senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

19 Tempat Menarik Di Perlis Untuk Jalan-Jalan

Nora by Nora
June 27, 2024
in Travel
tempat menarik di perlis
174
SHARES
17.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat ootd Perlis
  • 2. Kampung warna warni Perlis
  • 3. Tempat menarik untuk beriadah dan melihat sunrise di Perlis
  • 4. Taman di Perlis
  • 5. Tempat menarik di Perlis waktu malam
  • 6. Tempat menarik di Kuala Perlis
  • 7. Makan tengahari di Perlis
  • 8. Tempat mandi di Perlis
  • 9. Ladang buah di Perlis
  • 10. Bukit di Perlis
  • 11. Tasik di Perlis
  • 12. Tempat shopping di Perlis
  • 13. Tempat menarik di Perlis yang percuma
  • 14. Sarapan pagi di Perlis
  • 15. Tempat menarik di Arau Perlis
  • 16. Tempat menarik di Kangar
  • 17. Tempat bersejarah di Perlis
  • 18. Tempat viral di Perlis
  • 19. Tempat makan viral di Perlis

Adakah anda bosan dengan kehidupan bandar? Perlukan masa untuk berehat? Inginkan cadangan tempat menarik di Perlis?

Jom jalan jalan Perlis! Tempat best di sekitar Perlis adalah apa yang anda perlukan untuk healing dan melarikan diri dari kesibukan bandar.

Dikenali juga sebagai Perlis Indera Kayangan, adalah negeri paling utara dan terkecil di Malaysia.

Senarai Tempat Menarik Di Perlis

Negeri yang terkenal dengan jolokan ‘Mangga Harum Manis’ ini mempunyai tarikan pelancongan yang lebih kepada kawasan alam semulajadi dan aktiviti eko-pelancongan.

Bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, mempunyai dua pintu sempadan iaitu Padang Besar dan Wang Kelian.

Anda pasti tertanya-tanya, “Apakah tarikan popular di Perlis?” Jangan risau, kami ada jawapan untuk anda!

ADVERTISEMENT

Kangar Street Art

1 Tempat ootd Perlis

Alamat: Lorong Seni, Pusat Bandar Kangar, 01000 Kangar, Perlis

Tel: 019-454 9390

Kangar Street Art

ADVERTISEMENT

Di tengah Bandar Kangar, terserlah sebuah lorong yang menarik perhatian – Kangar Street Art.

Dipenuhi dengan mural yang megah, lorong ini menjadi tumpuan pelancong dan orang tempatan untuk menikmati seni visual yang mempersonakan.

Lukisan-lukisan di Kangar Street Art memaparkan identiti Negeri Perlis yang kaya dengan keunikan dan warisan.

Dari pemandangan alam semulajadi yang indah hingga aktiviti ekonomi tradisional, semuanya diwakili melalui kemahiran tangan para artis.

Tempat ootd di perlis yang menarik

Tempat menarik di perlis

Antara karya terkenal ialah ‘Nat Pokok Getah’, ‘Tak Jadi Duit’, ‘Ladang Tebu Chuping’, ‘Awang Batil’, ‘Warisan Terluka’, ‘Suara Alam (Bukit Ayer)’ dan ‘Cendol Padang Pauh’.

Selain menjadi tarikan pelancong, Kangar Street Art juga berfungsi sebagai tempat letak kereta yang strategik.

Jadi, ketika anda jalan-jalan Bandar Kangar, jangan lupa singgah ke Kangar Street Art untuk menikmati keindahan seni dan sejarah Perlis yang dihidupkan di dinding-dinding ini.

Semak Harga

Choley kampung Warna Warni Kuala Perlis

2 Kampung warna warni Perlis

Alamat: 188, Kampung Tengah, Seberang Ramai, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Tel: 019-444 9672

Kampung warna warni Perlis

Tak usah jauh-jauh ke Malang atau Surabaya, Perlis punya perkampungan sendiri yang tak kalah memukau – Kampung Seberang Ramai!

Dahulu perkampungan nelayan ini terlihat begitu daif dan tak terurus, tapi kini ia telah diubah menjadi perkampungan warna-warni.

Tujuh kampung yang bergabung dalam Kampung Seberang Ramai – Kg. Hujung Tanjung, Kg. Tengah, Kg. Tandiap, Kg. Baru Seberang, Kg. Seberang, Alor, Kg. Seberang Jaya dan Kg. Pulau Ketam.

Jambatan Tuanku Syed Putra,

Masyarakat setempat juga menyediakan perkhidmatan sewa beca bermotor dan basikal supaya pelancong dapat menjelajahi keindahan kampung dengan santai.

Terdapat banyak lokasi menarik untuk bergambar seperti Pantai Pulau Ketam, Laman Congkak, Jambatan Tuanku Syed Putra, Anjung Persinggahan Raja, dan Rumah Penghulu Omar.

Alang-alang tu, jangan lupa dapatkan produk tempatan seperti dodol dan kuih tradisional.

Semak Harga

Wang Kelian View Point

3 Tempat menarik untuk beriadah dan melihat sunrise di Perlis

Alamat: 02200 Kaki Bukit, Perlis

Tel: N/A

Wang Kelian View Point
Kredit: jiaxian18

Wang Kelian View Point merupakan satu lagi tarikan Perlis yang mesti dikunjungi.

Dari puncak Puncak Wang Kelian, anda boleh melihat hamparan Hutan Negeri Perlis yang terbentang luas dihiasi dengan bukit-bukit yang indah.

BACA JUGA  10 Tempat Menarik Di Bagan Datuk Untuk Dikunjungi

Pada hari yang lebih sejuk, awan putih tebal menyelubungi bukit. 

Wang Kelian View Point
Kredit: icint4

Datanglah ke kaki bukit Perlis ini bersama kamera untuk menangkap gambar permandangan terbaik sebelum matahari terbit atau terbenam.

Semasa musim hujan, anda mungkin dapat menyaksikan fenomena yang dikenali sebagai “awan permaidani.”

Semak Harga

Taman Negeri Perlis

4 Taman di Perlis

Alamat: Berhampiran Hutan Simpan Wang Mu

Tel: N/A

taman negeri perlis

Salah satu tempat yang paling indah untuk dikunjungi di daerah Perlis. Kedua-dua Hutan Simpan Mata Ayer dan Wang Mu terletak di Taman Negeri Perlis.

Taman rekreasi perlis ini meliputi kira-kira 5,000 hektar di banjaran bukit batu kapur berterusan terpanjang di Malaysia, Banjaran Nakawan.

Tempat pelancongan di Perlis ini dikelilingi oleh keindahan semula jadi termasuk gua batu kapur, air terjun, tumbuhan, burung, mamalia, reptilia dan banyak lagi.

Semasa musim kemarau, pokok-pokok di hutan ini menggugurkan daun mereka, mencipta pemandangan cantik.

Laluan taman ini sesuai untuk mereka yang gemar mendaki, jungle trekking dan memerhati burung.

Semak Harga

Tasik Perlis Timah Tasoh

5 Tempat menarik di Perlis waktu malam

Alamat: Empangan Timah Tasoh, Perlis

Tel: N/A

Tasik-Perlis-Timah-Tasoh-1
Sumber foto: diva.my

Tasik Timah Tasoh adalah tasik tercantik di daerah Perlis dan mendapat namanya daripada pertemuan dua sungai iaitu Sungai Tasoh dan Sungai Timah. 

Tasik buatan manusia ini adalah tempat terbaik untuk meluangkan masa bersendirian atau bersama keluarga.

Pengunjung boleh berbasikal, berkelah, memancing, berkayak, port bergambar menarik dan melihat pemandangan cantik tasik ini.

Anda boleh melihat matahari terbit dan terbenam yang indah di sana, serta bermalam di tempat viral di Perlis ini.

Tempat percutian menarik di Perlis ini juga dilengkapi tempat barbeku dan menjadi pilihan pengunjung untuk camping.

Pada waktu malam pula, suasana Tasik Timah Tasoh menjadi lebih mistik dengan bunyi serangga dan makhluk malam yang dapat anda dengar dengan jelas.

Semak Harga

Taman Rekreasi Bukit Jernih

6 Tempat menarik di Kuala Perlis

Alamat: Taman Rekreasi Bukit Jernih

Tel: N/A

taman rekreasi bukit jernih di perlis
Sumber foto: uminani.com

Taman Rekreasi Bukit Jernih salah satu tempat best Perlis untuk family day. Selain berehat, mandi manda, BBQ dan menikmati alam semula jadi bersama keluarga, anda boleh berkhemah di sana.

Malam yang damai di dalam khemah, jauh dari huru-hara, akan membantu anda berehat. Penduduk tempatan biasanya melawat taman ini pada hujung minggu, jadi jika anda tidak mahu berurusan dengan orang ramai, elakkan hujung minggu.

Malah, Bukit Jernih juga adalah salah satu daripada tempat mendaki di Perlis yang akan memberikan anda pemandangan yang menakjubkan dan tidak dapat dilupakan.

Semak Harga

Pasar Terapung Perlis

7 Makan tengahari di Perlis

Alamat; Berhampiran Kompleks JPS Perlis, Pengkalan Asam, 01000 Kangar Perlis

Tel: N/A

Pasar Terapung Perlis
Kredit: JerulGanu Azrul Azizoon

Selain Kelantan, Perlis juga mempunyai Pasar Terapung yang unik seakan-akan di Hatyai, Thailand.

Buat anda yang ingin membeli makanan pada hari cuti Sabtu dan Ahad, anda boleh datang ke pasar ini. 

Sewaktu berbelanja, anda boleh menikmati pemandangan tasik yang tenang. Pasar terapung Perlis ini menjual makanan, ikan segar dan buah-buahan tempatan.

Antara aktiviti menarik di pasar terapung ini termasuklah beriadah, memancing ikan, berkayak dan mendayung perahu.

Malah, Pasar Terapung Kolam JPS Perlis ini ada kemudahan parking dan tempat rehat yang luas.

Semak Harga

Hutan Lipur Bukit Ayer

8 Tempat mandi di Perlis

Alamat: Taman Eko-Rimba Bukit Ayer, Kangar, Perlis

Tel: N/A

taman eko-rimba bukit ayer

Hutan Lipur Bukit Ayer atau Taman Eko-Rimba Bukit Ayer terletak 12km dari bandar Kangar. 

Tempat best di Perlis ini mempunyai kawasan perkhemahan, tempat letak kereta, kemudahan asas untuk perkhemahan dan banyak lagi.

Hutan ini sesuai untuk pencinta alam yang gemar mendaki. Sebelum anda pergi mendaki, pastikan anda memaklumkan dan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Di tepi kolam, pengunjung boleh berenang dan berehat pada bila-bila masa kerana banyak air terjun mengalir melaluinya.

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Selangor Yang Percuma & Terbaik

Selain mandi mandi di Hutan Lipur Bukit Ayer, pengunjung juga boleh mengunjungi Taman Rekreasi Bukit Jernih dan Hutan Lipur Bukit Kubu.

Semak Harga

Ladang Anggur Perlis (Perlis Vineyard)

9 Ladang buah di Perlis

Alamat: Jalan, Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis

Tel: 04-938 4466

taman anggur di perlis

Ladang ini yang dahulunya dikenali sebagai Taman Anggur Perlis telah dinamakan semula sebagai Taman Buah-Buahan Eksotik Perlis.

Menariknya, taman anggur di Kangar Perlis ini mempunyai sehingga sembilan jenis anggur seperti Black Opal, Black Queen, New White Malaga dan banyak lagi.

Anda juga boleh mengunjungi ladang anggur Perlis ini bersama keluarga dan kanak-kanak. Terdapat juga gerai makanan dan minuman berdekatan.

Selain melihat ladang anggur dan Laman Superfruit Perlis, anda juga boleh berkelah, bergambar/ootd dan memberi ikan makan.

Semak Harga

Bukit Keteri Perlis

10 Bukit di Perlis

Alamat: Kampung Bukit Keteri, 10 km dari Kangar, Perlis.

Tel: N/A

bukit keteri perlis
Sumber foto: Facebook @infosigunung

Bukit Keteri merupakan bukit batu kapur di Perlis yang dikelilingi sawah padi dan kawasan desa yang indah.

Tempat menarik ini terkenal dalam kalangan pendaki batu atau rock climbing spot dari seluruh Asia.

Lokasi menarik ini pilihan destinasi sukan lasak dan pengembaraan Perlis, terletak berhampiran Chuping.

Selain daripada pemandangan yang menakjubkan, rakyat Malaysia dan pelancong tempatan berduyun-duyun ke Bukit Keteri Perlis untuk mencuba pendakian batu.

Terdapat banyak lagi untuk dilihat dan dilakukan di Bukit Keteri bersama keluarga atau rakan anda.

Semak Harga

Tasik Melati Perlis

11 Tasik di Perlis

Alamat: Taman Rekreasi Tasik Melati

Tel: N/A

tasik melati di perlis
Sumber foto: devianart.com

Tarikan Perlis seperti Taman Rekreasi Tasik Melati adalah antara beberapa tarikan yang anda tidak boleh ketinggalan semasa cuti Perlis.

Dengan berjalan di atas pelantar kayu yang dibina, membolehkan pengunjung mengembara dari satu hujung tasik ke hujung yang lain.

Bukan sahaja menikmati pemandangan cantik di lokasi ini, malah berpeluang melihat ratusan ribu bunga teratai terapung di atas tasik dan memerhati banyak burung yang terbang bebas.

Terdapat juga taman permainanan kanak-kanak dan laluan refleksologi yang membolehkan anda berehat sambil menghirup udara segar di sekitar tasik.

Bukankah ini tempat jalan jalan Perlis yang bagus untuk menghabiskan hujung minggu bersama keluarga?

Semak Harga

Arked Niaga Padang Besar

12 Tempat shopping di Perlis

Alamat: Padang Waremart Padang Besar Perlis

Tel: 012-474 2077

padang waremart padang besar perlis

Terletak di utara Perlis dan bersempadan dengan Negara Thailand, Arked Niaga Padang Besar menawarkan pengalaman membeli-belah yang luar biasa.

Ini adalah destinasi tumpuan bagi mereka yang mencari barangan berkualiti dan kebanyakannya diimport terus dari Thailand.

Dengan ratusan lot kedai, Arked Niaga Padang Besar adalah syurga bagi pembeli-belah yang mencari makanan, fesyen moden, perhiasan cantik hingga kelengkapan rumah dengan harga mampu milik.

Tidak kira anda orang Malaysia atau Thailand, anda pasti akan teruja dengan pemandangan dan suasana yang unik di tempat menarik di Padang Besar ini.

Semak Harga

Bukit Merbok

13 Tempat menarik di Perlis yang percuma

Alamat: Bukit Merbok, Kangar, Perlis

Tel: N/A

bukit merbok di perlis
Sumber foto: bebelancikmin.com

Pernahkah anda mendengar tentang hutan buluh Perlis?

Hutan buluh boleh ditemui di sepanjang denai mendaki Bukit Merbok, memberikan gambaran bahawa anda berada di hutan buluh Arashiyama di Kyoto, Jepun.

Semak Harga

Warung Tepi Sawah

14 Sarapan pagi di Perlis

Alamat: Kg Bohor Janggus, 01000 Kangar, Perlis

Tel: 01110837769

warung-tepi-sawah-1
Sumber foto: twitter @ohmyperlis

Tiada yang lebih baik daripada sarapan pagi dengan pemandangan kawasan luar bandar. Terletak di Bintong, adalah salah satu tempat makan best di Perlis.

Di sini, anda boleh merasai hidangan yang unik dan lazat seperti pulut ikan masin, apom lenggang, roti bakar telur dan banyak lagi!

BACA JUGA  Terokai Keunikan Taman Botani Putrajaya: Taman Terbesar Di Malaysia

Bukan sahaja di Sekinchan, Selangor, anda boleh makan dalam suasana sawah.

Nikmati sarapan pagi anda di Warung Tepi Sawah dengan pemandangan gunung yang indah dan kehijauan sawah padi dengan tiupan angin semasa cuti di Perlis.

Disebabkan popularitinya, adalah lebih baik untuk tiba awal pagi untuk mengelakkan orang ramai dan menikmati makanan yang lazat.

Semak Harga

Pasar Nat Pokok Getah

15 Tempat menarik di Arau Perlis

Alamat: Kampung Kubang, 02600 Arau, Perlis

Tel: 01116118696

Pasar Nat Pokok Getah
Sumber foto: malaysiakini.com

Pasar ini mendapat namanya daripada pokok getah yang tumbuh di kawasan ini. Malahan, Pasar Nat Pokok Getah antara pasar pagi yang paling popular di Perlis, Malaysia.

Selain itu, pasar harian ini dipanggil ‘nat’ oleh penduduk tempatan di utara Malaysia. Menariknya, pasar pagi ini menghimpunkan peniaga dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Waktu operasi pasar ini dari 7.30 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Jumaat dan Ahad sahaja.

Selain barangan antik, pengunjung boleh mendapatkan barangan basah, keperluan harian untuk memasak, dan pelbagai barangan lain seperti pakaian baru dan terpakai, bunga, alatan kraf, mainan kanak-kanak, dan barangan elektrik.

Semak Harga

Gua Kelam

16 Tempat menarik di Kangar

Alamat: Jalan, Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis

Tel: 0195411105

gua kelam lokasi menarik di perlis
Sumber foto: flickr @hazrulnizam rosle

Suka sukan lasak? Jadi, datanglah ke Taman Rekreasi Gua Kelam ini untuk menguji kekuatan anda!

Gua Kelam ialah gua batu kapur sepanjang 370 meter berhampiran pekan Kaki Bukit di Perlis.

Sebenarnya aktiviti ini tidak terlalu mencabar kerana gua mempunyai laluan pejalan kaki untuk pelancong yang ingin merasai suasana dalaman gua.

Di hujung gua, deretan pokok yang menghijau akan memberikan pengalaman yang menyegarkan terutama bagi pencinta alam.

Selain gua, Taman Rekreasi Gua Kelam adalah destinasi pelancongan yang popular di negeri ini.

Semak Harga

Muzium Kota Kayang

17 Tempat bersejarah di Perlis

Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis

Tel: 049770027

kota-kayang-museum-1
Sumber foto: flickr @nikz arifz

Muzium Kota Kayang mesti dilihat di mana-mana lawatan ke Kuala Perlis. Ini adalah salah satu tempat yang paling indah untuk dikunjungi di Kuala Perlis bersama orang tersayang.

Kerana bangunan itu pernah menempatkan penasihat British, kebanyakan artifak yang dipamerkan menggambarkan tamadun awal Malaysia.

Selain itu, Muzium Kota Kayang ini mempunyai tiga galeri utama dan lebih 300 artifak.

Semak Harga

Taman Ular dan Reptilia Perlis

18 Tempat viral di Perlis

Alamat: Taman Ular dan Reptilia Perlis, Jalan, Sungai Batu Pahat, 01000 Kangar, Perlis

Tel: 04-976 8511

taman matahari di taman ular perlis
Sumber foto: Facebook @taman ular

Taman Ular Sungai Batu Pahat adalah satu-satunya taman ular di Malaysia dan tarikan pelancong di daerah Perlis yang popular.

Selain dari ular, tempat best Perlis ini juga memiliki taman bunga matahari, rusa, petting zon dan banyak lagi. Perlis tempat menarik ini mesti dilihat oleh pencinta haiwan.

Buaya, biawak dan kuda termasuk 30 spesies ular ada dalam Taman Ular Perlis ini. Lawati Perlis Snake Park ini untuk pengalaman pendidikan dan mendebarkan.

Semak Harga

Ladang Nipah Kipli

19 Tempat makan viral di Perlis

Alamat: 02700 Kuala Sanglang, Perlis

Tel: N/A

ladang nipah kipli di perlis
Sumber foto: twitter @jomkitamy

Tempat menarik Perlis ini adalah tempat yang indah dikelilingi oleh pokok palma, yang dipanggil Ladang Nipah Kipli.

Pertimbangkan untuk melawat Ladang Nipah Kipli jika anda ingin berehat sambil mencuba beberapa makanan baru dan menarik.

Ketam sawah dan jus kelapa segar juga mesti dicuba semasa anda berada di kawasan itu.

Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan yang disediakan oleh syarikat ini. Tempat ini boleh membantu anda menjadi tenang dan belajar pokok nipah.

Semak Harga

Pilihan tempat menarik Perlis:

  • Kuala Kangsar, Padang Besar, Langkawi

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Popular 2024
4/5 - (15 votes)
Tags: perlistempat menarik perlis

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved