jalan terlihat sebuah kereta honda putih sedang parking disitu.

Lelaki dan wanita ini berjalan melepasi kereta itu dan terlihat seorang lelaki lain keluar dari kereta itu dengan memegang seekor kucing seperti mengenali mereka.

ADVERTISEMENT

Ternyata memang benar, setelah dia mengikuti lelaki ini, kereta yang sama berada berdekatan dan lelaki serta wanita ini menaiki kereta tersebut.

“Tiba-tiba nampak pintu.. “ komen netizen

Rata-rata netizen memuji tindakan pemilik akaun tiktok ini kerana kualiti rakamnya yang bagus, muzik latar yang sesuai dan kesungguhan si perakam.

BACA JUGA  "Layanan First Class Untuk Isteri" - Suami Lap Kaki Dan Pakaikan Kasut Isteri

Sesetengah netizen juga berkongsi cerita di saat mereka dipaksa menderma, sehingga ada bayaran minimum RM20. Malahan ada pula yang berceloteh “Ada cara senang cari duit buat apa kerja susah-susah”.

“Saya lagi la..jumlah yg diberi tu kira besar jgk la..org tu siap ckp paling sikit derma Rm20..pas2 dia bg pen sebatang..tak kuasa nk melayan..😂😂, “ komen seorang pengikutnya.

“Sepatutnya mereka rasa malu hidup mcm ini,” tulis netizen lain.

“Income mengemis lagi besar dari kita semua,” komen netizen lain.

Justeru, orang awam seharusnya berwaspada untuk elak ditipu peminta sedekah.

Memang benar ada segelintir masyarakat yang betul-betul susah tetapi ramai juga pihak yang suka mengambil kesempatan.

Berikut dibawah antara komen menarik netizen:

Sumber TikTok

Sumber TikTok
Source :
TikTok, Kosmo
Tags: netizenpeminta sedekah

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved