senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Kelantan Terkini

Nora by Nora
June 28, 2024
in Travel
tempat menarik di kelantan 2
97
SHARES
9.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat photoshoot di Kelantan
  • 2. Tempat menarik di Bachok Kelantan
  • 3. Tempat menarik di Kelantan untuk family day
  • 4. Pantai di Kelantan
  • 5. Tempat menarik di Kota Bharu
  • 6. Kolam di Kelantan
  • 7. Tempat menarik di Tumpat Kelantan
  • 8. Air terjun Kelantan
  • 9. Pasar Kota Bharu
  • 10. Tempat bersejarah di Kelantan
  • 11. Tempat menarik di Kelantan waktu malam
  • 12. Tempat penginapan menarik di Kelantan
  • 13. Tempat menarik di Gua Musang
  • 14. Tempat menarik di Kubang Kerian
  • 15. Tempat menarik di Tanah Merah Kelantan
  • 16. Muzium di Kelantan
  • 17. Tempat menarik di Kuala Krai
  • 18. Tempat menarik di Tumpat
  • 19. Resort di Kelantan
  • 20. Pantai di Bachok Kelantan

Apa keistimewaan tempat menarik di Kelantan? Keindahan alam semulajadi Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama dan Taman Negeri Gunung Stong menjadi tumpuan ramai.

Bayangkan diri anda menikmati pantai berpasir putih yang menenangkan, menghirup udara segar sambil memandang laut keribuan. Pasti rasa tenang, bukan?

Selain Terengganu dan Pahang, Kelantan juga menjadi permata tersembunyi di pantai timur Malaysia.

Negeri ini terkenal dengan legenda Cik Siti Wan Kembang, keindahan wau bulan, tarian tradisional Mak Yong, wayang kulit, permainan gasing dan keunikan hidangan tradisional nasi kerabu serta laksam yang sedap.

Tempat Percutian Menarik Di Kelantan

Ingin bercuti ke Kelantan? Tempah je penerbangan dari Johor Bahru, Pulau Pinang, atau Kuala Lumpur.

Bagi yang suka pemandangan, memandu dari KL juga pilihan yang menarik.

Jom lihat senarai tempat menarik di Kelantan yang patut termasuk dalam senarai impian anda!

ADVERTISEMENT

Street Art Kota Bharu

1 Tempat photoshoot di Kelantan

Alamat: 3631, Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 019-968 2915

ADVERTISEMENT
street art di kelantan
Sumber foto: azyyatiliah.com

Jika anda sedang mencari peluang bergambar yang unik, pergi ke Jalan Dato Pati di Bandar Kota Bharu, di mana anda akan temui lorong ‘Street Art’!

Street Art Kota Bharu ini menampilkan tiga tema berbeza iaitu batik, Palestin Art Corner, seni dan budaya. Majoriti lukisan di sini menceritakan penderitaan rakyat Palestine dan lukisan ala-ala Morocco.

Anda boleh merakam banyak lukisan murah yang cantik dan kreatif sebagai gambar latar belakang kenangan percutian anda di Kelantan. Mural permaidani yang dihampar di lantai lorong Seni Jalanan ini adalah yang paling menarik.

Semak Harga

Pantai Senok  

2 Tempat menarik di Bachok Kelantan

Alamat: 16020 Kota Bharu, Kelantan

Tel: N/A

pantai-senok-bachok
Kredit: radiatedmutant

Pantai Senok di Bachok, Kelantan, pasti akan memukau para penggemar Instagram dengan barisan pokok rhu yang menjulang tinggi.

Menariknya, kawasan pantai ini mempunyai landskap tepian yang berteluk dan berbatu, dihiasi dengan pemandangan rumah api dan hamparan laut biru yang memukau.

Keindahan landskapnya mengingatkan pengunjung kepada Pulau Nami di Korea, yang terkenal melalui filem “Winter Sonata”.

Malah, ada yang menggelarnya sebagai “Nami Island versi Malaysia”.

Pantai Senok bukan sahaja popular di kalangan penduduk tempatan, tetapi juga telah menjadi lokasi viral di Kelantan untuk sesi fotografi perkahwinan, OOTD, dan pra-konvokesyen.

Pengunjung juga boleh menikmati hidangan berasaskan celup tepung yang lazat di Warung Mari Rasa yang berhampiran.

Semak Harga

Pantai Cahaya Bulan

3 Tempat menarik di Kelantan untuk family day

Alamat: Pantai Cahaya Bulan

Tel: N/A

Kredit: thinnesh.jpg

Pantai PCB atau Pantai Cahaya Bulan ini terletak 10 km dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.

Pengunjung boleh menghirup kelapa muda segar dan makan snek ringan sambil menghirup angin laut.

Tambahan pula, landskap kampung yang mendamaikan yang dikelilingi pokok-pokok menjadi tarikan utama di ‘PCB’.

Sepanjang jalan ke pantai ini terdapat perusahaan industri desa yang menghasilkan batik, makanan, dan kraf.

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Lahad Datu Sabah Yang Unik

Selain berkelah, pengunjung boleh bermain layang-layang atau menunggang kuda di pantai.

Semak Harga

Pantai Mek Mas, Kota Bahru

4 Pantai di Kelantan

Alamat: Pantai Mek Mas, Kota Bahru

Tel: N/A

Pantai di Kelantan
Kredit: desireeyap

Terletak di antara bukit-bukau pasir yang memukau, Pantai Mek Mas telah menjadi idaman penggemar fotografi dan pencinta alam semula jadi.

Selepas menjadi tular di media sosial, keunikan pantai ini semakin menarik ramai pelancong.

Bagaikan berada di padang pasir, pengunjung dapat menikmati suasana kawasan pantai yang berbukit dan ditaburkan pasir halus.

Pemandangan ini mengingatkan kita kepada ‘mini-Sahara’ Pantai Klebang di Melaka.

Selain menjadi port gambar menarik di Kelantan, pelancong juga dapat menyaksikan mentari terbenam yang indah.

Semak Harga

Pasar Terapung Pengkalan Datu

5 Tempat menarik di Kota Bharu

Alamat: LOT 261, Jalan Raja Sakti, KAMPUNG PENGKALAN DATU, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 019-269 5744

pasar terapung pengkalan datu
Sumber foto: tourism kelantan

Pasar ini hanya 7 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa dan 10 km dari Kota Bharu.

Pelbagai makanan dan barangan boleh didapati di sini, serta hidupan laut yang segar. 

Mereka juga menjual makanan tradisional tempatan yang lazat dan unik. Pemandangan Pasar Terapung Pengkalan Datu yang damai dan menyeronokkan.

Terdapat juga aktiviti menarik yang disediakan seperti belajar membuat wau dan gasing serta menaiki bot untuk melihat pemandangan sekitar sungai Pengkalan Datu.

Semak Harga

Kolam Air Panas Tok Bok

6 Kolam di Kelantan

Alamat: Kolam Air Panas Tok Bok , Labok Machang Kelantan

Tel: N/A

kolam air panas tok bok di Kelantan
Sumber foto: tempat menarik

Bagi yang belum tahu, Kolam Air Panas Tok Bok ini boleh dikunjungi di Kampung Rengas, Labok, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Machang.

Selain itu, kolam air panas ini berdekatan dengan jalan negeri yang menghala dari Tok Bok ke Selising, Pasir Puteh.

Tahap kepanasannya amat tinggi, menjadikannya unik di antara mata air panas lain yang terdapat di negeri Kelantan.

Kawasan menarik ini dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang subur, termasuk pokok dan ladang padi.

Semak Harga

Pasar Terapung Pulau Suri

7 Tempat menarik di Tumpat Kelantan

Alamat: Kelantan Floating Market @ Pulau Suri

Tel: N/A

pasar terapung pulau suri di kelantan
Sumber foto: tourism kelantan

Jika anda ingin membeli-belah seperti di Hatyai dan Bangkok di Thailand, kunjungi Pasar Terapung Pulau Suri di Tumpat, Kelantan.

Pasar ini terkenal dengan deretan bot-bot kecil yang diletakkan di tepi sungai.

Menariknya lagi, bot-bot ini menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Lokasi menarik ini dibuka setiap hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Pasar Terapung Pertama di Malaysia mempunyai tandas dan surau yang mencukupi untuk pengunjung.

Penduduk kampung menjual pelbagai barangan tradisional dengan harga yang sangat rendah kepada pengunjung.

Semak Harga

Air Terjun Jelawang

8 Air terjun Kelantan

Alamat: Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan

Tel: N/A

Sumber foto: Facebook @geosainsmalaysia

Bagi yang belum tahu, Kelantan mempunyai beberapa air terjun berlata yang menarik pengunjung tempatan mahupun pelancong luar pada musim panas.

Air Terjun Jelawang terletak di Taman Negeri Gunung Stong di Dabong iaitu pekan kecil di daerah Kuala Krai, Kelantan.

Selain berkelah dan mandi-manda, pengunjung juga boleh camping di sini. Air terjun di Kelantan ini juga dikatakan sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Semak Harga

Pasar Siti Khadijah  

9 Pasar Kota Bharu

Alamat: Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: N/A

Pasar Siti Khadijah
Sumber foto: Facebook @pasarsitikhadijahkb

Pasar Siti Khadijah adalah salah satu pasar basah yang paling terkenal di Malaysia.

Tempat shopping di Kelantan ini sangat meriah seperti Pasar Payang di Terengganu.

Anda boleh merasai kehidupan sebagai penduduk tempatan dan membeli-belah barangan buatan di kawasan itu.

BACA JUGA  Kingdom Tower Bangunan Tertinggi Di Dunia

Kebanyakan penjual adalah wanita bertudung yang menjual tekstil, makanan tempatan, barangan dapur, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan rempah ratus.

Semak Harga

Istana Jahar

10 Tempat bersejarah di Kelantan

Alamat: Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-748 4477

istana jahar
Sumber foto: tourism kelantan

Salah satu perkara terbaik untuk dilakukan di Kelantan ialah melawat Istana Jahar yang berhampiran Istana Balai Besar di Kota Bharu.

Istana Jahar asalnya dari istana dan bertukar menjadi muzium. Di dalamnya terdapat pakaian istiadat, galeri senjata, hiasan dan barangan berkaitan kesultanan lain.  

Seni binanya yang unik dan arca yang indah telah menambahkan lagi keistimewaan negeri Kelantan.

Walaupun kini menjadi muzium, reka bentuk asal bangunan itu telah dikekalkan.

Semak Harga

Pasar Malam Wakaf Che Yeh Kelantan

11 Tempat menarik di Kelantan waktu malam

Alamat: 2028, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Tel: N/A

Pasar Malam Wakaf Che Yeh Kelantan
Sumber foto: pantaipcbhomestay

Apabila anda berkunjung ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh yang dikatakan terbesar di Kelantan, sudah pasti anda akan berasa gembira dan teruja.

Semuanya ada di sini, sebut sahaja apa yang anda ingin cari, daripada pakaian hingga minyak wangi, buah-buahan, makanan dan banyak lagi.

Kalau nak beli yang murah, boleh tunggu sehingga pasar tutup jam 12-3 pagi.

Pasar malam Kelantan ini selalunya sesak pada hujung minggu dan cuti sekolah. Kebanyakan barangan yang dijual di Wakaf Che Yeh adalah barangan Thai.

Sebahagian pengunjung juga mendapatkan buah tangan dari Kelantan di tempat ini.

Semak Harga

Min House Camp

12 Tempat penginapan menarik di Kelantan

Alamat: Min House Camp, Lot 1287, Kampung Pulau, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 013-922 5440

min house camp
Sumber foto: Facebook @minhousecamp

Bagi pencinta alam yang gemar menerokai kawasan luar, anda boleh bermalam di Min House Camp.

Penginapan di Kelantan yang selesa ini mempunyai chalet tersendiri, ladang lebah, dewan serbaguna, taman kelip-kelip dan ladang organik.

Untuk mereka yang gemar aktiviti lasak, anda boleh mencuba kayaking, mandi sungai, memungut kerang, memancing atau dan menonton kelip-kelip pada waktu malam.

Bukan sahaja terletak di tengah-tengah kehijauan, pengunjung boleh menyertai aktiviti seperti pembuatan kraftangan, kelas masakan tempatan, permainan tradisional, dan menyaksikan persembahan kebudayaan.

Paling penting, Min House Camp mesra OKU dan terletak berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia. Jadi anda boleh berehat dengan selesa dan selamat.

Semak Harga

Taman Negara Kuala Koh

13 Tempat menarik di Gua Musang

Alamat: Taman Negara, Kuala Koh, 18300, Kelantan

Tel: 09-741 6240

taman negara kelantan
Sumber foto: Facebook

Taman ini adalah sebahagian daripada taman negara Malaysia dan merupakan salah satu tarikan semula jadi di Kelantan.

Ini adalah lokasi pencinta alam, Taman Negara Kelantan ini terletak tidak jauh dari bandar.

Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti memancing, meredah hutan, memerhati burung, dan fotografi alam semula jadi.

Selain daripada flora dan fauna yang eksotik, anda juga dapat menikmati pemandangan semula jadi yang indah seperti rangkaian sungai, gua dan gunung.

Semak Harga

Jambatan Terapung Kubang Kerian

14 Tempat menarik di Kubang Kerian

Alamat: Sungai Pengkalan Datu di Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian

Tel: N/A

jambatan terapung kubang kerian
Sumber foto: lokasi percutian

Tempat menarik tersembunyi di Kelantan ini telah menjadi kawasan rekreasi dan eko-pelancongan terbaharu di Kelantan.

Kehadiran ‘Jambatan Terapung’ di sepanjang denai Sungai Pengkalan Datu telah menjadi tarikan utama.

Selain menikmati pemandangan dari bot, anda boleh berkayak, menuai nira nipah, mengutip lokan, atau mencabar diri menangkap ketam nipah dan lokan.

Pengalaman unik lain termasuk lawatan ke ladang lebah kelulut, menyaksikan keajaiban Taman Kelip-Kelip pada waktu malam, serta melihat sangkar Ikan Siakap dan Ikan Kerapu.

BACA JUGA  21 Tempat Menarik Di Miri Untuk Mengembara

Setelah puas meneroka keindahan alam semula jadi, nikmati hidangan lazat di restoran berdekatan. Pelbagai pilihan masakan tempatan hingga hidangan barat yang menanti anda.

Semak Harga

Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih

15 Tempat menarik di Tanah Merah Kelantan

Alamat: Air Terjun Lata Bijih, Tanah Merah, Kelantan

Tel: N/A

Air Terjun Lata Bijih
Kredit: paehrabu

Kawasan air terjun yang bersih dan cantik ini sesuai untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga. Sebelum ini, kawasan ini dikenali sebagai Air Terjun Telaga Bijih.

Walaupun Air Terjun dan Rekreasi Lata Bijih nampaknya biasa-biasa saja, namun pemandangan alamnya yang indah dan udara yang bersih dapat memberikan ketenangan kepada semua pengunjung.

Lata di Kelantan ini turut dilengkapi pelbagai kemudahan dan pengunjung boleh mandi-manda serta camping bersama sahabat handal.

Semak Harga

Kampung Kraftangan

16 Muzium di Kelantan

Alamat: Jalan Merbau, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-747 7554

Kampung Kraftangan
Sumber foto: lokasi percutian

Jika anda datang melawat negeri ini, anda mesti singgah ke muzium ini yang terletak di pusat bandar Kota Bharu.

Di sini anda boleh melihat serta membeli pelbagai kraftangan kreatif dan barangan tradisional Kelantan.

Songket, ukiran kayu, buluh, raga, anyaman rotan, dan pelbagai lagi jenis cenderahati boleh dijadikan hiasan di rumah anda jika ingin mewujudkan suasana klasik di mana-mana sudut rumah.

Semak Harga

Air Terjun Lata Berangin

17 Tempat menarik di Kuala Krai

Alamat: Kg. Sungai Pas, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Tel: 013-626 2144

Air Terjun Lata Berangin
Kredit: qiszaynal

Air terjun di Kelantan ini sangat mendamaikan serta dipenuhi fauna dan flora.

Selain mandi-manda, pengujung boleh melakukan aktiviti menarik lain seperti jungle trekking, memancing, berfotografi, berkelah dan lain-lain lagi.

Selain itu, air terjun Lata Berangin adalah yang paling tinggi di Kelantan dengan ketinggian sehingga 120 meter.

Semak Harga

Muzium Wau

18 Tempat menarik di Tumpat

Alamat: Pantai Sri Tujoh, 16200, Tumpat, Kelantan

Tel: 09-748 2266

muzium wau di Kelantan
Sumber foto: tourism kelantan

 Sebagai salah satu tarikan pelancong Kelantan, ia dibina untuk memelihara kraf tradisional negara.

Muzium Wau ditubuhkan untuk mendidik dan mempamerkan pelbagai jenis wau yang cantik dari pelbagai negeri.

Semasa lawatan anda ke sini, anda akan berpeluang untuk belajar membuat wau.

Semak Harga

Jeram Mengaji Agro Resort

19 Resort di Kelantan

Alamat: Lot 972, Kg. Sungai Durian Mukim Banggol Setoi, 16800 Pasir Puteh, Kelantan

Tel: 019-280 3787

Jeram Mengaji Agro Resort di Kelantan
Kredit: Arehshah Azmi

Tarikan baharu di Jeram Mengaji Agro Resort ini menampilkan agropelancongan. Mungkin kedudukan tempat pelancongan di Kelantan ini di kawasan tanah tinggi yang dikelilingi bukit bukau menambahkan lagi keindahan resort ini.

Keadaan berkabus, padang menghijau yang luas, dan lembu yang bebas adalah serupa dengan suasana Kundasang. Semua produk tenusu adalah halal dan segar dari ladang.

Terdapat petua untuk pengunjung yang ingin merasai pengalaman New Zealand atau Kundasang, Sabah.

kungjunglah pada waktu pagi, ketika sejuk dan kabus dapat dirasai. Sila ambil gambar kerana tempat cantik di Kelantan ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan!

Semak Harga

Pantai D’Aur

20 Pantai di Bachok Kelantan

Alamat: Bachok, Kelantan

Tel: N/A

Pantai di Bachok Kelantan
Kredit: aisyaammarairil

Pantai ini merupakan destinasi popular kerana hiasan pantainya yang cantik.

Kawasan ini dijaga dengan baik untuk memastikan pantai bersih dan selamat.

Tempat cantik di Kelantan ini mempunyai pasir putih dan pemandangan matahari terbenam yang cantik.

Selain itu, Pantai D’Aur ini bagus untuk berehat, mengambil swafoto dan meraikan birthday bersama rakan atau hari istimewa bersama pasangan.

Semak Harga

Pilihan tempat menarik Kelantan:

  • Kuala Krai, Jeli, Bachok, Tumpat
  • Pasir Mas, Pasir Puteh, Gua Musang, Kota Bharu

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Terengganu Yang Terbaik
4/5 - (15 votes)
Tags: Kelantantempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved