senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

21 Tempat Menarik Di Miri Untuk Mengembara

Aira by Aira
November 15, 2023
in Travel
Tempat Menarik di Miri

Sumber: google.com

13
SHARES
1.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pantai di Miri
  • 2. Air terjun di Sarawak
  • 3. Tempat makan best di Miri
  • 4. Taman awam di Miri
  • 5. Tempat bersejarah di Miri
  • 6. Gua di Miri
  • 7. Tempat menarik di Bekenu Miri
  • 8. Resort di Miri
  • 9. Zoo di Miri
  • 10. Mall di Miri
  • 11. Muzium di Miri
  • 12. Tempat bergambar menarik di Miri
  • 13. Tempat membeli cenderamata di Miri
  • 14. Gua terbesar di dunia yang ada di Miri
  • 15. Tempat menarik untuk family day di Miri
  • 16. Aktiviti jungle trekking di Miri
  • 17. Pembangunan terancang di Miri
  • 18. Penempatan manusia zaman Paleolitik di Miri
  • 19. Pantai tercantik di Miri
  • 20. Tempat ‘misteri’ di Miri
  • 21. “Sarawak Chamber” di Miri

Umum mengetahui bahawa Sarawak merupakan negeri yang paling terbesar di Malaysia.

Negeri seluas 124,450 kilometer persegi ini bersebelahan negeri Sabah di Kepulauan Borneo dan dipisahkan dari Semenanjung oleh Laut China Selatan.

Terkenal dengan sungai yang terpanjang dan terdiri daripada 12 bahagian. Jadi, kali ini kami ingin berkongsi salah satu destinasi di Sabah iaitu tempat menarik di bandaraya Miri Sarawak.

Senarai tempat menarik di Miri Sarawak

Seperti yang sedia maklum, bandar Miri Sarawak merupakan bandar kedua terbesar di dalam negeri Sarawak yang terkenal dalam industri petroleum.

Ia terdiri daripada 5 kawasan utama iaitu Miri, Marudi, Subis, Beluru dan Telang Usan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga tempat menarik Miri untuk anda mengembara dan mengalami keindahan alam semulajadi seperti Taman Negara Niah. Di bawah cadangan kami untuk anda!

Pantai Hawaii (Hawaii Beach Miri)

1 Pantai di Miri

Alamat: Kampung Bakam, 98000 Miri Sarawak

ADVERTISEMENT

Telefon: –

Pantai Hawaii (Hawaii Beach Miri)
Sumber: google.com

Pantai Hawaii (Hawaii Beach) juga dikenali sebagai Pantai Bakam yang terletak di Kampung Bakam, Miri kira-kira 18 kilometer dari Miri Sarawak.

Pantai Miri ini tidak begitu dikenali oleh pelancong luar negeri disebabkan ia tersembunyi di perkampungan nelayan.

Tambahan pula, pemandangan di sini sungguh indah dengan lokasinya dikelilingi banyak pokok kelapa menjadikan ia sesuai untuk berkelah dan barbeku.

ADVERTISEMENT

Di samping itu, di kawasan berdekatan pantai terdapat sebuah tempat untuk menyimpan peralatan barbeku dan perkhemahan.

Hotel Terdekat

Air Terjun Latak

2 Air terjun di Sarawak

Alamat: Air Terjun Latak, 98150 Marudi, Sarawak

Telefon: –

Air Terjun Latak
Sumber: google.com

Air Terjun Latak merupakan air terjun yang popular di Sarawak. Ia terletak di dalam kawasan Taman Negara Bukit Lambir dengan ketinggian 25 meter.

Di samping itu, pendakian perlu dilakukan selama 20 minit dari tapak utama sebelum menuju ke kawasan ini. Air terjun popular ini menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu.

Tempat ini juga mempunyai kemudahan seperti bilik persalinan, tandas dan kawasan berkelah. Namun begitu, anda perlu patuh akan arah penanda aras lokasi bahaya yang tidak sesuai untuk mandi manda.

Hotel Terdekat

Excapade Miri

3 Tempat makan best di Miri

Alamat: Block B, Taman Selera Tanjung Lobang, 98000 Miri Sarawak

Telefon: 017-897 8898

Excapade Japanese Cuisine
Sumber: google.com

Anda penggemar makanan Jepun? Jika anda berada di sekitar Miri, jangan melepaskan peluang untuk singgah di restoran Jepun yang merupakan tempat makan best di Miri ini!

Excapade Japanese Cuisine salah satu tempat makan menarik di Miri yang patut anda kunjungi. Ia merupakan restoran Jepun yang menyajikan pelbagai makanan terkenal Jepun seperti Sushi, Sashimi dan Bento.

Di samping itu, restoran ini mempunyai 5 kategori menu iaitu Chuka, Sushi, Appetizers, Japanese Curry dan Dessert. 

Waktu Operasi

  1. Isnin – Khamis (11 pagi – 2.30 petang | 6 petang – 9.30 malam)
  2. Jumaat – Ahad (11 pagi – 10 malam)
Hotel Terdekat

Taman Awam Miri

4 Taman awam di Miri

Alamat: Taman Awam Miri, 98000 Miri Sarawak

Telefon: –

Taman Awam Miri
Sumber: Instagram @borneotalk | @novemberprojectmal | @0818_glory | @arzemihjabdulrahman

Taman Awam Miri merupakan sebuah taman awam terdekat yang terletak hanya 3 kilometer dari bandar Miri. Kemasukan secara percuma.

Selain itu, taman terdekat ini selalunya dikunjung oleh penduduk sekitar Miri berjoging dan beriadah pada waktu petang. Bagi anda yang tidak gayat dengan ketinggian boleh mencuba titian gantung yang terdapat di sini.

Lebih daripada itu, suasana di sini agak redup kerana dilitupi dengan pokok-pokor besar yang rendang. Antara tarikan di sini ialah taman botani, kantin, menara tinjau, taman permainan dan kolam renang awam.

Resort Terdekat

Grand Old Lady Miri

5 Tempat bersejarah di Miri

Alamat: The Grand Old Lady – Canada Hill, 98000 Miri Sarawak

BACA JUGA  35 Tempat Menarik Dan Tarikan Pelancong Terbaik Di Ipoh

Telefon: +608-5438516

Grand Old Lady Miri
Sumber: google.com

Seperti sedia maklum, bandar Miri terkenal dalam industri petroleum. “Grand Old Lady Miri” ianya bukanlah monumen wanita tua tetapi ia merupakan mercu tanda pelantar minyak no 1 di Miri.

Tambahan pula, ia merupakan antara tempat menarik yang bersejarah di Miri. Pelantar setinggi 30 meter yang terletak di atas Bukit Canada ini merupakan tempat permulaan industri minyak di Sarawak berkembang.

Selain itu, pelantar ini turut berkhidmat dalam penghasilan minyak selama 62 tahun. Pengunjung juga dapat melihat pemandangan sempadan Brunei, pelantar minyak di luar pesisir pantai dan loji penapis berhampiran Lutong.

Resort Terdekat

Gua Niah Miri

6 Gua di Miri

Alamat: Gua Niah, 98200 Niah, Sarawak

Telefon: +608-5737450

Gua Niah Miri
Sumber: google.com

Tempat menarik di Miri Sarawak yang anda boleh kunjungi ialah Gua Niah. Ia memerlukan hanya 30 minit perjalanan dari bandar Miri dan terletak di pintu masuk Taman Negara Niah.

Selain itu, gua ini merupakan gua yang tertua di Miri dan Malaysia dengan bukti kewujudan manusia zaman lampau yang pernah tinggal di gua ini. 

Dalam pada itu, ia juga dikenali sebagai gua batu kapur yang terbesar di dunia dan diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah Muzium Sarawak.

Homestay Terdekat

Pantai Kampung Kuala Sibuti

7 Tempat menarik di Bekenu Miri

Alamat: Pantai Kampung Kuala Sibuti, 98150, Sarawak

Telefon: –

Pantai Kampung Kuala Sibuti
Sumber: Instagram @amhas97 | @mohdnuruzzaman | @amer_hamzaah | @hzbllhysff

Kawasan Sibuti dahulunya dikenali sebagai Subis mempunyai pekan pentadbiran yang terletak di Bekenu.

Pantai Kampung Kuala Sibuti merupakan sebuah pantai yang terletak di muara sungai yang menghubungkan sungai dan pantai.

Selain itu, pantai ini merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi.

Ini kerana ia menjadi tarikan para pemancing untuk memancing khususnya pada hujung minggu dan para nelayan boleh menyewa bot dari penduduk kampung untuk memancing.

Lain daripada itu, ia menjadi laluan utama para nelayan untuk turun ke laut. Keistimewaan pantai ini berbanding pantai lain ialah ia merupakan tempat untuk buaya-buaya berjemur.

Hotel Terdekat

Borneo Tropical Rainforest Resort

8 Resort di Miri

Alamat: KM 36, Jalan Bintulu – Miri, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: 019-885 8593

Borneo Tropical Rainforest Resort
Sumber: google.com

Anda menginginkan penginapan di Miri yang berdekatan dengan alam flora dan fauna? Maka, jom menginap di Borneo Tropical Rainforest Resort.

Di samping itu, resort ini terletak sejauh 45 kilometer dari bandar Miri dan bertempat di dalam Taman Negara Bukit Lambir. Ia menyediakan pelbagai jenis bilik dan penginapan di rumah panjang.

Selain itu, antara fasiliti yang disediakan di sini seperti taman tema air dan kolam renang.

Selanjutnya di Agoda

Miri Crocodile Farm Wildlife Mini Zoo

9 Zoo di Miri

Alamat: Lot 164, Jalan Lutong – Kuala Baram, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: 010-385 2829

Miri Crocodile Farm Wildlife Mini Zoo
Sumber: google.com

Bagi pengunjung yang dari Kepulauan Borneo, anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke semenanjung demi menyaksikan binatang-binatang di Zoo. Sebabnya, tempat menarik di Miri juga terdapat Zoo yang boleh anda kunjungi.

Miri Crocodile Farm Wildlife Mini Zoo merupakan ladang buaya merangkap mini Zoo Mini yang diiktiraf oleh Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesies Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES).

Selain itu, ladang buaya menempatkan lebih 2000 spesies seperti buaya senang, katak, jelutong dan albino serta Zoo Mini menempatkan beberapa haiwan eksotik seperti beruang matahari dan landak.

Sementara itu, masakan daging buaya turut disajikan khusus untuk masyarakat tiong hua.

Harga Tiket: Dewasa: RM 25 & Kanak-kanak (3-12 tahun): RM 15

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Boulevard Hypermarket (Imperial Mall)

10 Mall di Miri

Alamat: Lot 1.01-4.01, Imperial Mall, Jalan Merpati, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: +608-5422199

Boulevard Hypermarket (Imperial Mall)
Sumber: google.com

Adakah anda “kaki shopping”? Jadikan ini sebagai destinasi wajib anda kunjungi sebelum anda pulang ke rumah. Berbelanja barangan yang menarik di pusat membeli belah ini sebagai buah tangan untuk keluarga di rumah.

Lain daripada itu, anda juga boleh menonton wayang serta membuat pelbagai pilihan makanan yang menarik yang disediakan.

Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 9.30 malam)

Hotel Terdekat

Muzium Petroleum Miri (Miri Petroleum Museum)

11 Muzium di Miri

Alamat: Jabatan Muzium Sarawak, Canada Hill, Jln Oil Well No.1, 98000 Miri, Sarawak

BACA JUGA  17 Hotel KLIA & KLIA2 Terbaik (Dalam & Luar Airport)

Telefon: +608-2244232

Muzium Petroleum Miri (Miri Petroleum Museum)
Sumber: google.com

Muzium Petroleum Miri terletak bersebelahan dengan Grand Old Lady Miri.

Selain itu, muzium ini merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi kerana ia mempamerkan pelbagai bahan pameran visual khususnya berkaitan industri pengalian minyak mentah.

Selanjutnya, tempat ini sesuai untuk kanak-kanak mengembara ilmu berkenaan sains dan teknologi. Antara tarikan yang terdapat di dalam muzium ini seperti simulasi gempa bumi.

Hotel Terdekat

Miri City Fan Recreation Park

12 Tempat bergambar menarik di Miri

Alamat: Jalan Kipas, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: –

Miri City Fan Recreation Park
Sumber: google.com

Miri City Fan Recreation Park merupakan sebuah taman rekreasi awam yang terkenal di pusat bandar Miri dengan keindahan landskapnya.

Taman ini pernah mendapat anugerah landskap bandar terbaik di Malaysia sekitar tahun 2001.

Sementara itu, taman ini agak unik kerana jika dilihat dari bahagian atas kawasan ini persis bentuk kipas sate.

Pengunjung boleh berjoging, bersenam, berzumba, mandi manda di kolam renang serta sesi fotografi. Saksikan sendiri suasana bunga-bungaan bagaikan bunga sakura berguguran menyembah bumi pada pertengahan tahun.

Tarikan lain yang terdapat di dalam bandar kipas di Miri ini seperti Musical Fountain, Islamic Garden dan Health Garden.

Hotel Terdekat

Pusat Kraftangan Miri

13 Tempat membeli cenderamata di Miri

Alamat: Jalan Brooke, Miri Handicraft Centre, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: –

Pusat Kraftangan Miri
Sumber: google.com

Jika anda berkunjung ke mana-mana tempat sekalipun, tidak lengkap jika tidak membeli cenderamata untuk kawan-kawan mahupun sedara mara.

Begitu juga jika anda berkunjung di Miri, Sarawak terdapat Pusat Kraftangan Miri yang unik dan pasti membuat anda rambang mata untuk memilih.

Pusat ini menyediakan sebanyak 25 kedai yang menjual pelbagai barangan cenderamata.

Antaranya jenis kraftangan buatan orang tempatan Sarawak seperti bakul, beg manik, ukiran kayu dan tikar.

Hotel Terdekat

Gua Rusa (Deer Cave)

14 Gua terbesar di dunia yang ada di Miri

Alamat: Gunung Mulu National Park, Taman Negara, Miri, Sarawak

Telefon: –

Gua Rusa (Deer Cave)
Sumber: google.com

Jika anda peminat aktiviti lasak, seterusnya anda boleh mengembara ke Gua Rusa (Deer Cave) yang merupakan gua terbesar di dunia yang terletak di Taman Negara Gunung Mulu. Gua batu kapur ini merupakan tapak warisan UNESCO.

Sementara itu, ia juga turut dikenali sebagai Gua Payau oleh puak Penan dan Berawan kerana dikatakan bahawa suatu ketika dahulu rusa selalu berselindung dan merupakan tapak pengebumian silam bagi penduduk di gua ini.

Seterusnya, menariknya di sini terdapat air terjun Adam dan Hawa yang mengalir turun dari stalaktik berongga dengan ketinggian 394 kaki.

Resort Terdekat

Coco Cabana Miri

15 Tempat menarik untuk family day di Miri

Alamat: Lot 2260, Jln Bandaraya, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: 012-876 6738

Coco Cabana Miri
Sumber: google.com

Coco Cabana Miri merupakan antara tempat menarik Miri yang patut anda kunjungi kerana terletak di kawasan tepi pantai.

Secara umumnya, tempat ini ialah sebuah ruangan event yang secara lazimnya menjadi pilihan para penganjur untuk melangsungkan pelbagai festival tahunan Miri.

Ruangan event ini menggunakan sebuah bangunan ala-ala rumah panjang yang diperbuat daripada kayu dan dihiasi ukiran-ukiran unik.

Anda masih boleh menemui gerai makanan, galeri, restoran dan penyewaan basikal yang dibuka pada hari bukan acara. 

Antara tarikan lain di sini ialah rumah api kuda laut yang unik, replika dinasour serta terdapat restoran yang menyediakan laksa Sarawak dan bermacam lagi. Tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam di Miri!

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11 pagi – 11 malam) & Sabtu – Ahad (8 pagi – 11 malam)

Resort Terdekat

Taman Negara Bukit Lambir

16 Aktiviti jungle trekking di Miri

Alamat: 1-76, Bintulu – Miri Hwy, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: –

Taman Negara Bukit Lambir
Sumber: google.com

Taman Negara Bukit Lambir yang menempatkan air terjun di Sarawak yang terkenal iaitu Air Terjun Latak ini terletak kira-kira 40 minit dari bandar Miri. Bagi penggemar aktiviti lasak, kami syorkan anda datang ke taman negara Miri ini.

Selain itu, taman ini merupakan kawasan pemerhatian tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dengan bukti kewujudan telaga minyak di sini.

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Sandakan Pintu Masuk Pelancongan Sabah

Lain daripada itu, bagi anda yang gemar jungle trekking, tempat ini sangat sesuai untuk anda kerana di sini terdapat banyak laluan untuk aktiviti ini.

Sementara itu, terdapat lebih 200 spesies flora seperti orkid liar dan fauna seperti burung, tupai terbang, rusa, monyet dan banyak lagi. Harga tiket hanya RM10.

Hotel Terdekat

Marina Bay

17 Pembangunan terancang di Miri

Alamat: Marina Bay, 98000 Miri, Sarawak

Telefon: –

Marina Bay Miri
Sumber: foursquare.com

Marina Bay yang terletak berhadapan Coco Cabana ini merupakan antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi dengan kawasan komersial dengan pembangunan terancang di Miri.

Selain itu, kawasan ini cukup seimbang dengan hidupan flora dengan adanya pokok-pokok di tepi jalan. Tempat ini juga sesuai untuk anda yang ingin bersantai-santai dan berbasikal.

Hal ini kerana, terdapat ruang pejalan kaki dan berbasikal disediakan di sini. Sementara itu, terdapat pelbagai restoran, kedai-kedai dan tempat penginapan serta menikmati pemandangan laut yang biru.

Hotel Terdekat

Taman Negara Niah

18 Penempatan manusia zaman Paleolitik di Miri

Alamat: Taman Negara Niah, 98200 Miri, Sarawak

Telefon: +608-5417130

Pemandangan Taman Negara Niah Miri
Sumber: google.com

Taman Negara Niah yang menempatkan gua yang tertua di Malaysia iaitu Gua Niah. Tambahan pula, ia terletak kira-kira 110 kilometer dari bandar Miri.

Di samping itu, taman ini merupakan penempatan awal manusia zaman Paleolitik kira-kira 40,000 tahun dahulu dengan kewujudan kawasan perkuburan serta ukiran lukisan dinding.

Taman ini mempunyai pusat pelancongan dan tempat penginapan bagi mereka yang gemar tinggal di dalam kawasan hutan belantara.  

Selanjutnya, hidupan-hidupan liar yang terdapat di dalam taman ini ialah monyet Macque, tupai, cicak terbang, buaya dan burung Kenyalang.

Harga Tiket:

  1. Dewasa (18-59 tahun): RM 10
  2. Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 5
  3. OKU (6 tahun ke atas): RM 5
  4. Kanak-kanak (6-17 tahun): RM 3 

Waktu Operasi: Sabtu – Selasa (8 pagi – 1 petang) & Khamis – Jumaat (8.30 pagi – 1 petang)

Homestay Terdekat

Pantai Tusan Miri (Tusan Cliff)

19 Pantai tercantik di Miri

Alamat: Exit Jalan Bekenu – Miri Coastal, 98150 Miri, Sarawak

Telefon: –

Pantai Tusan Miri (Tusan Cliff)
Sumber: google.com

Pantai Tusan Miri atau dikenali sebagai Tusan Cliff antara tempat menarik di Miri yang patut anda kunjungi dengan keindahan pantai yang sangat unik.

Hal ini demikian kerana, terdapat struktur semulajadi berhadapan pantai ini yang seakan-akan kepala kuda sedang meminum air laut.

Pantai ini sangat landai sesuai untuk mandi manda serta hamparan pasirnya sangat halus dan lembut.

Selanjutnya, pengunjung boleh menyaksikan fenomena “Air Mata Biru” atau blue tears antara bulan September hingga Disember setiap tahun yang dapat dilihat jelas pada waktu malam.

Hotel Terdekat

Pantai Lutong

20 Tempat ‘misteri’ di Miri

Alamat: Lutong, 98000 Lutong, Sarawak

Telefon: –

Pantai Lutong
Sumber: Instagram @mhdkhaifitree | @photography_jong | @audting | @carolphotolab

Selanjutnya tempat misteri di Miri ialah Pantai Lutong merupakan antara tempat menarik Miri yang patut anda kunjungi.

Misteri yang dimaksudkan bukanlah bermaksud tempat ini agak ‘keras’, tetapi pantai ini pernah menjadi target ketika Perang Dunia ke-2.

Namun begitu, sehingga kini bom-bom zaman perang yang pernah dilemparkan di kawasan pantai ini masih belum diketemui.

Tambahan pula, sekitar tahun 2020 Pantai Lutong pernah digemparkan dengan penemuan tangki misteri.  

Walaupun begitu, anda tidak perlu risau kerana pantai ini dijamin selamat untuk pengunjung dan terdapat banyak gerai jualan pada hujung minggu.

Hotel Terdekat

Taman Negara Gunung Mulu

21 “Sarawak Chamber” di Miri

Alamat: Jln Mulu, Sarawak

Telefon: +608-5792300

Taman Negara Gunung Mulu di Miri
Sumber: google.com

Taman Negara Gunung Mulu salah sebuah taman terbesar di Sarawak di bawah tapak warisan dunia UNESCO.

Selain itu, terdapat ruang bawah tanah terbesar di dunia yang dikenali sebagai “Sarawak Chamber” yang mampu menempatkan 40 buah kapal terbang.

Tambahan pula, taman ini terdiri daripada gua batu kapur yang menjadi kediaman kelawar, lingkaran air batu yang dan dilitupi oleh hutan dara tropika.

Selanjutnya, aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah menikmati variasi jenis tumbuhan dan hidupan liar.

Justeru, bagi anda yang gemar mengembara dan lakukan aktiviti lasak mungkin ini tempat yang patut anda pergi.

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kota Tinggi

4/5 - (15 votes)
Tags: BekenuMiriSarawaktempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved