senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

28 Tempat Menarik Di Melaka Paling Popular Terkini 2024

Nora by Nora
March 20, 2024
in Travel
tempat menarik melaka
45
SHARES
4.5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Waterpark di Melaka
  • 2. Indoor playground Melaka
  • 3. Pantai di Melaka
  • 4. Muzium di Melaka
  • 5. Tempat percutian menarik di Melaka
  • 6. Tempat bersejarah di Melaka
  • 7. Binaan yang terkenal di Melaka
  • 8. Pemandangan cantik di melaka
  • 9. Taman Buaya Melaka
  • 10. Tempat mandi manda di Melaka
  • 11. Hutan rekreasi Melaka
  • 12. Tempat bercuti di Melaka
  • 13. Tempat menarik di bandar Melaka
  • 14. Pasar malam Melaka
  • 15. Teater seni persembahan di Malaysia
  • 16. Tempat menarik di Melaka untuk pasangan
  • 17. Tempat menarik untuk family day di Melaka
  • 18. Tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak
  • 19. Pantai paling popular di Melaka
  • 20. Tempat menarik di Melaka waktu malam
  • 21. Tempat sejarah di Melaka
  • 22. Taman tema air terbesar di Malaysia
  • 23. Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka
  • 24. Taman Mini Malaysia
  • 25. Muzium unik Baba & Nyonya di Melaka
  • 26. Flying Fox Melaka
  • 27. Kolam Air Panas Melaka
  • 28. Tempat best di Melaka

Adakah tempat menarik Melaka sudah ada dalam senarai bucket list percutian untuk tahun ini?

Bukan apa, Melaka telah menjadi bandar pelabuhan penting sejak abad ke-15.

Turut terkenal dengan tarikan sejarah, budaya baba nyonya, dan banyak tempat menarik yang menjadikan Melaka destinasi pelancongan popular di Malaysia.

Senarai tempat menarik di Melaka

Adakah anda tahu keistimewaan negeri Melaka? 

Kota Melaka juga wujud dengan gabungan budaya dipengaruhi Belanda, Portugis dan China.

Jangan risau, berikut kami kongsikan keunikan negeri Melaka dan senarai tempat terbaik untuk dikunjungi ketika anda bercuti di Melaka serta lihat juga hotel terbaik di Melaka.

Bayou Lagoon Water Park

1 Waterpark di Melaka

Alamat; Bayou Lagoon Water Park, Melaka

ADVERTISEMENT

Tel; 06-233 0888

Bayou Lagoon Water Park

Cuaca panas ni memang syok untuk lepak tepi waterpark dan mandi-manda.

Jadi apa kata anda rancang percutian keluarga di  Bayou Lagoon, Melaka?

ADVERTISEMENT

Bukan sahaja ada pelbagai tarikan yang menarik, malah menggembirakan golongan muda dan dewasa.

Antaranya kawasan permainan kanak-kanak, kolam renang, gelongsor air, dan banyak lagi.

Usah risau, taman air ini luas, loker peribadi disediakan dan bilik mandinya juga bersih.

Terdapat juga kafe di dalam taman air Bayou Lagoon, tempat letak kereta percuma dan harga tiket lagi murah kat bawah.

Semak Harga

Wonderpark Melaka

2 Indoor playground Melaka

Alamat; Lot 2F-02B & 2F-02C, Level 2, The Shore, No.193 Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Melaka

Tel; 012-899 6928

Wonderpark Melaka

Bagi yang tiada destinasi hujung minggu ni, boleh datang ke Wonderpark Melaka.

Taman dalaman keluarga yang juga sesuai untuk lepak bersama keluarga dan kanak-kanak.

Menariknya, kanak-kanak boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menggabungkan keseronokan dan pembelajaran aktif.

Antaranya Giant Playland Wonderpark, Muzium Selfie, konsol PS5, arked, ruang membaca dan bilik cermin yang menawan.

Malah, ruang dalaman juga boleh digunakan untuk sambutan hari lahir.

Semak Harga

Pantai Klebang

3 Pantai di Melaka

Alamat: Pantai Klebang, Melaka

Tel: N/A

pantai klebang
Kredit gambar: carmen wai

Perjalanan ke Pantai Klebang dari bandar Melaka hanya 15 minit dan menjadi port bergambar menarik ketika jalan jalan Melaka.

Pantai buatan ini menjadi tempat viral di Melaka kerana bukit pasirnya seakan rupa padang pasir dan terdapat taman permainan, tandas, gerai makan dan lain-lain.

Pada waktu petang, tempat percutian bajet ini agak sibuk dengan pengunjung yang bermain layang-layang, kereta alat kawalan jauh, beriadah, berkelah dan makan sambil melihat matahari terbenam.

Terdapat banyak tempat menarik di Pantai Klebang, termasuk Dataran Klebang, Muzium Kapal Selam dan Coconut Shake Pantai Klebang yang popular.

Semak Harga

Muzium Samudera (Flor de La Mar)

4 Muzium di Melaka

Alamat: Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka 

Tel: 06-282 6526

Muzium-Samudera-Melaka

Nama tempat di Melaka ini juga dikenali sebagai Maritim Museum / Muzium Samudera Melaka.

Ia adalah replika kapal Portugis bernama Flor De La Mar.

Sebuah kapal yang membawa hasil rampasan dari Melaka kepada Raja Portugis namun tenggelam di tengah-tengah Selat Melaka.

Berhampiran Stadthuys, muzium di Melaka ini mempamerkan peninggalan zaman kegemilangan Melaka seperti sejarah maritimnya, model kapal, artifak, lukisan, dan peta lama.

Bayaran Masuk; Dewasa RM 10 | Kanak Kanak RM 5

Waktu buka: Isnin – Khamis (9 pagi – 5.30 petang), Jumaat – Ahad (9 pagi – 7 malam)

Semak Harga

Menara Taming Sari

5 Tempat percutian menarik di Melaka

Alamat: Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka

Tel: +60 6-2881100

menara-taming-sari-di-melaka

Adakah anda pertama kali bercuti di Melaka? Jika ya, kunjungilah Menara Taming Sari Melaka.

Menara tontonan setinggi 110 meter ini boleh berputar 360° dan membawa 66 orang penumpang.

Anggaran masa ke puncak hanya 7 minit dan pengunjung boleh melihat pemandangan bandar Melaka yang indah termasuk bukit Melaka, Sungai Melaka, dan Masjid Selat Melaka.

Lebih-lebih lagi suasana Bandar Hilir pada waktu malam sangat Insta-worthy!

Nasihat kami, beli je tiket di bawah untuk mengelakkan beratur terlalu lama.

Harga tiket Menara Taming Sari: Dewasa (RM 17) & kanak-kanak (RM11)

Waktu buka: Ahad – Isnin (9 pagi – 10 malam), Hujung Minggu & Cuti Umum (9 pagi – 11 malam)

Semak Harga

Kota A Famosa

6 Tempat bersejarah di Melaka

Alamat: Jln Parameswara, Banda Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Kajang Paling Best

Tel: N/A

Kota-A-Famosa-di-Melaka

Percutian di Melaka tidak akan lengkap tanpa mengunjungi Kota A Famosa, bangunan bersejarah di Melaka dan tapak warisan dunia UNESCO.

Awalnya dibina sebagai kubu Portugis untuk melindungi jajahan mereka daripada serangan orang Melaka dan tapak pembinaan Eropah tertua di Asia.

Selain mengambil gambar bangunan bersejarah, pengunjung juga boleh naik beca di Melaka dan bersiar-siar di bandar bersejarah Melaka.

Semak Harga

Bangunan Stadthuys

7 Binaan yang terkenal di Melaka

Alamat: Banda Hilir, 75000 Malacca

Tel: N/A

the-stadthuys- tempat menarik di melaka

Bangunan stadthuys adalah binaan yang terkenal di pusat bandaraya Melaka. Nama lain bangunan stadthuys bagi penduduk setempat ialah Bangunan Merah.

Sejarah The Stadthuys bermula apabila dibina oleh pemerintah Belanda pada tahun 1650. 

Selain itu, bangunan ini melambangkan seni bina Belanda dan dilengkapi sebuah menara jam.

Tempat ini menjadi penempatan rasmi Gabenor Belanda dan pusat pentadbiran Belanda.  Kini, ia menempatkan Muzium Sejarah & Etnografi.

Semak Harga

Shore Sky Tower Melaka

8 Pemandangan cantik di melaka

Alamat: 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Malacca

Tel: 06-288 3833

Tempat-Menarik-Di-Melaka-The-Shore-Sky-Tower
Sumber foto – skytower.theshoremelaka.com

Inilah bangunan tertinggi negeri Melaka yang terletak di Jalan Persisiran Bunga Raya.

Sesiapa yang sukakan ketinggian boleh mendaki ke tingkat 42 yang mempunyai lantai kaca lutsinar berkualiti tinggi.

Di bangunan Shore Sky, terdapat juga akuarium besar atau The Shore Oceanarium.

Anda boleh merenung terus ke bawah dan perhatikan kereta yang lalu lalang yang kelihatan seperti sebesar semut.

Orang yang mempunyai high fobia harus mempunyai mental yang kuat.

Semak Harga

Taman Buaya & Rekreasi Melaka

9 Taman Buaya Melaka

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel: 06-232 2350

taman-buaya-di-Melaka

Tahukah anda apa yang menarik di Melaka? Sudah tentu, Taman Buaya Melaka!

Selain memiliki beberapa spesies buaya, terdapat juga zoo kecil, taman air dan rumah berhantu yang menjadi tarikan popular untuk anak-anak muda yang datang melawat.

Buaya di kawasan ini biasanya kaku dan tidak banyak bergerak. 

Jadi, jika anda ingin memerhati buaya beraksi, datanglah pada waktu makan iaitu dari pukul 12.30 tengah hari hingga 4.00 petang.

Menariknya lagi, anda boleh melihat pertunjukan ular, memberi makan kepada burung, tarian kebudayaan, demonstrasi buaya makan dan pertunjukan silat mata.

Semak Harga

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

10 Tempat mandi manda di Melaka

Alamat: Lot PT17178, Jalan Tun Abdul Razak, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh

Tel: 06-231 3333

Melaka-Wonderland-Taman-Tema-Air-Di-Melaka
Sumber foto – www.sgmytaxi.com/malacca-one-day-trip/

Wonderland Melaka ini menawarkan taman tema air seperti Lost World of Tambun. 

Sertai pelbagai permainan air yang menyeronokkan seperti Kolam Ombak, Adventure Island, Kamikaze Race, dan Tornado Chaser.

Terdapat juga slide yang direka khas untuk kanak-kanak, jadi ibu bapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak mereka.

Jika anda penat bermain air dan ingin berehat, tempah je penginapan di resort berdekatan.

Semak Harga

Taman Botanikal Melaka

11 Hutan rekreasi Melaka

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel: 06-231 4343

Taman-Botanikal-Melaka
Sumber foto – Jomjalan.com

Sebelum nama tempat ini diubah kepada Taman Botanikal Melaka, terdahulu dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh.

Pengunjung yang datang dari bandar boleh berjogging, berkelah atau berjalan kaki di sini semasa bercuti di Melaka dan merasai suasana hutan tanpa tersesat. 

Sekiranya anda datang bersama keluarga, bolehlah menyewa buggy elektrik bagi yang malas nak mengayuh. 

Terdapat juga taman dinosaur untuk kanak-kanak yang menampilkan 15 replika dinosaur dan jambatan gantung pendek.

Semak Harga

Taman Burung Melaka

12 Tempat bercuti di Melaka

Alamat: Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Durian Tunggal, Melaka

Tel: 06-232 3900

Taman-Burung-Melaka
Sumber foto – ibusyurga.blogspot.com

Semasa jalan jalan Melaka, kanak-kanak pasti akan teruja sebaik sahaja melangkah masuk ke Taman Burung Melaka.

Terdapat juga skywalk di Taman Burung Melaka di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan menarik dan burung-burung berterbangan di atas mereka.

Bolehlah beri makan burung dan lihat ratusan jenis burung yang berwarna-warni menanti ketibaan anda.

Semak Harga

Taman Rama-rama Melaka

13 Tempat menarik di bandar Melaka

Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Tel: 06-232 0033

Taman-rama-rama-Melaka
Sumber foto – Bernama

Di Ayer Keroh, terdapat tempat menarik untuk kanak-kanak iaitu Taman Rama-rama & Reptilia Melaka.

Berkeluasan 11 ekar, taman ini dibahagikan kepada 4 bahagian; Butterfly Aviary, Reptile Walk, kolam ikan koi dan Wild Photo Lane. 

Memang menarik bila melihat lebih dari 20 spesies rama-rama termasuk Malayan Birdwing dan Rajah Brooke’s Birdwing yang terbang bebas dan suka singgah di tapak tangan pengunjung.

Di kawasan ini, pengunjung juga boleh menghirup udara segar taman dari bangku dan memberi makan burung nuri.

Harga Tiket Taman Rama Rama: Dewasa (RM30), Kanak-kanak (RM25)

Waktu buka: Setiap hari (9 pagi – 5:30 petang)

Semak Harga

Jonker Street Melaka

14 Pasar malam Melaka

Alamat: Jonker Walk Melaka, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Tel: N/A

joker-walk-melaka
Sumber foto -cktravels.com

Jalan utama Chinatown di Melaka juga dikenali sebagai Jonker Walk Malacca atau Jonker Street. 

Pada hujung minggu, jalan ditutup untuk membolehkan penjual tempatan mengambil bahagian dalam Pasar Malam Jonker Street.

Bukan sahaja makanan tempatan dan street food, terdapat juga beratus-ratus gerai yang menjual mainan, cenderahati, pakaian, kraftangan, dan banyak lagi.

Sebut sahaja nak apa, di sini ada pelbagai makanan sedap di Melaka seperti coconut shake, aiskrim kelapa, smoothie mangga, laksa nyonya, cendol dan telur puyuh goreng.

BACA JUGA  27 Tempat Menarik Di KL Yang Best (Terkini 2022)

Ia adalah salah satu pasar malam yang paling popular di Semenanjung Malaysia dan aktiviti malam di Melaka yang sangat menyeronokkan.

Waktu buka: Jumaat – Ahad (6 petang – tengah malam)

Semak Harga

Dewan Encore Melaka

15 Teater seni persembahan di Malaysia

Alamat; Impression City, No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Kota Syahbandar, 75200 Melaka

Tel; 062707777

encore-melaka
Sumber – tripadvisor.com

Encore Melaka sesuai untuk anda yang meminati seni teater, persembahan nyanyian dan tarian.

Antara persembahan yang pernah dianjurkan di sini ialah Fuji Autumn Matsuri, Baiyue Bountiful Harvest, Christmas Celebration dan banyak lagi.

Teater bertaraf dunia ini mempunyai pentas berputar 360 darjah pertama di Asia Tenggara, reka bentuk kreatif dan hiasan dalaman Encore Melaka juga moden.

Boleh tempah bilik/dewan mesyuarat untuk majlis korporat seperti team building, training dan lain-lain.

Belum ada kedai, bangunan berhadapan pantai ini sesuai untuk bergambar atau berjalan-jalan petang dengan pemandangan matahari terbenam pada hari tiada acara.

Semak Harga

Melaka River Park And Cruise

16 Tempat menarik di Melaka untuk pasangan

Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka

Tel: +60 6 281 4322

melaka-river-cruise
Sumber – Instagram @lesdadaenvoyage

Memang sesuai untuk solo travel, percutian keluarga atau pasangan yang ingin menghabiskan masa bersama.

Mereka boleh menempah river cruise Melaka dan nikmati pelayaran paling bermakna selama 45 minit serta biarkan angin sejuk menyentuh muka.

Nikmati pemandangan di sepanjang perairan Sungai Melaka yang tenang dan mengambil gambar atau video untuk Instagram atau tik tok! 

Contohnya, bangunan kolonial Belanda lama, seni bina Melayu dan tujuh jambatan kecil. 

Pilih je nak pemandangan siang atau malam, tapi menurut pengunjung sebelum matahari terbenam sangat sesuai untuk menaiki kapal kerana cuaca tidak terlalu panas.

Beli tiket river cruise Melaka di jeti dataran Sungai Melaka atau jeti Spice Garden.

Waktu buka: Setiap hari (9 pagi – 11:30 malam)

Semak Harga

A Famosa Safari Wonderland

17 Tempat menarik untuk family day di Melaka

Alamat: A’famosa Resort, Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Malacca

Tel: 06-552 0888

a-famosa-safari
Sumber foto – flickr @obekenobi

Bagi peminat haiwan dan mereka yang ada anak kecil, jom bawa keluarga melawat A’ Famosa Safari Wonderland!

Tempat pelancongan di Melaka ini sebahagian daripada A’famosa Resort yang luas, jadi anda boleh menempah penginapan dan tidak perlu tergesa-gesa kembali ke bandar Melaka.

Mesra keluarga, dipenuhi dengan pelbagai hidupan liar dan aktiviti menarik di zoo.

Antaranya ialah melihat pertunjukan burung, Wild Wild West Show, Multi Animal Fun Time, Safari Adventure Ride, menaiki bot ke Pulau Monyet, dan mendekati haiwan di zoo haiwan peliharaan.

Waktu buka: 9:30 pagi–6 petang (Rabu – Isnin)

Semak Harga

Zoo Melaka

18 Tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak

Alamat: Melaka Zoo & Night Safari, Ayer Keroh, Melaka

Tel: 06-232 3900

zoo-melaka
Sumber foto – flickr @richardlamprecht

Salah satu aktiviti menarik di Melaka untuk keluarga ialah meluangkan masa di Zoo Melaka & Night Safari.

Zoo kedua terbesar di Malaysia ini menempatkan sehingga 215 spesies haiwan yang berbeza.

Antara spesies yang boleh ditemui ialah Badak Sumbu Sumatera dan Gajah Kecil Asia yang hampir pupus.

Pengunjung juga boleh melihat persembahan haiwan, harimau malaya, ular, monyet, flamingo dan banyak lagi.

Sama ada anda pergi pada siang hari atau malam, pengalaman berada di Zoo Melaka memang menyeronokkan! 

Waktu buka;

  • Zoo; Isnin – Jumaat: 10 pagi – 5 petang (kaunter tiket ditutup pada jam 4 petang)
  • Sabtu & Ahad: 9 pagi – 6 petang (kaunter tiket ditutup pada 5 petang)

Night Safari;

  • Jumaat & Sabtu: 8 – 11 malam (kaunter tiket ditutup pada 10 malam & hari hujan)
Semak Harga

Pantai Pengkalan Balak Melaka

19 Pantai paling popular di Melaka

Alamat: Pantai Pengkalan Balak, Alor Gajah, Melaka

Tel: N/A

Pantai-Pengkalan-Balak
Sumber foto – flickr @sidun

Pantai Pengkalan Balak salah satu tempat lepak Melaka yang terbaik terutama pada waktu petang dan hujung minggu.

Sesetengah pengunjung juga gemar mandi manda, menikmati pemandangan cantik di pantai dan berkelah bersama keluarga.

Lokasinya juga tidak jauh dari Pantai Tanjung Bidara dan berdekatan pantai di Melaka ini juga ada Pusat Penetasan Penyu Padang Kemunting dan Ngeteh Cafe yang menarik.

Semak Harga

Masjid Selat Melaka

20 Tempat menarik di Melaka waktu malam

Alamat: Masjid Selat Melaka, Pulau Melaka

Tel: N/A

masjid-selat
Sumber foto – teahub.io

Masjid ini kelihatan terapung di atas air laut Selat Melaka Malaysia ketika air pasang dan surut.

Dibuka pada 2006 dan diilhamkan daripada masjid terapung Jeddah.

Seni bina masjid ini adalah gabungan elemen Timur Tengah dan Melayu, di mana terdapat ukiran dalam kayu dan buluh.

Tiang masjid ini juga berfungsi sebagai lampu isyarat kepada bot dan kapal yang melalui Selat Melaka pada waktu malam. 

Masjid Selat Melaka sungguh mempesonakan pada waktu malam!

Semak Harga

Muzium Istana Kesultanan Melaka

21 Tempat sejarah di Melaka

Alamat: Jln Kota, Banda Hilir, 75000 Melaka

Tel: 06-282 6526

Muzium Istana Kesultanan Melaka

Muzium Kesultanan Melayu Melaka ini hanyalah replika Istana Sultan Mansur Syah yang telah siap dibina pada tahun 1459. 

Tempat tarikan Melaka ini dibina tanpa menggunakan paku dan hanya menggunakan tiang kayu sebagai sokongan.

Anda boleh melihat imej, artifak, perkakas tembaga dan barang kemas diraja yang digunakan oleh kerabat diraja dalam bangunan Melaka ini. 

BACA JUGA  Buat Traveller, Jangan Pakai Facemask Kain Semasa Perjalanan Jauh

Tempat yang sesuai untuk mempelajari budaya Kesultanan Melaka dan mengambil gambar tempat ini.

Semak Harga

A’Famosa Water Theme Park (Water World)

22 Taman tema air terbesar di Malaysia

Alamat : Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka

Tel : 06-552 0888

waterpark di melaka

Ajak keluarga atau rakan-rakan bergembira dengan aktiviti air di A’Famosa Water World.

Tempat menarik Melaka ini menawarkan beberapa tunggangan, roller coaster, gelongsor, aktiviti kolam dan pengembaraan yang menakjubkan.

Di sebelah A’ Famosa Water World, pengunjung boleh melihat pertunjukan haiwan di Safari Wonderland.

Tersedia kemudahan seperti ruang parking, surau, tandas, loker, atm dan restoran. Sesuai juga aktiviti korporat atau ‘Hari Keluarga’.

Waktu buka; 10 pagi – 6 petang (setiap hari kecuali Selasa)

Semak Harga

Upside Down House Melaka

23 Tempat menarik di Bandar Hilir Melaka

Alamat: Upside Down House Melaka, Plaza Mahkota, G12 & G14 & G16, Jalan PM7, daerah Bandar Hill Melaka 

Tel: 011-1072 2260

Upside Down House Melaka

Rumah Terbalik Melaka merupakan rumah kedai dua tingkat yang menampilkan versi terbalik rumah moden Malaysia. 

Terbahagi kepada bilik permainan, bilik tidur utama, ruang tamu, dapur dan bilik mandi, ia mempunyai perabot dan juga hiasan terbalik.

Selain itu, mempunyai semua kemudahan asas dan pelan rumah konvensional biasa seperti rumah lain.

Bagi mereka yang suka mengambil gambar, video, atau vlog, tempat ini memang sesuai.

Waktu buka; Isnin – Khamis: 10 pagi – 7 malam, Jumaat – Ahad & Cuti Umum: 10 pagi – 9 malam

Semak Harga

Mini Malaysia and ASEAN Cultural Park

24 Taman Mini Malaysia

Alamat: Exit Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka

Tel: 06-234 9989

Malaysia Heritage Studios

Tempat tarikan baru di Melaka ini membolehkan anda melihat dan mempelajari pelbagai jenis rumah Melayu tradisional berdasarkan negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. 

Replika rumah yang paling menarik ialah rumah Kedah, Selangor dan Terengganu. Terdapat teka-teki dalam Bahasa Melayu dan Inggeris untuk anda selesaikan.

Setiap rumah mempunyai tema tersendiri dan banyak tempat menarik untuk mengambil gambar atau ootd.

Sepanjang lawatan, anda boleh mempelajari sejarah budaya, susun atur rumah dan warisan tempatan.

Disyorkan kepada kanak-kanak berumur 5 – 12 tahun dan berbaloi untuk dikunjungi. Kini tempat menarik ini dikenali sebagai Malaysia Heritage Studios.

Waktu buka; Setiap hari (10 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Muzium Warisan Baba & Nyonya

25 Muzium unik Baba & Nyonya di Melaka

Alamat: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

Tel: 06-282 1273

Baba & Nyonya Heritage Museum
Kredit gambar: Instagram @ the.huble.world.tour

Berbeza daripada Muzium Peranakan di Pulau Pinang, muzium yang berusia lebih dari 100 tahun ini lebih kecil dan perlu dilawati semasa bercuti di Melaka. 

anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang sejarah dan tradisi masyarakat Baba Nyonya Melaka.

Pengunjung berpeluang bertemu waris dan pemilik semasa rumah pusaka serta melihat senibina dan dalaman asal yang menarik.

Muzium Warisan Baba & Nyonya

Baba & Nyonya Heritage Museum
Kredit ig charlinelee03

Ini juga merupakan tempat pengambaraan untuk filem terkenal Singapura “The Little Nonya”.

Sangat disyorkan untuk peminat sejarah dan lepas tu singgah ke Jonker Walk berhampiran!

Semak Harga

Skytrex Adventure Melaka

26 Flying Fox Melaka

Alamat: Jalan Taman Botanikal, 75450 Durian Tunggal, Melaka

Tel: 018-909 5679

skytrex ig aishah.zawawi (1)
Kredit; aishah.zawawi

Salah satu aktiviti terbaik di Melaka untuk remaja atau individu yang gemar melakukan aktiviti lasak.

Berdekatan Ayer Keroh Melaka, tarikan pelancong ini hanya 5 minit pemanduan selepas susur keluar tol lebuhraya PLUS. 

Taman ketiga Skytrex Adventure di Malaysia selepas Langkawi dan Sungai Congkak.

Menempatkan beberapa cabaran seperti Flying Fox, U-Rope, Zig Zag Bridge, Tarzan Bungee Swing, Skybike pertama di Malaysia, dan banyak lagi.

Semak Harga

Kolam Air Panas Jasin

27 Kolam Air Panas Melaka

Alamat: Kampung, Mukim, 77200 Bemban, Malacca

Tel: 019-652 6170

kolam air panas jasin melaka

Kolam Air Panas Bemban terbahagi kepada 3 zon dan dibuka 8 pagi – 12 pagi setiap hari .

Selain kolam air panas, tetapi pengunjung juga boleh mandi-manda di kolam air sejuk, kolam kanak-kanak, kolam taman air, kolam untuk wanita dan gelongsor air.

Kemudahan lain termasuk bilik persalinan, bilik mandi, tandas, gazebo, parking, tempat makan dan surau. 

kolam air panas jasin melaka
Kredit; ig athirahramly

Boleh bawa makanan sendiri dan bayar sekali je untuk semua bahagian. Sangat sesuai untuk aktiviti family outing pada hujung minggu!

Tiket masuk; Dewasa RM 12 & kanak-kanak RM 8

Semak Harga

The Shore Oceanarium

28 Tempat best di Melaka

Alamat: 2F-01, Pinggiran @ Sungai Melaka, The Shore Shopping Gallery, 193, Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, Melaka

Tel; 06-282 9966

The Shore Oceanarium

Salah satu tempat percutian menarik di Melaka untuk kanak-kanak ialah The Shore Oceanarium.

Terdapat pelbagai hidupan laut yang menarik untuk dilihat seperti ketam, gamat, landak laut, udang galah, ikan, star fish dan juga jenis spesies hidupan yang jarang ditemui.

Kanak-kanak boleh menyentuh ikan dan memberi makan ikan, serta menikmati aktiviti interaktif seperti piano, memancing hologram dan Filem 3D.

The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium

The Shore Oceanarium

Oceanarium menarik di melaka

Selain itu, terdapat juga kawasan berfoto yang cantik dengan lampu dan dalaman hiasan menarik. 

Sedikit nasihat, datang seawal mungkin dan pada hari bekerja untuk mengelakkan kesesakan.

Lawatan ke Shore Oceanarium Melaka memang menyeronokkan! 

Waktu buka; Setiap hari: 10.30 pagi – 9 malam

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di KL Yang Best
4/5 - (15 votes)
Tags: melakatempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved