senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Kota Belud Sabah Yang Terkini

Nora by Nora
June 14, 2024
in Travel
tempat menarik di Kota Belud Sabah
100
SHARES
10k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Camp site tepi sungai di Kota Belud
  • 2. Pulau popular di Kota Belud
  • 3. Aktiviti hiking di Kota Belud
  • 4. Resort tepi pantai di Kota Belud
  • 5. Aktiviti scuba diving di Kota Belud
  • 6. Lihat kelip-kelip di Kota Belud
  • 7. Tempat menarik untuk keluarga di Kota Belud
  • 8. Aktiviti hiking dan mandi air terjun di Kota Belud
  • 9. Lokasi camping dan jambatan gantung di Kota Belud
  • 10. Pasar pagi di Kota Belud
  • 11. Penginapan ala Bali di Kota Belud
  • 12. Agensi pelancongan di Kota Belud
  • 13. Homestay dengan kolam renang di Kota Belud
  • 14. Homestay menarik di Kota Belud
  • 15. Camping di Kota Belud
  • 16. Port camping bersama keluarga di Kota Belud

Sebut sahaja Sabah sudah tentu negeri di bawah bayu ini sinonim dengan keindahan serta kepelbagaian tempat pelancongan yang mempunyai keunikan sendiri lebih-lebih lagi di tempat menarik Kota Belud.

Terletak di bahagian pantai barat Sabah, Kota Belud juga merupakan kawasan pentadbiran terawal semasa zaman penjajahan British.

Untuk sampai ke sini, anda perlu memandu sejauh 77 kilometer dari Kota Kinabalu.

Menariknya lagi, anda akan disajikan dengan suasana kehijauan sepanjang perjalanan ke Kota Belud.

Senarai Tempat Menarik Di Kota Belud

Apa yang ada di Kota Belud sehingga anda wajib letak dalam wishlist lokasi percutian anda?

Selain subur dengan kehijauan, Kota Belud menawarkan pengalaman percutian yang berbeza yang penuh dengan tempat-tempat menarik.

Kali ini kami akan membawa anda ke lokasi-lokasi menarik di Kota Belud yang wajib dikunjungi. Diharap anda mendapat sedikit maklumat tentang tempat menarik di Kota Belud.

ADVERTISEMENT

Polumpung Malangkap

1 Camp site tepi sungai di Kota Belud

Alamat: Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah

Telefon: 011-3624 4723

Polumpung Malangkap view camp site di kota belud
Sumber foto: google map

Bayangkan camping, berkelah atau mandi sungai dengan latarbelakang Gunung Kinabalu. Pasti best kan! Lebih-lebih lagi time tu anda stress kerana masalah peribadi, kerja atau faktor lain.

Pengunjung boleh rasai suasana relax dan nyaman ini di Polumpung Malangkap. Lokasi ini menjadi tumpuan pencinta alam kerana permandangannya yang memukau dan sungai cantik.

ADVERTISEMENT

Dari Kota Kinabalu, perjalanan ke sini mengambil masa 1 jam setengah. Suasananya seperti berada di kampung dan keindahan alam semula jadi akan menenangkan minda anda.

Tiket kemasukan serendah RM3 dan boleh sewa khemah, bbq set dan tilam.

Waktu operasi: Setiap hari: 8:00 pagi– 5:00 petang

Semak Harga

Pulau Mantanani

2 Pulau popular di Kota Belud

Alamat: Kampung Mantanani, Pulau Mantanani, Kota Belud Sabah

Telefon: –

Mantanani Islands
Sumber foto: google map

Salah satu hidden gems di Kota Belud dan antara pulau tercantik di Sabah ialah Pulau Mantanani.

Turut digelar sebagai “Pulau Ikan Duyung” dan berbentuk seakan pisau. Pulau ini mempunyai air laut yang sangat jernih serta kebiru-biruan.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berkhemah di pantai, scuba, berkayak, berkelah di pantai dan banyak lagi.

Sekiranya bertuah, anda akan menyaksikan salah satu fenomena menarik iaitu bioluminescence atau bahasa mudahnya fenomena “Plankton biru”.

Ini berlaku apabila fitoplankton hanyut di permukaan air dan menghasilkan cahaya biru yang memukau.

BACA JUGA  13 Tempat Menarik Di Tenom Sabah Untuk Dilawati

Terbahagi kepada Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan.

Semak Harga

Bukit Bongol

3 Aktiviti hiking di Kota Belud

Alamat: Hutan Negara, 89150, Kota Belud, Sabah

Telefon: –

aktiviti hiking di kota belud
Sumber foto: google map

Anda seorang yang suka mendaki? Jangan lepaskan peluang untuk mendaki Bukit Bongol yang penuh kehijauan dengan landskap yang menyejukkan mata.

Dengan ketinggian 527 meter dan memerlukan masa selama 2 jam untuk mencapai puncak Bukit Gondol.

Sampai sahaja di puncak, nikmati permandangan bukit yang dilitupi kehijauan serta awan yang terbentang luas.

Sesuai untuk anda yang kaki hiking dengan view cantik, trail yang mencabar dan kepelbagaian spesies flora fauna .

Semak Harga

Cabana Retreat

4 Resort tepi pantai di Kota Belud

Alamat: Pantai Rempayan, Jln Rampayan Laut, 89150 Kota Belud, Sabah

Telefon: 013-885 0903

cabana retreat di kota belud
Sumber foto: agoda

Cabana Retreat merupakan resort pantai berkonsep “pop-up” pertama di Malaysia. Inilah tempat pelancongan di Sabah yang wajib anda lawati bersama keluarga mahupun sahabat.

Pelbagai kemudahan disediakan seperti wifi, kolam renang, tempat BBQ dan banyak lagi. Anda boleh bersantai dan tenangkan fikiran dengan penginapan serendah RM200 semalam.

Terdapat 5 jenis khemah yang tersedia iaitu Romantic (sesuai untuk berbulan madu), Deluxe Queen, Quad, Classic dan Deluxe Single.

Di samping lokasi yang mesra pelancong, permandangan pantai di Cabana Retreat sememangnya indah dan memukau.

Kadar purata semalam: RM 205

Review:

“Tempat yang sesuai untuk glamping. Di dalam khemah, terdapat penyaman udara mudah alih + kipas disediakan, tetapi keseluruhan suhu ambien di dalam khemah adalah hangat pada waktu siang, walaupun semasa AC ditetapkan kepada sejuk maks, dan kipas ke kelajuan maksimum….”

Semak Harga

Bigfin Divers

5 Aktiviti scuba diving di Kota Belud

Alamat: Bigfin Divers, South China Sea, 89150 Kota Belud, Sabah

Telefon: 012-389 0424

scuba diving bersama rakan di kota belud
Sumber foto: google map

Bigfin Divers adalah resort pantai yang terletak di teluk Mengkabar yang sesuai untuk bersantai dan menikmati keindahan alam semula jadi serta hidupan marin.

Diselimuti oleh hutan dan pasir yang putih, lokasi ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi.

Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan seperti jungle trekking, sukan air, lepak di restaurant dan scuba.

Turut menempatkan PADI Scuba Dive Centre, tempat menarik di Kota Belud ini boleh dikatakan selamat untuk anda yang minat aktiviti scuba.

Namun, lokasi ini hanya boleh dicapai menggunakan jalan air dari kampung Mengkabar.

Semak Harga

Riverside Ecology Firefly Center

6 Lihat kelip-kelip di Kota Belud

Alamat: Jalan Rampayan Laut, Kota Belud, Kota Kinabalu  

Telefon: –

Riverside Firefly Ecology Center
Sumber foto: trip.com

Ditubuhkan untuk melindungi populasi kelip-kelip, Riverside Ecology Firefly Center juga adalah pusat penyelidikan kelip-kelip pertama di dunia.

Di sini anda boleh melihat kecantikan kelip-kelip di waktu malam dengan menaiki bot.

Selain itu, anda juga boleh mendaki dan jika ada rezeki, anda akan terlihat monyet proboscis atau monyet belanda.

Setelah puas meluangkan masa bersama kelip-kelip, anda boleh mengisi perut di restoran yang disediakan sambil menikmati alam semula jadi.

Semak Harga

Eko Pelancongan Tomodu Paradise

7 Tempat menarik untuk keluarga di Kota Belud

Alamat: WDT 22, Jln Tambulion Piasau, Kg Tambulion Ulu, 89150 Kota Belud, Sabah

BACA JUGA  9 Tempat Menarik Di Kinabatangan Sabah Untuk Dikunjungi

Telefon:  010-323 8090

Eko pelancongan lokasi menarik di Kota Belud
Sumber foto: google map, facebook @tomoduparadise

Eko Pelancongan Tomodu Paradise merupakan tempat pelancongan yang sesuai untuk aktiviti rekreasi bersama keluarga.

Hanya 9 KM sahaja daripada pekan Kota Belud, kawasan pelancongan ini tidak akan mengecewakan anda kerana terletak di tepi sungai Wariu yang jernih.

Berlandskapkan hutan, nikmati masa bersantai-santai bersama keluarga dengan aktiviti BBQ, karaoke dan berenang di sungai Kota Belud.

Waktu operasi: Setiap hari (8:30 am – 6:00 pm)

Semak Harga

NariouCraft and Eco Tourism

8 Aktiviti hiking dan mandi air terjun di Kota Belud

Alamat: NariouCraft and Eco Tourism, 89150 Kota Belud, Sabah

Telefon: 016-848 8609

NariouCraft and Eco Tourism
Sumber foto: Facebook @kuminangkad

Satu lagi kawasan pelancongan yang perlu anda lawati iaitu NariouCraft and Eco Tourism yang terletak di Kampung Malangkap Nariou, Kota Belud.

Di sini anda berpeluang untuk menjelajah gua prasejarah, melihat keindahan bunga rafflesia, jungle trekking, melihat orkid liar, hiking serta mandi air terjun di Sabah.

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan iaitu Pakej A (Gua Kipunggit), Pakej B (Air Terjun Kuminangkad) dan Pakej C (Nuluh Kagarasan).

Semak Harga

Tegudon Tourism Village

9 Lokasi camping dan jambatan gantung di Kota Belud

Alamat: P/S 291 Tegudon, 89158 Kota Belud, Sabah

Telefon: 013-602 4089

Tegudon Tourism Village
Sumber foto: google map, facebook @tegudontourismvillage

Antara kawasan tarikan pelancong kerana landskapnya indah untuk berkhemah ialah Tegudon Tourism Village. Tempat percutian berkonsepkan suasana kampung di Kota Belud.

Dibawah kebiruan langit, hamparan sawah padi yang luas menghijau serta berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Tidak hairanlah tempat cantik di Sabah ini menjadi tarikan pelancong untuk berkhemah.

Walaupun cuaca panas, pengunjung boleh pergi berkayak kerana airnya sejuk.

Waktu operasi: Isnin – khamis (8:00 am – 5:00 pm)

Semak Harga

Tamu Kota Belud

10 Pasar pagi di Kota Belud

Alamat: Pasar Kota Belud, 89150 Kota Belud, Sabah

Telefon: –

pasar tamu kota belud
Sumber foto: google map

Tidak lengkaplah percutian anda di “bandar koboi” atau Kota Belud sekiranya tidak singgah di Tamu Kota Belud.

Dibuka setiap hari Ahad seawal jam 6 pagi, Tamu Kota Belud atau dipanggil semio oleh orang tempatan menawarkan pelbagai barangan tempatan, makanan tradisional dan kraftangan yang dihasilkan dari bahan semula jadi seperti rotan.

Hasilnya akan menjadi tikar mengkuang, beg tangan, tudung saji dan banyak lagi.

Pengunjung akan bertemu dengan pelbagai suku kaum tempatan termasuk dari suku bajau, kadazandusun dan murut dengan dialek pertuturan yang berbeza.

Semak Harga

Usukan Cove Lodge

11 Penginapan ala Bali di Kota Belud

Alamat: Jalan Kg. Kuala Abai, Teluk Usukan Jetty, 89158 Kota Belud

Telefon: 088-486 168

penginapan selesa di kota belud
Sumber foto: Agoda, facebook @usukancovelodge

Usukan Cove Lodge adalah hotel bertaraf 3 bintang serendah RM150 yang bertempat di tepi pantai Teluk Usukan Jetty, Kota Belud.

Hanya 20 minit sahaja dari pekan Kota Belud dan memerlukan pemanduan hanya 1 setengah jam dari Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Berkonsepkan rumah singgah ala Bali, Usukan Cove Lodge dibina pada tahun 2003 menawarkan bermacam aktiviti air, bersantai sambil BBQ, nikmati angin segar laut dan udara nyaman dari hutan.

Waktu operasi: Tempahan (Daftar masuk 2:00 pm – Daftar keluar 12:00 pm)

Semak Harga

Tadzmahal Travel & Tours Jetty

12 Agensi pelancongan di Kota Belud

Alamat: Tadzmahal Travel & Tours Jetty, 89150 Kota Belud, Sabah

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Di Mukah Untuk Dikunjungi

Telefon: 016-582 5000

tadzmahal travel & tour
Sumber foto: Facebook @tadzmahaltours

Ditubuhkan pada tahun 2013, Tadzmahal Travel & Tours Jetty adalah agensi pelancongan yang terbaik di Sabah.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang mereka tawarkan seperti menaiki bot ke dalam kawasan pedalaman, menikmati suasana hutan yang pelbagai biodiversiti, snorkeling dan banyak lagi.

Tambah lagi, nikmati sunset yang indah dengan awannya yang berwarna oren.

Waktu operasi: Setiap hari (6:00 am – 10:00 pm)

Semak Harga

Porohon Garden & Lodge

13 Homestay dengan kolam renang di Kota Belud

Alamat: Nopungguk, Lituk Kg Sayap, 89150 Kota Belud, Sabah

Telefon: 011-14120218

porohan garden & lodge di kota belud
Sumber foto: Facebook @porohongarden

Antara penginapan terbaik di Kota Belud untuk anda berehat dan menghabiskan hujung minggu melakukan perkara yang menyeronokkan.

Sebagai contoh, mandi kolam atau mandi di sungai Kota Belud, melawat ladang buah-buahan, bbq, dan mendaki.

Bagi anda yang berhasrat untuk bermalam di sini, boleh membuat tempahan penginapan dan berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.

Suasana kampung yang cantik dengan sawah padi, pemandangan sungai yang indah, dan view cantik gunung di hadapannya.

Semak Harga

Kilombun Homestay

14 Homestay menarik di Kota Belud

Alamat: Kg. Tambatuon, 89150, Kota Belud, Sabah

Telefon: 014-203 0050

kilombun homestay
Sumber foto: Facebook @kilombunhomestayKotaBeludSabah

Kawasan yang dingin, sungai yang cantik dan view yang menarik ada di Kilombun Homestay.

Pengunjung juga boleh mandi-manda, camping, hiking, BBQ dan lain-lain.

Di sini juga ada kolam renang dan anda juga boleh berendam di air sungai yang dingin tanpa harus risau.

Sememangnya rumah singgah ini sesuai untuk aktiviti berkumpulan atau bersama keluarga.

Semak Harga

Sondot View Camp

15 Camping di Kota Belud

Alamat: KG kebayau, Kg kebayau wdt 09, 89158 Kota Belud, Sabah

Telefon: 011-3520 8186

camping trip di kota belud
Sumber foto: Facebook @CFik Mfag

Antara tempat berkhemah yang jarang didengari atau hidden gems di Kota Belud ialah Sondot View Camp. Terletak di Kampung Kebayau, Kota Belud dan dibuka setiap hari.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah spa ikan, bersiar-siar di kolam ikan dan sawah padi, bermain bola tampar, mandi sungai dan banyak lagi.

Banyak kemudahan yang disediakan seperti bilik persalinan, kawasan parking yang luas dan tapak perkhemahan juga besar.

Semak Harga

Daradaat View

16 Port camping bersama keluarga di Kota Belud

Alamat: Jln Ratau, 89150 Kota Belud, Sabah

Telefon: 016-552 7612

daradaat view
Sumber foto: google map

Adakah anda masih mencari tempat percutian di Kota Belud yang menarik minat anda? Datang je Daraat View, tempat menarik setanding dengan Polumpung Malangkap!

Salah satu spot baru untuk camping bersama keluarga tercinta dan berpeluang melihat Gunung Kinabalu.

Anda juga boleh menyewa khemah, peralatan bbq, baju kimono atau baju tradisi. Lagipun, pondok rehat pun ada dan jangan lupa menangkap gambar ootd semasa memakai baju kimono.

Malah, anda boleh memanggang sate atau barbeku sambil melihat anak-anak anda bersuka ria mandi manda di tepi sungai. Hubungi sahaja nombor yang kami berikan untuk maklumat lanjut!

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Turki
4/5 - (15 votes)
Tags: sabahtempat menarik di kota belud

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Garis Tangan Bentuk M: Apa Maksudnya?

    1429 shares
    Share 1425 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved