senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

“Sebelum Ini, Anak Tak Tidur Dalam Buaian,” – Pilu, Anak Maut Di Rumah Pengasuh

leav by leav
February 25, 2022
in Netizen

Sumber foto - Berita Harian

0
SHARES
10
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Media tempatan melaporkan, seorang kanak-kanak berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri, disahkan meninggal dunia. Kejadian ini berlaku selepas dipercayai kepalanya tersangkut di dalam katil bayi di sebuah pusat taska di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

“Sebelum ini, anak tidak tidur dalam buaian”

Menurut sumber berita, bapa mangsa, Yuseri Yusoff, 39 tahun, mengatakan bahawa ini merupakan kali pertama anaknya ditidurkan dalam buaian oleh pengasuh, malah di rumah anak bongsu itu tidak pernah ditidurkan dalam buaian.

Bercerita lanjut, Yuseri Yusoff mengatakan dia dan anak sulungnya sedang berada di rumah sebelum isterinya memaklumkan kejadian menimpa yang menimpa anak bongsunya, Nour Rania Asyifaa.

Dia kemudian bergegas ke Klinik Kesihatan (KK) Sendayan dan setibanya di sana, dia melihat doktor cuba memberi bantuan pernafasan.

“Pada malam sebelum kejadian, anak tidak menunjukkan sebarang masalah. Namun difahamkan ketika kejadian, anak dikatakan susah mahu tidur, jadi pekerja di pusat asuhan menidurkannya dalam buaian.

“Sebelum ini, anak tidak tidur dalam buaian,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Sekali lagi diberi ujian pilu, anak bongsu pula menyusul pergi

Bapa mangsa turut memaklumkan dia reda dengan kejadian yang menimpa anaknya dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Pihak pusat jagaan dikatakan sudah meminta maaf kepada keluarga mangsa atas kejadian yang berlaku.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, bapa kepada tiga anak ini pernah diuji dengan kehilangan anak kedua pada tahun 2020 akibat komplikasi kesihatan.

Nour Rania Asyifaa Yuseri, 15 bulan, disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan leher dan kepala terkeluar dari buaian serta tergantung pada kain buaian, manakala badannya masih dalam buaian.

BACA JUGA  Pelajar UK Tak Pandai Baca Jam Analog, Hanya Jam Digital

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

Source :
Berita Harian
ADVERTISEMENT
Tags: anakbapa

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved