senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Random

“Ali XPDC Ditidurkan, Sekarang 50/50” – Minta Adakan Bacaan Yassin, Kata Isteri

leav by leav
March 11, 2022
in Random
2
SHARES
162
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Penyanyi, Ali XPDC, 53, yang dimasukkan ke Hospital Ampang, Jumaat lalu terpaksa ditidurkan hari ini selepas mengalami kesukaran bernafas.

Isterinya, Sharifah Syarzana dalam satu kiriman suara kepada rakannya memohon semua peminat terutama rakan-rakan suaminya melakukan solat hajat dan bacaan Yassin untuk kesejahteraan Ali.

“Keadaannya 50 /50 sekarang. Minta adakan bacaan Yassin. Saya seorang menemaninya di hospital,” katanya.

Sementara itu, di facebook Sahabat XPDC turut memuat naik status terkini Ali kepada peminat mereka.

“Assalamualaikum. Perkembangan terkini saudara Ali XPDC setakat jam 7 malam hari ini. Ahli keluarga Ali minta semua doakan Ali supaya cepat sembuh.

“Keadaan Ali kalau ikutkan semakin sihat dan mula diajar buat aktiviti ringan dan dah boleh bercakap walaupun keadaan separuh badan belah kanan masih lemah.

“Tetapi petang tadi Ali mengalami sesak nafas dan hospital telah ‘tidurkan’ sementara buat masa ini. Walaupun pernafasan Ali sudah kembali normal tapi dia masih lagi di ditidurkan dan dipantau,” tulisnya.

Mereka turut memaklumkan Ali tidak dijangkiiti C0vid-19, cuma sebelum ini dia diletakkan di wad saringan C0vid-19.

“Apapun beliau masih lagi tidak boleh menerima pelawat. Ahli keluarga minta semua peminat dan sahabat untuk doakan dan solat hajat untuk kesihatan Mohd Ali Ismail dikembalikan dan sihat seperti dulu,” katanya.

ADVERTISEMENT

Sebelum ini, Ali dikejar ke Hospital Ampang, Jumaat lalu apabila tiba-tiba ditemui tidak sedarkan diri ketika ingin makan selepas selesai berlatih di studio milik pemain bass XPDC Eddie di Pandan Indah.

Mereka berlatih sebagai persiapan Konsert Jualan Hitam 2022 yang akan berlangsung di Heritage Hall Studios, Banting 12 Mac ini.

Source :
Harian Metro
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Pasar Raya Bertindak Buang Makanan Bernilai Lebih RM152K Selepas Seorang Wanita Sengaja Batuk Padanya
Tags: XPDC

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved