senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Unik

Gemparkan Dunia, Penemuan Ular Berkepala Dua Di Afrika Selatan

leav by leav
July 12, 2022
in Unik
Gemparkan Dunia, Penemuan Ular Berkepala Dua Di Afrika Selatan

Sumber foto: NDTV

1
SHARES
99
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pakar penyelamat ular, Nick Evans telah mengesahkan penemuan ular itu sebagai kepunyaan spesies yang tidak berbahaya, lapor laman web berita NDTV pada 30 Jun 2022.

Evans mengumumkan bahawa dia telah mendapatkan reptilia yang jarang ditemui itu, apabila dia diminta untuk mengambil ular itu daripada seorang lelaki yang telah menemui haiwan merayap itu di tamannya.

“Ular itu kini dalam jagaan pakar selepas seorang lelaki menyerahkan haiwan yang ditemuinya di taman rumahnya di Ndwedwe, utara Durban.

“Lelaki berkenaan tidak mahu haiwan terbabit dicederakan sesiapa sebelum memasukkannya dalam botol dan meminta saya membawanya pergi. Ia adalah penemuan yang pelik. Haiwan itu dianggarkan sepanjang 30 sentimeter dan masih muda.

“Apa yang menjadi perhatian saya adalah apabila melihat cara haiwan berkenaan bergerak antara satu sama lain, dan ada-kalanya akan bertindih antara satu sama lain bagi memastikannya boleh bergerak,” katanya yang berkongsi penemuan aneh berkenaan di media sosial.

Sejak dikongsikan, posting tersebut menjadi tular di internet. Netizen di Facebook gembira mendengar bahawa reptilia itu telah dibawa ke tempat yang selamat.

Tambah Evans, dia terkejut dengan penemuan reptilia itu yang masih hidup ketika ditemuinya. Dia berkata bahawa ‘tiada gunanya’ melepaskan ular itu sekarang.

“Setahu saya, mereka pada umumnya tidak hidup lama. Haiwan ini tidak akan bertahan lama hidup di alam liar. Ia hampir tidak boleh bergerak, dan apabila ia bergerak, ia bergerak dengan sangat perlahan. Pemilihan yang sangat mudah untuk pemangsa,” jelas Evans.

ADVERTISEMENT

Menurut Newsweek, haiwan yang dilahirkan dengan dua atau lebih kepala mempunyai keadaan dipanggil polycephaly, yang lebih biasa ditemui pada reptilia berbanding mamalia.

Malah, kebiasaannya haiwan dengan keadaan seperti ini tidak selalunya dapat hidup lama dan bergantung kepada tahap di mana kedua-dua kepala terbabit terbelah.

Source :
NDTV
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Mimpi Kucing Hitam, Adakah Tanda Membawa Tuah?
Tags: afrika selatanular

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved