senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

24 Tempat Menarik Di Port Dickson Yang Terkini

Nora by Nora
September 6, 2023
in Travel
tempat menarik di port dickson
54
SHARES
5.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Taman rekreasi di Port Dickson
  • 2. Theme park Port Dickson
  • 3. Go kart Port Dickson
  • 4. Taman tema air di Port Dickson
  • 5. Tarikan baru di Port Dickson
  • 6. Tempat menarik di Port Dickson untuk family day
  • 7. Photoshoot tempat menarik di Port Dickson
  • 8. Tempat menarik di Port Dickson untuk kanak kanak
  • 9. Atv Port Dickson
  • 10. Akuarium ikan hiasan di Port Dickson
  • 11. Tempat piknik di pantai
  • 12. Tempat menarik di Port Dickson untuk honeymoon
  • 13. Pantai di Port Dickson
  • 14. Photoshoot tempat menarik di Port Dickson
  • 15. Taman haiwan di Port Dickson
  • 16. Tempat menarik di Port Dickson yang percuma
  • 17. Tempat hiking di Port Dickson
  • 18. Tempat menarik di Port Dickson waktu malam
  • 19. Tempat bersejarah di Port Dickson
  • 20. Tempat sarapan/breakfast menarik di Port Dickson
  • 21. Kedai makan viral Port Dickson
  • 22. Tempat penginapan unik di Port Dickson
  • 23. Homestay Port Dickson murah
  • 24. Tempat penginapan menarik di Port Dickson

Ingin bercuti di tempat menarik di Port Dickson? Port Dickson atau juga dikenali sebagai ‘PD’ adalah sebuah destinasi menarik di Negeri Sembilan.

Terletak hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, Port Dickson Negeri Sembilan juga destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari ketenangan.

Baca: 15 Hotel Tepi Pantai PD Yang Terbaik Untuk Bercuti

Port Dickson juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti memukau pencipta alam. Dikelilingi oleh pokok palma dan casuarina, pantai di Port Dickson ini memanjang sehingga 18 km.

Selain pantai, terdapat banyak tempat bercuti di Port Dickson yang patut dilawati. Antaranya muzium tentera, ladang burung unta, pusat ikan hiasan, PD Waterfront, galeri seni 3D dan banyak lagi.

Senarai Tempat Menarik Di Port Dickson

Kami juga telah menyenaraikan 24 tempat menarik di Port Dickson untuk membantu anda merancang perjalanan lebih baik.

Jadi, apabila anda tiba di bandar Port Dickson, pasti terdapat banyak pilihan menarik untuk anda. Jom jalan-jalan Port Dickson!

ADVERTISEMENT

Segar Recreation Eco Park

1 Taman rekreasi di Port Dickson

Alamat: 64, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 012-611 7379

segar city port dickson
Kredit gambar: Facebook Segar City Port Dickson

Di Port Dickson, anda boleh menemui tarikan terbaru iaitu ‘Segar City’. 

Walaupun belum popular di kalangan pelancong, tempat menarik di Pd ini menempatkan pelbagai aktiviti team-building seperti low rope, high rope, junior rope, obstacle challenges, flying fox, rock climbing dan abseiling.

ADVERTISEMENT

Taman rekreasi luar ini juga mempunyai kemudahan drift-car track, BBQ camping, fire camping site, taman berbasikal dan sasaran memanah.

Pengunjung juga boleh menginap semalaman di Country House atau Farm House. Ia adalah rumah berkonsep semula jadi yang sesuai untuk percutian yang menggembirakan.

Lebih menarik, tempat ini berhampiran tempat menarik popular lain di Pd seperti Wild West Cowboys, Alive 3d Art Gallery dan Muzium Lukut.

Tempah Tiket
Hotel Terdekat

Wild West Cowboy Indoor Theme Park

2 Theme park Port Dickson

Alamat: Jalan D/S71010 Port Bandar Dataran Segar, Lukut

Hubungi: 012-611 7379

wild-west-cowboys indoor theme park
wild west cowboy indoor theme park photos

Mahu merasai pengalaman ala koboi? Jom singgah di Taman Tema Wild West Cowboy di Dataran Segar, Lukut, Port Dickson berdekatan Burger King.

Taman tema di Port Dickson ini sesuai untuk keluarga dengan anak kecil. Anda akan menemui trek berwarna-warni, permainan interaktif, rides, arked video, dan dewan Pawagam 5D.

Aktiviti menarik termasuklah Cowboy Go Round, 7D Interactive Movie, Rider Boat, 5D Motion Adventures, dan Wild West Desert Explorer. Anak-anak pasti akan bergembira!

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10 pagi hingga 10 malam)

Tempah Tiket
Hotel Terdekat

X Park Port Dickson

3 Go kart Port Dickson

Alamat: Jalan Pantai Batu 13 KM 21, Mukim Pasir Panjang, Negeri Sembilan, 71250 Port Dickson

Hubungi: 012-762 2913

x park port dicskon (1)

Kalau anda pengemar sukan lasak, singgahlah ke X Park Sendayan ini.

X Park Port Dickson adalah destinasi serba boleh untuk aktiviti harian bersama rakan, aktiviti team building, dan hari keluarga. 

Tempat menarik PD ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti memanah, go-kart, ATV, dan permainan paintball serta dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi.

Sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas.

Resort Terdekat

Ehsan Waterpark

4 Taman tema air di Port Dickson

Alamat:  No 1, Batu 13, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 066472888

ehsan waterpark8 (1)

Dibuka pada awal 2022, Ehsan Waterpark merupakan taman tema air terbesar di Negeri Sembilan.

Taman tema air ini dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi dan menempatkan beberapa gelongsor air dan juga mainan menarik untuk seisi keluarga.

Ehsan Waterpark juga mempunyai pusat konvensyen dan apartment untuk penginapan. Harga tiket juga berpatutan. 

Jadi, jom kunjungi Ehsan Waterpark – tempat yang bersih, luas, dan menyediakan banyak permainan air serta kemudahan yang lengkap!

Waktu operasi: Khamis – Ahad (10 pagi hingga 6 petang)

Hotel Terdekat

Aurora Park Port Dickson

5 Tarikan baru di Port Dickson

Alamat: Lot 3636, Batu 9, Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala,71050,Port Dickson

BACA JUGA  26 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Popular 2024

Hubungi: 0173628126

aurora park pd (1)

Aurora Park, mula beroperasi pada Januari 2022, adalah taman hiburan menarik dan paling best untuk seisi keluarga. Terbahagi kepada 2 bahagian utama: Taman Haiwan dan juga Taman Lampu LED.

Selain itu, Taman Lampu LED hanya dibuka pada waktu malam, manakala Taman Haiwan boleh dikunjungi pada siang dan malam

Seperti zoo mini kecil, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis haiwan, termasuk arnab, burung kakak tua, kuda, burung unta, burung merak dan banyak lagi.

Lain dari itu, Taman Lampu LED mempamerkan lampu LED yang menghiasi taman dengan kreatif, termasuk rekaan bangunan ikonik seperti Menara Eiffel dan Gunung Fuji, serta arch berbentuk hati, haiwan, dan banyak lagi.

Jom datang bersama keluarga dan dapatkan gambar-gambar indah untuk ‘post’ di media sosial anda!

Hotel Terdekat

Pantai Teluk Kemang

6 Tempat menarik di Port Dickson untuk family day

Alamat: 23, Jalan 3/10, Taman Intan Perdana, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 03-7844 3696

pantai teluk kemang

Pantai Teluk Kemang adalah pantai paling popular di Port Dickson kerana terdapat banyak pasar jalanan yang berdekatan.

Terkenal dengan aktiviti di pantai Teluk Kemang seperti jet ski, banana boat, bermain air dan banyak lagi serta suasana pantai yang menakjubkan.

Pantai Port Dickson Teluk Kemang ini menawarkan kemudahan bilik mandi, tempat letak kereta dan gazebo untuk kemudahan pelancong.

Nikmati percutian yang berbaloi dengan menginap di hotel bajet seperti Mesra Boutique Hotel dan hotel mesra keluarga (Thistle Port Dickson), yang berdekatan dengan pantai ini.

Hotel Terdekat

Pulau Burung Port Dickson

7 Photoshoot tempat menarik di Port Dickson

Alamat: Pulau Burung, Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson

Hubungi: N/A

pulau burung port dickson
Kredit gambar: xplorasidestinasi.com

Pulau Burung Port Dickson boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari platform kayu khas yang dibina antara Pantai Cahaya Negeri Sembilan dan Pulau Burung.

Semasa pasang surut Port Dickson, pengunjung boleh melalui kawasan pasir pantai dengan berjalan kaki menuju ke Pulau Burung Port Dickson.

Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan hutan paya bakau, memancing dan bergambar di atas platform kayu pada waktu senja.

Hotel Terdekat

Blue Lagoon Pd

8 Tempat menarik di Port Dickson untuk kanak kanak

Alamat: Pantai Blue Lagoon / Pantai Tanjung Biru Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: N/A

blue lagoon di port dickson
Sumber foto: portdickson.info

Pantai Blue Lagoon ialah pantai kecil dalam teluk yang dikelilingi oleh hutan tebal. Hidupan liar seperti monyet, tupai dan burung sering kelihatan di sini kerana berdekatan dengan Hutan Simpan Tanjung Tuan.

Airnya juga tenang dan cetek, jadi selamat untuk kanak-kanak bermain. Suasana Blue Lagoon yang tenang sesuai untuk berkelah bersama keluarga. 

Di Pantai Blue Lagoon, anda boleh merasai keseronokan aktiviti sukan air popular seperti banana boat, berkayak dan jet ski.

Selain daripada itu, Blue Lagoon juga menawarkan pemandangan laut biru yang memukau dan menjadi tempat memancing yang popular di kalangan pengunjung dan penduduk tempatan. 

Homestay Terdekat

Uncle Wong Happy Farm

9 Atv Port Dickson

Alamat: Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut, Negeri Sembilan

Hubungi: 011-5419 1343

Atv-Port-Dickson
Sumber foto: klook.com

Datanglah ke Uncle Wong Happy Farm untuk pengembaraan ATV dan menikmati pemandangan semula jadi. Anda akan dikelilingi pokok palma di sebelah kanan dan kiri anda semasa menunggang ATV.

Kalau anda ingin mengalami sesuatu yang unik, cuba pengalaman ATV Night Ride. Terdapat juga trek laluan untuk ‘beginner’ dan pakar.

Jangan risau, anda juga boleh mempelajari asas pemanduan ATV dari pengajar professional.

Di samping itu, Uncle Wong Happy Farm juga menawarkan pelbagai aktiviti luar yang menarik seperti memancing, berkayak, dan mengayuh perahu.

Ini adalah percutian hujung minggu yang sempurna untuk anda sekeluarga atau bersama rakan.

Tiket ATV
Hotel Terdekat

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

10 Akuarium ikan hiasan di Port Dickson

Alamat: Jalan Kemang 8, Kampung Baharu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 06-662 1089

pusat ikan hiasan port dickson (1)
Sumber foto: portdickson.info

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang ialah kemudahan akuarium dan pemuliharaan marin yang dikendalikan Jabatan Perikanan Malaysia di Teluk Kemang.

Selain itu, akuarium ikan hiasan menampilkan koleksi ikan marin, batu karang dan hidupan laut lain yang terkenal dalam perdagangan akuarium.

Penyu laut juga dipelihara di sini dan pusat ikan hiasan Teluk Kemang ini dibuka kepada orang ramai pada setiap hari dari 10 pagi hingga 4 petang dan yang terpenting masuk percuma.

Homestay Terdekat

Pantai Cahaya Negeri Sembilan

11 Tempat piknik di pantai

Alamat: Pantai Cahaya Port Dickson Negeri Sembilan

Hubungi: N/A

pantai cahaya negeri
Kredit gambar: lexishibiscuspd.com

Jika anda mencari tempat percutian yang indah dan menarik, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Pantai Cahaya Port Dickson.

Terletak hanya 8 kilometer dari bandar Port Dickson. Penduduk tempatan menganggap Pantai Cahaya Negeri sebagai pantai terbaik di Port Dickson.

Malah, suasana pantai juga indah dan ini tempat pilihan pasangan atau keluarga yang ingin berehat dan menikmati bayu laut.

Pengunjung boleh berjalan di tepi pantai, mengambil gambar cantik untuk ootd/gambar kahwin outdoor, memancing, berkhemah atau berkelah bersama orang tersayang.

Pantai Cahaya Negeri juga mempunyai pemandangan laut yang indah dan jambatan panjang menuju ke Pulau Burung.

Hotel Terdekat

Pantai Sri Purnama

12 Tempat menarik di Port Dickson untuk honeymoon

Alamat: Pantai Purnama, Port Dickson, Negeri Sembilan

BACA JUGA  5 Barang Yang Mesti Dibawa Ketika Travel Balik Kampung Di Hari Lebaran

Hubungi: N/A

pantai purnama di port dickson
Sumber foto: portdickson.info

Pantai Purnama ialah pantai tersembunyi di batu ke-9 Port Dickson, hanya boleh diakses melalui kawasan perumahan.

Nama ‘Cahaya Bulan’ merujuk kepada persekitaran damai yang sesuai untuk melihat bintang-bintang pada waktu malam.

Pantai itu sendiri bermula di Balai Cerap Teluk Kemang, tetapi jalur pantai terus ke Blue Lagoon. Suasana pantai yang tenang sesuai untuk percutian keluarga atau percutian romantis.

Selain itu, Pantai Purnama mempunyai kemudahan perkhemahan, barbeku, tempat mandi dan kantin yang menyajikan makanan tempatan.

Lautnya jernih dan lembut, dengan formasi batuan yang indah kelihatan semasa pasang surut Port Dickson. Jom singgah pantai cantik di Port Dickson ni!

Homestay Terdekat

Pantai Saujana Port Dickson

13 Pantai di Port Dickson

Alamat: Pantai Saujana Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: N/A

pantai-saujana-di-port-dickson
Sumber foto: portdickson.info

Bagi yang belum tahu, Pantai Saujana ini terkenal untuk ‘family day trip’ kerana pantainya yang bersih, mendamaikan dan mempunyai banyak pokok rendang.

Walaupun terdapat gerai makanan berdekatan, kebanyakan pengunjung lebih suka berkelah di pantai. 

Pantai menarik di Port Dickson ini terletak di batu keempat jalan pantai, dengan pintu masuk tepat di seberang pasar malam.

Jet ski, banana boat dan layang-layang antara aktiviti popular untuk pengunjung. Pengunjung juga boleh berkhemah dan menyalakan unggun api pada waktu malam.

Hotel Terdekat

Alive 3D Art Gallery 

14 Photoshoot tempat menarik di Port Dickson

Alamat: no 38, 40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 012-611 7379

alive-3d-art-gallery-port-dickson
Sumber foto: Facebook @alive3dartgallery

Alive 3D Art Gallery di Bandar Dataran Segar, Lukut, adalah sebuah muzium seni silap mata.

Muzium 3D Lukut ini mempunyai 5 tema yang berbeza iaitu adventure, animasi, akuarium, seni dart dan eksotik.

Selain itu, galeri ini mempunyai tiga tingkat seni 3D dan lukisan. Kerana seni itu sangat nyata, anda akan rasa seperti berada di dunia maya.

Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 11 malam dan mempunyai bayaran masuk sebanyak RM 35.

Mural di dalam Galeri Seni 3D Alive ini menggunakan perspektif dan herotan visual untuk mencipta kesan 3D dalam gambar, yang boleh menjadi lucu atau dramatik bergantung pada konteks dan situasi.

Hotel Terdekat
Tiket Masuk

PD Ostrich Farm

15 Taman haiwan di Port Dickson

Alamat: Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 018-207 8682

pd ostrich show farm
Sumber foto: portdickson.info

PD Ostrich Farm merupakan tarikan pelancong berhampiran Pantai Purnama. Tempat menarik PD ini mempunyai banyak burung unta yang boleh anda beri makan, ambil gambar serta belajar tentang unta.

Selain burung unta, arnab, kambing, keldai dan angsa juga ada. Paintball, menaiki ATV, menunggang kuda dan memanah adalah antara aktiviti menarik di sini.

Di samping itu, PD Ostrich Show Farm ialah tempat yang bagus untuk kanak-kanak berlari-lari dan menunggang burung unta.

Tempat menarik Port Dickson ini mempunyai restoran burung unta yang menyajikan sate dan hidangan lain.

Hotel Terdekat
Tiket PD Ostrich Farm

Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado Lighthouse)

16 Tempat menarik di Port Dickson yang percuma

Alamat: Tanjung Tuan Recreational Forest, Port Dickson

Hubungi: N/A

Cape Rachado Lighthouse
Sumber foto: portdickson.info

Cape Rachado ialah tempat memerhati burung yang popular di Port Dickson. Ia menarik lebih 300,000 burung yang berhijrah dan terkenal dengan Rumah Api Cape Rachado.

Apa yang menarik, kawasan ini dikenali sebagai ‘Tanjung Tuan’ di Melaka. Ia adalah rizab alam semula jadi seluas 80 hektar 18km ke selatan Port Dickson.

Tanjung berbukit ini mempunyai rumah api bersejarah, teluk yang indah, dan pemandangan pantai PD yang menakjubkan di Bukit Batu Putih.

Pengunjung boleh mendaki melalui hutan dan menuruni cerun berbukit ke pantai terdekat.

Untuk ke Rumah Api Tanjung Tuan (tertua di Malaysia), anda boleh mendaki bukit selama 20 minit melalui hutan simpan untuk ke sini.

Resort Terdekat

Bukit Batu Putih

17 Tempat hiking di Port Dickson

Alamat: Bukit Batu Putih Port Dickson, Tanjung Tuan Recreational Forest

Hubungi: 011-3929 2993

bukit batu putih
Sumber foto: alltrails.com

Bukit Batu Putih ialah sebuah bukit batu kapur di Cape Rachado, betul-betul di bawah rumah api Tanjung Tuan.

Berjalan kaki dari tempat letak kereta mengambil masa kurang dari sepuluh minit dan ditandai dengan tali di sepanjang laluan hutan ke Bukit Batu Putih.

Pada hari yang cerah, puncak menawarkan pemandangan panoramik keseluruhan pantai PD. Lepas tu, anda boleh turun dari bukit dan menemui pantai yang indah dibarisi dengan formasi granit kecil.

Resort Terdekat

PD Waterfront

18 Tempat menarik di Port Dickson waktu malam

Alamat: Pd Waterfront, Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: N/A

pd-waterfront-night di port dickson
Sumber foto: portdickson.info

Selain dari pantai, Port Dickson mempunyai tarikan tepi laut yang menghadap ke Pulau Arang. Di samping itu, taman rekreasi dan gerai jualan juga ada di PD Waterfront.

Pada waktu malam, PD Waterfront adalah tempat yang menyeronokkan untuk berehat dan berjalan-jalan di Port Dickson. Anda juga dapat melihat kanak-kanak bermain layang-layang pada waktu petang.

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Lahad Datu Sabah Yang Unik

Dengan pemandangan laut yang menyenangkan, tempat menarik di PD ini mempunyai tempat membeli-belah, tempat makan dan hiburan keluarga serta hotel pd waterfront berhampiran.

Malah, kedai makan segera seperti Dominos, McDonalds dan Starbucks juga ada untuk pengunjung.

Hotel Terdekat

Muzium Tentera Port Dickson

19 Tempat bersejarah di Port Dickson

Alamat: Muzium Tentera Darat, Kem, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 06-646 4263

army-museum-di-port-dickson
Sumber foto: portdickson.info

Muzium Tentera Darat atau Army Museum Port Dickson ini terletak kira-kira 7 km dari bandar Port Dickson. Anda boleh masuk ke Muzium Tentera Darat ini tanpa sebarang bayaran tiket masuk setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Selain itu, Muzium Tentera Darat ini mempunyai 2 bangunan tentera lama dan 9 galeri. Galeri-galeri tersebut memberi tumpuan kepada sejarah ketenteraan Malaysia.

Di luar muzium terdapat pesawat model tentera, kereta kabel, kapal terbang dan helikopter. Pengunjung dialu-alukan untuk menaiki kenderaan ini dan mengambil gambar menarik sebagai kenangan.

Hotel Terdekat

Kafe Kampung Kaw

20 Tempat sarapan/breakfast menarik di Port Dickson

Alamat: PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: N/A

kafe kamoung kaw di port dickson
Sumber foto: Instagram @Kafekampungkaw

Kafe Kampung Kaw antara tempat wajib singgah untuk sarapan pagi di Port Dickson. Selain dari port sarapan terbaik, Kafe Kampung Kaw juga menerima pelanggan untuk ‘lunch’.

Roti bakar, kuey teow goreng, kueh gemok dan nasi lemak, antara menu sarapan terbaik di sini. Nasi lemak juga dihidangkan bersama ayam bakar atau kambing bakar.

Selain itu, terdapat juga bubur nasi dan soto. Lokasi kedai makan sedap Port Dickson yang senang ditemui kerana terletak di Bandar Port Dickson.

Pada waktu petang pula, jangan lupa singgah makan cendol di tempat makan viral Port Dickson iaitu PD Famous Cendol Coconut Shake.

Hotel Terdekat

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood

21 Kedai makan viral Port Dickson

Alamat: Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood, Teluk Kemang, Port Dickson

Hubungi: 019-608 1019

Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood
Sumber foto: lexispd.com

Selain mengunjungi pantai menarik, anda wajib kunjungi kedai seafood Port Dickson. Untuk itu, kami cadangkan Restoran Seri Mesra Ikan Bakar & Seafood.

Pelbagai makanan laut segar terdapat di sana seperti udang, lala, sotong, ketam dan pelbagai jenis ikan. Ramai pelanggan juga memuji kualiti makanan di kedai ikan bakar Port Dickson ini.

Anda juga boleh memilih kaedah memasak, jadi hanya memesannya. Harga berpatutan dengan kualiti yang dijanjikan.

Kalau ada masa lebih, bolehlah singgah Masjid Sri Sendayan yang cantik di Seremban Negeri Sembilan.

Hotel Terdekat

PD London Bus Retro Village

22 Tempat penginapan unik di Port Dickson

Alamat: Batu 8, Jalan Pantai Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: +6017-337 2832

PD London Bus Retro Village (1)
Sumber foto: Agoda.com

Jika anda mencari tempat penginapan terbaik di Port Dickson, Hotel PD London Bus Retro Village adalah jawapannya!

Lokasinya sangat strategik kerana berdekatan dengan pantai, gerai makan dan ada tempat bbq. Jangan lupa bawa penghalau serangga kerana ada nyamuk.

Terdapat 3 jenis penginapan unik untuk anda iaitu village style, double decker red bus dan comfortable container.

Pendek cerita, ini tempat penginapan terbaik di Port Dickson jika anda melancong bersendirian atau bersama rakan-rakan.

Kadar bilik: Bermula dari RM 100 semalam

Ulasan pengunjung:

"Lokasi yang hebat, dihias dengan baik, selesa, bersih, luas dan inap desa ekonomi yang berbaloi untuk disewa dan menginap untuk perjalanan bersama keluarga dan rakan-rakan..."
Selanjutnya Di Agoda

Cottage Home PD

23 Homestay Port Dickson murah

Alamat: N166, Kampung Sungala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 011-1149 5235

Cottage Home PD (1)
Sumber foto: siraplimau.com

Suasana homestay ini sudah pasti membuatkan anda rasa seperti di luar negara. Berkonsepkan kotej pastel, seni bina homestay di Port Dickson ini cukup unik.

Beberapa pengunjung lain turut memberikan ulasan pemandangan di sini seperti Amsterdam! Kolam renang juga cukup besar untuk anda dan anak-anak anda berenang.

Terdapat dua jenis penginapan yang tersedia di sini: banglo untuk 5 hingga 6 orang dan unit studio untuk dua orang. Selain menenangkan fikiran, anda juga berpeluang mengambil gambar untuk Instagram.

Cottage Terdekat

Eagle Ranch Resort Port Dickson

24 Tempat penginapan menarik di Port Dickson

Alamat: 544, Jalan Pantai, Batu 14, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Hubungi: 06-661 0495

Eagle Ranch Resort Port Dickson (1)
Sumber foto: Agoda.com

Ingin pergi bercuti di Port Dickson dengan gaya Wild West dan Red Indian?

Eagle Ranch Resort antara tempat penginapan istimewa dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti memanah, berbasikal, menunggang kuda, go-kart, dan pakej team building.

Tempat penginapan menarik ini menawarkan pilihan penginapan dengan konsep tersendiri seperti Kampung House, Paddock Chalet, Log Cabin, Eagle Terrace, dan lain-lain. Jom bercuti dan booking hotel pd!

Kadar bilik: Bermula dari RM 207

Ulasan pengunjung:

"Tempat yang bagus dengan banyak keluarga dan aktiviti lasak. Harga adalah berpatutan untuk tempat seperti ini, berhampiran dengan alam semula jadi dan berjalan kaki ke pantai. Resort ini seperti kawasan perkhemahan membina pasukan. Mempunyai kolam renang, gelanggang bola tampar pantai, go-kart ..."
Selanjutnya Di Agoda

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Labuan Untuk Dikunjungi
4/5 - (15 votes)
Source :
portdickson, lexishibiscuspd, siraplimau, sgmytaxi, holidify
Tags: Negeri SembilanPort Dicksontempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved