senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Kuantan Yang Best

Aira by Aira
August 28, 2023
in Travel
tempat menarik di kuantan
85
SHARES
8.5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Perkampungan nelayan di Kuantan
  • 2. Taman awam di Kuantan
  • 3. Tempat lepak di Kuantan
  • 4. Tempat menarik di Kuantan untuk family day
  • 5. Menara di Kuantan
  • 6. Kedai aksesori gadjet di Kuantan
  • 7. Restoran di Kuantan
  • 8. Homestay di Teluk Cempedak
  • 9. Taman rekreasi di Kuantan
  • 10. Zoo di Kuantan
  • 11. Air terjun di Kuantan
  • 12. Pantai di Kuantan
  • 13. Tempat menarik di Kuantan untuk kanak-kanak
  • 14. Shopping mall di Kuantan
  • 15. Resort di Kuantan
  • 16. Villa di Kuantan
  • 17. Tempat bersejarah di Kuantan
  • 18. Sungai di Kuantan
  • 19. Tempat menarik di Kuantan waktu malam
  • 20. Waterpark di Jengka

Alami pengalaman percutian di Kuantan dengan mengunjungi pelbagai tempat menarik di Kuantan Pahang.

Terdahulu, Pahang merupakan negeri ke-3 terbesar di Malaysia yang dikelilingi oleh negeri Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Sebagai ibu negeri Pahang, daerah Kuantan dan daerah Pekan (bandar diraja) menawarkan banyak pilihan tempat untuk jalan-jalan Kuantan yang berbeza.

Daerah Kuantan yang seluas 2690 kilometer persegi terdiri daripada 6 mukim utama iaitu Beserah, Kuala Kuantan, Penor, Sungai Karang, Ulu Kelantan dan Ulu Lepar.  

Senarai tempat menarik di Kuantan

Kuantan merupakan tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Sehubungan dengan itu, jom jalan jalan Kuantan kerana terdapat pelbagai jenis percutian di Kuantan yang menarik ditawarkan seperti tempat bersejarah, makan, penginapan dan pelancongan.

Berikut adalah 20 tempat menarik di Kuantan dan kawasan sekitar, termasuk kawasan Jengka untuk diterokai semasa bercuti di Kuantan.

ADVERTISEMENT

Tanjung Lumpur

1 Perkampungan nelayan di Kuantan

Alamat: Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Pantai Tanjung Lumpur
Sumber foto: google map

Mencari pengalaman bercuti di Kuantan yang tenang dan bebas dari kesibukan bandar? Jom jalan jalan Kuantan ke Tanjung Lumpur!

Terletak kira-kira 2 kilometer dari bandar Kuantan dan merupakan perkampungan nelayan yang terletak berdekatan Sungai Kuantan.

ADVERTISEMENT

Tambahan pula, Tanjung Lumpur merupakan penempatan awal yang didiami oleh orang Melayu di Kuantan.

Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai hasil laut segar di sini. Maklumlah, berada betul-betul di perkampungan nelayan!

Di perkampungan ini, terdapat banyak gerai dan restoran dengan menu berasaskan hasil laut segar seperti di Ana Ikan Bakar Petai.

Lain daripada itu, Tanjung Lumpur mempunyai sebuah tarikan pantai terbaharu iaitu Pantai Anak Air.

Hotel Terdekat

Esplanade Kuantan

2 Taman awam di Kuantan

Alamat: Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Esplanade Kuantan
Sumber foto: google map

Esplanade Kuantan ialah tempat menarik di Pahang untuk dilawati yang menjadi tumpuan pengunjung setiap masa. Terdahulu, kawasan ini penempatan awal penduduk di bandar Kuantan.

Taman ini berkedudukan agak strategik kerana ia berdekatan dengan tempat menarik di Kuantan yang lain seperti Kuantan River Cruise dan Menara Kuantan 188.

Selain itu, taman ini menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang 2 kilometer yang ideal untuk berjalan, berjoging atau memancing.

Memandangkan laluan pejalan kaki bertentangan dengan signboard gergasi Kuantan di Sungai Kuantan, pengunjung boleh mengambil gambar kenangan yang cantik.

Hotel Terdekat

Pantai Balok Kuantan

3 Tempat lepak di Kuantan

Alamat: Pantai Balok, 26080, Pahang

Telefon: –

Pantai Balok Kuantan
Sumber foto: google map

Pantai Balok adalah tempat lepak terbaik di bandar Kuantan untuk rehat sebentar sambil menikmati pemandangan indah tepi pantai.

Lokasinya hanya 15 minit dari bandar Kuantan. Aktiviti utama di Pantai Balok adalah windsurfing ekoran daripada kesesuaian faktor angin dan arus pantainya serta aktiviti perkhemahan.

Lain daripada itu, jika anda berada di Pantai Balok pada waktu malam, anda boleh mengunjungi kedai-kedai makan di sekitar yang menjual pelbagai hidangan laut segar.

Resort Terdekat

Sepat Village House

4 Tempat menarik di Kuantan untuk family day

Alamat: Kampung Kuala Penur, 26060 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Sepat Village House
Sumber foto: google map

Cari tempat percutian di Kuantan untuk family day? Jom ke Sepat Village House!

Homestay 2 tingkat dengan suasana kampung yang indah serta 5 bilik tidur ini terletak berdekatan Pantai Sepat.

Di samping itu, homestay terkenal ini pernah menjadi lokasi penggambaran sebuah drama terbitan RTM.

BACA JUGA  19 Theme Park Hotel Terbaik Malaysia 2024 (Taman Air Popular)

Halaman homestay yang seluas 2 ekar ini sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti family day, majlis perkahwinan, perkhemahan dan banyak lagi.

Harga bilik: Dari RM 170

Ulasan pengunjung:

"Rumah unik dengan banyak deko kayu. Pemilik rumah sangat rendah diri dan suka menolong. Tempat yang bagus untuk berehat dan menikmati alam semula jadi.." 
Selanjutnya Di Agoda

Menara Kuantan 188

5 Menara di Kuantan

Alamat: Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5135821

Menara Kuantan 188
Sumber foto: google map

Terletak berdekatan dengan Esplanade Kuantan, Menara Kuantan 188 adalah tempat menarik di Pahang untuk dilawati.

Dengan ketinggian 104 meter, menara ini mampu memberikan pemandangan 360 darjah yang mengagumkan sekitar bandar Kuantan.  

Lain daripada itu, pengunjung boleh mengambil gambar dengan latar belakang Sungai Kuantan atau membeli cenderamata yang dijual di lobi menara.

Waktu operasi: Isnin – Khamis (10 pagi – 11 malam) & Jumaat – Ahad ( 10 pagi – 12 pagi)

Hotel Terdekat

Doco Murah Al-Murah

6 Kedai aksesori gadjet di Kuantan

Alamat: 5, B-30, Lorong IM 5/2, Bandar Indera Mahkota, 25300 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5737339

Doco Murah Al-Murah
Sumber foto: google map

Barang murah biasanya kurang berkualiti, tapi tidak di Doco Murah Al-Murah. Kedai ini menawarkan barang-barang murah tapi berkualiti tinggi.

Selain itu, ia juga merupakan kedai aksesori untuk gadjet dan telefon di Kuantan.

Jadi, jom jalan jalan Kuantan dan kunjungi kedai ini untuk mendapatkan aksesori menarik berkualiti dengan harga mampu milik.

Contohnya, ada aksesori menarik seperti casing telefon, kabel usb, monopod, headphone dan banyak lagi yang pasti membuat anda rambang mata!

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 11 malam)

Hotel Terdekat

Restoran Jaman Tory Semambu

7 Restoran di Kuantan

Alamat: Lorong Semambu Baru 42, Taman Semambu 1, 25350 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Restoran Jaman Tory Semambu
Sumber foto: google map

Umum mengetahui bahawa, negeri Tok Gajah ini amat sinonim dengan masakan berasaskan ikan patin. Jadi jom jalan jalan Kuantan cari makan ke Restoran Jaman Tory Semambu.

Restoran ini terkenal di bandar Kuantan kerana menyajikan pelbagai hidangan utama ikan patin seperti patin masak tempoyak, patin goreng, patin stim limau, patin goreng berlada dan patin bakar tempoyak.

Kalau suka makan lauk bersama nasi, pilihlah dari set burung puyuh, set ayam kampung, set patin tempoyak, set daging salai, set orang kampung dan set patin asang rong. Pasti menyelerakan!

Waktu operasi: Khamis – Selasa (11 pagi – 12 tengah malam)

Hotel Terdekat

De Chempedak Guest House

8 Homestay di Teluk Cempedak

Alamat: De Chempedak Guest House, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: –

De Chempedak Guest House
Sumber foto: google map

Di kawasan Teluk Cempedak terdapat sebuah homestay bertaraf 2 bintang yang murah dan menarik untuk pengunjung jadikan destinasi percutian di Kuantan.

De Chempedak Guest House menawarkan 10 bilik dengan 2 pemandangan menghadap alam semulajadi ataupun kebun. Di samping itu, ia berhampiran dengan kawasan Pantai Teluk Cempedak.

Selanjutnya berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini misalnya barbeku, event serta menikmati pemandangan dan deruan ombak tepi pantai.

Selanjutnya Di Agoda

Taman Gelora

9 Taman rekreasi di Kuantan

Alamat: Jalan Dato Abdullah, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Taman Gelora
Sumber foto: google map

Mencari tempat menenangkan dengan keindahan alam semulajadi? Jom ke Taman Gelora, salah satu tempat menarik Pahang untuk dilawati.

Taman rekreasi di tepi pesisir pantai yang lazimnya menjadi tarikan pengunjung untuk berjoging, bersenam dan aerobik.

Terdapat juga laluan pejalan kaki, alatan senaman, pondok rehat dan gerai-gerai makanan untuk kemudahan pengunjung.

Jika datang pada hari Ahad, pengunjung boleh singgah ke Pasar Malam Taman Gelora yang menyediakan pelbagai juadah dan barangan menarik.

Resort Terdekat

Mini Zoo Teruntum

10 Zoo di Kuantan

Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5673333

Mini Zoo Teruntum
Sumber foto: google map

Alami pengalaman bercuti di Kuantan bersama anak-anak pada musim cuti persekolahan dengan melawat Mini Zoo Teruntum bersebelahan Pantai Teluk Cempedak.

Meskipun, sekadar mini zoo namun terdapat banyak perkara menarik untuk pengunjung. Haiwan-haiwan yang ditempatkan sama seperti zoo negara atau zoo negeri.

Keunikan utamanya adalah replika dinasour yang terdiri daripada pelbagai spesies serta pelbagai port menarik untuk ‘kaki gambar’.

BACA JUGA  Thailand Raih RM100 Juta Dari Rakyat Malaysia Dalam Empat Hari!

Selanjutnya, kemudahan asas yang disediakan seperti tandas, tempat letak kereta dan sebagainya untuk kemudahan pengunjung.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang) & Sabtu – Ahad (9 pagi – 7 malam)

Resort Terdekat

Air Terjun Sungai Pandan

11 Air terjun di Kuantan

Alamat: Air Terjun Sungai Pandan, 26250 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Air Terjun Sungai Pandan
Sumber foto: google map

Jom jalan jalan ke tempat menarik di Pahang untuk dilawati iaitu Air Terjun Sungai Pandan atau dikenali sebagai Air Terjun Panching.

Air terjun yang terkenal di Kuantan ini terletak kira-kira 20 minit dari bandar Kuantan, mudah untuk diakses dan dekat dengan tempat letak kereta. Pengunjung juga boleh berkelah, bermandi-manda dan berkhemah.

Menariknya, pengunjung juga berpeluang menyaksikan fenomena pelangi yang timbul tenggelam disebalik percikan air terjun ini. Kemudahan seperti pondok berehat, titian gantung dan kolam mandi kanak-kanak disediakan.

Lain daripada itu, jungle trails ini dipenuhi dengan pokok besar seperti meranti dan keruing dan menawarkan pemandangan indah untuk jalan-jalan di Kuantan.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Pantai Batu Hitam

12 Pantai di Kuantan

Alamat: Pantai Batu Hitam, 26100, Pahang

Telefon: –

Pantai Batu Hitam
Sumber foto: google map

Pernah lihat pantai yang unik mempunyai batu-batuan berwarna hitam? Jika tidak, mari ke tempat percutian di Kuantan iaitu Pantai Batu Hitam.

Hanya 10 minit dari bandar Kuantan, pantai ini lokasi wajib untuk anda singgah. Keunikan batu-batuan hitam di sepanjang pantai ini lazimnya menjadi tumpuan untuk aktiviti fotografi.

Selanjutnya, tidak lengkaplah sebuah pantai tanpa gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan yang enak sambil menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan.

Tambahan pula, terdapat beberapa tempat penginapan yang menarik berhampiran Pantai Batu Hitam.

Hotel Terdekat

Petrosains Play Smart Kuantan

13 Tempat menarik di Kuantan untuk kanak-kanak

Alamat: Jalan Kamunting, 21500, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5142290

Petrosains Play Smart Kuantan
Sumber foto: google map

Mencari tempat menarik di Kuantan untuk kanak-kanak? Tidak perlu membayar untuk masuk? Ya, percuma!

Apa tunggu lagi, jom jalan jalan Kuantan ke Petrosains Play Smart Kuantan yang terletak di dalam Perpustakaan Awam Kuantan. Semestinya, kanak-kanak akan terhibur dan dapat bermain sambil belajar.

Terdapat trek kereta, ruang main bola, pertandingan mewarna dan peluang untuk menerokai dunia sains di dalam Pusat Sains Mini.

Lain daripada itu, pusat ini juga sesuai untuk para guru yang ingin menganjurkan lawatan sambil belajar untuk murid-murid sekolah rendah.  

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

East Coast Mall Kuantan

14 Shopping mall di Kuantan

Alamat: Ground Floor, Jalan Putra Square 6, Putra Square, 25200 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5658600

East Coast Mall Kuantan
Sumber foto: google map

Anda ‘kaki shopping’? Tak lengkaplah kalau tak ke shopping mall setibanya anda ke bandar Kuantan ini!

East Coast Mall merupakan shopping mall yang menempatkan pelbagai barangan mewah serta pusat hiburan dan sukan yang menarik untuk anda.

Bangunan yang terdiri daripada 2 tingkat ini merupakan tempat menarik di Pahang untuk dilawati yang sesuai bagi anda yang ingin mencari barangan berjenama mengikut peredaran fesyen terkini.

Selain itu, terdapat food court yang disediakan untuk anda menjamu selera setelah penat membeli-belah.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Hotel Terdekat

De Rhu Beach Resort

15 Resort di Kuantan

Alamat: 152 Mukim Sungai Karang Balok, 26100 Kuantan, Pahang

Telefon: 09-5579000

De Rhu Beach Resort
Sumber foto: google map

Terdapat pelbagai resort yang menarik di bandar Kuantan seperti Swiss Garden Beach Resort dan Hyatt Regency Resort Kuantan.

Namun tidak kurang hebatnya De Rhu Beach Resort untuk dijadikan destinasi percutian di Kuantan untuk bermalam dengan 162 bilik yang ditawarkan. Resort di tepi pantai ini menempatkan pelbagai jenis kolam renang mengikut kesesuaian peringkat umur.

Dengan fasiliti yang ada pada resort ini misalnya dewan mampu menjadikan ia sesuai untuk melakukan aktiviti seperti team building, seminar dan hari keluarga.

Selanjutnya, resort bertaraf 3 bintang ini terletak betul-betul menghadap Laut China Selatan yang menjadikan ia pemandangan yang sungguh indah.

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Bukit Fraser Paling Popular

Harga bilik: Dari RM 192 semalam

Ulasan pengunjung:

"Merupakan tempat yang bagus untuk percutian keluarga. Sangat dekat dengan pantai. Mesra kanak-kanak.."
Selanjutnya Di Agoda

Villa KuChinta

16 Villa di Kuantan

Alamat: Lot 84, Cherok Paloh, 26060 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Villa KuChinta
Sumber foto: google map

Lihat dari gambar sahaja villa ini sudah cukup tersergam indah apatah lagi lihat dari depan mata pastinya jatuh ‘chinta’ bukan?

Villa KuChinta merupakan tempat menarik di Pahang untuk dilawati sebagai pusat penginapan. Villa yang direka khas berkonsepkan moden dan mewah ini terletak berhampiran dengan Pantai Teluk Cempedak.

Selain itu, ruangan villa yang sangat besar dan luas mampu menempatkan sejumlah ahli keluarga yang ramai. Villa ini terdiri daripada 7 bilik, 5 bilik mandi dan sebuah kolam renang.

Lain daripada itu, pemandangan dengan latar belakang pokok kelapa semestinya menjadi tarikan untuk mengambil gambar terutamanya di waktu senja.

Harga bilik: Tiada maklumat

Ulasan pengunjung:

"Vila itu hebat, bersih dan instagrammable, saya beritahu anda. Halaman belakang rumah yang sangat luas. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Berhampiran pantai tetapi berenang di sana tidak dibenarkan. Tempat yang baik untuk healing."
Selanjutnya Di Agoda

Muzium Sungai Lembing

17 Tempat bersejarah di Kuantan

Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Telefon: 09-5412378

Muzium Sungai Lembing
Sumber foto: google map

Alami pengalaman bercuti di Kuantan dengan menjejakkan kaki ke Muzium Sungai Lembing secara percuma.

Ditubuhkan bagi memperkenalkan sejarah Sungai Lembing sebagai bandar yang kaya dengan pengeluar bijih timah di Pahang. Ia dikenali sebagai lombong bijih timah bawah tanah yang terdalam di dunia.

Muzium 2 tingkat seluas 2.235 hektar ini mempamerkan pelbagai barangan yang terlibat dalam aktiviti perlombongan seperti jentera gerudi dan gerabak keretapi.

Selanjutnya, terdapat juga pameran berkenaan tokoh-tokoh yang terlibat dengan aktiviti perlombongan Sungai Lembing seperti Sultan Abu Bakar dan Tok Janggut.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Sungai Kuantan

18 Sungai di Kuantan

Alamat: Sungai Kuantan, Pahang

Telefon: –

Sungai Kuantan
Sumber foto: google map

Sungai Kuantan terkenal di bandar Kuantan, mengalir dari Sungai Lembing hingga ke Laut China Selatan. Untuk menelusuri Sungai Kuantan, pengunjung perlu singgah ke Jeti Shahbandar dengan menaiki bot Kuantan River Cruise.

Selain itu, pengunjung boleh melihat hidupan liar seperti burung helang terbang atau kera bergayut di pokok bakau serta menemui buaya tembaga yang sedang berjemur di tepian.

Dalam pada itu, keindahan pemandangan di atas bot di sepanjang sungai pada waktu matahari terbenam sungguh mengasyikkan serta berpeluang melihat warna-warni kelip-kelip pada waktu malam.

Resort Terdekat

Pasar Malam Taman Gelora Kuantan

19 Tempat menarik di Kuantan waktu malam

Alamat: Jalan Dato Abdullah, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang

Telefon: –

Pasar Malam Taman Gelora Kuantan
Sumber foto: google map

Ingin berjalan-jalan pada waktu malam di bandar Kuantan? Jom cuci-cuci mata berjalan di Pasar Malam Taman Gelora Kuantan. Pelbagai barangan yang dijual di sini semestinya sesak dengan para pengunjung.

Sehubungan dengan itu, barangan yang dijual seperti barangan aksesori, pakaian, makanan, mainan dan banyak lagi sehingga mampu membuat anda rambang mata.

Waktu operasi: Ahad (5 petang – 9 malam)

Resort Terdekat

Jengka Wonderland

20 Waterpark di Jengka

Alamat: PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang

Telefon: –

Jengka Wonderland
Sumber foto: google map

Meskipun Jengka Wonderland memakan masa hampir 2 jam dari bandar Kuantan dan Kuala Lumpur, ia masih popular di kalangan pengunjung. Terletak di dalam kawasan Felda dan merupakan waterpark pertama dibina dalam kawasan Felda.

Walaupun, ia tidak sehebat waterpark di tempat lain namun ia amat memadai untuk memberi keseronokan kepada pengunjung khususnya kanak-kanak.

Dengan seni bina bangunan Timur Tengah yang penuh warna dan fantasi, waterpark ini mempunyai 5 bahagian kolam termasuk kolam pantai berombak, gelongsor kanak-kanak, kolam permainan bot, dan sungai panjang 500 meter.

Waktu operasi: Jumaat – Rabu (9 pagi – 7.30 malam)

Resort Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kota Bharu
  • Tempat Menarik Di Kuching
Tags: JengkaKuantanpahangtempat menarik di kuantan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved