senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Gara-gara Ujian Pendengaran, Salang Sayang Resort ‘diserang’ calon SPM 2021 

Nora by Nora
February 23, 2022
in Netizen
resort
0
SHARES
17
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Baru-baru ini tular di media sosial, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menyerang halaman ‘Google‘ satu destinasi penginapan di Romping, Pahang.

Hal ini berpunca dari nama Salang Sayang Resort yang dijadikan topik bagi ujian tersebut.

Segelintir pelajar tidak berpuas hati dan keliru dengan nama resort itu ketika membuat ujian pendengaran Bahasa Melayu SPM.

Menerusi halaman mstar, pemilik Salam Sayang Resort, Nadiah Tuan Rozaiman Azam terkejut apabila dia mendapat serangan bertubi-tubi di Instagram termasuk di ruang komen gambar pasukannya.

Disebabkan pelbagai komen dan mesej yang diterima, wanita ini menyangka terdapat pelanggan yang tidak berpuas hati dengan layanan di resortnya.

“Betul pada mulanya saya check dulu dengan team di group Whatsapp sama ada terdapat masalah dengan pelanggan atau tidak,” ujarnya kepada mStar.

Dia juga terkejut apabila dituduh mempunyai perjanjian dengan penggubal soalan daripada Jabatan Pendidikan.

Salang Sayang Resort telah beroperasi dari tahun 1981 dan menyediakan tempat penginapan serta trip island hopping untuk pelancong.

ADVERTISEMENT
View this post on Instagram

A post shared by SalangSayangResort (@salangsayangresort)

Malahan, Salang ini sebenarnya nama kampung, di sini juga terdapat beberapa resort termasuklah resort ini.

Manakala menerusi halaman Twitter yang dibuat oleh seorang pengguna @mfitsayie, dia juga mendapat sehingga 17.7 ribu retweet berkaitan tweetnya. Soalan yang menyebut pusat peranginan bernama Salang Sayang Resort masih popular di kalangan calon SPM 2021. .

ADVERTISEMENT
Sumber Twitter

Calon SPM juga mendakwa pembicara yang ditugaskan ketika itu tidak mengucap perkataan tersebut dengan jelas sehingga mereka tidak dapat menjawab soalan tersebut. #SPM2021 juga masih trending di Twitter.

Berikut antara komen dari netizen di ruangan komennya:

Sumber Twitter
Source :
mstar online, Twitter, Instagram
BACA JUGA  Meninggal Bermain Permainan Komputer Akibat Strok
Tags: netizenSPM

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di bachok

    15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    230 shares
    Share 92 Tweet 58
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    425 shares
    Share 170 Tweet 106
  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    119 shares
    Share 48 Tweet 30
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved