senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Lumut Untuk Melancong

Aira by Aira
April 1, 2024
in Travel
Tempat menarik di Lumut
97
SHARES
9.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Pantai menarik di Lumut
  • 2. Chalet di Lumut
  • 3. Jeti di Lumut
  • 4. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Lumut
  • 5. Tempat menarik untuk family di Lumut
  • 6. Tempat menarik untuk pasangan di Lumut
  • 7. Tempat outdoor menarik di Lumut
  • 8. Taman awam menarik di Lumut
  • 9. Tempat cenderahati menarik di Lumut
  • 10. Taman rekreasi menarik di Lumut
  • 11. Tempat bersejarah di Lumut
  • 12. Pulau buatan di Lumut
  • 13. Tempat menarik untuk remaja di Lumut
  • 14. Resort di Lumut
  • 15. Homestay di Lumut

Sebut sahaja Lumut Perak Malaysia pasti akan terlintas di fikiran anda bahawa kawasan ini merupakan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia kan?

Namun, kawasan ini mempunyai banyak tempat menarik di Lumut yang sesuai untuk percutian keluarga atau solo.

Bandar yang menghadap Selat Melaka ini dinamakan Lumut oleh penduduk tempatan kerana kawasan ini kaya dengan lumut.

Mukim di daerah Manjung ini adalah pintu masuk utama ke Pulau Pangkor.

Senarai tempat menarik di Lumut Perak

Berikut adalah senarai 15 tempat menarik di Lumut Perak, yang sesuai untuk semua golongan untuk melancong.

Justeru, diharapkan maklumat ini dapat membantu pencarian anda!

Pantai Teluk Batik

1 Pantai menarik di Lumut

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200, Perak

ADVERTISEMENT

Telefon: –

Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik yang terletak kira-kira 6 kilometer dari bandar Lumut ini terkenal sebagai pantai menarik di Perak.

Bukan sahaja pantainya cantik, malah air lautnya yang kebiruan pasti memukau mata pengunjung.

ADVERTISEMENT

Pantai Lumut yang sesuai untuk aktiviti bermandi-manda, barbeku, memancing serta bermain sukan air seperti banana boat.

Relax je, duduk tepi pantai, dengar bunyi ombak dan makan aiskrim pasti seronok!

Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan termasuk perkhidmatan kerusi pantai, chalet, gerai dan tempat persalinan. 

Semak Harga

Rockbund Fishing Chalet

2 Chalet di Lumut

Alamat: Marina Island, KM1, Jalan Utama Marina Island, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 016-558 0388

Rockbund Fishing Chalet

Anda “kaki pancing” dan dalam masa yang sama mencari tempat penginapan? Tempah je Rockbund Fishing Chalet!

Chalet ini sangat unik dan comel dengan menampilkan warna-warna ceria bagi menghidupkan mood anda. Antara fasiliti yang disediakan seperti surau, kedai makan dan dewan.

Tambahan pula untuk anda “kaki pancing” terdapat pelantar khas untuk anda memancing.

Kadar purata semalam: RM 280

Review:

“Tempat cantik tapi pricey. So far best & menarik bagi yang gemar memancing, boleh healing. Dengar deruan ombak tu refreshing sgt….”

Semak Harga

Jeti Lumut

3 Jeti di Lumut

Alamat: Jeti Lumut, 32200 Lumut Perak

Telefon: –

Jeti Lumut

Jeti Lumut merupakan tempat tumpuan pengunjung sementara menunggu ketibaan feri untuk menuju ke destinasi pilihan.

Selain itu, terdapat kemudahan tempat meletakkan kenderaan bagi pengunjung yang membawa kenderaan sendiri.

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Gua Musang Untuk Dikunjungi

Jeti ini juga menyediakan pelbagai gerai makanan, tempat makan menarik di Lumut dan kedai cenderahati yang menarik.

Jika anda singgah di gerai makan sini, jangan lupa untuk menikmati mee udang, air kelapa dan cendol. Confirm repeat lagi!

Semak Harga

Pusat Ekologi Vale

4 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Lumut

Alamat: Jalan Telok Muroh, Taman Sri Batik, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 012-284 2881

Pusat Ekologi Vale

Inginkan kanak-kanak bercuti sambil belajar? Jom ke Pusat Ekologi Vale!

Terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak di Lumut ini. Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memulihara biodiversiti di hutan Teluk Rubiah.

Antara biodiversiti yang terdapat di sini ialah pokok kayu keras, burung, pepatung dan banyak lagi.

Pengunjung boleh berkhemah, menjelajah hutan dengan pemandu arah, memerhati kelip-kelip dan melakukan aktiviti menarik lain.

Tambahan pula, pendakian di sini amatlah sesuai untuk kanak-kanak kerana laluan treknya tidaklah terlalu mencabar.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5.30 petang)

Semak Harga

Teluk Senangin

5 Tempat menarik untuk family di Lumut

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

Teluk Senangin

Pengunjung yang datang bersama seisi keluarga berpeluang menyaksikan sendiri keindahan pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor dari pantai di Teluk Senangin ini.

Teluk Senangin juga merupakan kawasan menarik untuk menganjurkan aktiviti bersama keluarga seperti family day.

Justeru, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti memancing, menaiki bot, mandi-manda dan sukan air.

Kalau nak menginap, pilihan hotel di Lumut tepi pantai juga memang bagus sebab boleh tengok laut terus dari bilik!

Semak Harga

Baca: 16 Zoo & Taman Rekreasi Yang Best Di Malaysia

Pulau Pangkor   

6 Tempat menarik untuk pasangan di Lumut

Alamat: Pulau Pangkor, Perak

Telefon: –

Pulau Pangkor

Sebut sahaja destinasi percutian menarik untuk pasangan, pastinya akan disenaraikan Pulau Pangkor sebagai destinasi pilihan.

Untuk ke sini, anda perlu terlebih dahulu menuju ke Jeti Lumut atau menaiki feri dari Marina Island.

Seterusnya, keistimewaan pantai ini ia cukup terjaga, bersih, berpasir halus, air laut yang jernih dan pemandangan yang indah bila menjelang senja.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama pasangan ialah snorkeling, mengelingi pulau dengan bot, makan ikan bakar, melawat perkampungan sekitar dengan menyewa basikal atau motosikal dan banyak lagi.

Memang suasana yang romantik untuk pasangan honeymoon.

Semak Harga

Bukit Engku Busu

7 Tempat outdoor menarik di Lumut

Alamat: Bukit Engku Busu, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

Bukit Engku Busu

Bukit Engku Busu boleh dijadikan sebagai tempat outdoor menarik di Lumut untuk anda! Bukit dengan ketinggian 331.4 meter ini dikenali sebagai puncak yang tertinggi di Lumut.

Pada zaman dahulu, bukit ini merupakan tempat persembunyian lanun.

BACA JUGA  21 Tempat Menarik Di Kota Bharu Untuk Dilawati

Di samping itu, bukit ini menyediakan laluan trek yang agak mencabar yang dilimpahi akar-akar pokok yang meliar sepanjang 1 kilometer menuju ke puncak bukit.

Dalam pada itu, kepenatan anda akan terbalas apabila melihat panorama indah sekitar bandar Lumut setelah sampai ke puncak bukit.

Semak Harga

Lumut Waterfront

8 Taman awam menarik di Lumut

Alamat: Lumut Waterfront, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

Lumut Waterfront

Lumut Waterfront merupakan taman awam menarik di Lumut yang berbeza daripada taman-taman lain.

Hal ini kerana taman rekreasi yang bertemakan maritim ini dilengkapi dengan Taman Esplanade, Esplanade Wing dan Dataran Putra.

Tempat menarik Lumut dengan keluasan 3.3 hektar ini adalah lokasi tumpuan ramai memandangkan ia berdekatan dengan Jeti Lumut dan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sementara itu, pengunjung boleh menyewa basikal atau skuter elektrik untuk meneroka kawasan taman ini atau singgah pekan Lumut.

Semak Harga

Bazaar Lumut

9 Tempat cenderahati menarik di Lumut

Alamat: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

Bazaar Lumut

Tak lengkap rasanya jika pergi melancong tetapi tidak pulang bersama cenderahati untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga serta rakan taulan.

Bazaar Lumut yang ditempatkan di sebuah bangunan adalah tempat cenderahati menarik di Lumut.

Di samping itu, bazar ini menjual pelbagai cenderahati seperti kraftangan asli seni Perak, pakaian, jeruk dan hasil laut terutamanya ikan bilis bermata biru.

Unik, bukan? Jadi, mari kunjungi Bazaar Lumut!

Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Taman Paya Bakau

10 Taman rekreasi menarik di Lumut

Alamat: Jln Pundut Raya 5, Desa Manjung Raya, 32200 Lumut, Perak

Telefon: –

Taman Paya Bakau

Taman Paya Bakau yang terletak 10 minit dari Lumut ini merupakan destinasi tepat untuk penggemar alam semulajadi.

Di samping itu, taman ini ditubuhkan kerana pokok paya bakau memainkan peranan penting dalam memelihara ekosistem di kawasan perairan pantai.

Selanjutnya, taman ini mempunyai flora dan fauna pelbagai spesies, tempat memancing, laluan pejalan kaki sepanjang 366 meter dan pondok untuk berehat.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Baca: 23 Hotel Tepi Pantai Terbaik Di Malaysia

Kota Belanda

11 Tempat bersejarah di Lumut

Alamat: Kota Belanda, 32300 Pangkor Island, Perak

Telefon: –

Kota Belanda

Di Lumut juga mempunyai tempat bersejarah yang boleh dilawati iaitu Kota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor.

Kota ini merupakan tempat penyimpanan biji timah oleh orang Belanda pada tahun 1670.

Kemudian, di bawah pimpinan Panglima Kulup, kota ini dimusnahkan namun dibaik pulih semula oleh Belanda tetapi tidak kekal lama.

Hal ini kerana Belanda lebih tertumpu dengan perdagangan di Maluku, Indonesia.

Selain itu, 100 meter dari Kota Belanda ini terdapat Batu Bersurat yang boleh anda lawati dan jom bercuti di Lumut!

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Kuala Penyu Sabah Untuk Bercuti

Waktu Operasi: Setiap hari (8 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Pulau Marina

12 Pulau buatan di Lumut

Alamat: Pulau Marina, 32200, Perak

Telefon: –

Pulau Marina
Kredit: Instagram @mannanking, @the_moment2008, @onion_wong, @saltynomadsailing

Pulau Marina merupakan pulau bulatan manusia yang terkenal di Lumut selain menjadi pintu masuk kedua ke Pulau Pangkor.

Di samping itu, pulau seluas 316.9 hektar utuh menampung pelbagai infrastruktur ini terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort.

Lain daripada itu, pantai di Pulau Marina ini sering dijadikan sebagai tempat melakukan pelbagai acara seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perbarisan dan lain-lain.

Semak Harga

Frenzy Waterpark

13 Tempat menarik untuk remaja di Lumut

Alamat: KM 1, Teluk Muroh, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 010-546 8611

Frenzy Waterpark

Frenzy Waterpark merupakan tempat menarik untuk remaja di Lumut yang terletak Marina Island Pangkor Resort.

Selain itu taman tema ini agak mencabar seperti di dalam rancangan Wipeout dan American Ninja Warriors.

Oleh itu, bagi anda remaja yang suka menyahut cabaran, di sinilah tempat best di Lumut yang sangat sesuai untuk anda!

Waktu Operasi:

  1. Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat (4.30 petang – 7.30 malam)
  2. Sabtu & Ahad (8.30 pagi – 12.30 tengahari |  4.30 petang – 7.30 malam)
Semak Harga

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut

14 Resort di Lumut

Alamat: Persiaran Swiss-Garden Jalan Damai Laut, Off, Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 05-684 3333

Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

Mencari penginapan resort dengan keindahan landskap di Lumut? Kami syorkan untuk anda menginap di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut cawangan Lumut.

Selain itu, resort ini mempunyai cawangan lain di Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Kuantan.

Terdapat beberapa tempat menarik di resort ini seperti pemandangan laut, air terjun buatan dan kolam ikan koi.

Selanjutnya, aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini seperti menaiki banana boat, atv, memanah dan sebagainya.

Semak Harga

The Petak Lumut

15 Homestay di Lumut

Alamat: 22, Jalan Lumut Sentosa 1, 32200 Lumut, Perak

Telefon: 012-751 1695

The Petak Lumut

Mengimpikan percutian menarik dengan menginap di homestay berkonsepkan kontena? Jadi, mari alaminya sendiri dengan menginap di The Petak Lumut!

Selain itu, kemudahan yang disediakan seperti water heater, bilik air yang elegan, pendingin hawa dan TV LED.

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini misalnya barbeku, bermandi-manda di kolam renang serta aktiviti family day.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Pulau Pangkor
  • Tempat Menarik Di Putrajaya Untuk Jalan-Jalan
  • Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Untuk Diterokai
  • Tempat Menarik Di Putrajaya
  • Tempat Menarik Di Kota Kinabalu

4/5 - (15 votes)
Tags: LumutperakPulau Pangkortempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved