senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Terkini

Faten Asnida by Faten Asnida
October 19, 2023
in Travel
tempat menarik sungai petani terkini

sumber foto: dreamstime.com

110
SHARES
11k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Taman tema air di Sungai Petani
  • 2. Tempat bersejarah di Sungai Petani
  • 3. Resort di Sungai Petani
  • 4. Tempat mandi di Sungai Petani
  • 5. Tempat mendaki di Sungai Petani
  • 6. Tempat bergambar menarik di Sungai Petani
  • 7. Kedai makan best di Sungai Petani
  • 8. Tempat menarik waktu malam di Sungai Petani
  • 9. Tempat menarik untuk keluarga di Sungai Petani
  • 10. Masjid di Sungai Petani
  • 11. Tapak arkeologi di Sungai Petani
  • 12. Pantai di Sungai Petani
  • 13. Kedai makanan laut di Sungai Petani
  • 14. Aktiviti menarik di Sungai Merbok
  • 15. Tempat menarik untuk honeymoon di Sungai Petani
  • 16. Taman di Sungai Petani
  • 17. Air terjun di Sungai Petani
  • 18. Chalet terapung di Sungai Petani
  • 19. Ikon di Sungai Petani
  • 20. Tempat barangan antik di Sungai Petani

Sungai Petani merupakan bandar terbesar di Negeri Kedah yang terletak 370km dari Kuala Lumpur dan 50km dari Alor Setar.

Apabila anda tiba di sini, anda akan terpesona oleh kehijauan sawah padi yang terbentang luas.

Sungai Petani kini telah menjadi destinasi pelancongan yang semakin popular dan pastinya salah satu tempat yang wajib anda lawati.

Tempat Menarik di Sungai Petani

Anda akan menjumpai pelbagai tempat menarik di Sungai Petani yang boleh dikunjungi bersama keluarga tersayang. Jika anda seorang yang food hunting, anda boleh jalan jalan cari makan di Sungai Petani.

Di bawah ini, kami kongsikan 20 tempat menarik di Sungai Petani Kedah, yang akan membantu anda merancang perjalanan percutian anda di Negeri Jelapang Padi ini. Jom teruskan membaca artikel ini!

The Carnivall Waterpark

1 Taman tema air di Sungai Petani

Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: 04-441 4777

ADVERTISEMENT
The Carnivall Waterpark
Sumber: CintaSayangResort

Selain Berangan Aqua Park, Taman tema air Sungai Petani yang terletak di dalam Cinta Sayang Resort ini menawarkan aktiviti air yang fun dan thrill untuk seisi keluarga.

Bagi kanak-kanak, terdapat juga kawasan yang sesuai untuk mereka, manakala untuk dewasa, cuba roller coaster yang tersedia untuk pengalaman yang lebih adventure!

Pendek kata, The Carnivall Waterpark adalah destinasi wajib yang harus dimasukkan dalam senarai percutian anda di Sungai Petani.

Selanjutnya Di Agoda

Lembah Bujang

2 Tempat bersejarah di Sungai Petani

Alamat: Jalan Lembah Bujang, Bukit Batu Pahat, 08400 Merbok, Kedah

ADVERTISEMENT

Telefon: 04-457 2005

Lembah Bujang
Sumber: TripAdvisor

Lembah Bujang adalah kawasan bersejarah yang terkenal sebagai tempat Tamadun Hindu awal di Malaysia.

Tempat bersejarah Sungai Petani Kedah ini juga merupakan lokasi binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara.

Pelancong sering mengunjungi Lembah Bujang untuk melihat sendiri tapak arkeologi yang termasuk runtuhan candi, struktur bandar, dan peralatan yang digunakan semasa zaman kuno.

Bagi peminat sejarah dan artifak zaman kuno, jom kunjungi Lembah Bujang.

Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang (Setiap hari)

Homestay Terdekat

Damai Park Resort

3 Resort di Sungai Petani

Alamat: No. 123, Hadapan Pejabat Pos, Pekan, 08000 Merbok, Kedah

Telefon: 04-457 3340

Damai Park Resort di Sungai Petani
Sumber foto: google map

Mencari tempat yang menenangkan setelah penat bekerja? Datanglah ke Damai Park Resort.

Tempat ini pasti membuatkan anda jatuh cinta dengan tarikan alam semulajadi yang cukup rileks.

Dengan sungai yang jernih dan suasana yang aman, tempat penginapan ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk mengadakan BBQ dan mandi-manda yang menyeronokkan.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Yan Kedah Untuk Pencinta Alam Semulajadi

Waktu Operasi: 6:30 pagi –10 malam (Setiap hari)

Selanjutnya Di Agoda

Hutan Lipur Rekreasi Tupah

4 Tempat mandi di Sungai Petani

Alamat: Merbok, Kedah

Telefon: –

Hutan Rekreasi Tupah
Sumber foto: google map

Hutan Lipur Rekreasi Tupah ini amat popular dikalangan penduduk tempatan. Terletak di daerah Kuala Muda jarak perjalanan ke Alor Setar hanya 54km.

Mandi manda sambil berkelah menikmati permandangan kehijauan memang mengasyikkan.

Terdapat juga kemudahan seperti surau, tandas dan tempat letak kereta. Air terjun ini sememangnya jernih dan sejuk sesuai untuk day trip bersama keluarga.

Homestay Terdekat

Gunung Jerai

5 Tempat mendaki di Sungai Petani

Alamat: Gunung Jerai, 08300 Yan, Kedah

Telefon: –

Gunung Jerai
Sumber: TripAdvisor

Jika anda seorang pencinta alam, jom hiking Gunung Jerai setinggi 1217 meter dari paras laut yang terletak di daerah Kuala Muda dan Yan.

Gunung tertinggi di Kedah ini menawarkan pemandangan seluruh negeri Kedah dengan suhu sejuk 18-25 darjah Celsius.

Selain itu, anda juga boleh melihat flora dan fauna yang menarik semasa pendakian.

Pastikan untuk melawat Gunung Jerai semasa di Sungai Petani dan ambil peluang ini untuk mengambil gambar Gunung Jerai yang indah.

Hotel Terdekat

Semeling Street Art

6 Tempat bergambar menarik di Sungai Petani

Alamat: 17, Jalan Raya Semeling, Kampung Mata Hari Naik, 08100 Bedong, Kedah

Telefon: –

Semelling Street Art
Sumber: Google Review

Jika anda seorang yang gemar mengambil gambar, jangan lupa singgah sebentar di Semeling Street Art.

Di sini terdapat 95 mural art termasuk lukisan 3D yang dilukis di beberapa dinding kedai lama dan rumah.

Antara watak kartun yang digambarkan ialah Mr. Bean, Elsa, Hello Kitty dan banyak lagi.

Difahamkan juga sebelum ini Pekan Semeling kurang dikenali, tetapi sejak kehadiran mural ini, ramai pelancong yang datang ke sini untuk bergambar.

Resort Terdekat

Dataran Ikan Bakar Pekan Baru

7 Kedai makan best di Sungai Petani

Alamat: 19, Jalan Masjid 1, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: 012-434 5266

Dataran Ikan Bakar Pekan Baru
Sumber foto: google map

Jika anda peminat makanan laut dan food hunting, wajib singgah makan di Dataran Ikan Bakar Pekan Baru.

Kedai ikan bakar ini menyajikan makanan laut segar dan pelbagai pilihan makanan lain yang sedap.

Menu pilihan di sini sudah tentunya ikan bakar yang disalut dengan sos unik mereka.

Jangan risau dengan harga, kerana mengikut ulasan pengunjung yang ada, harga di sini masih lagi berpatutan.

Waktu Operasi: Isnin – Selasa: 10.30 pagi – 11 malam

Hotel Terdekat

Dataran Zero Kilometer

8 Tempat menarik waktu malam di Sungai Petani

Alamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Dataran Zero Kilometer
Sumber: TempatMenarik

Terletak berhampiran dengan Menara Jam Besar, anda boleh melakukan aktiviti bergambar disini.

Jika anda berbulan madu jangan lupa untuk mengabdikan kenangan terindah disini.

Pada waktu malam pula, anda akan ditemani dengan hiasan lampu LED yang berwarna-warni di sepanjang dataran. Memang menarik, bukan?

Hotel Terdekat

Taman Rekreasi Sungai Petani

9 Tempat menarik untuk keluarga di Sungai Petani

Alamat: Taman Rekreasi Sungai Petani, 08000, Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Taman Rekreasi Sungai Petani
Sumber: Mytrip123

Taman Rekreasi yang terletak di Bukit Banyan ini merupakan tempat tumpuan orang ramai yang ingin melakukan riadah dan aktiviti bersama keluarga.

Di sini juga anda dapat melihat pemandangan Bandar Sungai Petani dari atas. Best kan?

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Rembau Untuk Disinggah

Taman Rekreasi Sungai Petani ini menyediakan pelbagai taman permainan yang mampu menarik perhatian anak-anak anda.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah berjogging, berzumba dan banyak lagi.

Hotel Terdekat

Masjid Sultan Muzaffar Shah

10 Masjid di Sungai Petani

Alamat: Jalan Sungai Layar, Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: 04-422 0707

Masjid Sultan Muzafar Shah di Sungai Petani
Sumber: Google Review

Jika anda melawat Sungai Petani, apakata anda singgah menunaikan kewajiban anda di Masjid Sultan Muzafar Shah di Jalan Sungai Layar bersebelahan Taman Jubli Perak.

Mempunyai tempat parkir kereta dan kawasan yang luas memang sesuai dijadikan sebagai tempat persinggahan sebentar.

Bila dah selesai menunaikan kewajiban barulah boleh sambung perjalanan anda di bandar Sungai Petani.

Hotel Terdekat

Tapak Arkeologi Sungai Batu

11 Tapak arkeologi di Sungai Petani

Alamat: Kampung Permatang Samak, 08100 Bedong, Kedah

Telefon: 019-753 7327

tapak arkeologi di sungai petani
Sumber foto: google map

Tempat bersejarah ini merupakan tamadun terawal di Asia Tenggara.

Tapak arkeologi di Malaysia ini wajib untuk anda singgahi jika berada di Sungai Petani kerana anda dapat melihat sendiri tapak-tapak peleburan besi di Sungai Batu.

Dikatakan juga, merupakan tamadun dunia yang sama hebat dengan Angkor Wat Dan Candi Borobudur.

Sebagai rakyat Malaysia anda pasti merasa bertuah kerana di Malaysia juga mempunyai tempat arkeologi atau tamadun awal dunia.

Resort Terdekat

Pantai Merdeka

12 Pantai di Sungai Petani

Alamat: Pantai Merdeka, 08500, Kota Kuala Muda, Kedah

Telefon: –

Pantai Merdeka
Sumber foto: google map

Tak lengkap rasanya percutian di Sungai Petani jika tidak pergi ke pantai Merdeka.

Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas pemandangan indah Gunung Jerai.

Selain itu, Pantai Merdeka ini terkenal sebagai pantai peranginan di kalangan penduduk tempatan.

Antara kemudahan yang ada di sini ialah chalet, tandas, kolam renang dan tempat makan.

Hotel Terdekat

Tanjung Dawai

13 Kedai makanan laut di Sungai Petani

Alamat: 08400, Merbok

Telefon: –

Tanjung Dawai
Sumber: Google Review

Tanjung Dawai tidak kurang popular juga di Sungai Petani. Jika anda penggemar makanan laut Tanjung Dawai merupakan tempat yang wajib anda kunjungi.

Di Tanjung Dawai, anda boleh memborong ikan masin kerana harga disini sangat murah.

Paling menarik, apabila waktu senja kedai makan sedap di Sungai Petani ini menghidangkan makanan laut dan mula meriah dengan lampu di setiap jalan untuk menarik perhatian pelancong.

Homestay Terdekat

Sungai Merbok

14 Aktiviti menarik di Sungai Merbok

Alamat:-

Telefon: –

Sungai Merbok
Sumber: KakiTravel

Sungai Merbok mempunyai pelbagai kisah Sejarah silam terutamanya Kerajaan Kedah Tua yang menjadi tarikan pelancong iaitu Lembah Arkeologi.

Selain itu, Sungai Merbok yang airnya mengalir dari Gunung Jerai ini pasti membuatkan anda terpesona dengan keindahan sungai ini.

Di Sungai Merbok juga terdapat aktiviti yang anda boleh buat antaranya ialah menaiki bot untuk menyusuri sepanjang Sungai Merbok.

Anda juga boleh merasai keenakan tiram mentah atau dimasak stim sambil menikmati pemandangan sungai yang indah.

Homestay Terdekat

Jeti Sungai Semeling

15 Tempat menarik untuk honeymoon di Sungai Petani

Alamat: K167,Kg.Nakhoda Busu Sungai Layar Ujong, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Jeti Sungai Semeling
Sumber: TripAdvisor

Selain Semeling Art Street, Semeling juga mempunyai satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi iaitu Jeti Sungai Semeling.

Terkenal sebagai Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Semeling, tempat ini menawarkan pemandangan yang indah dan kemudahan bot yang membolehkan anda menjelajah Sungai Merbok.

BACA JUGA  19 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150

Tempat ini sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu sambil menikmati keindahan Sungai Merbok.

Menariknya di Kompleks Galeri Bakau, anda boleh mengetahui tentang pokok Bakau, Sejarah Sungai Merbok dan pelbagai jenis Bakau yang unik.

Hotel Terdekat

Taman Jubli Perak

16 Taman di Sungai Petani

Alamat: Taman Jubli Perak, Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Taman Jubli Perak di Sungai Petani
Sumber: Trip Advisor

Taman Jubli Perak yang terletak di Jalan Bendahara ini menyediakan pemandangan serta pokok yang cantik menghijau.

Jika anda sudah sebati dengan kesibukan Bandar, apakata anda singgah di Taman Jubli Perak.

Di sini juga anda boleh berkelah sambil menikmati pemandangan yang sungguh menyegarkan. Terdapat juga kemudahan taman permainan, trek jogging dan peralatan senaman.

Hotel Terdekat

Air Terjun Tupah

17 Air terjun di Sungai Petani

Alamat: Merbok, Kedah

Telefon: –

Air Terjun Tupah
Sumber foto: google map

Terletak di Hutan Lipur Tupah, wajib untuk anda singgah mandi di Air Terjun Tupah dan berkelah bersama keluarga tersayang.

Menikmati pemandangan alam semulajadi yang menyegarkan dapat menghilangkan stress sebentar.

Keindahan Air Terjun Tupah ini juga sesuai dengan anda yang berjiwa photographer untuk merakam gambar dijadikan sebagai kenangan.

Homestay Terdekat

Chalet Terapung Segantang Garam

18 Chalet terapung di Sungai Petani

Alamat: Kuala Segantang Garam, Ban Kota Kuala Muda, Merbok, Kedah

Telefon: 04-457 2117

Chalet Terapung di Sungai Petani
Sumber foto: google map

Masih mencari lagi tempat penginapan di Sungai Petani? Jom bermalam di Chalet Terapung Segantang Garam yang terletak di daerah Kuala Muda.

Terletak kira-kira 12km dari Pekan Merbok, chalet terapung Sungai Petani ini menawarkan 7 chalet yang terapung di atas Sungai Merbok.

Dua daripada chalet tersebut merupakan bilik tidur berhawa dingin dan chalet VIP yang dilengkapi perabot, tv dan ruang santai.

Tambahan pula, chalet Sungai Petani juga menawarkan dewan bermesyuarat dengan kapasiti 80 orang dan set karaoke serta aktiviti memancing.

Homestay Terdekat

Menara Jam Besar Sungai Petani

19 Ikon di Sungai Petani

Alamat: 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah

Telefon: –

Menara Jam Besar di Sungai Petani
Sumber: MyTrip123

Apabila tiba di Sungai Petani, pasti anda akan terpandang menara jam besar di tengah Jalan Ibrahim. Menara jam ini dibina pada tahun 1910 dan siap sepenuhnya pada tahun 1936.

Walaupun usianya telah melebihi 80 tahun, jam ini masih berfungsi sehingga kini. Ia menjadi ikon untuk Sungai Petani dan akan berbunyi jika masuk waktunya.

Rugi jika anda datang ke sini tapi tidak merasai pengalaman seperti ini. Pada waktu malam pula, Menara Jam ini akan diterangi oleh lampu-lampu yang cantik.

Hotel Terdekat

KS Coins & Collectible Antique Shop

20 Tempat barangan antik di Sungai Petani

Alamat: Lot 1-21, Tingkat 1, Village Mall, Legenda Heights 08000, Sungai Petani, Kedah

Telefon: 012-4897099

KS Coins & Collectible Antique Shop di sungai petani
Sumber: Cc Lim

Jika anda merupakan penggemar duit syiling lama serta barang antik, jangan lupa untuk singgah di KS Coins & Collectible Antique Shop.

Kami yakin pasti anda akan rambang mata apabila memasuki kedai ini.

Anda juga boleh menjual barangan antik atau duit syiling lama di kedai ini, kerana mereka turut menyediakan perkhidmatan membeli barangan lama.

Jika anda mempunyai barangan antik dan pengumpul duit syiling lama wajib singgah di sini tau!

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kemaman
  • Tempat Menarik Di Hulu Langat
4/5 - (15 votes)
Tags: kedahsungai petanitempat menarik di sungai petani

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved