senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Tak Jadi Kahwin Lepas Dapat Tahu Pengantin Lelaki Botak

leav by leav
March 11, 2022
in Dunia, Unik

Foto ilustrasi - Unsplash/Nathan Dumlao

0
SHARES
27
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Saru majlis perkahwinan di India tidak boleh diteruskan apabila pengantin perempuan bertindak melarikan diri selepas melihat bakal suaminya tiada rambut.

Pada awalnya, perkahwinan yang diaturkan keluarga itu dikatakan berjalan lancar sebelum pengantin perempuan menyedari ‘keabnormalan’ kepala bakal suaminya.

Lelaki terbabit dikatakan banyak memakai perhiasan tradisional di kepalanya ketika perarakan pertukaran kalungan bunga dilakukan antara kedua mempelai. Rasa sangsi, wanita terbabit dilaporkan bersemuka dengan pengantin lelaki dan bertanya tentang rambut di kepalanya.

Sahkan kepala botak apabila bersemuka

Foto ilustrasi – Unsplash/Jayesh Jalodara/

Lelaki terbabit mengesahkan kepadanya bahawa kepalanya botak, wanita itu terus pengsan di tempat kejadian dan berat hati untuk meneruskan perkahwinan sebaik sahaja dia sedar.

Keluarga wanita itu cuba memujuknya tetapi gagal, sekaligus menimbulkan kemarahan keluarga pengantin lelaki kerana rasa malu pada majlis tersebut.

Pengantin lelaki kemudiannya dituduh menipu pengantin perempuan dengan tidak mendedahkan keadaan sebenar rambutnya. Menurut polis, kedua-dua pihak bertindak memfailkan aduan antara satu sama lain dengan mendakwa mereka telah ditipu. Namun, akhirnya aduan itu ditarik balik.

“Kemudian kedua-dua pihak menarik balik aduan masing-masing dan menyelesaikan isu tersebut antara mereka” kata jurucakap polis.

Source :
Oddity Central
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Lakukan Ini Jika Suami Tiba-Tiba Kata Mahu Berkahwin Lagi
Tags: kahwin

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved