senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

26 Tempat Menarik Di Shah Alam Untuk Jalan-jalan

Nora by Nora
May 27, 2024
in Travel
tempat menarik di shah alam selangor yang best1 (1)

Sumber gambar: Mohd Tamizi Bin Mohd Rusdin

111
SHARES
11.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Mall di Shah Alam
  • 2. Taman Jepun di Shah Alam
  • 3. Trek go-kart indoor pertama di Malaysia
  • 4. Art craft workshop di Shah Alam
  • 5. Tempat menarik untuk bergambar di Shah Alam
  • 6. Zoo mini percuma di Selangor
  • 7. Tempat lepak di Shah Alam
  • 8. Tempat picnic di Shah Alam
  • 9. Masjid cantik di Shah Alam
  • 10. Perpustakaan menarik di Shah Alam
  • 11. Tempat menarik Shah Alam pada waktu malam
  • 12. Tempat menarik untuk dating di Shah Alam
  • 13. Taman di Shah Alam
  • 14. Lokasi outdoor photoshoot Shah Alam
  • 15. Aktiviti lasak dan ekstrem di Shah Alam
  • 16. Taman tema air di Shah Alam
  • 17. Bukit di Shah Alam
  • 18. Stadium di Shah Alam
  • 19. Aktiviti outdoor di Selangor
  • 20. Bangunan bersejarah di Selangor
  • 21. Aktiviti flying fox di Shah Alam
  • 22. Tempat menarik di Shah Alam untuk remaja
  • 23. Pasar malam di Shah Alam
  • 24. Aktiviti berkuda di Shah Alam
  • 25. Taman rekreasi di Shah Alam
  • 26. Galeri seni islam di Shah Alam

Adakah anda ingin bercuti di tempat menarik Shah Alam? Setiap tempat menarik ini mempunyai keunikan tersendiri.

Shah Alam daerah Selangor ini juga berdekatan dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi ibu dan bapa yang ingin mengambil anak mereka pulang dari universiti di Shah Alam boleh membawa anak-anak mereka ke tempat-tempat menarik ini.

Sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam, jangan lupa untuk singgah tempat menarik ini.

Senarai tempat menarik di Shah Alam

Setia City Mall

1 Mall di Shah Alam

Alamat: 59, Persiaran Setia Dagang, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-3375 8688

Setia City Mall

ADVERTISEMENT

Dengan pelbagai jenama terkenal seperti Parkson, Kaison, H&M dan banyak lagi, Setia City Mall pasti menjadi destinasi idaman untuk kaki shopping.

Selain daripada berbelanja, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain bowling, karaoke atau berehat di tepi taman berhadapan pusat membeli-belah ini. 

Pemandangan tasik buatan dan air pancut yang berwarna-warni akan memukau mata.

Bagi mereka yang membawa kanak-kanak, terdapat taman permainan yang sesuai untuk aktiviti keluarga.

ADVERTISEMENT
Semak Harga

Taman Persahabatan Selangor-Jepun

2 Taman Jepun di Shah Alam

Alamat: Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000 Shah Alam

Tel: N/A

Taman Persahabatan Selangor-Jepun
Kredit gambar: hani_nhs

Taman bertema Jepun ini salah satu destinasi menarik percuma di Shah Alam yang menarik penduduk tempatan serta pelancong luar.

Berdekatan dengan Masjid Shah Alam, taman Jepun Shah Alam ini turut menyediakan tempat letak kenderaan percuma. 

Antara tarikan menarik di dalamnya termasuk ruang zen, kolam, ruang refleksologi, dan ruang teres yang menawarkan pemandangan indah. 

Jika nak ‘feeling’ berada di Jepun, singgah sini!

Semak Harga

Evolt Karting, Shah Alam

3 Trek go-kart indoor pertama di Malaysia

Alamat: U6, PT 3779 (HSM 6462 Jalan 4D, Seksyen, Kampung Subang Baru, 40150 Shah Alam, Selangor

Tel: 012-648 8064

Evolt Karting, Shah Alam

Korang tau tak, Shah Alam juga mempunyai “Indoor Electric Karting Centre” pertama di Malaysia.

Karting itu juga sangat pantas dengan stereng gaya F1 dan tempat duduk yang boleh dilaras.

Di sini juga terdapat dek tontonan menghadap ke litar, trek untuk kanak-kanak dan dewasa serta penghalang trek yang selamat.

Staffnya peramah, tempat ini juga berhawa dingin dan sebelum bermula ada taklimat keselamatan. 

Dengan harga tiket serendah RM 70 sahaja, anda boleh bergembira bersama sekumpulan rakan atau keluarga dengan sesi karting yang mendebarkan ini! 

Semak Harga

Tuft Space (Tufting Workshop)

4 Art craft workshop di Shah Alam

Alamat: Eco Ardence, No 46-1, Jalan Eco Ardence C U12/36C Eco Ardence Seksyen, U12 Shah Alam, Shah Alam, Selangor

Tel: 010-278 2378

Tuft Space (Tufting Workshop)

Apa yang menarik di Tuft Space ialah anda diberi pilihan untuk bengkel tufting atau bengkel lampu neon. 

Di samping aktiviti ini menyeronokkan dan unik, daya kreativiti anda juga akan terserlah. Pengajar di bengkel ini juga boleh berbahasa Melayu/Inggeris/Cina. 

Melalui bengkel Tufting, anda boleh mencipta seni gantung dinding atau permaidani reka bentuk pilihan anda dengan bimbingan profesional.

Manakala, dalam bengkel lampu neon pula, pengunjung boleh mencipta lampu neon secara DIY. 

Dengan bayaran yang berpatutan, pengunjung akan diberikan semua peralatan & bahan tufting termasuk kain primer dan 80 warna benang akrilik.

BACA JUGA  18 Tempat Menarik Di Sepang Bandar Cyberjaya

Selepas selesai, bolehlah bawa pulang, letak dalam bilik atau upload di story Instagram!

Semak Harga

Baca: 15 Tempat Menarik Untuk Company Trip Di Malaysia 2023

Taman Tasik Elmina

5 Tempat menarik untuk bergambar di Shah Alam

Alamat: Elmina Valley Park, 176, Jalan Metafasa U16/3, 40160 Shah Alam, Selangor

Hubungi: 0378312253

Taman Tasik Elmina

Di bandar baru Elmina City, anda akan menemui dua lokasi menarik untuk bergambar.

Pertama, terdapat laluan pelangi berwarna-warni yang cantik dan keduanya ‘Elmina Iconic Bridge’ yang unik di Elmina Valley Park.  

Apabila matahari terbenam, pengunjung berpeluang melihat jambatan Elmina menyala seakan warna merah terang.

Selain itu, terdapat Elmina Central Park yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga dengan kemudahan sukan dan pengunjung juga boleh berbasikal mengelilingi taman yang cantik ini. 

Semak Harga

Bukit Jelutong Eco Community

6 Zoo mini percuma di Selangor

Alamat: Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Hubungi: N/A

Bukit Jelutong Eco Community

Nikmati keindahan alam semulajadi dan melihat haiwan-haiwan yang menarik di Bukit Jelutong Eco Community! 

Dibuka seawal jam 7 pagi, taman awam ini popular dalam kalangan penduduk Selangor untuk jalan jalan dan beriadah pada waktu pagi serta petang.

Pengunjung boleh melepak di taman, berkelah bawah pokok menghadap tasik, memberi makan haiwan, memancing, mendaki di laluan khas dan berbasikal mengelilingi taman.

Jangan lupa bergambar dengan latar belakang bukit dan datang sini bersama keluarga! 

Semak Harga

D’Network @ Setia Eco Park

7 Tempat lepak di Shah Alam

Alamat: D’Network @ Setia Eco Park, Jalan Setia Nusantara U13/17, Setia Alam, Seksyen U13, Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Tel: +60333432228

D’Network @ Setia Eco Park

Ingin mencari tempat ‘hangout’ yang menarik di Shah Alam? Datanglah ke Setia Eco Park pada waktu malam! 

Taman menarik di Selangor ini menampilkan air pancutan di tengah tasik, dengan kedai-kedai bercahaya dan pemandangan sekeliling tempat ini juga indah tau!

Pengunjung juga boleh berjoging, berkelah tepi tasik, bermain di playground, menyertai aktiviti sukan di dalam premis atau sekadar berjalan-jalan sekitar taman.

Jika lapar, anda boleh memilih makanan dari barat hingga masakan fusion. Paling penting, tempat menarik sekitar Selangor ini ‘pet friendly’.

Semak Harga

Taman Tasik Shah Alam

8 Tempat picnic di Shah Alam

Alamat: Pesiaran Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5522 2834

taman tasik shah alam yang cantik
Sumber: Mohd Tamizi Bin Mohd Rusdin, Mohamad Zaini, Ho & Wanz

Taman Tasik Shah Alam merupakan antara taman yang terbaik di Selangor. Selain berjogging dan jalan jalan, anda juga boleh melihat pemandangan yang indah seperti masjid Shah Alam.

Tempat ini sangat sesuai untuk berkelah kerana terdapat banyak tempat berteduh. Antara aktiviti menarik disini ialah bungee jumping, berkayak, melalui jambatan bergoyang dan sebagainya.

Pemandangan malam juga sangat cantik terutamanya di kawasan air terjun. Jadi tidak hairanlah taman Shah Alam ini menjadi tarikan pengunjung untuk beriadah.

Semak Harga

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

9 Masjid cantik di Shah Alam

Alamat: Persiaran Masjid St., Sekysen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5519 9988

masjid cantik di shah alam
Sumber: Oindah Kintar, Mohd Shamsie, Kou 1 & Tack Clayton

Sekiranya anda berkunjung ke Taman Tasik Shah Alam seperti yang dicadangkan, anda pasti melihat masjid ini di tasik itu.

Inilah Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz. Masjid ini mempunyai reka bentuk dan sejarahnya yang tersendiri yang pasti membuatkan anda teruja apabila mengetahuinya.

Masjid ini sangat digalakkan untuk dikunjungi sekiranya anda tiba di daerah Shah Alam. Lepas tu, singgah Dataran Shah Alam yang berdekatan.

Semak Harga

Perpustakaan Raja Tun Uda

10 Perpustakaan menarik di Shah Alam

Alamat: Jln Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5519 7667

Perpustakaan Raja Tun Uda (2)
Sumber: Raja Tun uda Library, Pang Jen-Sen & Zamri Mat Jaeh

Anda inginkan suasana yang sunyi dan memerlukan pemandangan yang indah? 

Perpustakaan Raja Tun Uda adalah tempat yang sesuai kerana sambil anda membaca buku dan berehat, anda dapat melihat pemandangan indah di sekeliling anda.

Tempat ini sesuai untuk menenangkan fikiran dan berehat sebentar setelah puas berjalan. Kemudahan yang disediakan disini juga sangatlah banyak dan memuaskan!

Waktu operasi: setiap hari ( 9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

I-City Shah Alam

11 Tempat menarik Shah Alam pada waktu malam

Alamat:  i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5521 8800

I-City Shah Alam Theme Park (1)
Sumber: Shinji Izac, geDoss, Vijaya Santhiya.S & KangQing Foo

Anda ingin menghabiskan malam anda di tempat yang cantik dan seronok? I-city lah tempatnya dengan pemandangan malam dipenuhi lampu-lampu menarik serta pelbagai permainan yang anda lakukan.

BACA JUGA  16 Resort Menarik Di Selangor Untuk Percutian Hebat

Luangkan masa bersama anak-anak mahupun sahabat dengan bermain dan mencipta kenangan indah bersama. I-City Shah Alam bayaran hanya bermula dari RM33.

Ini juga salah satu keistimewaan Shah Alam. Tempat cantik di Shah Alam ini juga mempunyai banyak spot yang cantik untuk anda bergambar.

Semak Harga

Baca: 16 Tempat Menarik Di Selangor Yang Percuma & Terbaik

I City Snowalk

12 Tempat menarik untuk dating di Shah Alam

Alamat: Jalan Multimedia 7/Ah, I-city, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5521 8800

I-City Snowalk
Sumber: Atuk Abah, Khaled Alhawri & A.O

Anda ingin merasai suasana salji seperti di luar negara? Marilah berkunjung ke I-City Snowalk dan rasai kesejukan dan kenikmatan berada di tempat salji.

Anak-anak anda pasti menyukai sekiranya anda bawa mereka ke sini. Terdapat, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti mencipta snow ball, bergambar, bermain salji dan banyak lagi.

Waktu operasi: Isnin – jumaat (3petang – 11malam) & sabtu – ahad (1petang – 11malam)

Semak Harga

Taman Botani Negara Shah Alam

13 Taman di Shah Alam

Alamat: Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5510 7048

Taman Botani Negara Shah Alam
Sumber: Leila Samad, Siti Zubaidah, Hafiz Suhaimi & Ijneb lew

Taman botani adalah tempat yang wajib anda kunjungi jika anda adalah pencinta alam semula jadi. Menariknya di sini anda boleh melakukan aktiviti fly fishing, berbasikal dan banyak lagi.

Terdapat tarikan seperti taman haiwan, rumah iklim sederhana 4 musim dan rumah kampung setiap negeri di Malaysia.

Selain itu, tersedia kemudahan surau, tempat letak kenderaan dan pondok rehat. Jangan lupa selfie disini!

Waktu operasi:  Selasa – ahad (7:30 pagi – 4:00 petang)

Semak Harga

Laman Seni 7

14 Lokasi outdoor photoshoot Shah Alam

Alamat: Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 013-6032411

Laman Seni 7 (1)
Sumber: Amri Ayub, Spike Y & BrYan LeE

Laman seni 7 ini juga tempat yang menarik untuk dikunjungi. Terdapat banyak lukisan-lukisan yang cantik di dinding dan realistic.

Tempat ini sesuai untuk anda yang ingin mengambil gambar yang cantik untuk dibuat kenangan.

Seni-seni di laman ini membuatkan anda terpukau dengan seni lukis yang dipersembahkan oleh pelukis.

Semak Harga

Shah Alam Extreme Park

15 Aktiviti lasak dan ekstrem di Shah Alam

Alamat: Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Telefon: 012-2878787

Shah Alam Extreme Park
Sumber: Simple Plan & King Lai & Achai Only

Lihat daripada nama sahaja anda sudah tahu bahawa tempat ini merupakan tempat anda melakukan sukan-sukan yang ekstrem.

Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan ialah skateboarding, rock climbing, roller skating dan sebagainya.

Tempat best di Shah Alam ini sesuai untuk anda yang suka mencabar diri dan menghilangkan stress dengan melakukan aktiviti seperti ini.

Semak Harga

Wetworld Shah Alam

16 Taman tema air di Shah Alam

Alamat: 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-5513 2020

Wetworld Shah Alam
Sumber: Sir Bojot, Along L.E, Bt Hauhnar  & Pam Ko Fit Foodie

Wetworld Shah Alam merupakan tempat yang sesuai bagi anda yang meminati aktiviti air.

Pelbagai kemudahan dan permainan disediakan untuk memuaskan hati pelanggan. Taman Tema Air Wet World ini sesuai untuk kanak-kanak kerana kolamnya cetek.

Malah, waterpark ini juga seringkali memberikan diskaun yang menarik dan sesuai untuk aktiviti team building di Selangor.

Waktu operasi: khamis – selasa (10 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Shah Alam Community Forest

17 Bukit di Shah Alam

Alamat: Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor

Telefon: 011-33886483

Shah Alam Community Forest (1)
Sumber: Yen Yang Law, Yu Fatt Pang, Wong Keak Sin & Ayu Idayu

Bagi anda yang meminati kehijauan dan menyukai keindahan alam amatlah sesuai untuk anda singgah ke Shah Alam Community Forest ini ataupun dikenali sebagai Setia Alam Community Trail.

Anda boleh mendaki dengan memilih laluan yang sesuai sambil melihat keindahan alam. Jom sihatkan tubuh badan dan menikmati udara segar!

Semak Harga

Stadium Shah Alam

18 Stadium di Shah Alam

Alamat: Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Telefon: –

Stadium shah alam
Sumber: Mohamad Nor Othman, Adamss Shahyaya, azrul Azmi & Fathi borhan

Stadium Mini Shah Alam ini mempunyai reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk dijadikan spot mengambil gambar.

Tempat ini mempunyai banyak sejarah tersendiri dan berkapasiti lebih daripada 80,000 orang pada satu masa.

Di sekeliling stadium ini, juga terdapat gerai-gerai makanan yang sering beroperasi terutama semasa bulan Ramadan.

Semak Harga

Litar Go Kart

19 Aktiviti outdoor di Selangor

Alamat: Go Kart Circuit, Stadium Car Park, Western 5, Seksyen 13, 40000 Shah Alam, Selangor

BACA JUGA  21 Tempat Menarik Di Kuala Selangor Untuk Dilawati

Telefon: 03-55125868

City Karting di Shah Alam
Sumber: Benjamin Leong Su-Jin, Daniel Dos Neves & Mei Yi Yeap

City Karting menawarkan perhidmatan Go Kart bagi mereka yang meminatinya. Litar Go kart ini memiliki lebih kurang 15 selekoh yang mencabar.

Anda yang sukakan cabaran pastinya menikmati pengalaman menaiki Go Kart di litar ini.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lupa singgah sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam.

Semak Harga

Laman Budaya, Galeri Shah Alam

20 Bangunan bersejarah di Selangor

Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-55105344

Galeri Shah Alam
Sumber: Ellyrafiqa Hashim, Z.T.Chong & Fauzi Yop

Laman Budaya Shah Alam atau juga dikenali dengan Galeri Shah Alam ini mempunyai tiga ruang pameran. Pameran yang ditunjukkan termasuk pameran koleksi, lukisan kanak-kanak dan banyak lagi.

Anda yang meminati sejarah dan suka melihat lukisan digalakkan untuk berkunjung ke Laman Budaya Galeri Shah Alam ini.

Waktu operasi: Isnin – jumaat (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Zipline Shah Alam

21 Aktiviti flying fox di Shah Alam

Alamat: Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon: 011-29801801

Zipline di Shah Alam
Sumber: Mohd Tamizi Bin Mohd Rusdin & Blessing

Bagi anda yang meminati aktiviti ekstrem, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Zipline Shah Alam ini untuk melakukan aktiviti flying fox.  

Anda dapat menikmati pemandangan tasik Shah Alam sambil menjalankan aktiviti zipline ini. Sebarang info, sila lihat di laman Instagram mereka iaitu Zipline Shah Alam.

Waktu operasi: selasa – jumaat (10 pagi – 6:30 petang) & sabtu, ahad (8:30 pagi – 6:30 petang)

Semak Harga

Mudtrekker Paintball Park

22 Tempat menarik di Shah Alam untuk remaja

Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor

Telefon: 016-3231144

Mudtrekker Paintball Park
Sumber: Mudtrekker Paintball Park

Anda sedang bercuti beramai-ramai bersama keluarga mahupun sahabat dan tidak tahu aktiviti outdoor yang ingin dilakukan?

Terdapat beberapa tema zon perang yang boleh anda pilih, dan setiap satu mempunyai cabaran unik yang bagus untuk mengasah kemahiran taktikal anda. Kakitangan juga sangat mesra dan profesional.

Kemudahan termasuk bilik mandi, tandas, surau, dan dapur (tempah makanan sebelum acara). Datang ke tempat menarik Selangor ini dan gembira bersama!

Waktu operasi: selasa – jumaat (10 pagi – 5 petang) & sabtu – ahad (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Pasar Malam Setia Alam

23 Pasar malam di Shah Alam

Alamat: Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Telefon: –

Pasar Malam di Shah Alam
Sumber: Ke Ran Tee, YL Vv & BrYan LeE

Syurga makanan! Itulah yang boleh digambarkan dengan pasar malam ini. Sekiranya anda kaki makan, anda wajib datang ke sini.

Pasar malam ini akan buat anda rambang mata dengan pelbagai aneka pilihan. Pastikan membawa wang lebih tau!

Semak Harga

Denai Alam Riding & Recreational Club (DARC)

24 Aktiviti berkuda di Shah Alam

Alamat: No 1, Jalan Elektron U16/100 Seksyen 16, Denai Alam, 40160, Selangor

Telefon: 010-2402606

Aktiviti berkuda bersama rakan di Shah Alam
Sumber: Denai Alam Recreational and Riding Club, yeong yeong & Kenneth Abilo

Pernah rasa menunggang kuda? Takut jatuh? Jangan risau disini para pelatih yang berkemahiran tentang kuda. Bahkan, semua lapisan umur boleh menunggang kuda.

Jika anda mempunyai anak-anak yang ingin membelai kuda pony, disini juga boleh! Kebanyakan pengunjung sangat berpuas hati dan akan kembali jalan jalan hujung minggu bersama orang tersayang.

Tempat best di Shah Alam ini juga lengkap dengan surau dan gerai makan. Tangkap gambar kenangan banyak-banyak tau!

Semak Harga

Taman Rekreasi Alam Megah

25 Taman rekreasi di Shah Alam

Alamat: Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor

Telefon: –

Taman Rekreasi di Shah Alam
Sumber: Khalish Raja, Nur Syafiqah, Johnwick & mohd Sharin Afandin

Anda masih tercari-cari kawasan untuk lepak yang percuma? Jom ke taman di Shah Alam ini.

Disini ada trek jogging, wakaf rehat, parking, restoran, taman permainan dan tandas serta pelbagai peralatan senaman disediakan.

Selain itu, anda boleh berjogging, bermain badminton, bola sepak dan sebagainya.

Semak Harga

Kompleks Taman Seni Islam

26 Galeri seni islam di Shah Alam

Alamat: 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

Telefon: 03-55119001

Kompleks Taman Seni Islam di Shah Alam
Sumber: Niumath ahmed, hidayah Mdnasir, Nor Harun

Kompleks bercirikan islam ini, turut menyimpan khazanah yang memukau. Anda yang datang ke sini akan tertarik dengan keindahan tulisan khat.

Malahan, pelbagai informasi yang berkaitan tamadun islam dan kreativiti para pelukis islam banyak dipamerkan di sini.

Lebih menarik lagi anda boleh melihat manuskrip asli Al-Quran asli yang berharga 20 juta ringgit Malaysia.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kuala Krai Kelantan
  • Tempat Menarik Di Sik Kedah
3.9/5 - (16 votes)
Tags: Selangortempat menarik di shah alam

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved