senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

28 Tempat Menarik Di Kemaman Untuk Jalan-Jalan

Aira by Aira
September 20, 2023
in Travel
tempat menarik di kemaman

Sumber foto: Shutterstock @FarizunAmrod

187
SHARES
18.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Satar terkenal di Kemaman
  • 2. Monica Bay di Chukai Kemaman
  • 3. Warung terkenal di Monica Bay
  • 4. Warung makanan tradisional Terengganu
  • 5. Restoran makanan laut di Kemaman
  • 6. Muzium di Kemaman
  • 7. Tempat makan tengahari di Kemaman
  • 8. Ole-ole terkenal di Kemaman
  • 9. Tempat sarapan pagi di Kemaman
  • 10. Pasar terbesar di Kemaman
  • 11. Pantai di Chukai Kemaman
  • 12. Tempat makan malam di Kemaman
  • 13. Pasar harian di Kemaman                                   
  • 14. Restoran makanan barat di Kemaman
  • 15. Tempat menarik untuk pasangan di Kemaman
  • 16. Restoran timur tengah di Kemaman
  • 17. Resort di Kemaman
  • 18. Tempat percuma di Kemaman
  • 19. Port untuk ‘kaki pancing’ di Kemaman
  • 20. Tempat photoshoot di Kemaman
  • 21. Lemang di Kemaman
  • 22. Tempat menarik di Kerteh
  • 23. Pusat pemuliharaan penyu di Kemaman
  • 24. Pantai dengan batu-batuan menarik
  • 25. Pusat beli-belah di Kemaman
  • 26. Tempat berkelah & hiking di Kemaman
  • 27. Zoo di Kemaman
  • 28. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Kemaman

Terdapat banyak tempat menarik di Kemaman seperti kawasan pantai, pedalaman dan kaki bukit untuk anda jalan-jalan di sekitar.

Terdahulu, bandar Kemaman merupakan 1 daripada 8 daerah yang wujud di dalam negeri Terengganu yang bersempadan dengan negeri Pahang dan Kelantan.

Tambahan pula, mukim Kemaman Terengganu terdiri daripada 11 kawasan. Antara mukim yang dikenali sebagai destinasi tumpuan pengunjung ialah Chukai, Binjai, Kemasik, Kerteh dan Kijal.

Senarai destinasi percutian menarik di Kemaman

Didapati bahawa berbagai gerai menjual makanan tradisional Terengganu yang terdapat di bandar Kemaman Terengganu sehingga terkenal di rata-rata negeri.

Antaranya ialah satar, paung ubi kayu dan keropok lekor Kemaman. Berikut cadangan lokasi di Kemaman untuk anda jalan-jalan di sini. Apa tunggu lagi jom ke Kemaman!

Warung Aziz Satar

1 Satar terkenal di Kemaman

Alamat: T124, Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

ADVERTISEMENT
Warung Aziz Satar di Kemaman
Sumber foto: google map

Kalau ke tempat menarik Kemaman Terengganu, tidak sah jika tidak mencuba makanan tradisionalnya iaitu satar.

Warung Aziz Satar yang sememangnya terkenal dengan makanan satar menjadikan ia sebagai tarikan utama pengunjung dari luar negeri untuk mencuba.

Selain itu, warung ini menjadi tumpuan pengunjung kerana harga makanan yang amat berpatutan.

Bukat setakat itu sahaja, coconut shake, pulut panggang, sotong goreng, udang galah laksa dan laksam turut terdapat di sini.

ADVERTISEMENT

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 7 malam)

Hotel Terdekat

Pantai Teluk Mak Nik

2 Monica Bay di Chukai Kemaman

Alamat: Jalan Paksu, Kampung Geliga Besar, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Pantai Teluk Mak Nik di Kemaman
Sumber foto: google map

Pantai Teluk Mak Nik atau nama lainnya yang menjadi sebutan orang ramai iaitu Monica Bay, salah satu tempat best ala-ala pantai overseas.

Tempat menarik di Kemaman ini amat sesuai untuk aktiviti bersantai bersama keluarga atau sahabat karib pada waktu petang kerana ada wakaf yang disediakan.

Lebih syok lagi beli makanan di Warung Otak-Otak Che Wan serta berkelah tepi pantai sambil menikmati keindahan pantai ini.

Hotel Terdekat

Warung Otak-Otak Che Wan

3 Warung terkenal di Monica Bay

Alamat: Warung Otak-Otak Satar Che Wan, 6209, Jalan Geliga Pantai, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Warung Otak-Otak Che Wan di Kemaman
Sumber foto: google map

Anda mencari tempat makan best di Kemaman? Jom ke Warung Otak-Otak Che Wan yang menjual pelbagai menu masyarakat setempat dan boleh dinikmati di wakaf tepian pantai.

Antara makanan yang disajikan ialah satar, pais, otak-otak, pulut panggang, mee chalong dan banyak lagi. Semestinya menyelerakan!

Waktu operasi: Setiap hari (11 pagi – 7 malam)

Hotel Terdekat

Warung Satar Kak Nab Kuala Kemaman

4 Warung makanan tradisional Terengganu

Alamat: Kampung Geliga Cik Akob, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Warung Satar Kak Nab Kuala Kemaman
Sumber foto: Instagram @jawang77, @naufalkader, @eziariffin, @imnurulhuda

Berbagai pilihan gerai yang menjual satar namun tidak kurangnya Warung Satar Kak Nab Kuala Kemaman yang menyediakan satar Kemaman yang enak.

Namun begitu, makanan istimewa yang pengunjung wajib cuba yang tidak ada di gerai-gerai lain ialah Paun Ubi Kayu. Ia merupakan signature dish di sini.

Lain daripada itu, makanan tradisional Terengganu yang lain dijual di sini seperti otak-otak, pulut panggang, laksam, keropok lekor Kemaman dan laksa Terengganu

Waktu operasi: Setiap hari (12 tengahari – 7 malam)

Hotel Terdekat

Maggi Ketam Bistro Kemaman

5 Restoran makanan laut di Kemaman

Alamat: No. 1 Gerai Pelbagai Geliga,, Geliga, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Maggi Ketam Bistro Kemaman
Sumber foto: google map

Anda penggemar makanan laut seperti ketam nipah? Jom singgah ke Maggi Ketam Bistro Kemaman yang menjamin kesegaran makanan lautnya 100%!

Selain itu, ketam nipah masak maggi dan masak lada merupakan juadah yang popular dalam kalangan pengunjung yang hadir.

Dalam pada itu, pengujung boleh memilih ketam yang diinginkan mengikut kehendak saiz dan bajet sendiri.

Waktu operasi: Setiap hari (4.30 petang – 1.30 pagi)

Hotel Terdekat

Muzium Kemaman

6 Muzium di Kemaman

Alamat: Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

BACA JUGA  Tempat Bersejarah di Mekah: Panduan Lengkap untuk Pengalaman Ibadah yang Mabrur

Telefon: –

Muzium Kemaman
Sumber foto: google map

Muzium Kemaman merupakan muzium negeri di Terengganu yang diwujudkan pada tahun 2012.

Meskipun muzium 2 tingkat ini tidaklah sebesar mana, namun ia padat dengan pelbagai informasi berkenaan negeri Terengganu.

Selain itu, informasi tentang tokoh-tokoh, pembesar-pembesar, fakta dan sejarah Terengganu turut dipamerkan di sini.

Tambahan pula, barangan yang dipamerkan seperti mata wang, duit lama Terengganu, artifak-artifak dan foto-foto lama menjadi tatapan umum di Muzium Kemaman ini. 

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (9 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Restoran Ani Selera Kampung / Kedai Nasi Budu

7 Tempat makan tengahari di Kemaman

Alamat: Kedai Nasi Budu – Ani Selera Kampung, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: 013-9987465

Restoran Ani Selera Kampung -Kedai Nasi Budu
Sumber foto: google map

Restoran Ani Selera Kampung atau Kedai Nasi Budu merupakan lokasi terbaik untuk makan tengahari di bandar Kemaman ini.

Selain itu, lauk-pauk selera kampung yang disediakan serta terletak berhampiran dengan Sungai Kemaman membuatkan feel kampung benar-benar terasa.

Tambahan pula, menu pantai timur seperti singgang, gulai dan ulam budu merupakan menu popular dalam kalangan pengunjung yang menjamu selera.

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (11 pagi – 4.30 petang)

Hotel Terdekat

Kedai Keropok Lekor Cap Delima

8 Ole-ole terkenal di Kemaman

Alamat: Kedai Keropok Lekor Cap Delima, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Kedai Keropok Lekor Cap Delima
Sumber foto: google map

Selain satar, kerepok lekor Kemaman turut menjadi sebagai ole-ole untuk pengunjung bawa pulang. Kerepok Lekor Cap Delima merupakan kedai keropok lekor Kemaman yang terkenal di sini.

Antara menu berasaskan keropok lekor yang boleh didapati ialah jenis besar, frozen, vacuum, cheezy cheese, cheese ball dan satar frozen.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5.25 petang)

Hotel Terdekat

Kedai Kopi Hai Peng Kemaman

9 Tempat sarapan pagi di Kemaman

Alamat: K-3753, Jalan Sulaimani, Kampung Gong Pauh, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: 09-8597810

Kedai Kopi Hai Peng Kemaman
Sumber foto: Instagram @diari.archive, @yanarosziana, ,@ilyadancafe, google map

Mencari Kemaman port untuk sarapan pagi? Mari sarapan ke Kedai Kopi Hai Peng yang menjadi signature di bandar ini sejak tahun 1940.

Selain itu, menu yang menjadi pilihan pengunjung di kedai antik ini ialah kopi, roti bakar dan telur arang.

Dalam pada itu, tidak lengkaplah berkunjung ke sini tanpa menikmati kopinya yang segar dan bijinya juga dipanggang di kedai ini. Menarik bukan?

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (7 pagi – 5 petang)

Hotel Terdekat

Pasar Besar Kemaman (Pasar Besar Chukai)

10 Pasar terbesar di Kemaman

Alamat: Jalan Sulaimani, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Pasar Besar di Kemaman
Sumber foto: google map

Pasar Besar Kemaman atau dikenali Pasar Besar Chukai merupakan pasar terbesar di Kemaman yang menyediakan keperluan harian penduduk setempat.

Selain itu, kebanyakan barang dagangan yang dijual di sini ialah barangan basar yang segar dan barangan kering.

Di samping itu, makanan tradisional orang Terengganu serta barangan kraftangan boleh ditemui pengunjung di pasar ini yang dibuka setiap hari.

Hotel Terdekat

Pantai Chendor

11 Pantai di Chukai Kemaman

Alamat: Pantai Chendor, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Pantai Chendor di Kemaman
Sumber foto: google map

Pantai Chendor ialah pantai yang terletak di sempadan antara dua negeri iaitu Terengganu dan Pahang.

Selain itu, tempat menarik di Kemaman ini amat cantik dengan keindahan pasir pantai yang putih dan halus serta bayu laut yang menenangkan.

Pengunjung boleh menikmati makanan yang dijual di gerai berhampiran dan berkelah sambil menyaksikan panorama matahari terbenam serta bot-bot nelayan.

Untuk menyaksikan penyu bertelur di pantai ini, pengunjung boleh berkunjung pada waktu yang sesuai iaitu di antara bulan April hingga September.

Homestay Terdekat

Restoran Terapung Bakau Tinggi

12 Tempat makan malam di Kemaman

Alamat: Jalan Bakau Tinggi, Kampung Paya, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Restoran Terapung Bakau Tinggi
Sumber foto: google map

Mencari tempat makan malam yang best di Kemaman? Jom dinner di Restoran Terapung Bakau Tinggi atau 3K Café yang terapung di atas Sungai Chukai.

Restoran berlatar belakangkan sungai dan pohon-pohon hijau ini menyajikan pelbagai menu menarik untuk pengunjung.

Antaranya ialah masakan panas, ikan bakar, western food dan banyak lagi yang dijamin sedap dan menyelerakan.

Waktu operasi: Ahad – Khamis (12 tengahari – 11 malam) & Jumaat – Sabtu (5 petang – 11 malam)

Hotel Terdekat

Pasar Binjai

13 Pasar harian di Kemaman                                   

Alamat: Kampung Gong Kapur, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Pasar Binjai
Sumber foto: Facebook @Amazing Terengganu, google map

Pasar Binjai yang seakan-akan pasar tani merupakan pasar harian yang diniagakan oleh masyarakat setempat.

Ia tidaklah terlalu besar seperti pasar-pasar yang sedia ada di Kemaman, namun berbagai jenis barangan yang boleh didapati di sini.

Antaranya ialah, sarapan pagi, kuih muih Terengganu seperti paung, bronok dan tok aji serban, barangan bundle, hasil pertanian orang kampung dan pelbagai barangan keperluan harian lain.

Hotel Terdekat

Keladi Western Hut

14 Restoran makanan barat di Kemaman

Alamat: PT6246, TINGKAT BAWAH, Jalan Air Putih, 24000 Chukai, Terengganu

Telefon: –

Keladi Western Hut
Sumber foto: google map

Anda mempunyai alahan terhadap makanan berasaskan ikan dan seafood? Keladi Western Hut merupakan lokasi ideal untuk anda menjamu selera.

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Di Dungun Yang Menenangkan Fikiran

Tempat makan menarik di Kemanan ini berasaskan makanan barat ini menyajikan pelbagai menu makanan barat yang best dengan harga mesra rakyat.

Antaranya ialah pasta, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi untuk anda membuat pilihan.  

Waktu operasi: Sabtu – Khamis (4 petang – 12 pagi)

Hotel Terdekat

Kijalena Beach B&B

15 Tempat menarik untuk pasangan di Kemaman

Alamat: Lot 316, Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

Telefon: –

Kijalena Beach B&B
Sumber foto: google map

Mencari tempat penginapan yang lain dari yang lain bersama pasangan anda? Kijalena Beach B&B merupakan lokasi ideal untuk bercuti.

Rumah penginapan mini ini terletak strategik di pesisiran pantai Kuala Kemaman yang jauh dari kesibukan kota.

Terdapat 4 bilik tidur yang disediakan di mana 3 daripadanya adalah bersaiz standard dan kolam renang.

Memandangkan ia terletak di dalam perkampungan Kijal, anda boleh bersiar-siar bersama pasangan merasai durian kampung yang dikatakan makanan popular di perkampungan ini.

Harga bilik: Tiada maklumat

Ulasan pengunjung:

"Tempat yang tenang, permata tersembunyi. Mesra kanak-kanak. Lokasi hebat kerana ia betul-betul di tepi pantai. Menyukai tempat itu terutamanya pemandangan dari bilik"
Selanjutnya Di Agoda

Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant

16 Restoran timur tengah di Kemaman

Alamat: Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

Telefon: 09-8588232

Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant
Sumber foto: google map

Mencari tempat penginapan dan restoran yang menyajikan menu enak di Kemaman? Al Safina Kijal Beach Resort & Restaurant merupakan destinasi yang anda patut tuju.

Resort yang tersergam indah di tepi pantai ini terdapat restoran masakan timur tengah yang patut dicuba oleh pengunjung.

Misalnya menu, lamb mandy, chicken mandy, chicken haneath dan lamb haneath merupakan menu terbaik sebagai tarikan pelanggan.

Harga bilik: Bermula dari RM 330 (Harga promosi RM 178)

Ulasan pengunjung:

"Percutian keluarga, percutian yang hebat dan menyeronokkan dengan detik penyembuhan di pantai serta pemandangan terbaik.."
Selanjutnya Di Agoda

Resort World Kijal

17 Resort di Kemaman

Alamat: Km 28, 24210, Jalan Kemaman – Dungun, Kampung Meraga Beris, 24100 Kijal, Terengganu

Telefon: 09-8641188

Resort World Kijal
Sumber foto: google map

Resort World Kijal beroperasi pada tahun 1996 dan mempunyai 368 bilik yang menghadap Laut China Selatan.

Selain itu, resort ini terbahagi kepada 3 Wings iaitu North Wings dan Main Wings untuk bilik jenis standard manakala South Wings untuk bilik jenis Suite dan Presidential Suite.

Selanjutnya, berbagai aktiviti yang boleh dilakukan sambil menginap di sini seperti bermain golf, aktiviti pantai, melihat penyu bertelur, beriadah dan sebagainya.

Harga bilik: Bermula dari RM 394 (Harga promosi RM 200)

Ulasan pengunjung:

"Tempat percutian sesuai untuk keluarga dengan anak kecil. Di satu sisi ia mempunyai padang Golf dan gunung manakala di sisi lain ia mempunyai laut yang luas..."
Selanjutnya Di Agoda

Pantai Rekreasi Teluk Kalong

18 Tempat percuma di Kemaman

Alamat: Teluk Kalong, 24100 Kijal, Terengganu

Telefon: –

Pantai Teluk Kalong
Sumber foto: google map

Mencari tempat percuma di Kuala Kemaman? Pantai Rekreasi Teluk Kalong merupakan tempat bercuti menarik untuk dikunjungi.

Selain itu, pantai cantik yang terletak hanya bersebelahan dengan Kuari Teluk Kalong ini menyediakan berbagai gerai makanan oleh penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berkelah, berjoging, bermain futsal dan banyak lagi.

Hotel Terdekat

Kolam Memancing Air Masin Kijal

19 Port untuk ‘kaki pancing’ di Kemaman

Alamat: Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

Telefon: –

Kolam Memancing Air Masin Kijal
Sumber foto: Facebook @Fahmi Kijal Salt Water, google map

Mencari Kemaman port untuk ‘kaki pancing’? Kolam Memancing Air Masin Kijal merupakan tempat yang dicari oleh ‘kaki pancing’ di luar sana.

Selain itu, lokasinya yang terletak berdekatan dengan penginapan tepi pantai Kijalena Beach B&B dan Resort World Kijal memudahkan lokasi ini diakses.

Antara spesies ikan air masin untuk dipancing ialah siakap putih, jenahak, senangin dan banyak lagi.

Waktu operasi: Setiap hari (4 petang – 3 pagi)

Resort Terdekat

Pantai Penunjuk Kijal

20 Tempat photoshoot di Kemaman

Alamat: Jalan Pantai Penunjuk, 24100 Kijal, Terengganu

Telefon: –

Pantai Penunjuk Kijal
Sumber foto: ffterengganu.blogspot.com

Pantai Penunjuk Kijal yang terdiri daripada batu-batuan besar yang unik semestinya menjadi tumpuan penggemar fotografi mengumpul koleksi mereka.

Di samping itu, bentuk fizikal yang lebar dan landai menjadikan kawasan ini sesuai untuk aktiviti perkelahan.

Perlu diingatkan aktiviti mandi-manda tidak digalakkan kerana arusnya sangat kuat. Tempat menarik di Kemaman ini juga berhampiran dengan pusat beli-belah Mesra Mall.

Hotel Terdekat

Gerai Lemang Kijal

21 Lemang di Kemaman

Alamat: Gerai Lemang Kijal, 24100 Kijal, Terengganu

Telefon: –

Gerai Lemang Kijal
Sumber foto: google map

Sekiranya anda berkunjung ke perkampungan Kijal, jangan lupa singgah ke Kemaman port Gerai Lemang Kijal yang legend ini.

Lemang Kijal yang dikatakan sangat gebu dan lemak ini menggunakan resipi rahsia turun-temurun keluarga peniaga lemang di sini.

Tambahan pula, harga untuk sebatang lemang bergantung kepada saiz buluh yang digunakan. Misalnya, semakin kecil saiz buluh digunakan semakin murah harga lemang tersebut.

BACA JUGA  Rasai Bandar Hong Kong Sebenar Di Pameran Immersive Hong Kong

Lain daripada itu, rendang daging, serunding daging dari Kampung Laut, Kelantan dan jeruk buah turut dijual di sini.

Waktu operasi: Selasa – Sabtu (8 pagi – 10 malam) & Ahad (8 pagi – 6 petang)

    Hotel Terdekat

    Pantai Rekreasi Kuala Kertih

    22 Tempat menarik di Kerteh

    Alamat: Pantai Muara Sungai Kerteh, 24300 Kerteh, Terengganu

    Telefon: –

    Pantai Rekreasi Kuala Kertih
    Sumber foto: google map

    Pantai Rekreasi Kuala Kertih merupakan tempat yang sesuai untuk bersantai sambil menenangkan fikiran. Menariknya di sini, pengunjung dapat menyaksikan keindahan pertembungan air sungai dan air laut.

    Di samping itu, pada waktu petang kawasan ini dipenuhi dengan pengunjung untuk berjoging dan bersenam.

    Manakala terdapat berbagai restoran makanan laut segar seperti ikan bakar yang beroperasi pada sebelah malam.

    Hotel Terdekat

    Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah

    23 Pusat pemuliharaan penyu di Kemaman

    Alamat: Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah, 24300 Kerteh, Terengganu

    Telefon: 09-8444169

    Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah
    Sumber foto: google map

    Negeri Terengganu lazimnya dikaitkan dengan penyu yang boleh disaksikan sendiri di Pusat Santuari Penyu Ma’ Daerah.

    Pusat ini ditubuhkan sebagai langkah untuk mengelakkan populasi ini diancam kepupusan di perairan pantai Terengganu.

    Di samping itu, pengunjung boleh alami pengalaman melihat penetasan telur penyu dan melepaskan anak-anak penyu ke pantai. Menarik bukan?

    Waktu operasi: Sepanjang musim penyu bertelur (April – Ogos)

    Resort Terdekat

    Pantai Kemasik

    24 Pantai dengan batu-batuan menarik

    Alamat: Kampung Baru, 24210 Kemasik, Terengganu

    Telefon: –

    Pantai Kemasik di Kemaman
    Sumber foto: google map

    Setiap pantai mempunyai keunikan yang tersendiri begitu juga tarikan Kemaman ini iaitu Pantai Kemasik yang indah dengan pasir keemasan dan air yang jernih.

    Hal ini terjadi kerana, lokasi Pantai Kemasik yang menghadap lautan membuatkan tiada lumpur mendak di perairan pantai ini.

    Selain itu, terdapat tebing bukit berbatu yang unik di sebelah pantai ini yang sesuai untuk aktiviti bergambar.

    Hotel Terdekat

    Mesra Mall

    25 Pusat beli-belah di Kemaman

    Alamat: Mesra Mall Lot 6490, Jalan Kemaman-Dungun, Daerah Kemaman, 24200 Kemasik, Terengganu

    Telefon: –

    Mesra Mall
    Sumber foto: google map

    Bagi anda ‘kaki shopping’, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Mesra Mall dengan satu-satunya Cineplex di Terengganu ini.

    Lokasi membeli-belah moden ini menempatkan pelbagai barangan berjenama, pusat sukan seperti boling, gelanggang skuasy dan futsal serta medal selera berbentuk kontemporari.

    Tambahan pula, terdapat dewan serbaguna seluas 200 000 kaki persegi yang sesuai untuk menganjurkan acara pameran, pemasaran dan jamuan untuk 800 orang tetamu.

    Resort Terdekat

    Pantai Marina Telaga Simpul

    26 Tempat berkelah & hiking di Kemaman

    Alamat: Jalan Pantai Marina, 24000 Kemaman, Terengganu

    Telefon: –

    Pantai Marina Telaga Simpul di Kemaman
    Sumber foto: google map

    Pantai Marina Telaga Simpul ialah sebuah pantai yang terletaknya sebuah telaga yang dikenali sebagai Telaga Simpul yang menjadi punca bekalan air bersih untuk penduduk setempat.

    Kawasan ini juga mempunyai laluan jungle trekking dan hiking serta inilah tempat rekreasi terbaik di Kemaman.

    Selain itu, pelbagai aktiviti pantai yang boleh dilakukan di tempat menarik di Kemaman ini seperti berkelah sambil menikmati pemandangan yang mempesonakan.

    Lain daripada itu, kemudahan asas seperti tandas, surau, pondok rehat, berbagai gerai makan dan taman permainan kanak-kanak turut didapati di pantai ini.

    Hotel Terdekat

    Taman Rekreasi & Zoo Kemaman

    27 Zoo di Kemaman

    Alamat: Majlis Perbandaran Kemaman, Kampung Tabuan, 24000 Kemaman, Terengganu

    Telefon: 09-8596644

    Taman Rekreasi & Zoo di Kemaman
    Sumber foto: Instagram @zookemaman

    Taman Rekreasi & Zoo Kemaman salah sebuah lokasi menarik untuk day trip bersama keluarga yang terletak sejauh 15 kilometer dari Pantai Cherating, Pahang.

    Kawasan yang seluas 35 ekar ini menempatkan kebun buah-buahan, taman herba, zoo mini dan perkhidmatan river cruise untuk menyaksikan kelip-kelip di Sungai Yah Yah.

    Selain itu, kawasan zoo mini ini mempunyai 54 spesies haiwan seperti singa, harimau, orang utan, gajah dan pelbagai haiwan eksotik yang lain.

    Lain daripada itu, perkhidmatan sewaan kereta kuda turut terdapat di sini bagi pengunjung yang inginkan kelainan ketika melawat Zoo Kemaman.

    Harga tiket:

    1. River cruise (dewasa: RM 7 | kanak-kanak: RM 5)
    2. Taman rekreasi (dewasa: RM 10 | kanak-kanak: RM 7 | warga emas/oku: percuma)
    3. Kolam mandi: RM 5
    4. Servis tram: percuma

    Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

    Hotel Terdekat

    Rimbun Dahan Turtle Hatchery

    28 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Kemaman

    Alamat: Jalan Pantai Chendor, Jln Kuantan – Kemaman, Kg Chendor, 26080 Balok, Pahang

    Telefon: –

    Anak penyu di Kemaman
    Sumber foto: google map

    Rimbun Dahan Turtle Hatchery yang diasaskan dan diusahakan oleh arwah Ariffin bin Hassan (paksu) sejak 2013 kini dijaga oleh keluarganya.

    Di samping itu, alami pengalaman memegang anak penyu, melihat anak-anak penyu dilepaskan ke laut sebagai memori indah bersama anak-anak anda.

    Tambahan pula, pelbagai informasi penting dalam penjagaan penyu turut dipaparkan di sini.

    Waktu operasi: Setiap hari (5 petang – 7 malam)

    Hotel Terdekat

    Artikel Berkaitan

    • Tempat Menarik Di Sungai Petani
    • Tempat Menarik Di Gombak
    • Tempat Menarik Di Pulau Perhentian
    4/5 - (15 votes)
    Tags: cheratingtempat menarik di Kemamanterengganu

    Popular Minggu Ini

    • tempat menarik di manjung perak terkini

      15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

      406 shares
      Share 162 Tweet 102
    • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

      132 shares
      Share 53 Tweet 33
    • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

      121 shares
      Share 116 Tweet 2
    • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

      248 shares
      Share 99 Tweet 62
    • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

      0 shares
      Share 0 Tweet 0

    senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


    A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

    Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

    • Dasar Privasi
    • Pengiklanan / Advertise
    • Kewangan
    • Teknologi
    • Travel
    • Lifestyle
    • Islamik
    • Pengiklanan

    A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

    Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved