senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

21 Tempat Menarik Di Kuala Selangor Untuk Dilawati

Aira by Aira
May 24, 2024
in Travel
tempat menarik di kuala selangor 2022
60
SHARES
6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pantai di Kuala Selangor
  • 2. Tempat menarik di Kuala Selangor yang percuma
  • 3. Tempat menarik di Sekinchan
  • 4. Resort menarik di Kuala Selangor
  • 5. Chalet di Kuala Selangor
  • 6. Tempat penginapan menarik di Kuala Selangor
  • 7. Hotel di Kuala Selangor
  • 8. Tempat bersejarah di Selangor
  • 9. Tempat menarik waktu malam di Kuala Selangor
  • 10. Tempat menarik di Sabak Bernam
  • 11. Tempat menarik untuk honeymoon di Kuala Selangor
  • 12. Tempat menarik di Jeram Selangor
  • 13. Kafe di Batang Berjuntai
  • 14. Pantai di Tanjung Karang
  • 15. Pasar pagi di Selangor
  • 16. Taman haiwan di Kuala Selangor
  • 17. Tanjung bersejarah di Kuala Selangor
  • 18. Batu di Bukit Melawati
  • 19. Taman ikan di Kuala Selangor
  • 20. Muzium di Kuala Selangor
  • 21. Rumah Api di Bukit Melawati

Kuala Selangor ialah sebuah bandar yang terletak di barat laut Selangor. Daerah di Kuala Selangor meliputi 9 mukim iaitu Api-Api, Bestari Jaya, Ijok, Jeram, Kuala Selangor, Pasangan, Tanjung Karang, Hujung Permatang dan Hulu Tinggi.

Meskipun Kuala Selangor merupakan kawasan bandar yang penuh dengan kesibukan warga kota namun daerah ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati.

Senarai Tempat Menarik di Kuala Selangor

Berikut merupakan senarai beberapa tempat menarik di Kuala Selangor sama ada dari segi pelancongan mahupun penginapan yang boleh anda pilih dan rancang untuk percutian bersama seisi keluarga atau rakan.

Pantai Cermin (Sky Mirror), Kuala Selangor

1 Pantai di Kuala Selangor

Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: 010-509 1007

Pantai Cermin Kuala Selangor (Sky Mirror)
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Pantai Cermin iaitu Sky Mirror atau juga dikenali sebagai Salar de Uyuni Malaysia merupakan antara tempat popular Kuala Selangor.

Untuk datang ke sini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Sasaran, Kuala Selangor selama 30 minit.

ADVERTISEMENT

Bagi peminat OOTD atau fotografi, inilah tempatnya untuk merakam saat-saat indah. Pemandangan memang menakjubkan ketika air pasang dan surut.

Jangan lepaskan peluang untuk menjelajah zon intertidal di sepanjang pantai, di mana daratan dan laut bertemu.

Antara hidupan laut yang boleh dijumpai ialah tiger moon snail, pearly sea anemone, giant mudskipper, fiddler crab dan marine hermit crab.

Harga Tiket: Dewasa: RM 80 & Kanak-kanak: RM60

ADVERTISEMENT

Waktu Operasi: Setiap hari (6 pagi – 10 malam)

Semak Harga

Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor

2 Tempat menarik di Kuala Selangor yang percuma

Alamat: Jalan Pantai Remis, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor

No tel: –

Pantai Remis Jeram Kuala Selangor
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Pantai Remis Jeram Kuala Selangor merupakan tempat percutian menarik di Kuala Selangor yang percuma serta sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.

Ia terletak di Sungai Sembilang, kira-kira 20 kilometer dari bandar Kuala Selangor.

Salah satu daripada pusat eko-pelancongan yang terdapat di Kuala Selangor. Pengunjung boleh berjalan di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan indah.

Pelbagai aktiviti menyeronokkan boleh dijalankan di pantai ini seperti bermain layang-layang, menaiki bot layar, mencari kerang dan memancing.

Kemudahan tandas, surau, bilik mandi, tempat meletakkan kenderaan yang luas, taman permainan dan pelbagai gerai makanan laut turut disediakan untuk pengunjung.

Semak Harga

Padi Box, Kuala Selangor

3 Tempat menarik di Sekinchan

Alamat: Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, 45400 Sekinchan, Selangor

No tel: 019-320 5688

Padi Box
Sumber: tripadvisor.com

Meskipun Sekinchan bukan berada di dalam mukim Kuala Selangor, namun tidak salah untuk anda terokai tempat menarik di bandar kecil Sekinchan ini. Staycation dan cuti Selangor lagi best!

Umum mengetahui bahawa, Sekinchan merupakan sebuah kawasan yang terkenal dan mampu membuat anda terpukau dek keindahan kehijauan sawah padi.

Jika anda mencari tempat bermalam di Sekinchan, maka Padi Box merupakan destinasi yang tepat.

Homestay ini diperbuat daripada kontena yang ditambah dengan cat berwarna-warni serta dikelilingi dengan kehijauan sawah padi.

Antara kemudahan yang disediakan ialah televisyen, WiFi, kawasan tempat meletakkan kenderaan, pendingin hawa dan kafe.

Penginapan untuk satu malam:-

  1. Standard 2 Pax Room (Ground Floor: RM 118) | (Upper Floor: RM 128)
  2. Standard 4 Pax Room (Ground Floor: RM 158) | (Upper Floor: RM 158)
  3. 2 Pax Room with Private Balcony (Ground Floor) : RM 138
  4. Family Room for 6 Pax (Ground Floor) : RM 240
  5. Family Room for 6 Pax Window View (Ground Floor) : RM 240
Semak Harga

Firefly Park Resort Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor

4 Resort menarik di Kuala Selangor

Alamat: Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: 013-3886310

Firefly Park Resort Kampung Bukit Belimbing
Sumber: tripadvisor.com

Firefly Park Resort merupakan tempat percutian menarik di Kuala Selangor untuk yang strategik.

BACA JUGA  18 Tempat Menarik Di Puchong Untuk Dikunjungi

Ini kerana resort ini berhampiran dengan tempat menarik di Kuala Selangor seperti Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor.

Di samping itu, aktiviti utama yang di sini ialah menaiki bot menelusuri sungai Selangor demi menyaksikan sendiri keindahan kelip-kelip secara langsung pada waktu malam.

Lain daripada itu, tempat penginapan di sini berkonsepkan kabin dan menempatkan 2 orang di dalam setiap bilik.

Harga penginapan:

  1. Jumaat-Ahad, cuti umum, cuti sekolah : RM 80
  2. Isnin – Khamis : RM 60
Semak Harga

Chalet Seri Pagi Tanjung Karang, Kuala Selangor

5 Chalet di Kuala Selangor

Alamat: Parit 2, Ban 4, Sungai Burong, 45500 Tanjung Karang, Selangor

No tel: 013-3885 167

Chalet Seri Pagi Tanjung Karang
Sumber: Facebook Chalet Seri Pagi, Sungai Burong,Tanjung Karang,Selangor

Chalet Indah Seri Pagi nama diberi cukup indah dan berseri-seri sama seperti tempat yang dimaksudkan.

Chalet ini cukup kondusif dan nyaman kerana disajikan pandangan cantik di tepi sawah yang sangat mempesona.

Bermacam aktiviti yang boleh dilakukan misalnya berbasikal, barbeku, memancing di tepi sawah dan banyak lagi.

Penginapan untuk satu malam:-

  1. Chalet 1 & 2 : 1 katil queen (RM 120)
  2. Chalet 3 – 6 : 1 katil single, 1 katil queen (RM 150)
Semak Harga

The Kabin, Kuala Selangor

6 Tempat penginapan menarik di Kuala Selangor

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

No tel: +603-32647800

The Kabin
Sumber: tripadvisor.com

The Kabin merupakan tempat penginapan menarik di Selangor yang terletak bersebelahan dengan Pantai Remis.

Unit penginapan ini menggunakan kontena perkapalan yang diubahsuai sebagai tempat penginapan dan berkonsepkan modular pintar.

Tambah menarik, pengunjung boleh menganjurkan sebarang aktiviti yang melibatkan kelompok yang ramai seperti majlis peribadi, perhimpunan, majlis perkahwinan dan hari keluarga.

Harga bilik The Kabin Kuala Selangor bermula dari RM 150 untuk semalam. Kini, jalan Kuala Selangor lebih mudah!

Semak Harga

VI Boutique Hotel, Kuala Selangor

7 Hotel di Kuala Selangor

Alamat: Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: +603-3281 2219

VI Boutique Hotel
Sumber: Facebook VI Boutique Hotel

Adakah anda bercadang untuk mencari tempat penginapan berdekatan yang tidak sampai 30 km dari kawasan pelancongan Pantai Cermin dan Kelip-Kelip Kampung Kuantan?

Tempah je Vi Boutique Hotel penginapan terdekat untuk anda!

Selain itu, lokasi tarikan pelancong ini berdekatan Taman Negara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Hotel ini menyediakan 48 bilik dengan 3 kategori bilik iaitu deluxe twin, deluxe king dan suites.

Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang yang besar, kaunter penerimaan tetamu 24 jam, perkhidmatan bilik tetamu, bilik yang dilengkapi televisyen, WiFi percuma dan banyak lagi.

Semak Harga

Bukit Malawati, Kuala Selangor

8 Tempat bersejarah di Selangor

Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: –

Bukit Malawati
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Bukit Malawati merupakan sebuah bukit berkubu yang dikatakan tempat bersejarah yang menarik untuk tumpuan pelancong wajib datang.

Hal ini bersangkut paut dengan berbagai monumen serta tinggalan sejarah yang ditempatkan di bukit ini. Ia dikelola di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Selanjutnya, Bukit Malawati terletak Taman Alam Semula Jadi Kuala Selangor dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan.

Antara tempat popular Kuala Selangor di dalam kawasan Bukit Malawati ialah Rumah Api dan Batu Hampar.

Perkhidmatan keretapi turut disediakan tetapi hanya pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Harga tiket: Dewasa: RM 3 & Kanak-kanak: RM 2 (3-12 tahun)

Waktu Operasi: Sabtu, Ahad dan cuti umum (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor

9 Tempat menarik waktu malam di Kuala Selangor

Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor

No tel: +603-3289 1439

Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Jika anda sedang mencari aktiviti yang unik di Selangor, tidak ada yang lebih mencuri tumpuan daripada Kelip-Kelip Kampung Kuantan. Pastikan anda memakai baju gelap!

Dengan hanya RM 50 untuk setiap sampan, anda dan sehingga 3 rakan lain boleh menyusuri Sungai Selangor yang indah sambil menyaksikan ribuan kelip-kelip di atas pokok berembang.

Tarikan utama di Kuala Selangor menyediakan kemudahan tempat meletak kenderaan, pusat informasi pelancong, kedai cenderahati, taman permainan kanak-kanak, gerai makanan dan tandas awam.

Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 malam – 10.30 malam)

Semak Harga

Restoran Lembah Bernam, Kuala Selangor

10 Tempat menarik di Sabak Bernam

Alamat: Jalan Main Canal, Tali Air 9, Sekincan, Pasir Panjang, Selangor

No tel: 017-285 8603

Restoran Lembah Bernam
Sumber: visit-sekinchan.com

Mencari lauk pauk makanan tengahari yang unik? Peminat tegar masakan haiwan eksotik? Mungkin di sini menu yang sesuai dengan selera tekak anda.

Restoran Lembah Bernam terletak di daerah Sabak Bernam ini terletak kira-kira 25 km dari Pantai Sungai Kajang Baru.

BACA JUGA  Ketahui 30 Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan Di Jepun

Masakan istimewa yang terdapat di sini ialah masakan berasaskan haiwan eksotik seperti landak, belut, arnab dan rusa.

Lain daripada itu, masakan kampung juga turut disediakan seperti ikan tapah, baung, sepat, puyu dan ulam-ulaman yang sedap dimakan bersama nasi putih.

Nikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas di depan mata sambil menjamu selera.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Taman Alam, Kuala Selangor

11 Tempat menarik untuk honeymoon di Kuala Selangor

Alamat: Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: +603-32892 294

Taman Alam Kuala Selangor
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor yang terletak bersebelahan Bukit Malawati merupakan destinasi yang sesuai untuk pasangan honeymoon jalan-jalan di Kuala Selangor.

Berkeluasan 296 hektar yang terdiri 2 kawasan utama iaitu Hutan Hujan Tropika dan Hutan Paya. Taman ini dipelihara tanpa kerosakan habitat oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia.

Terdapat haiwan-haiwan yang diancam kepupusan seperti bangau susu, monyet daun perak dan kera ekor panjang.

Tempat pemerhatian dan menara turut disediakan untuk anda melihat sendiri pemandangan pelbagai spesies burung dan haiwan lain.

Diingatkan untuk bawa bersama teropong dan kamera dengan kanta telefoto untuk melihat pemandangan yang lebih baik dan jelas.

Malah, chalet boleh disewa bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman bermalam di hutan belantara.

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Sasaran Art Park, Kuala Selangor

12 Tempat menarik di Jeram Selangor

Alamat: Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 45800 Jeram, Selangor

No tel: 012-2579057

Sasaran Art Park
Sumber: jesonestop.blogspot.com

Adakah peminat karya seni? Oleh itu, Sasaran Art Part sememangnya tempat anda patut lawati.

Sasaran Art Part merupakan antara tempat tarikan pelancong di suatu kawasan lapang di Jeram, Selangor.

Bangunan ini dikelola di bawah Persatuan Sasaran Art dan menjadi pusat perjumpaan penggiat seni kelahiran negeri Selangor.

Selain itu, dipaparkan juga bangunan-bangunan yang dihiasi dengan lukisan mural berwarna-warni, skulptur dan arca yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti.

Semak Harga

Villa Cafe Ijok, Kuala Selangor

13 Kafe di Batang Berjuntai

Alamat: Jln Haji Alias 2, Kampung Ijok, 45700 Batang Berjuntai, Selangor

No tel: 016-3434768

Villa Cafe Ijok
Sumber: Facebook Villa Cafe Ijok

Villa Cafe Ijok merupakan kedai makan yang berkonsepkan ala-ala western yang terletak di kawasan Batang Berjuntai.

Selain itu, Rumah Putih kaca 2 tingkat ini menerima ramai pengunjung terutamanya pada waktu malam meskipun ia juga dibuka pada waktu petang.

Mula beroperasi sekitar tahun 2021, kafe ini menyediakan berbagai menu yang menyelerakan seperti chicken chop, nasi bibik, waffle, kopi barista dan sebagainya.

Tempat makan yang sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak kecil yang berumur 8 tahun ke bawah kerana menyediakan slot bagi kanak-kanak iaitu Supa Dupa.

Di sebelah dalam Villa Cafe Ijok mempunyai tempat yang dinamakan Candle Light Dinner yang bersebelahan kolam untuk mereka yang ingin meraikan majlis harijadi mahupun ulangtahun bersama yang tersayang.

Waktu Operasi: Setiap hari (5 petang – 11 malam)

Semak Harga

Pantai Sungai Kajang, Kuala Selangor

14 Pantai di Tanjung Karang

Alamat: Pantai, Kampung Sungai Kajang Baru, 45500 Tanjung Karang, Selangor

No tel: –

Pantai Sungai Kajang
Sumber: foursquare.com

Tidak dinafikan bahawa meskipun negeri Selangor pesat membangun, namun terdapat banyak pantai yang menarik untuk dikunjungi.

Pantai Sungai Kajang merupakan pantai yang terdapat di kawasan Tanjung Karang. Ia terletak hanya 4 kilometer dari pekan Tanjung Karang.

Selain itu, pantai ini sesuai untuk bersantai bersama orang-orang yang tersayang dengan menjalankan pelbagai aktiviti menarik.

Misalnya, merakam gambar-gambar yang cantik, melihat matahari terbit dan terbenam dan memancing.

Semak Harga

Pasar Ikan, Kuala Selangor

15 Pasar pagi di Selangor

Alamat: Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: –

Pasar Basah Pasir Penambang
Sumber: Twitter Average Joe

Pasar Basah Pasir Penambang merupakan sebuah pasar yang cukup terkenal dengan kesegaran barang-barang basah di Kuala Selangor.

Selain itu, ada juga pengunjung yang tinggal jauh dari Kuala Selangor sanggup datang ke pasar ini semata-mata untuk mencari barang-barang basah yang segar dengan kadar harga yang sangat berpatutan.

Antara barang-barang basah yang dijual di sini sama juga seperti pasar-pasar yang lain iaitu ikan, udang, sotong, ketam dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Hussin Fauzi Farm, Kuala Selangor

16 Taman haiwan di Kuala Selangor

Alamat: Batu 45, Kampung Teluk Penyamun, 45600 Kuala Selangor, Selangor

No tel: 018-2107330

Hussin Fauzim Farm
Sumber: Hussin Fauzi Farm-Taman Haiwan

Taman haiwan di Kuala Selangor yang sangat sesuai untuk kanak-kanak ialah Hussin Fauzi Farm.

Berkonsepkan mini petting zoo, jadi pengunjung boleh melihat, memberi makan haiwan dan membelai sendiri haiwan seperti unta dan burung merak.

BACA JUGA  Alami Penginapan Mewah Bertaraf Dunia Di Resorts World Sentosa, Singapura

Lain daripada itu, aktiviti menarik lain adalah berkuda, memanah dan menangguk ikan.

Tambahan pula, setiap pembelian tiket RM 2 akan disalurkan ke tabung ma’ahad Tahfiz DarAs-Thaqofah iaitu maahad yang berdekatan dengan Husin Fauzi Farm.

Justeru, bagi anda yang ingin melancong sambil beramal maka kedatangan anda ke sini amatlah dialu-alukan.

Harga Tiket Taman Haiwan Selangor: Dewasa: RM 12, Kanak-kanak: RM 7

Waktu Operasi: Rabu – Isnin (10 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Kota Tanjung Keramat, Kuala Selangor

17 Tanjung bersejarah di Kuala Selangor

Alamat: Jalan Tanjong Keramat, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: –

Kota Tanjung Keramat
Sumber: penselpatahtunteja.blogspot.com

Jika anda berkunjung ke Bukit Malawati, jangan lupa untuk singgah sebentar berjalan di Kota Tanjung Keramat.

Kota Tanjung Keramat telah dibina bersama dengan Kota Malawati pada era pemerintahan Sultan Ibrahim Syah iaitu sultan Selangor yang ke-2 sekitar tahun 1778-1826.

Di samping itu, kota ini terletak di atas sebuah bukit berhampiran Bukit Malawati, Kuala Selangor dan pada suatu ketika dahulu merupakan sebuah kubu pertahanan Belanda.

Tambahan pula, sebatang pokok besar yang tinggi di kawasan kota ini pernah digunakan untuk meninjau pihak musuh.

Selain itu, struktur reka bentuk adalah mengikut ciri-ciri barat iaitu dinding kota diperbuat daripada tanah dan batu-batu pejal serta dilengkapi dengan meriam.

Semak Harga

Batu Hampar, Kuala Selangor

18 Batu di Bukit Melawati

Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: –

Batu Hampar
Sumber: Facebook Love Kuala Selangor

Setiap tempat mempunyai keunikan dan kisah-kisah sejarah yang tersendiri.

Begitu juga Bukit Hampar yang terletak di hadapan Bukit Malawati merupakan antara peninggalan sejarah yang masih dipelihara.

Selain itu, ia terletak di tengah-tengah kawasan lapang yang dikatakan sebagai halaman istana pada masa silam.

Selanjutnya, Batu Hampar pernah digunakan sebagai tempat untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Semak Harga

Taman Ikan Air Tawar, Kuala Selangor

19 Taman ikan di Kuala Selangor

Alamat: Jalan Klinik, Taman Alam, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: –

Taman Ikan Air Tawar Selangor
Sumber: penang-traveltips.com

Tercari-cari tempat untuk anak-anak menyaksikan pelbagai ikan di dalam akuarium di Kuala Selangor? Jom ke Taman Ikan Air Tawar!

Tempat percutian di Kuala Selangor yang terletak di dalam kawasan Taman Alam Kuala Selangor.

Menempatkan lebih daripada 1000 ekor ikan yang terdiri daripada 60 spesies ikan air tawar seperti ikan keli, belida, kelah, kelisa, toman dan banyak lagi.

Pengunjung boleh membeli cenderahati dan berkunjung ke galeri yang mempamerkan pelbagai peralatan menangkap ikan yang digunakan para nelayan.

Harga Tiket Taman Ikan Air Tawar: Dewasa: RM 2 & Kanak-kanak: RM 1

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

20 Muzium di Kuala Selangor

Alamat: No 1, Puncak Bukit Melawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: +603-328 96115

Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
Sumber: mdfaiez84.com

Ingin tahu dengan lebih jelas sejarah awal negeri Selangor serta salasilah Kesultanan di negeri Selangor? Muzium Daerah Selangor ada jawapannya.

Muzium ini merupakan sebuah muzium daerah yang dikendalikan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) yang terletak di puncak Bukit Malawati.

Sebelum ini, muzium ini merupakan kediaman rasmi Pegawai Daerah di Kuala Selangor.

Selanjutnya, muzium ini menggunakan teknik penyampaian maklumat secara mesra pengguna iaitu dengan adanya info kiosk, replika dan audio visual.

Pameran di muzium ini mempunyai 7 seksyen dan artifak peninggalan sejarah yang terdapat di kawasan puncak Bukit Malawati.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 5.30 petang)

Semak Harga

Rumah Api, Kuala Selangor

21 Rumah Api di Bukit Melawati

Alamat: Bukit Malawati, 45000 Kuala Selangor, Selangor

No tel: –

Rumah Api Kuala Selangor
Sumber: foursquare.com

Rumah Api Kuala Selangor atau pada ketika dahulu dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg sempena nama gabenor Belanda yang menguruskan hal ehwal kawasan sekitar ini.

Ia terletak di atas Bukit Malawati dan menghadap ke laut Selat Melaka. Selain itu, ia mempunyai ketinggian 83 meter dari paras laut dan 27 meter dari darat serta sinaran lampu boleh memancar sejauh 56 kilometer.

Pada ketika dahulu, lampu ini hanya menggunakan minyak tanah dan generator tetapi kini tidak lagi kerana dijana dengan kuasa elektrik supaya lebih bersih dan jimat.

Selanjutnya, peranan penting rumah api adalah sebagai panduan kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda arah pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Johor 
  • Tempat Menarik Di Kota Tinggi
4/5 - (15 votes)
Tags: JeramKuala SelangorSekinchanSelangortempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved