senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Parit Buntar Bandar Membaca

Aira by Aira
April 26, 2024
in Travel
Tempat menarik di Parit Buntar

Sumber foto: google map

174
SHARES
17.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Mercu tanda di Parit Buntar
  • 2. Hotel di Parit Buntar
  • 3. Homestay di Parit Buntar
  • 4. Tempat makan best di Parit Buntar
  • 5. Pantai di Parit Buntar
  • 6. Taman rekreasi di Parit Buntar
  • 7. Pasar malam di Parit Buntar
  • 8. Tempat menarik waktu malam di Nibong Tebal
  • 9. Taman menarik untuk keluarga di Nibong Tebal
  • 10. Taman rekreasi di Taiping
  • 11. Seni lukisan di Taiping
  • 12. Tempat menarik untuk hiking di Taiping
  • 13. Kilang pembuatan arang di Taiping
  • 14. Hutan paya bakau terbesar di Malaysia
  • 15. Resort di Taiping
  • 16. Muzium telegraf pertama di Asia Tenggara

Dikenali dengan jolokan nama “Bandar Membaca” dan “Rice Bowl of Perak” menjadikan ia sebagai tempat menarik di Parit Buntar Perak.

Pusat bandar Parit Buntar merupakan bandar yang terbesar di daerah Kerian dan berhampiran dengan Taiping, Nibong Tebal di Pulau Pinang dan Bandar Baharu di Kedah.

Asal usul Parit Buntar Malaysia bersempena dengan nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar yang terkenal dengan pembinaan Parit Sungai Kerian untuk disalurkan ke sawah padi.

Senarai tempat menarik di Parit Buntar

Parit Buntar Malaysia adalah lokasi yang strategik untuk dijadikan destinasi melancong.

Hal ini kerana, ia adalah sebuah kawasan yang berhampiran dengan negeri-negeri lain seperti Kedah dan Pulau Pinang.

Oleh itu, telah disediakan senarai 16 tempat menarik Parit Buntar serta kawasan yang berhampiran untuk dikunjungi.

Menara Jam Besar

1 Mercu tanda di Parit Buntar

Alamat: 93, Jalan Teh Peh Kong, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak

ADVERTISEMENT

Telefon: –

bangunan ikonik di parit buntar
Sumber foto: google map

Mercu tanda di Parit Buntar Perak tidak lain tidak bukan iaitu Menara Jam Besar sebagai tempat menarik di Parit Buntar.

Selain itu, bangunan ikonik ini menjadi lambang kemajuan dan kemakmuran bagi penduduk pusat bandar Parit Buntar yang bebas dari penjajah.

Tambahan pula, ia telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961.

ADVERTISEMENT

Untuk rekaannya pula menampakkan bentuk seolah-olah kubah masjid dan ditempatkan sebuah jam di setiap sisi menara tersebut.  

Semak Harga

O&G Hotel Parit Buntar

2 Hotel di Parit Buntar

Alamat: 1, Jalan Wawasan 2, Taman Wawasan Jaya, 34200 Parit Buntar, Perak

Telefon: –

gambar O&G Hotel Parit Buntar
Sumber foto: google map

Hotel yang berkonsepkan moden iaitu O&G Hotel Parit Buntar merupakan tempat terbaik untuk menginap di Pusat Bandar Parit Buntar.

Hal ini kerana, ia berhampiran dengan 3 lokasi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kulim dan Butterworth.

Hotel dengan rating 9.1 ini menyediakan kemudahan asas seperti taman, wifi, parkir kenderaan, pendingin hawa, TV, dan bilik mandi.

Dua jenis bilik yang disediakan iaitu 2 katil single untuk superior twin dan 1 katil double besar untuk deluxe king. Biliknya sangat luas, selesa dan staff friendly.

Seramai 721 orang telah menginap di hotel yang paling popular di Parit Buntar ini! Penginapan semalam serendah RM169!

Selanjutnya Di Agoda

Ikan Kurau Homestay

3 Homestay di Parit Buntar

Alamat: Jln Pantai, 34350 Kuala Kurau, Perak

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Gombak Untuk Aktiviti Outdoor

Telefon: –

Homestay menarik di parit buntar
Sumber foto: google map

Mencari penginapan yang menenangkan jiwa sambil memancing?

Jom menginap di Ikan Kurau Homestay iaitu homestay yang menghadap laut sambil melihat keindahan pemandangan matahari terbenam.

Terdahulu, Kuala Kurau merupakan perkampungan nelayan kecil di mana terletaknya homestay yang berusia kira-kira 50 tahun lamanya.

Terdapat beberapa jenis bilik yang disediakan iaitu asrama, bilik street view dan bilik pemandangan laut berserta kemudahan asas yang disediakan.

Semak Harga

Brader’s Cafe

4 Tempat makan best di Parit Buntar

Alamat: 55, Jalan Perwira, pusat bandar baharu, 34200 Parit Buntar, Perak

Telefon: 04-5945776

western food di parit buntar
Sumber foto: google map

Brader’s Café salah satu tempat menarik di Parit Buntar Perak untuk penggemar western food.

Selain itu, menu chicken chop terbesar yang dikenali dengan nama “The Giant Chicken Chop” merupakan tarikan utama di kafe ini dengan harga yang berbaloi.

Bukan di Parit Buntar sahaja malah kafe ini turut mempunyai cawangan lain di Jawi, Taiping dan Bagan Serai.

Tambahan pula, beraneka menu sampingan turut disajikan di sini seperti spaghetti, lamb grill, homemade burger dan nasi ayam penyet.

Semak Harga

Pantai Ban Pecah

5 Pantai di Parit Buntar

Alamat: Pantai Ban Pecah, 34350 Kuala Kurau, Perak

Telefon: –

Pantai Ban Pecah
Sumber foto: google map

Tumpuan lokasi bercuti selalunya tidak lengkap jika tidak singgah bersantai di pantai.

Keindahan pantai Ban Pecah dengan keunikan bongkah batu tidak dapat disangkal lagi.

Pelbagai aktiviti kebiasaan di pantai seperti memancing, bergambar, membina istana pasir dan mandi-manda boleh dilakukan di sini.

Lain daripada itu, kawasan berhampiran pantai ini ialah Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Semak Harga

Taman Pinggiran Sungai Kerian

6 Taman rekreasi di Parit Buntar

Alamat: 23, Jalan Sungai, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak

Telefon: –

suasana taman rekreasi di parit buntar
Sumber foto: google map

Sebuah taman rekreasi di Taman Pinggiran Sungai Kerian merupakan lokasi strategi untuk dikunjungi di Parit Buntar Malaysia.

Hal ini kerana, ia merupakan titik pertembungan antara 3 negeri sebelah utara iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Menarik bukan?

Selain itu, terletak di tepi Sungai Kerian dan mempunyai landskap yang cantik membolehkan aktiviti seperti memancing, berbasikal dan berjoging dilakukan dengan tenang.

Semak Harga

Pasar Malam Pekan Lama Parit Buntar

7 Pasar malam di Parit Buntar

Alamat: Jalan Menteri, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Perak

Telefon: –

aneka juadah di pasar malam Parit Buntar
Sumber foto: google map

Pasar Malam Pekan Lama Parit Buntar yang terletak berhadapan Menara Jam Besar cukup gamat dengan kehadiran pengunjung pada setiap hari Jumaat.

Pelbagai deretan kedai yang menjual pelbagai barangan dengan harga berpatutan yang boleh diperoleh di sini.

Antara menu yang best di sini seperti nasi campur, mee sup, burger, ayam gunting, boba dan ice blended.

Semak Harga

Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal

8 Tempat menarik waktu malam di Nibong Tebal

Alamat: Jeti Kelip-kelip, Jalan Pasar Lama, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Jelebu Yang Anda Harus Tahu

Telefon: 04-5935516

Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal
Sumber foto: Facebook @Amazing Nibong Tebal firefly jetty

Dari Parit Buntar ingin menuju ke Nibong Tebal, jangan lupa untuk singgah ke Jeti Kelip-Kelip Nibong Tebal pada waktu malam.

Alami melihat keindahan cahaya kelip-kelip seakan-akan kelipan bintang di pokok bakau pada waktu malam dengan menaiki bot menelusuri di sepanjang sungai.   

Namun begitu, diingatkan untuk tidak membuat bising ketika berkunjung ke sini agar kelip-kelip tidak hilang dari pandangan.

Lain daripada itu, bagi anda yang ingin mencari tempat makan berdekatan jeti ini bolehlah singgah ke Kafe Jeti Kelip-Kelip.  

Waktu operasi: Setiap hari (7.30 malam – 9.30 malam)

Semak Harga

Taman Negeri Bukit Panchor

9 Taman menarik untuk keluarga di Nibong Tebal

Alamat: Jalan Taman Bukit Negeri, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang

Telefon: 04-5932977

Taman Negeri Bukit Panchor
Sumber foto: google map

Taman Negeri Bukit Panchor merupakan tempat percutian terbaik untuk seisi keluarga di Nibong Tebal.

Selain itu, kawasan seluas 155 hektar juga dikenali sebagai Hutan Lipur Bukit Panchor dan bersempadan dengan negeri Kedah.

Di samping itu, kawasannya yang agak lapang membolehkan aktiviti berkelah dan bermandi-manda dilakukan di sini.

Lain daripada itu, bagi antara ahli keluarga anda yang meminati sukan lasak turut terdapat aktiviti meneroka gua dan alur sungai yang mencabar di sini.

Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)

Semak Harga

Spritzer EcoPark

10 Taman rekreasi di Taiping

Alamat: Lot 898, Reservoir, Off, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping

Telefon: 05-8012663

Spritzer EcoPark
Sumber foto: google map

Rata-rata sudah pasti mengenali air mineral Spritzer bukan? Ia turut mempunyai taman yang tersendiri iaitu Spritzer EcoPark yang terletak di Taiping.

Selain itu, taman rekreasi ini dibuka pada tahun 2015 dan menempatkan pelbagai tempat menarik sambil melihat kehijauan alam semulajadi.

Contohnya The Discovery Tunnel, lapangan golf mini berbayar, Tree Tag Walkabout, Kidz Zone dan kafe berdekatan.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 9 malam)

Semak Harga

5D Art Paradise Taiping

11 Seni lukisan di Taiping

Alamat: 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak

Telefon: –

5D Art Paradise Taiping
Sumber foto: google map

Mencari tempat yang lain dari yang lain di Taiping? Mari, kunjungi ke 5D Art Paradise Taiping yang semestinya menarik.

Kawasan ini menempatkan banyak lukisan dan prop efek ilusi yang menarik di setiap ruang dalam bangunan ini.  

Oleh itu, pengunjung boleh posing bergambar dengan lukisan-lukisan di sini sebagai kenang-kenangan.

Waktu operasi:

  1. Selasa – Khamis (11.30 pagi – 7 malam)
  2. Jumaat (11 pagi – 6.30 petang)
  3. Sabtu – Ahad (10.30 pagi – 7 malam)
Semak Harga

Bukit Larut (Maxwell Hill)

12 Tempat menarik untuk hiking di Taiping

Alamat: Pegawai Penjaga Bukit Larut, Perak, 34000 Taiping

Telefon: 05-8077241

Bukit Larut (Maxwell Hill)
Sumber foto: google map

Bukit Larut (Maxwell Hill) merupakan tempat terkenal di Taiping yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan sesuai untuk aktiviti hiking.

Selain itu, bukit dengan ketinggian 1250m ini boleh dilalui dengan 2 cara iaitu secara hiking atau sewaan Jeep.

BACA JUGA  31 Tempat Menarik Di Perak Yang Kaya Dengan Sejarah

Di samping itu, pemandangan dari atas bukit ini dapat disaksikan dengan keindahan pemandangan sekitar Pulau Pangkor, Pulau Pinang mahupun sejauh Selat Melaka.

Semak Harga

Charcoal Factory Kuala Sepetang

13 Kilang pembuatan arang di Taiping

Alamat: Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang

Telefon: –

Charcoal Factory Kuala Sepetang
Sumber foto: google map

Keunikan di Charcoal Factory Kuala Sepetang iaitu kilang pembuatan arang secara tradisional menjadikan ia sebagai tempat terbaik untuk dilawati.

Di samping itu, kilang arang ini menggunakan pembuatan arang dari sumber kayu pokok bakau.

Selanjutnya, proses menyiat kulit pokok kayu bakau dilakukan dan digunakan untuk mendapatkan pewarna yang asli.

Tambahan pula, pengunjung boleh mencuba kelazatan keledek yang dibakar dengan arang batu. Sememangnya terbaik!

Semak Harga

Matang Mangrove Forest Reserve

14 Hutan paya bakau terbesar di Malaysia

Alamat: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak

Telefon: –

Matang Mangrove Forest Reserve
Sumber foto: google map

Berkeluasan 40 000 hektar, menjadikan Matang Mangrove Forest Reserve sebagai hutan paya bakau terbesar di Malaysia.

Selain itu, hutan ini telah diwartakan sebagai hutan simpan yang tertua di Malaysia sejak tahun 1906.

Pelbagai aktiviti yang ditawarkan di sini iaitu taklimat dan praktikan pokok bakau, hutan paya laut, mangrove forest walk 1.5km, menyemai benih bakau dan melawat kilang arang kayu.

Semak Harga

Bukit Merah Laketown Resort

15 Resort di Taiping

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

Telefon: 05-8908888

Bukit Merah Laketown Resort
Sumber foto: google map

Mencari resort yang dipenuhi dengan kehijauan alam semulajadi di Taiping?

Bukit Merah Laketown Resort dengan keluasan 7000 ekar ini merupakan tempat penginapan terbaik untuk anda.

Menariknya di sini, banyak pusat ekopelancongan yang boleh dikunjungi di sini seperti Eco Park, taman tema air, Reptile Park, Pets Parks dan Pusat Pemiliharaan Orang Utan.

Untuk tarikan di taman tema air pula terdapat body slides, water speed slides, activity pool, lazy river, kids adventure river, jumbo shower dan water pillar.

Pilih sahaja bermalam di Kampung Air Water Chalet atau laketown hotels dengan pakej percutian Bukit Merah Laketown Resort serendah RM180 semalam.

Semak Harga

Muzium Telegraf Taiping

16 Muzium telegraf pertama di Asia Tenggara

Alamat: 2664, Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak

Telefon: 05-8010682

Muzium Telegraf Taiping
Sumber foto: google map

Muzium telegraf pertama di Asia Tenggara yang bertempat di Taiping dikenali sebagai Muzium Telegraf Taiping.

Terdahulu, ia adalah lokasi yang terletaknya pejabat pos pertama pada tahun 1885 dengan memberi perkhidmatan telegraf, telefon dan perbankan kepada penduduk.

Selain itu, antara barangan pameran yang dipamerkan di sini ialah pelbagai mesin dan bahasa komunikasi sebelum berkembangnya teknologi canggih.

Antaranya ialah mesin telegraf dan bahasa komunikasi iaitu Morse code.

Harga tiket: Dewasa: RM 8, Kanak-kanak 3 tahun ke atas: RM 5 & Pelajar: RM 3

Waktu operasi: Isnin – Selasa (8 pagi – 5 petang) & Rabu -Ahad (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Pontian
  • Tempat Menarik Di Sekinchan
4/5 - (15 votes)
Tags: Nibong Tebalperaktempat menarik di Parit Buntar

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved