senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Tawau Sabah Bumi Peladang

Aira by Aira
June 13, 2024
in Travel
Tempat menarik di Tawau

Sumber foto: diveintomalaysia.com

55
SHARES
5.5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik untuk aktiviti outdoor di Tawau Sabah
  • 2. Pokok hutan hujan tropika tertinggi di dunia yang ada di Tawau Sabah
  • 3. Tempat menarik yang unik di Tawau Sabah
  • 4. Pasar terbesar di Sabah
  • 5. Tempat menarik untuk beginner hiking di Tawau Sabah
  • 6. Hotel di Tawau Sabah
  • 7. Tempat menarik di bandar Tawau
  • 8. Tempat menarik untuk keluarga di Tawau Sabah
  • 9. Tempat menarik untuk pasangan di Tawau Sabah
  • 10. Masjid terbesar di Sabah
  • 11. Tempat bersejarah di Tawau
  • 12. Taman rekreasi di Tawau Sabah
  • 13. Tugu di Tawau Sabah
  • 14. Pantai di Tawau Sabah
  • 15. Tempat menarik untuk bermain golf di Tawau Sabah

Tawau yang dikenali dengan gelaran “Bumi Peladang” ekoran sebahagian besar kawasannya adalah kawasan perladangan yang menempatkan pelbagai tempat menarik di Tawau Sabah.

Selain itu, kawasan yang seluas 55.9 kilometer persegi ini merupakan daerah ke-3 terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan.

Ia dihubungkan dengan Kota Kinabalu dengan jarak 500 kilometer melalui jalan raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Tawau melalui laluan udara dan Pelabuhan Tawau melalui laluan laut.

Tambahan pula, Tawau bersempadan dengan Indonesia yang dihubungkan melalui Terminal Feri Tawau.

Senarai tempat menarik di Tawau

Apabila anda mengunjungi negeri di bawah bayu ini, terdapat banyak tempat bercuti paling best di Tawau Sabah untuk dikunjungi.

Berikut panduan tempat menarik Tawau yang kami sediakan untuk memudahkan checklist destinasi percutian anda.

Maliau Basin

1 Tempat menarik untuk aktiviti outdoor di Tawau Sabah

Alamat: Maliau Basin, Sabah

ADVERTISEMENT

Telefon: 08-8486168

Maliau Basin
Sumber foto: google map

Jika di Ipoh terdapat Lost Word of Tambun manakala di Tawau terdapat Maliau Basin yang dikatakan sebagai ‘Lost World of Sabah’.

Walaupun jaraknya sekitar 190 kilometer dari Tawau, kawasan hutan ini dijaga dengan baik dan sesuai untuk penggemar aktiviti luar.

Untuk mencapai Pagar Keselamatan Maliau Basin, pengunjung perlu menggunakan 4 Wheel Drive sejauh 27 kilometer melalui laluan yang mencabar.

ADVERTISEMENT

Namun, penatnya perjalanan akan segera hilang apabila anda tiba di destinasi ini dan melihat pemandangan beberapa air terjun yang indah.

Antara aktiviti yang biasa dilakukan di sini termasuk jungle trekking dan bird watching.

Semak Harga

Taman Bukit Tawau

2 Pokok hutan hujan tropika tertinggi di dunia yang ada di Tawau Sabah

Alamat: Tawau Hills Park, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Taman Bukit Tawau
Sumber foto: google map

Sekiranya anda ke Tawau, jangan lupa untuk singgah di Taman Bukit Tawau. Ini kerana taman seluas 27 972 hektar ini terdiri daripada berbagai spesies flora dan fauna yang menarik.

Selain itu, keistimewaaan taman ini mempunyai pokok hutan tropika tertinggi di dunia setinggi hampir 90 meter.

Tambahan pula, taman ini terdiri daripada 5 buah sungai utama iaitu Tawau, Merotai, Kinabutan, Mantri dan Balung.

Antara tarikan lain di sini ialah taman botani seperti orkid liar, kolam air panas dan air terjun.

Semak Harga

Batu Bersusun

3 Tempat menarik yang unik di Tawau Sabah

Alamat: Kampung Balung Cocos, 91000 Tawau, Sabah

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Johor Terkini Yang Best 2022

Telefon: –

Batu Bersusun
Sumber foto: google map

Batu Bersusun merupakan tempat menarik Tawau Sabah yang unik dan terletak di Sungai Balung.

Fenomena ratusan batu berbentuk bersegi pentagon ini berlaku akibat penyejukan aliran magma selepas letusan gunung berapi kira-kira 26 ribu tahun yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, negeri Sabah mempunyai kawasan gunung berapi yang tidak aktif seperti Gunung Maria.

Selain dikenali sebagai Columnar Basalt, Batu Bersusun menawarkan pelbagai aktiviti termasuk memancing dan berenang di sungai.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Pasar Tanjung Tawau

4 Pasar terbesar di Sabah

Alamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Pasar Tanjung Tawau
Sumber foto: google map

Kalau di semenanjung ada Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan, di kepulauan Borneo ada Pasar Tanjung Tawau di Sabah.

Pasar tertutup ini mampu memuatkan sehingga 6000 gerai dan menawarkan pelbagai jenis barangan, termasuk yang basah, kering, dan logam.

Jadi, pastikan anda tawar-menawar untuk harga terbaik! Jika anda mencari bahan makanan laut segar, anda boleh melawat Pasar Tanjung Tawau seawal jam 6 pagi.

Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Hutan Simpan Bukit Gemok

5 Tempat menarik untuk beginner hiking di Tawau Sabah

Alamat: Jalan Merotai – Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Hutan Simpan Bukit Gemok
Sumber foto: google map

Beginner dalam hiking? Jom ke Hutan Simpan Bukit Gemok yang menempatkan canopy walk terpanjang di Sabah iaitu sepanjang 380 meter.

Hutan simpan ini juga hanya 30 minit dari bandar Tawau dan menawarkan pelbagai aktiviti sebelum sampai ke puncak termasuk jungle trekking, mendaki bukit dan melalui Canopy Walk Titian Selara di puncak.

Lain daripada itu, beberapa buah pondok disediakan untuk pengunjung berehat sebelum meneruskan perjalanan.

Selepas penat berjalan pengunjung dapat menikmati keindahan pemandangan di puncak bukit Hutan Simpan Gemok. Sememangnya berbaloi!

Semak Harga

Borneo Royale Hotel

6 Hotel di Tawau Sabah

Alamat: Mile 1, Jalan Kuhara, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: 08-9982888

Borneo Royale Hotel
Sumber foto: google map

Jika anda mencari tempat penginapan bertaraf hotel di Tawau, Borneo Royale Hotel adalah pilihan yang ideal. Hotel ini terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah Eastern Plaza.

Pengunjung yang menempah bilik di bahagian atas dapat menyaksikan pemandangan di sekitar bandar Tawau.

Hotel di Tawau ini turut menyediakan kemudahan wifi percuma, pendingin hawa, pusat kecergasan, TV skrin rata dan banyak lagi.

Selanjutnya, terdapat 4 jenis bilik yang boleh dipilih seperti Deluxe Double / Twin, Suite Junior, Superior Double / Twin dan Double / Twin. Penginapan semalam serendah RM151, jom booking di bawah!

Semak Harga

Tawau Waterfront / Tawau Esplanade

7 Tempat menarik di bandar Tawau

Alamat: Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Tawau Waterfront
Sumber foto: google map

Mencari tempat untuk lepak pada waktu petang di sekitar Tawau? Jom lepak di Tawau Waterfront / Tawau Esplanade.

Tempat ini menjanjikan pemandangan laut yang indah dan dari Waterfront ini dapat dilihat Pulau Sebatik.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Sebatik adalah pulau yang berkongsi wilayah di antara dua negara, iaitu sebahagian milik Malaysia dan sebahagian lagi milik Indonesia.

BACA JUGA  19 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150

Tambahan pula, di Waterfront penuh dengan bot-bot nelayan yang merupakan tempat hasil laut segar naik ke darat.  

Semak Harga

Muzium Koko Teck Guan

8 Tempat menarik untuk keluarga di Tawau Sabah

Alamat: TB6853, Batu 2, Jalan Tanjung Batu Laut, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Muzium Koko Teck Guan
Sumber foto: google map

Mencari tempat untuk bersiar-siar bersama keluarga di Tawau? Muzium Koko Teck Guan merupakan destinasi yang ideal untuk seisi keluarga.

Di sini, pengunjung berpeluang menyaksikan proses pembuatan coklat secara langsung di depan mata. Menarik bukan?

Selain itu, terdapat juga produk-produk berasaskan koko seperti minuman coklat, bar coklat, popcorn koko, dan popia koko yang dihasilkan secara terus dari kilang.

Dalam muzium ini juga ditempatkan sejarah peranan koko dalam industri makanan. Bagi anda dan seisi keluarga yang ‘hantu coklat’, wajib singgah ke muzium ini!

Waktu operasi: Isnin – Jumaat (7.30 pagi – 11.30 pagi) & (1 petang – 5 petang) , Sabtu (7.30 pagi – 12.30 tengahari)

Semak Harga

Baca juga: 25 Tempat Menarik Di Pedalaman Sabah Untuk Dikunjungi

Balung River Eco Resort

9 Tempat menarik untuk pasangan di Tawau Sabah

Alamat: Mile 33, Apas Balung, Locked Bag No. 30, Balung, 91009, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Balung River Eco Park
Sumber foto: google map

Balung River Eco Resort merupakan tempat menarik Tawau Sabah yang menarik untuk pasangan.

Selain itu, taman yang cantik dengan keindahan alam semulajadi ini pernah memenangi anugerah Tarikan Alam Semulajadi Terbaik pada tahun 2003.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan bersama pasangan di sini, termasuk berenang, jungle trekking, memancing, berkelah, memerhati burung, berkhemah, dan banyak lagi.

Selanjutnya, turut disediakan tempat penginapan menarik bagi pengunjung berkonsepkan kayu balak dan batuan sungai. Unik bukan!

Semak Harga

Masjid Al-Kauthar

10 Masjid terbesar di Sabah

Alamat: Sabindo Square, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: 08-9767878

Masjid Al-Kauthar
Sumber foto: google map

Masjid Al-Kauthar merupakan masjid terbesar di Sabah yang terletak di dalam bandar Tawau. Ia mampu menampung seramai 16 000 ke 17 000 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Tambahan pula, Masjid Besar Tawau bernilai RM 31.5 juta ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang ke-12 iaitu Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamallulail pada tahun 2004.

Masjid ini dikelilingi oleh landskap hijau, tanaman berbunga, dan menawarkan pemandangan laut yang indah.

Terdapat juga kemudahan seperti kiosk jualan, bilik seminar, perpustakaan, dan tempat letak kereta.

Semak Harga

Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak

11 Tempat bersejarah di Tawau

Alamat: Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah

Telefon: 08-9222679

Tapak Warisan Arkeologi di Tawau
Sumber foto: google map

Bukit Tengkorak merupakan tempat bersejarah di Tawau dengan bukti penemuan tengkorak serta penemuan ribuan tembikar hasil penyelidikan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak.

Selain itu, Bukit Tengkorak yang dipercayai wujud sekitar 3000 tahun dahulu sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara oleh masyarakat Zaman Neolitik.

Di samping itu, ia juga dikenali sebagai tapak pelindung gua batuan volkanik dan sebahagian daripada bibir gunung berapi dengan diameter kira-kira 2 kilometer persegi.

BACA JUGA  22 Tempat Menarik Di Genting Highland Terkini

Selain berkunjung ke muzium, pengunjung juga boleh mendaki ke puncak Bukit Tengkorak setinggi 500 kaki untuk menyaksikan pemandangan yang indah di sekitar perairan Pulan Sipadan.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Taman Rekreasi Air Panas Tawau

12 Taman rekreasi di Tawau Sabah

Alamat: Taman Rekreasi Air Panas Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Telefon: –

Tempat mandi mandi di Tawau
Sumber foto: google map

Taman Rekreasi Air Panas Tawau adalah destinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung yang mencari tempat untuk bersantai dengan trek jogging dan 20 pondok rehat yang tersedia.

Salah satu tarikan utama di sini adalah kolam air panas untuk pengunjung berendam dan melegakan otot serta sendi badan dengan tahap kepanasan yang berbeza antara 30 hingga 60 darjah Celsius.

Selain itu, taman ini juga menyejukkan mata dengan suasana kehijauan dan keindahan pokok-pokok bunga.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Tugu Peringatan Kalabakan

13 Tugu di Tawau Sabah

Alamat: Tugu Peringatan Kalabakan, Tawau, Sabah

Telefon: –

tempat bersejarah di Tawau
Sumber foto: google map

Tugu Peringatan Kalabakan merupakan tugu peringatan di Tawau Sabah yang dibina pada tahun 1969.

Ia bertujuan untuk memperingati di atas pemergian 11 orang wira negara yang terkorban ketika peristiwa konfrontasi Indonesia-Malaysia sekitar tahun 1963.

Lain daripada itu, pengunjung boleh meninjau ke kawasan kampung yang tertua di Kalabakan iaitu Kampung Liasau yang menempatkan sebuah tapak arkeologi.

Semak Harga

Pantai Inderasabah

14 Pantai di Tawau Sabah

Alamat: Pantai Inderasabah, Tawau, Sabah

Telefon: –

Pantai Inderasabah di Tawau
Sumber foto: google map

Menyingkap keindahan tempat bercuti di Tawau yang bukan sahaja ada air terjun, gunung berapi, kolam air panas malah turut terdapat pantai di bandar Tawau ini.

Pantai Inderasabah merupakan kawasan pantai yang agak terpencil di Kampung Inderasabah namun pemandangannya cukup mempesonakan.

Turut dikenali dalam kalangan ‘kaki pancing’ untuk memancing ikan-ikan segar.

Selepas selesai memancing, anda boleh bbq di tepi pantai sambil menikmati hasil laut segar dan angin laut yang menyegarkan.

Semak Harga

Shan-Shui Golf and Country Club

15 Tempat menarik untuk bermain golf di Tawau Sabah

Alamat: Mile 9, Jalan Paya, Sabah, 91008 Tawau

Telefon: 08-9916999

Shan-Shui Golf and Country Club
Sumber foto: google map

Peminat sukan golf? Jom bermain golf di Shan-Shui Golf and Country Club yang direka oleh Nelson dan Haworth dengan 18 lubang dan 72 par.

Padang golf ini pernah dianugerahkan sebagai padang golf terbaik di Asia di dalam majalah Asian Golf Monthly.

Di samping itu, padang ini dikelilingi oleh hutan hijau dan menjadi habitat semula jadi hidupan liar seperti burung, monyet, tupai, serta aliran sungai yang menenangkan.

Lain daripada itu, terdapat penginapan resort berdekatan Shan-Shui Golf and Country Club untuk yang ingin bermalam.

Waktu operasi: Setiap hari (6 pagi – 6.30 petang)

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Sandakan
4/5 - (15 votes)
Tags: sabahTawautempat menarik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved