Table of Contents
Hari Raya adalah salah satu perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Setelah sebulan berpuasa, umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai simbol kemenangan, kedamaian, dan keberkatan. Selain dari aspek ibadah, ucapan Selamat Hari Raya juga menjadi salah satu cara penting untuk menyampaikan kasih sayang, mengeratkan silaturahim, dan menunjukkan pengertian kepada orang sekeliling.
Ucapan Hari Raya bukan sekadar frasa kosong. Ia mengandungi nilai-nilai murni yang mencerminkan makna sebenar perayaan ini. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi 100 Ucapan Selamat Hari Raya Penuh Makna dan Kasih, yang dapat memberikan inspirasi kepada anda untuk menghantar ucapan yang tidak hanya formal, tetapi juga penuh dengan kasih dan makna.
1 Sejarah dan Makna di Sebalik Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula sejurus selepas umat Islam menyelesaikan ibadah puasa selama sebulan penuh. Ia menandakan kemenangan terhadap hawa nafsu dan juga penyucian jiwa. Pada asalnya, Aidilfitri adalah sebuah sambutan untuk meraikan kejayaan dalam menahan diri dari makanan, minuman, dan godaan duniawi. Namun, ia juga lebih daripada sekadar berpuasa. Hari Raya adalah hari untuk memperbaharui hubungan dengan Allah, dengan diri sendiri, dan dengan orang lain.
Selain itu, Aidilfitri juga merupakan hari untuk memperlihatkan keikhlasan hati, di mana umat Islam memohon maaf dan memaafkan. Makna yang terkandung di sebalik sambutan ini adalah perdamaian, pengampunan, dan kebahagiaan yang tercipta apabila kita menyatukan hati-hati yang berbeza.
2 Ucapan Selamat Hari Raya yang Bermakna
Ada pelbagai cara untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya, dan ia bergantung kepada hubungan kita dengan orang yang ingin kita sampaikan ucapan tersebut. Ucapan formal sering digunakan dalam situasi yang lebih rasmi, manakala ucapan tidak formal boleh diberikan kepada keluarga dan sahabat. Sementara itu, penggunaan pantun adalah satu cara tradisional yang popular dalam menyampaikan ucapan yang penuh makna.
Sebagai contoh, dalam ucapan rasmi, anda boleh menggunakan frasa seperti “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin,” yang melambangkan kesucian hati dan pengampunan. Sementara itu, ucapan yang lebih santai seperti “Raya ni jangan lupa ketupat, maafkan segala salah dan dosa,” boleh digunakan untuk menceriakan suasana.
3 Contoh Ucapan Pantun Selamat Hari Raya Penuh Makna dan Kasih
Untuk memberikan anda idea lebih lanjut, berikut adalah beberapa contoh ucapan yang penuh dengan kasih dan makna:
Ucapan Hari Raya 1
Bini tua Bini muda,
Mana kan sama Bini nombor tiga,
Mari Bermaafaan sesama kita,
Di pagi Aidil Fitri yang mulia
Ucapan Hari Raya 2
Berkahwin 4 memanglah hebat,
Silap langkah boleh kena lipat;
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai mesej pun kira ok what?
Ucapan Hari Raya 3
Seiring cahaya dipagi Syawal,
Kuberi maafku setulus lahirmu,
Kupinta maafmu sedalam batinku.
Selamat hari raya Aidil Fitri
1 Syawal 1443H Minal aidin wal faizin.
Mohon maaf zahir dan batin.
Ucapan Hari Raya 4
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan
Ucapan Hari Raya 5
Disisir diandam dengn cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut hari raya
Ucapan Hari Raya 6
Katak kenyang laku tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh
Ucapan Hari Raya 7
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya takkan dah lupa
Ucapan Hari Raya 8
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita
Ucapan Hari Raya 9
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum dentam,
Riang gembira dihari raya.
Ucapan Hari Raya 10
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada yang mengguris jiwa.
Ucapan Hari Raya 11
Andai langkah membekas lara,
Ada kata menusuk sukma,
Ada tingkah menoreh luka,
Maka maafkanlah kesilapan saya..
Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat hari raya
Ucapan Hari Raya 12
Daun dianyam makin tersimpul,
Gulai di dapur terlebih santan,
Sanak saudara riuh berkumpul,
Sambut lebaran penuh kesyukuran.
#selamathariraya #kosongkosong
Ucapan Hari Raya 13
Bila baring terus terlelap,
jangan sampai tidak bangun pagi,
jika ada salah dan silap,
jangan simpan di dalam hati
selamat hari raya
Ucapan Hari Raya 14
Dalam kerendahan hati,
ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta,
ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa,
mohon ampun dan maaf atas segalanya,
selamat hari raya maaf zahir dan batin, terima kasih
Ucapan Hari Raya 15
Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan
Ucapan Hari Raya 16
Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta
Ucapan Hari Raya 17
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin
Ucapan Hari Raya 18
Gema Takbir Memuji Ilahi,
Petanda Bermula Aidilfitri,
Mesej Dikirim Pengganti Diri,
Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi,
Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari,
Mohon Ampun Dan Maaf, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
Ucapan Hari Raya 19
Cincin disarung hati berdebar,
Jari nan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah…
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ucapan Hari Raya 20
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Ucapan Hari Raya 21
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Moga silaturahim diberkati Allah
Ucapan Hari Raya 22
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
WHATSAPP dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin
Ucapan Hari Raya 23
Kata Al-Ghazali :
yang jauh itu WAKTU,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
yang mudah itu BERBUAT DOSA,
yang panjang itu AMAL,
SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN
“Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”
Ucapan Hari Raya 24
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
Selamat Hari Raya
Ucapan Hari Raya 25
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan
Ucapan Hari Raya 26
Aidilfitri berbahang gembira,
Disambut dengan rasa suka.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Ucapan Hari Raya 27
Ramadhan telah kita tinggalkan,
hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira,
di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (**nama penghantar)
Ucapan Hari Raya 28
secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ucapan Hari Raya 29
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)
Ucapan Hari Raya 30
“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.
”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”.
“Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”.
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Dari (nama penghantar dan family)
Ucapan Hari Raya 31
Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sojambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)
Ucapan Hari Raya 32
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami titipkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
SALAM AIDILFITRI
Ucapan Hari Raya 33
Ramadhan barokah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi,
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”
Ucapan Hari Raya 34
Takbir sudah bergema,
Syawal sudah tiba,
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Ucapan Hari Raya 35
Raya pertama cantik berseri,
Berbaju kurung bagai puteri,
Duit Raya jangan lupa diberi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Ucapan Hari Raya 36
Adik tersayang segak bergaya
Untuk mengorat anak Cik Nyonya
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan gembira semuanya
Ucapan Hari Raya 37
Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Ucapan Hari Raya 38
bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…
Ucapan Hari Raya 39
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Ucapan Hari Raya 40
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum dentam,
Riang gembira dihari raya.
Ucapan Hari Raya 41
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita
Ucapan Hari Raya 42
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada yang mengguris jiwa.
Ucapan Hari Raya 43
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa
Ucapan Hari Raya 44
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara,
Ucapan Hari Raya 45
Gulai tempoyak ikan mayong,
Durian busuk ditebuk tupai,
Pandu hemat ingat kampung,
Asal teman selamat sampai.
Ucapan Hari Raya 46
Katak kenyang laku tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh
Ucapan Hari Raya 47
Disisir diandam dengan cekap,
Dipotong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Marilah kita menyambut hari raya
Ucapan Hari Raya 48
Di muara banyak buaya,
Buaya timbul setiap hari,
Covid-19 sungguh berbahaya,
Semua diharap tidak lupa jaga diri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ucapan Hari Raya 49
Kita sentiasa punya kelemahan diri,
Tegurlah andai terlupa diri,
Sama-sama kita insafi,
Maaf dipinta dengan rendah hati,
Selamat hari raya Aidilfitri
Ucapan Hari Raya 50
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan Hari Raya 51
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin
Ucapan Hari Raya 52
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Ucapan Hari Raya 53
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Ucapan Hari Raya 54
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
Ucapan Hari Raya 55
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa
Ucapan Hari Raya 56
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Ucapan Hari Raya 57
Kian berlabuh tirai Ramdhan
Lambaian Syawal kian dinanti
Luhur hati ikhlas kemaafaan
Semoga kesalahan dimaafi
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Ucapan Hari Raya 58
Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Sekarang nak hantar Kad Raya sudah tidak relevan lagi
Ucapan Whatsapp aje pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin
Ucapan Hari Raya 59
Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan Hari Raya 60
Yang jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan Hari Raya 61
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Ucapan Hari Raya 62
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia,
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Ucapan Hari Raya 63
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.
Ucapan Hari Raya 64
Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati,
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Ucapan Hari Raya 65
Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema
Seruan takbir yang berkumandang,
Ku aturkan salam menyambut Hari Raya AidilFitri,
Jika ada kata serta khilafku membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin.
Ucapan Hari Raya 66
Jika jiwa sebening air,
Maka jangan keruhkan,
Jika hati seputih awan,
Jangan mendungkan,
Raih kemenangan dengan saling bermaafan,
Selamat Hari Raya AidilFitri.
Ucapan Hari Raya 67
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.
Ucapan Hari Raya 68
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah Aidilfitri,
Sekarang nak hantar kad raya sudah tidak relevan lagi,
Ucapan Whatsapp aje penggganti diri,
Maaf Zahir dan Batin.
Ucapan Hari Raya 69
Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tidak lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.
Ucapan Hari Raya 70
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Whatsapp dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.
Ucapan Hari Raya 71
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan,
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Ucapan Hari Raya 72
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.
Ucapan Hari Raya 73
Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidil fitri,
WHATSAPP dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Ucapan Hari Raya 74
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
WhatsApp dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Ucapan Hari Raya 75
Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.
Ucapan Hari Raya 76
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Ucapan Hari Raya 77
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Ucapan Hari Raya 78
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
Ucapan Hari Raya 78
Kalau dilipek sebosar kuku,
Kalau dibontang sebosar alam,
Kok hilang dicaghi,
Kok hanyut dipinteh,
Kok tonggolam disolam,
Datang biarla nampak muko,
Kok poei biarla nampak belakang,
Jauh diimbau,dokek digamit.
Seuntai salam,sojambak kato,
Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Ucapan Hari Raya 79
Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia.
Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
Ucapan Hari Raya 80
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Ucapan Hari Raya 81
Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Ucapan Hari Raya 82
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Ucapan Hari Raya 83
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang teraniaya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Ucapan Hari Raya 84
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Ucapan Hari Raya 85
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Ucapan Hari Raya 86
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Ucapan Hari Raya 87
Masak lomak cili api,
Campo dongan ! daun turi,
Hari rayo kolumpo sopi,
Tinggal penyamun dongan pencuri,
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Ucapan Hari Raya 88
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.
Ucapan Hari Raya 89
Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.
Ucapan Hari Raya 90
Di muara banyak buaya,
Buaya timbul setiap hari,
Covid-19 sungguh berbahaya,
Semua diharap tidak lupa jaga diri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ucapan Hari Raya 91
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak ada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada yang mengguris jiwa.
Ucapan Hari Raya 92
Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri;
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak lupa dihati.
Ucapan Hari Raya 93
Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati;
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin
Ucapan Hari Raya 94
Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi;
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”
Ucapan Hari Raya 95
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa;
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun di pinta di hari mulia.
Ucapan Hari Raya 96
Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti;
Luhur hati ikhlas kemaafan,
Semoga kesalahan dapat dimaafi.
Ucapan Hari Raya 97
Cahaya Ramadhan berlalu pergi
Menyambut tibanya Aidilfitri;
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Ucapan Hari Raya 98
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri;
Seikhlas hati menyusun jari.
Mohon maaf kekhilafan diri.
Ucapan Hari Raya 99
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
Takbir sudah bergema,
Syawal sudah tiba;
Selamat Hari Raya,
Ampun maaf dipinta.
Ucapan Hari Raya 100
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi;
Wassap dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri
4 Cara Menyampaikan Kasih Sayang Melalui Ucapan Selamat Hari Raya
Selain memohon maaf, ucapan Hari Raya juga merupakan cara untuk menyampaikan kasih sayang. Anda boleh menggunakan kata-kata yang tulus untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan atau persahabatan. Ucapan seperti “Semoga hubungan kita terus diberkati dan dilimpahi rahmat-Nya” atau “Raya ini, semoga kita semua terus diberi kebahagiaan dan kasih sayang” sangat tepat untuk mencerminkan rasa kasih sayang di hari yang penuh berkat ini.
Dengan menyampaikan kata-kata yang penuh makna, kita bukan hanya mengucapkan Selamat Hari Raya, tetapi juga memperbaharui semangat persaudaraan dan persahabatan yang ada.
5 Kreativiti Dalam Menyampaikan Ucapan Selamat Hari Raya
Di zaman yang serba moden ini, media sosial memainkan peranan besar dalam penyebaran ucapan Hari Raya. Sebelum ini, kita menghantar kad raya fizikal, tetapi kini, dengan kemudahan teknologi, kad digital menjadi alternatif yang lebih praktikal. Di samping itu, aplikasi pesanan seperti WhatsApp dan Telegram juga memberi ruang untuk kita menyampaikan ucapan dengan lebih cepat.
Media sosial membolehkan kita berkongsi ucapan dengan lebih meluas, tidak kira sejauh mana jaraknya. Namun, penting untuk diingat bahawa walaupun cara penyampaiannya berubah, makna dan kasih sayang di dalam setiap ucapan itu harus tetap dijaga.
1. Menggunakan Kad Digital Sebagai Alternatif Moden
Seiring dengan perubahan zaman, menghantar kad raya secara digital menjadi semakin popular. Ini bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi juga praktikal dan menjimatkan. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh menghantar ucapan kepada rakan-rakan dan keluarga yang berada di pelbagai pelusuk dunia.
2. Menjaga Tradisi Dalam Menyampaikan Ucapan Selamat Hari Raya
Walaupun zaman telah berubah, tradisi menghantar kad raya fizikal masih tetap relevan, terutama bagi mereka yang lebih gemar menerima ucapan dalam bentuk yang lebih peribadi. Kad raya bukan sahaja berfungsi sebagai ucapan, tetapi juga sebagai kenangan yang dapat disimpan untuk jangka masa yang panjang.
Selain itu, berkongsi ucapan secara bersemuka di hari raya juga penting. Ini bukan hanya mengenai kata-kata, tetapi juga mengenai ikatan yang terjalin semasa bertemu secara langsung. Tindakan ini mengeratkan lagi silaturahim dan menjadikan sambutan Hari Raya lebih bermakna.
3. Pantun dan Puisi Sebagai Medium Menyampaikan Ucapan Selamat Hari Raya
Pantun dan puisi adalah cara yang unik dan kreatif untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya. Selain menjadi medium yang penuh seni, pantun juga boleh mengandungi mesej-mesej mendalam mengenai pengampunan, kasih sayang, dan semangat persaudaraan.
Pantun seperti “Ketupat pulut dimasak santan, bersama rendang di atas meja, Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga hati damai sejahtera,” mampu menyampaikan ucapan dengan cara yang ceria namun penuh makna.
4. Menggunakan Puisi Untuk Menyampaikan Pesanan Mendalam di Hari Raya Aidilfitri
Puisi adalah bentuk seni yang mampu menyampaikan perasaan dengan lebih mendalam. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan puisi untuk menyampaikan harapan, kasih sayang, dan kemaafan di Hari Raya. “Rayaku yang indah ini, penuh harapan, penuh kasih sayang, semoga dunia ini penuh kedamaian dan pengampunan,” adalah salah satu contoh puisi yang sesuai dengan tema Aidilfitri.
Kesimpulan
Sambutan Hari Raya adalah masa untuk kita memperbaharui ikatan kasih sayang, memaafkan, dan meraikan kejayaan. Ucapan Selamat Hari Raya bukan sekadar kata-kata kosong, tetapi merupakan cara untuk menyampaikan makna, kasih, dan pengertian kepada mereka yang kita sayangi. Dengan menggunakan 100 Ucapan Selamat Hari Raya Penuh Makna dan Kasih, kita dapat terus memelihara tradisi ini dan memastikan perayaan Hari Raya sentiasa bermakna dalam hidup kita.