senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Bukit Fraser Paling Popular

Nora by Nora
October 20, 2023
in Travel
tempat menarik di fraser hill terkini yang best

Sumber foto: Instagram: @ Monkeyseendo

139
SHARES
13.9k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik di Bukit Fraser untuk family
  • 2. Bukit Fraser Homestay
  • 3. Aktiviti mendaki di Bukit Fraser
  • 4. Tempat menarik indoor di Bukit Fraser
  • 5. Tempat menarik di Bukit Fraser untuk kanak kanak
  • 6. Aktiviti mendaki di Bukit Fraser
  • 7. Tempat menarik indoor di Bukit Fraser
  • 8. Tempat menarik outdoor di Bukit Fraser
  • 9. Air terjun di Bukit Fraser
  • 10. Tempat menarik di Bukit Fraser untuk family
  • 11. Taman rekreasi di Bukit Fraser
  • 12. Aktiviti mendaki di Bukit Fraser
  • 13. Restaurant di Bukit Fraser
  • 14. Tempat menarik di Bukit Fraser untuk bergambar
  • 15. Tempat menarik indoor di Bukit Fraser

Anda mahukan percutian yang menyeronokkan tanpa meninggalkan negara? Selain Cameron Highland, Bukit Frasers (Fraser Hill dalam Bahasa Inggeris) merupakan destinasi pelancongan terbaik untuk melarikan diri dari cuaca panas Malaysia.

Tempat percutian ini terletak di Pahang, kira-kira dua jam pemanduan dari Kuala Lumpur. Menariknya, Bukit Fraser juga dikenali sebagai ‘Little England of Malaysia’.

Bukit Fraser Pahang juga terkenal dengan cuaca yang sederhana dan aktiviti menyeronokkan yang akan membuatkan anda dan seluruh keluarga terhibur.

Tempat Menarik Di Bukit Fraser

Tempat percutian terbaik ini menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk pencinta alam, dari mendaki hingga memerhati burung untuk mereka yang gemar berada di luar.

Di bawah ini, kami senaraikan aktiviti paling popular untuk dilakukan bersama keluarga di Bukit Fraser.

Ladang Kuda (The Paddock Fraser Hill)

1 Tempat menarik di Bukit Fraser untuk family

Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

No tel: +609-3622195

ADVERTISEMENT
ladang kuda di bukit fraser
Sumber foto: google map

Nak sertai aktiviti menarik di Bukit Fraser? Tak perlu pergi jauh kerana The Paddock menawarkan aktiviti menunggang kuda yang sesuai untuk beginner.

Di sini, anda boleh menunggang kuda yang sudah bersara dari perlumbaan dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak setiap 1 pusingan di padang.

Aktiviti memanah juga disediakan dengan bayaran RM10 setiap 10 anak panah. Pengunjung boleh masuk secara percuma dan tempat ini juga menawarkan pemandangan landskap yang indah untuk fotografi.

Selain itu, terdapat tempat letak kereta dan tandas percuma. Jadi, jom beriadah di sini!

ADVERTISEMENT

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi –6:30 petang)

Hotel Terdekat

The Smokehouse Fraser Hill

2 Bukit Fraser Homestay

Alamat: Jalan Jeriau, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

No tel: +609-3622226

hotel ye olde smokehouse fraser hill
Sumber foto: google map

Teringin menghabiskan percutian ala-ala di England? Selain Banglo Glen Bukit Fraser, banglo hotel ini akan membuatkan anda merasai percutian seperti suasana Eropah.

Bangunan ini asalnya sebuah banglo lama yang telah diubah suai menjadi hotel. Hotel ini juga menampilkan gaya Inggeris dalam setiap ruangannya, termasuk kerusi, lampu dan perhiasan.

Walau bagimanapun, diingatkan tempat penginapan ini sedikit mahal berbanding penginapan lain.

Bagi yang mencari hotel murah di sekitar Bukit Fraser, anda boleh bermalam di Shahzan Inn Fraser’s Hill, Fraser’s Silverpark Resort, dan Puncak Inn Fraser’s Hill.

Hotel Terdekat

Bishop Trail Fraser Hill

3 Aktiviti mendaki di Bukit Fraser

Alamat: 422, Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

No tel: –

bishop trail di bukit fraser
Sumber foto: fraserhill.info

Semasa mendaki, pengunjung akan menemui menara pengawal, dimana ini adalah tempat yang sesuai untuk melihat landskap menghijau atau memerhati burung.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Kelantan Terkini

Oleh kerana hutan hujan, maka ketinggian menjadi lebih rendah, kanopi hutan yang lebih padat, dan persekitaran semakin gelap sepanjang pendakian.

Perhatikan monyet, tupai dan haiwan lain di antara paku pakis, pokok ara, dan pokok anggur di hutan ini.

Pengunjung boleh memilih untuk menuju ke Kotej Muar atau meneruskan ke Maxwell Trail untuk lebih banyak jungle trekking ketika di penghujung laluan.

Hotel Terdekat

Bird Interpretive Centre Fraser Hill

4 Tempat menarik indoor di Bukit Fraser

Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

No tel: –

bird center fraser hill
Sumber foto: google map

Anda pasti akan kagum dengan kepelbagaian spesies burung di Fraser’s Hill Bird Interpretive Centre.

Di pusat ini, anda dapat mempelajari tentang pelbagai burung yang berhijrah dan tempatan.

Pusat pemerhatian burung ini mempunyai lebih daripada 250 spesies burung seperti helang, merpati, pegar, enggang, dan spesies endemik lain.

Apa yang menarik, ramai pengunjung datang dari luar negara untuk melihat kepelbagaian burung di sini.

Jika berkunjung semasa musim penghijrahan, anda berpeluang menemui seriawan Siberia yang jarang ditemui.

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi –7 petang)

Hotel Terdekat

Allen’s Water Fraser Hill

5 Tempat menarik di Bukit Fraser untuk kanak kanak

Alamat: Jln High Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

No tel: –

allan water bukit fraser
Sumber foto: fraserhill.info

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di Bukit Fraser ialah Allan’s Water, yang menawarkan pelbagai aktiviti air yang menarik.

Tasik ini bersebelahan dengan Edible Garden dan anda boleh sewa bot kayuh di kaunter tiket dan terapung di perairan tasik sambil menikmati ketenangan.

Pengunjung juga boleh berehat di bawah gazebo melihat tasik yang dikelilingi pokok tebal dan memberi makan ikan koi yang bewarna-warni.

Tempat yang ideal untuk menjauhkan diri daripada orang ramai, berehat dan berkumpul bersama rakan serta keluarga.

Waktu Operasi: Setiap hari (8:30 pagi – 6:30 petang)

Hotel Terdekat

Twin Peak Pine Tree Hill

6 Aktiviti mendaki di Bukit Fraser

Alamat: Jln High Pines, 49000 Bukit Fraser, Pahang

No tel: –

Twin Peak, Fraser Hill
Sumber foto: google map

Bukit Pine Tree, terletak di Bukit Fraser, adalah gunung setinggi 1,500 meter dengan laluan trekking yang paling mencabar di Bukit Fraser.

Laluan trekking ini terletak berhampiran hujung jalan High Pines, tepat sebelum banglo Seri Intan.

Nama gunung ini berasal dari pokok konifer yang pernah tumbuh di puncaknya. Sebelum mencapai puncak, anda akan mengharungi laluan yang berliku naik turun beberapa puncak dan rabung.

Pada hari cerah, pemandangan hutan dan gunung sekitarnya dari puncak sungguh memukau. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjelajah gunung ini.

Hotel Terdekat

Kompleks Sukan Bukit Fraser

7 Tempat menarik indoor di Bukit Fraser

Alamat: Bird Interpretive Centre, Bukit Fraser, 49000, Bukit Fraser, Pahang

No tel: –

sport complex di bukit fraser
Sumber foto: fraserhill.info

Kompleks Sukan ini terletak di bangunan yang sama dengan Bird Centre dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang pasti menyeronokkan dan menyihatkan badan.

Ia juga menjadi pusat kecergasan dengan kemudahan sauna, gym, ping pong, skuasy dan snuker.

Bagi anda yang suka bergambar atau mencari tempat OOTD, taman bunga kecil di hadapan Kompleks Sukan adalah pilihan yang sesuai untuk bergambar.

Hotel Terdekat

Kelab Golf Diraja Bukit Fraser

8 Tempat menarik outdoor di Bukit Fraser

Alamat: Kelab Golf Diraja Bukit Fraser, Bukit Fraser, 49000, Bukit Fraser, Pahang

BACA JUGA  23 Tempat Menarik Di Taiping Untuk Percutian Best 2024

No tel: –

aktiviti golf di bukit fraser (1)
Sumber foto: fraserhill.info

Jika anda peminat golf, terdapat satu padang golf 9 lubang yang menarik di Kelab Golf Bukit Fraser.

Ia terletak di tengah-tengah bandar peranginan dan hari bekerja adalah waktu terbaik untuk bermain golf. Tee-off awal pagi adalah pilihan yang ideal dengan kabus fajar dan cuaca yang memuaskan.

Padang golf yang bersejarah ini bermula pada tahun 1920-an ketika penduduk British mencari ketenangan.

Ia dibina di atas bekas lombong bijih timah, dan walaupun kecil, ia menawarkan cabaran dan pemandangan hutan yang menakjubkan.

Meja penerimaan tetamu golf terletak di sebelah pintu utama Kompleks Sukan, manakala kafe kecil dengan pemandangan teres menawarkan teh dan snek.

Hotel Terdekat

Air Terjun Jeriau

9 Air terjun di Bukit Fraser

Alamat: Jeriau Waterfall, Fraser’s Hill, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

No tel: –

jeriau waterfall di fraser hill
Sumber foto: fraserhill.info

Tarikan alam ini terletak kira-kira 4km dari pusat bandar Bukit Fraser. Anda perlu berhati-hati kerana air terjun setinggi 10m ini agak curam tetapi selamat untuk mandi-manda.

Selain memandu sendiri, pengunjung juga boleh mendaki laluan mudah untuk sampai ke sana. Bagi menghilangkan penat, terdapat bangku dan gazebo untuk berehat.

Air terjun Jeriau Bukit Fraser turut mempunyai taman permainan kecil untuk kanak-kanak dan tapak perkhemahan bagi yang suka camping.

Jika ingin melawat, pastikan bertanya kepada penduduk tempatan terutamanya pada musim tengkujuh dari November hingga Januari kerana kawasan ini agak bahaya.

Hotel Terdekat

Edible Garden Fraser Hill

10 Tempat menarik di Bukit Fraser untuk family

Alamat: Jalan Pokok Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

No tel: –

strawberry & edible garden bukit fraser
Sumber foto: fraserhill.info

Selepas melawat Alam’s Water, jangan lupa kunjungi Edible Garden, sebuah ladang pertanian mini dan tapak semaian tumbuhan yang menarik.

Di sini, pengunjung boleh menyertai bengkel berkebun secara percuma, serta membeli tumbuhan, bunga hiasan, dan benih.

Anda juga boleh mendapatkan penghantaran harian sayur-sayuran dan tanaman segar yang ditanam di premis, termasuk strawberi dalam kuantiti terhad.

Ladang ini memiliki rumah hijau besar dengan pelbagai tanaman seperti strawberi, bunga, salad, tomato, dan sayur-sayuran berdaun lain.

Sebenarnya, sebilangan besar orang tidak mengenali ladang ini. Adakah anda ingin melihat tanaman orchid secara percuma? Jika ya, boleh singgah di Sanyi Orchid Garden.

Hotel Terdekat

Taman Awam Bukit Fraser

11 Taman rekreasi di Bukit Fraser

Alamat: Jalan Pokok Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

No tel: –

taman rekreasi bukit fraser (1)
Sumber foto: fraserhill.info

Ini adalah tempat melepak hujung minggu yang popular untuk keluarga dengan anak kecil kerana masuknya percuma.

Taman rekreasi Bukit Fraser ini bersebelahan Food Garden di jalan Bukit Fraser, Pine Tree Road, dan juga berdekatan dengan Taman Flora Bukit Fraser.

Di sini, terdapat taman permainan, gazebo, litar bertar kecil, dan bangku di bawah pokok konifer eksotik. Kanak-kanak juga boleh bermain golf mini ringan di padang berhampiran (peralatan boleh dibeli dari gerai tiket).

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Pasir Puteh Kelantan Untuk Dikunjungi

Pada hujung minggu dan cuti umum, anda boleh menikmati aktiviti meniup gelembung dan makan di medan selera bersebelahan kedai runcit dan cenderamata.

Hotel Terdekat

Hemmant Trail Fraser Hill

12 Aktiviti mendaki di Bukit Fraser

Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

No tel: –

hammant trail
Sumber foto: google map

Anda perlu mencuba aktiviti mendaki di Bukit Fraser jika anda menyukai misteri alam semula jadi dan menghargai kehijauan.

Terdapat lapan denai alam semula jadi yang mempunyai nama yang berbeza, seperti Rompin Trail, Abu Suradi Trail, Pine Tree Trail, Maxwell Trail, Bishop’s Trail, dan Hemmant Trail yang menjadi pilihan ramai.

Laluan Hemmant bermula di kawasan berumput di belakang masjid di Jalan Genting, betul-betul bertentangan dengan laluan Abu Suradi, dan ia menawarkan pendakian sederhana selama 1 km melalui hutan.

Walaupun laluan agak berlumpur selepas hujan, aktiviti mendaki ini adalah salah satu aktiviti Fraser’s Hill yang paling popular.

Hotel Terdekat

Restoran Strawberi Mimi

13 Restaurant di Bukit Fraser

Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

No tel: –

mimi strawberry di bukit fraser
Sumber foto: fraserhill.info

Mimi Strawberi ialah sebuah restoran yang terletak di dalam Kompleks Sukan bandar, menawarkan pemandangan padang golf.

Dahulunya, terletak di Food Garden, kini berubah menghadap bulatan bandar yang popular.

Penduduk tempatan sering berkunjung ke sini dan restoran dinamakan sempena seorang gadis bernama “Mimi” yang menguruskan kafe tersebut.

Anda boleh mencuba minuman istimewa seperti susu shake strawberi buatan mereka dan pelbagai hidangan Melayu dan Barat termasuk Mi Bandung, Nasi Paprik, Tom Yam, Sup Tulang, Banjo Burger, dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

Menara Jam Bukit Fraser

14 Tempat menarik di Bukit Fraser untuk bergambar

Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

No tel: –

menara jam bukit fraser
Sumber foto: Instagram: @ Monkeyseendo

Menara Jam Bukit Fraser antara keistimewaan Bukit Fraser Pahang dan berada di tengah bandar Bukit Fraser.

Perbadanan Pembangunan Bukit Fraser telah membina menara jam ini pada tahun 1989, dan ia mungkin satu-satunya reka bentuk Mock Tudor di Malaysia.

Apa yang menariknya, jam ini masih berfungsi dan menjadi salah satu lokasi paling popular untuk bergambar di Fraser Hill.

Tambahan pula, menara jam yang besar ini dilitupi oleh pokok menjalar di semua sisi, menambahkan lagi keunikan menara jam ini.

Hotel Terdekat

GlassHouse Fraser’s Hill

15 Tempat menarik indoor di Bukit Fraser

Alamat: Lot 1494, Jalan Lady Guillemard, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

No tel: –

glasshouse di fraser hill 1 (1)
Sumber foto: google map

Anda harus pergi ke GlassHouse Fraser’s Hill sekurang-kurangnya sekali jika anda menyukai rasa manis dan kopi. Ia adalah sebuah kafe kecil dengan suasana rumah hijau yang elegan.

Secara asasnya, kafe ini direka bentuk untuk kelihatan seperti rumah hijau, dan mereka mempunyai koleksi kaktus yang menarik.

Anda akan menemui banyak tempat untuk mengambil gambar untuk akaun Instagram anda, sementara kek dan kopi yang disajikan juga sangat sedap.

Waktu Operasi: Khamis – Isnin (10 pagi – 6 petang)

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kota Tinggi 
  • Tempat Menarik Di Muar
4/5 - (15 votes)
Tags: bukit fraserpahangtempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved