senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

11 Tempat Menarik di Kulai Untuk Berjalan

Nora by Nora
April 23, 2024
in Travel
tempat menarik di kulai
213
SHARES
21.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Seni mural di Kulai Johor
  • 2. Kolam ikan di Kulai
  • 3. Aktiviti outdoor di Kulai
  • 4. Hutan bandar di Kulai
  • 5. Aquarium di Kulai
  • 6. Outlet mall di Kulai
  • 7. Kampung menarik di Kulai
  • 8. Tempat makan menarik di Kulai
  • 9. Cafe di Kulai
  • 10. Penginapan unik di Kulai
  • 11. Tempat viral di Kulai Johor

Tahukah anda asal usul dan tempat menarik Kulai? Kulai dikenali sebagai Gui Lai sebelum tahun 1920.

Menurut sejarah, nama ini diambil sempena peristiwa kura-kura akan naik ke darat dan bergerak ke pekan apabila banjir berlaku di sungai Kulai.

Kulai adalah salah satu daerah di negeri Johor dan terletak sejauh 29 KM dari ibu kota iaitu Johor Bahru.

bergambar berkumpulan di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @junaidbutt1546

Selain itu, Kulai turut terkenal dengan peristiwa kebakaran sebanyak enam kali. Peristiwa keenam yang paling dahsyat yang meranapkan ratusan bangunan pada tahun 1981.

Namun kini, daerah ini sungguh subur dan kaya dengan pelbagai tempat menarik yang wajib anda lawati bersama rakan, sanak saudara mahupun keluarga.

Senarai Tempat Menarik Di Kulai

Daerah yang jarang didengari ini mempunyai daya tarikan tersendiri dan tempat-tempat pelancongan tersembunyi yang tidak mengecewakan.

Dari hutan semula jadi ke hutan konkrit, pelbagai lokasi menarik yang wajib dilawati oleh kaki melancong yang bakal memberikan pengalaman yang luar biasa.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, artikel ini akan berkongsi kepada anda lokasi menarik di Kulai, Johor yang wajib anda kunjungi.

Kelapa Sawit Wall Art

1 Seni mural di Kulai Johor

Alamat: Kelapa Sawit Wall Art, Kampung Sri Paya, 81000 Kulai, Johor

Telefon: –

street art di kulai
Sumber foto: google map

Adakah anda ingin bergambar tetapi tiada idea di mana port bergambar di Kulai Johor? Jom half day trip ke Kelapa Sawit Wall Art bersama keluarga!

ADVERTISEMENT
port bergambar di kulai
Kredit gambar: Instagram @ollollollolloll

Dinding tarikan Kulai ini diliputi dengan pelbagai karya seni, termasuk lukisan minimalis, mural interaktif, papan pemotong Hakka, dan watak anime Jepun.

Ambil beberapa gambar dan cuba hidangan tempatan seperti Yong Tau Foo, Choy Pan dan banyak lagi.

port bergambar di kulai
Kredit gambar: Instagram @erica.l.sk

Seni jalanan ini menghiasi deretan bangunan dengan kedai-kedai tempatan sepanjang Jalan Kelapa Sawit Kulai. Habiskan hujung minggu anda dengan aktiviti ringkas dan santai.

Semak Harga

Star Fish Leisure Farm

2 Kolam ikan di Kulai

Alamat: Star Fish Leisure Fram, 81000 Kulai, Johor

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Kota Tinggi Untuk Diterokai

Telefon: 016-778 2208

Star Fish Leisure Farm
Sumber foto: google map, starfishleisurefarm.com.my

Star Fish Leisure Farm adalah lokasi yang sesuai jika anda ingin bercuti tanpa menggunakan Internet. Pekerja di sini juga akan mengajar anda memancing.

sukan air di star fish leisure farm kulai
Kredit gambar: Instagram @starfishleisurefarm

Banyak aktiviti lain yang ditawarkan di sini, termasuk berkayak dan cabaran bot terapung.

Tarikan Kulai ini sangat baik untuk team building dan aktiviti berkumpulan.

atv di star fish leisure farm kulai
Kredit gambar: Instagram @starfishleisurefarm

Selain itu, tempat menarik di Kulai Johor ini juga memelihara arnab, angsa, ayam jantan, dan lebah.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Hutan Lipur Gunung Pulai

3 Aktiviti outdoor di Kulai

Alamat: Gunung Pulai, Kulai, Johor

Telefon: 011-1756 6284

hutan lipur gunung pulai
Sumber foto: google map

Hutan Lipur Gunung Pulai adalah kawasan hutan rekreasi yang dilindungi oleh kerajaan Johor yang mempunyai kepelbagaian spesis hidupan liar seperti rusa, monyet dan berbagai jenis burung.

Keunikan hutan ini ialah Gunung Pulai yang setinggi 654 M yang terletak tengah hutan. Menakjubkan bukan?

mandi mandi di hutan lipur gunung pulai johor
Kredit gambar: Instagram @_anj.ismail_

Hutan juga tidak lengkap sekiranya tiada air terjun. Anda jangan risau, Hutan Lipur Gunung Pulai juga mempunyai kawasan air terjun.

Selain menjadi kawasan rekreasi, kawasan hutan ini juga merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk negeri Johor.

hutan rekreasi gunung pulai di johor
Kredit gambar: Instagram @in_syi_rah

Kawasan ini sesuai untuk anda yang ingin lari dari kesibukan kota.

Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 7 malam)

Semak Harga

Hutan Bandar Putra

4 Hutan bandar di Kulai

Alamat: Hutan Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 011-3960 1029

hutan bandar putra yang menarik di Kulai
Sumber foto: google map

Ingin menceriakan anak-anak anda? Bawalah mereka ke Hutan Bandar Putra, Kulai.

Taman cantik Kulai ini sesuai untuk anda seisi keluarga kerana banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini.

ootd di hutan bandar putra kulai
Kredit gambar: Instagram @safitrii.dewii2403

Fasiliti yang banyak seperti taman permainan, laluan basikal, laluan jogging, tasik, kolam, pavilion, dan plaza sangatlah sesuai untuk aktiviti outdoor.

berbasikal di hutan bandar putra kulai
Kredit gambar: Instagram @scooter_yoks

Berdekatan dengan lapangan terbang Senai, anda boleh beriadah sambil menikmati permandangan kapal terbang yang berlepas.

Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi – 6:30 petang)

Semak Harga

Nanyan Aquarium

5 Aquarium di Kulai

Alamat: MLO 197, Air Bemban, 81020, Kulai, Johor

Telefon: 07-656 2952

aquarium di kulai
Sumber foto: google map

Sekiranya anda pencinta ikan atau ingin membawa anak-anak melihat pelbagai ikan yang cantik maka datanglah ke Nanyan Aquarium atau Nanyang Fish Farm.

nanyang fish farm di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @ainsalmyaziz

Disini anda boleh melihat dan membeli pelbagai jenis ikan yang cantik dan rare seperti ikan Channa Cobra Auranti, Tricolour Oranda, Japanese Koi.

nanyang fish farm di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @norellyana

Selain ikan, ada juga hidupan akuatik lain seperti Salamander. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah fun fishing.

Anda wajib singgah disini untuk mencari kenangan bersama ikan-ikan.

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Pontian Terkini Yang Terbaik

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi –  6 petang)

Semak Harga

Johor Premium Outlet

6 Outlet mall di Kulai

Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 07-661 8888

tempat shopping menarik di kulai
Sumber foto: google map

Johor Premium Outlet merupakan premium outlet pertama yang dibuka di Asia Tenggara pada tahun 2011.

Boleh dikatakan “syurga” untuk yang kaki shopping kerana pelbagai jenama terkenal terdapat disini seperti Aigner, Adidas, Balenciaga, Burberry, Coach dan banyak lagi.

johor premium outlet di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @shalizaaziz

Yang menarik lagi, Johor Premium Outlet menawarkan penjimatan sehingga 65%. Outlet makanan terkenal juga ada disini seperti Baskin Robbins, Burger King, Starbucks, dan banyak lagi.

johor premium outlet di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @ticher_ima

Lokasi ini sememangnya tempat himpunan jenama serta makanan terkenal. Pastikan duit anda mencukupi sebelum datang ke sini.

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Semak Harga

Kampung Putuo

7 Kampung menarik di Kulai

Alamat:  1488, Jalan Kampung, Off, Jalan Kota Tinggi – Kluang, Felda Taib Andak, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 07-213 3398

Putuo Village, kawasan pelancongan menarik Kulai
Sumber foto: Facebook Putuo Village

Kampung Putuo boleh dikatakan hidden gems yang terdapat di Kulai yang berlandskapkan buluh dan budaya kaum Buddha.

Kampung ini dibangunkan sebagai tempat ibadat kaum Buddha. Oleh itu, tempat menarik Kulai Johor ini mempunyai kuil, kolam kura-kura, patung Buddha dan banyak lagi.

putuo village di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @shimizan2401

Kombinasi antara tempat ibadah dan alam semula jadi menjadikan suasana di tempat ini sangatlah cantik serta udaranya yang nyaman.

putuo village di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @ctjamil92

Lokasi ini sangat sesuai untuk anda yang “photogenic” dan ingin membuat sesi penggambaran.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Nasi Lemak Wak Kentut

8 Tempat makan menarik di Kulai

Alamat: 2130, Jalan Susur Kulai 2, Taman Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 012-754 3818

nasi lemak wat kentut
Sumber foto: Facebook Nasi Lemak Wak Kentut

Nasi Lemak Wak Kentut sudah tidak asing lagi bagi warga Kulai.

Bukan sahaja namanya yang unik tetapi nasi lemaknya juga sememangnya sedap seperti yang menjadi bualan ramai.

nasi lemak wak kentut yang sedap di kulai
Kredit gambar: Instagram @eqaaaaeats

Nasi lemak yang pernah tular ini sudah bertapak lebih 30 tahun, rasa dan keenakannya masih sama kerana resipi yang digunakan merupakan resipi turun-temurun.

nasi lemak wak kentut yang sedap di kulai
Kredit gambar: Instagram @causewaylinkholidays

Tidak lengkap percutiaan anda ke Kulai sekiranya anda tidak singgah makan disini.

Waktu operasi: Setiap hari (3:30 petang– 11:55 malam)

Semak Harga

Major Street Cafe

9 Cafe di Kulai

Alamat: 88, Jalan Kenanga 29/7, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Desaru Untuk Bercuti

Telefon: 07-660 0164

kedai makan menarik di Kulai Johor
Sumber foto: Facebook Major Street Cafe

Terletak di Indahpura, Kulai, Major Street Café merupakan tempat makanan western yang popular di Kulai.

major street art cafe di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @majorstreet_cafe

Harga yang berpatutan, hidangan yang banyak, dan rasa yang memuaskan cukup untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna.

major street art cafe di kulai johor 1
Kredit gambar: Instagram @sayfulhamizan

Tempat makan menarik di Kulai ini sesuai untuk anda keluar makan bersama keluarga atau lepak dan bersantai bersama rakan-rakan.

Waktu operasi: Setiap hari (12:30 tengah hari – 11:30 malam)

Semak Harga

Rainforest Tree House

10 Penginapan unik di Kulai

Alamat: Gunung Pulai, Taman Gunung Pulai, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 012-930 9914

rainforest tree house di kulai
Sumber foto: Facebook @rainforest.treehouse.johor

Persekitaran rumah pokok hutan hujan yang tenang akan mendamaikan anda.

Tempat menarik Kulai ini terletak di Gunung Pulai di Johor Bahru, hanya satu jam pemanduan dari Singapura.

rain forest house di kulai johor 1
Kredit gambar: Instagram @eilyncylim

Terdapat 2 rumah pokok besar boleh memuatkan sehingga 12 orang dan 4 rumah pokok kecil boleh memuatkan sehingga 6 orang.

Terdapat saluran bekalan elektrik, katil, selimut, kelambu, dan bantal di rumah pokok itu. Tandas, singki dan pancuran mandian semuanya ada di dalam bilik mandi.

rain forest house di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @haiyunasri

Di sana, anda boleh berehat di Tree Net, jungle trekking, melawat ladang, belajar memasak di atas api kayu, dan menikmati keindahan alam sekitar.

Semak Harga

Bear & Bad Museum

11 Tempat viral di Kulai Johor

Alamat: Jln Lagenda 51, Taman Lagenda Putra, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 011-3660 0057

taman tema cantik dan unik di kulai johor
Kredit gambar: Twitter @visitjohor_ & Facebook @BearBad2022

Tempat menarik di Kulai Johor ini mempunyai pelbagai tarikan dalam satu bangunan.

Antaranya taman tema, muzium wau, taman ilusi, kafe, ruang permainan kanak-kanak dan lain-lain.

ootd di bed&bear musem kulai
Kredit gambar: Instagram @heartpatrick

Dalam bangunan ini ada 3 tingkat dengan aktiviti berbeza. Ada carousel, kolam bola, claw machine, dinosaur ar dan banyak lagi.

Selain tu, terdapat dewan dengan tema yang cantik dan berbeza seperti colourful lamp, galeri cahaya warna-warni, dewan salji, dan lain-lain.

tempat bergambar cantik di kulai johor
Kredit gambar: Instagram @heartpatrick

Banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Mereka akan seronok berada di muzium bertema Kulai ini.

Lokasi yang paling menghiburkan di Kulai Johor dan banyak spot cantik yang “insta worthy”.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (10 pagi – 9 malam)

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Turki
  • Tempat Menarik Di Seberang Perai
4/5 - (15 votes)
Tags: johortempat menarik di kulai

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved