senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

“Be Strong Sis” – Gadis Bakar Borang Nikah Selepas 4 Kali Tangguh Kahwin

Nora by Nora
February 22, 2022
in Netizen
putus tunang
0
SHARES
30
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pertunangan adalah satu ikatan sementara dalam proses menuju ke alam perkhawinan.

Melalui ikatan pertunangan, pasangan dapat mengenali hati budi dengan lebih mendalam.

Namun begitu, dugaan semasa bertunang juga mampu membuatkan hubungan seseorang terlerai.

Situasi ini juga berlaku kepada Siti Nur Alia Najwa Zainal, 23 tahun, yang kecewa dengan sikap tunangnya yang acuh tidak acuh dalam hubungan mereka.

@sitinuralianajwa

Semoga diri terus kuat💔 #fypgakni

♬ suara asli – Sandina😍🥰 – sandina💘🥰

Memilih untuk meleraikan ikatan pertunangan setelah dua tahun.

“Saya bertunang 25 Julai 2020 dan sepatutnya kami kahwin awal selepas bertunang. Saya dengan dia dah lebih empat kali tangguh. Dulu saya pernah diamkan diri dan minta dilepaskan sebab dia nak tangguh lagi.

“Beberapa bulan lepas tu dia datang merayu minta peluang. Kali ini saya bagi peluang, borang kahwin semua dah siap. Baju dan makeup saya dah tempah, pelamin dah booking, photographer pun ada. Tapi masih berulang lagim dia minta tangguh lagi jadi saya terkilan dan terus diamkan diri lagi.

“Tapi sebab masih sayang saya terima pujuk rayu dia. Sedangkan masa tu orang keliling marah tapi anggap manusia boleh berubah. Saya agi peluang dan suruh dia sendiri tetapkan tarikh unutk nikah. Jadi kami bersetuju dengan tarikh 18 Februari 2022,” katanya kepada mStar.

ADVERTISEMENT

Gadis yang mesra dipanggil Alia ini berkata, dia mengambil keputusan untuk menamatkan kesengsaraannya.

Daripada beratnya 62 kilogram, kini tinggal 46 kilogram.

Sumber Instagram

Mereka juga jarang berjumpa kerana pemuda ini seorang anggota beruniform di Sabah, manakala Alia menetap di Sungai Petani, Kedah.

Tambahan lagi, Alia sepatutnya berkhawin bulan Ogos 2021 tetapi ditangguhkan sebab tunangnya seakan main tarik tali.

BACA JUGA  "Lagi Live Fb Mungkin" - Akibat Terleka Bermain Telefon, Pengantin Perempuan Terjatuh

Akhirnya, dia tahu tunangnya beritahu keluarganya yang mereka dah tak ada apa-apa. Dia kuatkan hatinya terima kenyataan tersebut.

ADVERTISEMENT

Video yang telah dimuatnaik oleh teman akrabnya itu tular selepas membakar borang nikat itu. Sahabatnya Nur Shahidatul Syafika Mohd Sabri menasihatinya bersabar dan mereka telah berkawan dari umur 12 tahun.

Semasa hari membakar borang tersebut, mereka keluar bersama. Alia meminta sahabatnya itu menemaninya membakar borang nikah itu dekat Jeti Semeling. Selepas membakar borang tersebut, Alia tidak ingin menangis lagi terkenangkan peristiwa malang itu.

Dia merakam video itu sebagai kenangan dan tanda hargai sahabatnya. Kini, Alia pasrah dengan dugaan itu dan berusaha menguatkan diri menerima kenyataan.

Source :
mStar, TikTok, Instagram
Tags: netizenputus tunang

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved