senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Banting Untuk Berjalan-jalan

Aira by Aira
May 15, 2024
in Travel
tempat menarik di banting terkini
119
SHARES
11.9k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pantai di Banting
  • 2. Tempat menarik di Kuala Langat
  • 3. Tempat menarik di Morib
  • 4. Hotel di Morib
  • 5. Homestay di Kampung Endah di Banting
  • 6. Masjid di Banting
  • 7. Tempat photoshoot di Banting
  • 8. Tempat menarik untuk family day di Banting
  • 9. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Banting  
  • 10. Istana di Banting
  • 11. Homestay dengan latar belakang sawah padi di Banting
  • 12. Bukit di Banting
  • 13. Kedai kerepek popular di Banting
  • 14. Makam bersejarah di Banting
  • 15. Dataran di Banting
  • 16. Tempat makan popular di Banting
  • 17. Rumah legend di Banting
  • 18. Pasar di Banting
  • 19. Rumah api di Banting
  • 20. Kedai buku popular di Banting

Pekan Banting Selangor adalah kawasan yang pesat membangun dengan populasi lebih 90 000 penduduk.

Di samping itu, Banting Selangor merupakan bandar pentadbiran bagi daerah Hulu Langat Selangor dan terletak di Sungai Langat.

Meskipun Banting merupakan sebuah bandar, namun terdapat banyak tempat menarik di Banting Selangor yang anda dapat berjalan-jalan seperti di Pantai Morib, Bukit Jugra dan banyak lagi.

Senarai tempat menarik di Banting

Berikut merupakan 20 tempat menarik di kawasan sekitar Banting Selangor yang boleh anda berjalan-jalan bersama orang-orang yang tersayang.

Diharapkan agar maklumat ini berguna untuk anda!

Pantai Kelanang

1 Pantai di Banting

Alamat: Kampung Kelanang, Selangor

Telefon: –

ADVERTISEMENT
Pantai Kelanang
Sumber: google.com

Pantai Kelanang lazimnya menjadi tumpuan para pemancing untuk memancing ke laut dengan menyewa bot daripada penduduk tempatan.

Tambahan pula, pantai terdekat dengan Pantai Morib ini mempunyai pasir pantai lebih putih berbanding pantai lain.

Namun begitu, Pantai Kelanang Banting ini hanya boleh bersiar-siar sahaja tetapi tidak sesuai untuk aktiviti bermandi-manda disebabkan keadaannya yang agak berselut.

Semak Harga

Paragliding Bukit Jugra

2 Tempat menarik di Kuala Langat

Alamat: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor

ADVERTISEMENT

Telefon: 019-288 1803

Paragliding Bukit Jugra
Sumber: google.com

Anda penggemar sukan ekstrem atau teringin untuk mencuba aktiviti paragliding? Mari berkunjung ke Bukit Jugra bagi menikmati pengalaman menyeronokkan ini!

Selain itu, lihatlah pemandangan cantik di sekitar pekan Banting dari udara. Anda tertanya-tanya, adakah aktiviti ini selamat? Usah risau, keselamatan anda terjamin!

Tidak pernah melakukan aktiviti ini? Rasa nak cuba terapung di udara? Jomlah, kerana terdapat peluncur profesional yang akan terbang bersama anda!

Namun begitu, aktiviti ini akan dibatalkan serta merta sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Semak Harga

Pantai Morib

3 Tempat menarik di Morib

Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

Telefon: –

PantaI Morib
Sumber: google.com

Seperti yang sedia maklum, Pantai Morib merupakan tempat menarik di Morib yang terletak di Banting serta menjadi daya tarikan para pengunjung.

Selanjutnya, pantai sepanjang 400 meter ini membolehkan pengunjung berjalan sepuasnya sambil menikmati keindahan pemandangan pantai terutamanya di waktu senja.

Bunyi deruan ombak sangat menenangkan jiwa. Antara kemudahan yang disediakan seperti taman permainan kanak-kanak, medan selera dan banyak lagi.

Tambahan pula, pantai ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu Pantai Morib Baru tempat bermain air laut dan Pantai Morib Lama tempat medan ikan bakar.

Semak Harga

Villea Morib

4 Hotel di Morib

Alamat: Lot 183 &184 Jalan Pantai, 42700 Banting, Selangor

Telefon: +603-3198 2070

Villea Morib
Sumber: agoda.com

Villea Morib atau dikenali sebagai Hotel Impian Morib merupakan tempat penginapan yang hanya 5 minit dari pantai terdekat iaitu Pantai Morib.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Untuk Kanak-kanak Di KL & Selangor

Oleh itu, jika anda berada di sekitar Morib anda boleh memilih Villea Morib sebagai destinasi penginapan anda!

Penginapan ini menyediakan lebih 50 bilik yang dilengkapi pendingin hawa dan televisyen. Harga semalam serendah RM200! Tempah segera di Agoda!

Tambahan pula, hotel ini menyediakan fasiliti tempat letak kenderaan secara percuma, penyewaan basikal, memancing, fitness center, kolam renang dan padang golf.

Semak Harga

Indah Morib Homestay

5 Homestay di Kampung Endah di Banting

Alamat: Pt 704, Jalan Perdana 2 Indah Perdana, Kampung Endah, 42700 Banting, Selangor

Telefon: 011-57572001

Indah Morib Homestay
Sumber: google.com

Mencari homestay di Banting dengan harga yang sangat berbaloi?

Mari menginap di Indah Morib Homestay! Indah Morib Homestay terletak di Kampung Endah iaitu hanya 8 minit dari pekan Banting.

Selain itu, terdapat beberapa penginapan homestay yang disediakan di sini dan yang pastinya cukup menampung kapasiti pengunjung yang ramai.

Selanjutnya, antara kemudahan yang ditawarkan di sini ialah bilik karaoke, kolam renang dan tempat barbeku. 

Semak Harga

Masjid Sultan Alaeddin

6 Masjid di Banting

Alamat: Jalan Istana Lama, Kampung Bandar, 42700 Banting, Selangor

Telefon: +603-3120 1939

Masjid tertua di banting
Sumber: google.com

Masjid Sultan Alaeddin merupakan masjid yang tertua di negeri Selangor dan dibina sekitar tahun 1900 an.

Di samping itu, masjid ini turut dikenali sebagai Masjid Sultan Alauddin dan Masjid Bandar.

Pengaruh seni reka bentuk masjid ini adalah dari kerajaan Deli di Medan, Sumatera Utara.

Bahagian dalam masjid pula ini dihiasi dengan ukiran Al-Quran dan ukiran kayu yang agak rumit.

Semak Harga

Pantai Batu Laut

7 Tempat photoshoot di Banting

Alamat: 5, Kampung Batu Lapan, Tanjong Sepat, Selangor

Telefon: –

Pantai menarik di banting
Sumber: google.com

Pantai Batu Laut merupakan pantai yang sering menjadi tarikan jurugambar untuk melakukan photoshoot samada photoshoot perkahwinan mahupun sekadar kenang-kenangan.

Selain itu, pantai yang dikelilingi oleh pokok bakau ini terletak di antara Morib dan Tanjung Sepat.

Tambahan pula, pemandangan yang unik dan dramatik daripada pokok-pokok bakau ini yang menyebabkan gambar yang diambil nampak lebih menarik.

Semak Harga

Tadom Hill Resort

8 Tempat menarik untuk family day di Banting

Alamat: 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor

Telefon: 012-522 5908

resort menarik di banting
Sumber: agoda.com

Anda mencari tempat untuk menganjurkan family day bersama seisi keluarga? Kami cadangkan untuk anda ke Tadom Hill Resort!

Resort ini sangat cantik kerana ia diperbuat daripada kayu buluh serta pelbagai aktiviti menarik dan mencabar yang ditawarkan.

Antaranya ialah flying fox, bamboo rafting, abseiling, water skipper dan bermacam lagi.

Semak Harga

Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang

9 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Banting  

Alamat: Jalan Batu 8, Kampung Sijangkang, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Telefon: 016-3790 661

Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang
Sumber: google.com

Ingin membawa anak-anak berjalan ke taman rekreasi sambil menikmati keindahan alam semulajadi? Jom ke Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang!

Secara amnya, nama Sijangkang diambil dari pokok yang seakan-akan pokok getah yang hanya dapat dijumpai di Indonesia.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh melakukan jungle trekking sepanjang 750 meter dengan menggunakan laluan titian yang disediakan.

Selanjutnya, di sepanjang perjalanan terdapat juga beberapa spesies pokok dengan nama yang tertera di papan tanda yang dinyatakan.

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Mekah Kota Suci Umat Islam

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Istana Jugra

10 Istana di Banting

Alamat: Kampung Sungai Ingat, 42700 Banting, Selangor

Telefon: –

Istana Jugra
Sumber: google.com

Istana Jugra atau dikenali sebagai Istana Bandar merupakan tempat Sultan Alaeddin Sulaiman Shah bersemayam sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1938.

Selain itu, istana ini terdiri daripada 2 tingkat dan mempunyai beberapa bilik antaranya Kolam Mandi Diraja dan Balairong Seri.

Tambahan pula, ukiran di istana juga menerima pengaruh China dan Eropah.

Selanjutnya, bangunan istana ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur serta kayu cengal berkualiti tinggi dibuat untuk tangga dan pintu istana.

Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi – 4.30 petang) & Jumaat tutup (12.30 tengahari – 2.30 petang)

Semak Harga

Padi Hijau Homestay

11 Homestay dengan latar belakang sawah padi di Banting

Alamat: Unnamed Road, Parit 8 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor

Telefon: 011-5380 0180

Padi Hijau Homestay
Sumber: google.com

Anda menginginkan tempat penginapan yang cantik berwarna-warni dengan berlatar belakang kehijauan sawah padi?

Homestay Padi Hijau adalah pusat penginapan dengan harga yang berpatutan yang sesuai untuk anda!

Selain itu, homestay ini terdiri daripada 2 jenis penginapan iaitu unit A & B serta kon 1,2 & 3 yang cantik berwarni-warna yang sesuai untuk anda “ber ootd”.

Tambahan pula, berbagai kemudahan yang disediakan di homestay ini yang dapat memenuhi keperluan anda.

Semak Harga

Bukit Jugra

12 Bukit di Banting

Alamat: Jugra, 42700 Banting, Selangor

Telefon: –

Bukit Jugra
Sumber: google.com

Bukit Jugra merupakan bukit di mana aktiviti hiking dan paragliding sangat sesuai dijalankan.

Tambahan pula, pergerakan angin dari bukit ini menyebabkan aktiviti paragliding amatlah sesuai dilakukan.

Di samping itu, di puncak bukit ini pengunjung dapat menyaksikan pemandangan pertemuan di antara laut Selat Melaka dengan Sungai Langat.

Semak Harga

Kedai Kerepek (Fazz Enterprise Kerepek House)

13 Kedai kerepek popular di Banting

Alamat: Jalan Cempedak, Kampung Sungai Lang Baru, 42700 Banting, Selangor

Telefon: +603-3181 3076

Kedai Kerepek (Fazz Enterprise Kerepek House)
Sumber: google.com

Jika anda berjalan-jalan ke Banting dan mencari ole-ole untuk rakan-rakan mahupun sanak saudara, anda boleh berkunjung ke Fazz Enterprise Kerepek House.

Kedai kerepek termasyhur di Banting ini menjual lebih 300 jenis kerepek yang berasaskan ubi dan pisang dengan harga yang murah berbanding kedai lain.

Tambahan pula, ada juga makanan-makanan ringan lain yang dijual di sini seperti keropok palembang, keropok opak kari, kerepek keledek ungu dan banyak lagi.

Yang pastinya anda akan rambang mata memilih kudapan-kudapan ini!

Semak Harga

Makam Sultan Abdul Samad

14 Makam bersejarah di Banting

Alamat: Jalan Makam, Permatang Pasir, 42700 Banting, Selangor

Telefon: +603-2604 4800

Makam Sultan Abdul Samad
Sumber: google.com

Terlebih dahulu pengunjung boleh berkunjung ke Makam Sultan Abdul Samad ketika dalam perjalanan ke Bukit Jugra.

Makam ini bertempat di sebuah bangunan berwarna kuning yang berbentuk bagaikan sebuah masjid.

Di samping itu, almarhum baginda merupakan Sultan Selangor yang ke-4 pada tahun 1857-1898.

Selain itu, makam almarhum baginda terletak di dalam bangunan manakala makam isteri, anak, cucu dan cicitnya terletak di bahagian luar.

Semak Harga

Dataran Banting

15 Dataran di Banting

Alamat: Taman Budiman, 42700 Banting, Selangor

Telefon: –

Dataran Banting
Sumber: google.com

Nikmati port terbaik di Dataran Banting dengan menghabiskan masa hujung minggu beriadah bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

BACA JUGA  19 Tempat Menarik Di Selangor Yang Percuma & Terbaik

Selain itu, dataran ini terdapat taman permainan kanak-kanak, trek berjoging, panggung seni berbumbung dan arena olahraga.

Semak Harga

Restoran Tawaqal

16 Tempat makan popular di Banting

Alamat: 315, 287, Jalan Sultan Abdul Samad, Taman Seri, 42700 Banting, Selangor

Telefon: +603-3187 1003

Restoran Tawaqal
Sumber: @thisisjaja | @myapilot | google.com

Jika anda ke Banting, tak lengkap rasanya kalau tidak singgah ke tempat makan popular di sini iaitu Restoran Tawaqal.

Restoran ini merupakan antara restoran yang tertua di Banting yang wujud sejak tahun 1941.

Di samping itu, menu terbaik yang anda wajib cuba di restoran ini ialah mee rojak, cendol serta roti canai yang dimakan dengan kari daging.

Sudah pastinya menjilat jari! Sekali cuba pasti nak lagi!

Semak Harga

Rumah Dato’ Haji Sidek

17 Rumah legend di Banting

Alamat: Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor

Telefon: –

o’ Haji Sidek
Sumber: google.com

Peminat sukan badminton tanah air mahupun peminat komik dan siri animasi Anak-Anak Sidek?

Jika ya, nama Dato’Haji Sidek pastinya tidak asing lagi dengan sumbangan beliau yang telah berjaya membawa anak-anaknya merangkul gelaran di dalam acara badminton.

Selain itu, Monumen Badminton Keluarga Dato’ Haji Sidek telah dibina berhadapan rumah legend di Banting ini.

Tambahan pula, monumen ini dibina sebagai tanda penghargaan ke atas kejayaan anak-anaknya di dalam arena badminton.

Semak Harga

Pasar Kampuchea

18 Pasar di Banting

Alamat: Jalan Kenanga, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor

Telefon: –

tempat menarik untuk keluar hujung minggu di banting
Sumber: google.com

Pasar Kampuchea atau nama lainnya Pasar Kemboja merupakan pasar yang diniagakan oleh golongan Melayu Kemboja yang sudah bertapak di Banting sejak 20 dekad lalu.

Selain itu, pasar ini terdapat pelbagai barangan jualan seperti cenderahati, kraftangan, pakaian dan bermacam lagi.

Ianya dibuka pada setiap hujung minggu dengan harga yang sangat murah berbanding pasar lain.

Oleh itu, jika anda ingin membeli buah tangan untuk dibawa pulang, Pasar Kampuchea sangat sesuai untuk anda!

Semak Harga

Rumah Api Bukit Jugra

19 Rumah api di Banting

Alamat: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor

Telefon: 012-596 2690

bukit Jugra di banting
Sumber: google.com

Rumah Api Bukit Jugra terletak di atas puncak Bukit Jugra dan mempunyai 2 buah rumah api.

Selain itu, rumah api pertama dengan ketinggian 146 meter dibina ketika zaman penjajahan British dan rumah api kedua dengan ketinggian 25 meter dibina sekitar tahun 1976.

Di samping itu, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan dari Rumah Api Bukit Jugra iaitu pemandangan di sekitar Kuala Langat.

Semak Harga

Kedai Buku Lao Mao

20 Kedai buku popular di Banting

Alamat: 119, Jalan Bunga Pekan 2, Taman Seri, 42700 Banting, Selangor

Telefon: 016-392 6899

Kedai buku popular di banting
Sumber: google.com

Kepada anda yang meminati siri komik Jepun dan manga, anda wajib datang ke kedai ini!

Di samping itu, anda boleh membuat pilihan samada membeli ataupun meminjam buku di kedai ini. Menarik bukan!

Dalam pada itu, antara buku yang terdapat di sini ialah Dragon Ball, Slam Dunk, Detective Conan, Doraemon dan bermacam lagi.

Selanjutnya, sebuah komik hanya berharga dalam anggaran 60 sen hingga RM 1.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Putrajaya Untuk Jalan-Jalan
  • Tempat Menarik Di Pulau Tioman
  • Tempat Menarik Di Putrajaya
4/5 - (15 votes)
Tags: Selangortempat menarik banting

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved