senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

16 Tempat Menarik Di Tuaran Sabah Pelbagai Aktiviti Best

Aira by Aira
June 11, 2024
in Travel
Tempat menarik Tuaran Sabah

Sumber gambar: Management

42
SHARES
4.2k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Jurassic Park Sabah
  • 2. Resort di Tuaran
  • 3. Bandar koboi di Tuaran
  • 4. Pantai di Tuaran
  • 5. Taman buaya di Tuaran
  • 6. Galeri bawah tanah yang pertama di Malaysia
  • 7. Tempat hiking di Tuaran
  • 8. Tempat melihat sunset di Tuaran
  • 9. Perkampungan budaya di Tuaran
  • 10. Aktiviti berkumpulan di Tuaran
  • 11. Muzium tradisi di Tuaran
  • 12. Tempat menarik di Kiulu
  • 13. Homestay di Tuaran
  • 14. Aktiviti outdoor di Tuaran
  • 15. Tempat menarik di Tamparulli
  • 16. Tempat menarik di Kota Kinabalu

Sebuah lagi tempat pelancongan di Sabah yang padat dengan aktiviti best tak lain tak bukan di tempat menarik di Tuaran Sabah.

Jika anda dari Kota Kinabalu bolehlah singgah ke sini juga tau! Kerana jarak yang diambil hanya 34 km sahaja untuk ke Pekan Tuaran.

Majoriti etnik yang mendiami daerah di Bahagian Pantai Barat Sabah ini ialah etnik Dusun Lotud dan Bajau.

Senarai lokasi percutian terbaik di Tuaran Sabah

Pilihan yang tepat jika anda menjadikan Tuaran tempat menarik untuk di singgah pada percutian kali ini.

Pelbagai lokasi yang terbaik serta tempat yang cantik untuk melihat sunset seperti di Peak of Hope Tuaran.

Justeru, kami senaraikan beberapa tempat menarik di Tuaran Sabah sebagai tempat best di Sabah.

ADVERTISEMENT

Jurassic Land Kiulu

1 Jurassic Park Sabah

Alamat: Kg Bungoliu, Jalan Tamparuli Kiulu, 89208, Sabah

Tel: 013-838 8717

Jurassic Land Kiulu

Taman seluas 3 ekar ini menampilkan 9 dinosaur animatronik yang diletakkan secara strategik.

ADVERTISEMENT

Bayangkan, dinosaur-dinosaur ini boleh mengeluarkan bunyi dan bergerak! Memang sangat realistik.

Selain melihat dinosaur, anda juga boleh lepak santai di Kafe T-Rex, Dino Shop, dan kedai ais krim untuk korang rehatkan diri selepas explore kawasan taman.

Ada banyak aktiviti menarik untuk anak-anak seperti trampolin mini, skyline, dan merry-go-round untuk kanak-kanak bermain.

Tiket masuk hanya RM25 je dan boleh bawa satu keluarga!

Semak Harga

Rasa Ria Resort Tuaran

2 Resort di Tuaran

Alamat: Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: 08-879 7888

Tempat menarik Tuaran Sabah - Shangri-La Rasa Ria
Sumber gambar: GIATA, Shangri-La Rasa Ria, Kota Kinabalu

Mencari tempat penginapan berkelas tinggi dengan view yang lawa? Rasa Ria Resort Tuaran merupakan pilihan utama pengunjung di Tuaran ini tau!

Best nya di sini ia bukan hanya penginapan berkelas malah berdekatan dengan pantai juga.

Dan sudah pasti banyak aktiviti yang menarik seperti jungle walk, night walk, borneo sunrise dan ranger experience.

Semak Harga

Cowboy Town Sabandar Tuaran

3 Bandar koboi di Tuaran

Alamat: Jalan Shah Sabandar Tuaran, 89200 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: –

Cowboy Town Tuaran
Sumber gambar: nad zyrah, melvin geraman, shahdan nashas, Rudyno HS

Tahukah anda di pekan Tuaran terdapat sebuah tempat koboi klasik seperti di filem Hollywood? Cowboy Town Sabandar Tuaran menawarkan aktiviti menunggang kuda sebagai tarikan utama.

BACA JUGA  Tips Bercuti di Kampung Agong Penang 2022 (Tiket & Aktiviti)

Selain itu, bukan itu sahaja malah ada paya bakau, taman herba, river cruise melihat kelip-kelip, dan restoran di tempat menarik di Tuaran Sabah ini.

Semak Harga

Pantai Shabandar & Leisure Ride

4 Pantai di Tuaran

Alamat: Jln Perumahan Laya – Laya, 89150 Tuaran, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Tuaran Sabah - Pantai Shabandar
Sumber gambar: Joy Hon, hada huda, Sun hoe Tey, Saffary Dino Hj. Osman

Pantai Shabandar merupakan tempat pelancongan di Sabah yang menarik ditambah lagi dengan tarikan “Leisure Ride”.

Seperti biasa kawasan pantai menjadi tumpuan pelancong untuk bersantai dan beristirehat menenangkan minda.

Tambahan pula, tarikan terbaharu “Leisure Ride” iaitu aktiviti menunggang kuda bertemakan koboi merancakkan lagi kunjungi pengunjung ke sini.

Semak Harga

Baca: 25 Tempat Menarik Di Pedalaman Sabah Untuk Dikunjungi

Taman Buaya Tuaran (Tuaran Crocodile Farm)

5 Taman buaya di Tuaran

Alamat: Unnamed Rd,, 89200 Tuaran, Sabah

Telefon: 08-879 3377

Tuaran Crocodile Farm
Sumber gambar: Beb 85, Kai X T, Pdlazhrn, Aliasrina Roy

Bukan di semenanjung sahaja tau yang ada taman buaya tetapi di tempat pelancongan di Sabah pun turut sama.

Berkeluasan 7 ekar menjadikan Taman Buaya Tuaran dikenali sebagai taman buaya yang terbesar di Sabah.

Selain itu, taman buaya ini dihiasi lagi dengan warna-warni spesies rama-rama, burung unta dan rusa. Kalau dah singgah ke taman buaya tak lengkaplah kan kalau tidak melihat pertunjukan buaya.

Waktu Operasi: Setiap hari: 8.30 pagi – 5 petang

Semak Harga

Borneo Ant House Tuaran

6 Galeri bawah tanah yang pertama di Malaysia

Alamat: Highway Tuaran- Tenghilan, 89207 Kg Kindu, Tuaran, SABAH Kg.Kindu , Tuaran, 89207 Tuaran, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Tuaran Sabah - Borneo Ant House
Sumber gambar: Khairilizwan89, Edyymervin Vlad gueross, falicie samuel, Kelly Chang

Satu-satunya galeri bawah tanah di Malaysia di pekan Tuaran yang wajib anda lawati di Borneo Ant House Tuaran.

Di sini menempatkan pameran kitaran hidup semut dengan 463 replika semut dilekatkan di dinding.

Peringatan untuk anda yang geli dengan hurungan semut walaupun hanya replika, di sini bukan tempat yang sesuai untuk anda!

Bukan itu sahaja yang ada di sini malah pameran berkenaan etnik utama di Tuaran iaitu Bajau, Dusun Lotud, Iban dan Bidayuh untuk anda pelajari.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis: 8 pagi – 5 petang

Semak Harga

Bukit Nomburungui Trail

7 Tempat hiking di Tuaran

Alamat: Bukit Nomburungui Trail, 89250 Tuaran, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Tuaran Sabah - Bukit Nomburungui Trail
Sumber gambar: Mr Bam Bang, Widy Mechor, Max Janek

Kepada kaki hiking yang menjejakkan kaki ke Tuaran, jangan lupa pula hiking di Bukit Nomburungui Trail. Hal ini kerana, bukit ini sedikit berbeza berbanding dengan bukit-bukit yang sedia ada tau!

Kebiasaan penghujung pendakian, kita dapat melihat pemandangan yang indah sahaja kan tetapi di bukit ini menyajikan air terjun yang sangat mendamaikan. 

Semak Harga

Peak Of Hope Tuaran

8 Tempat melihat sunset di Tuaran

Alamat: Peak Of Hope Tuaran, 89150 Tuaran, Sabah

BACA JUGA  Senarai Empangan Terbesar di Malaysia 2025

Telefon: –

Peak of Hope Tuaran
Sumber gambar: Shermine Low, CaroLz Ebby, Jenny Goh, lok chuihan

Tiada yang lebih indah daripada melihat sendiri keindahan ciptaan Tuhan. Jom menyaksikan keindahan sunset di Tuaran tempat menarik iaitu Peak of Hope Tuaran.

Terletak pada ketinggian 2050 m dengan jarak hanya 40 km dari Kota Kinabalu menjadikan ia antara tempat best di Sabah untuk dinikmati.

Tambahan pula, antara tarikan lain di tempat yang cantik yang boleh dilakukan di sini ialah atv dan paragliding.

Semak Harga

Linangkit Cultural Village

9 Perkampungan budaya di Tuaran

Alamat: Sungai, 89150 Tuaran, Sabah

Telefon: –

Linangkit Cultural Village
Sumber gambar: Facebook @Linangkit Cultural Village

Dah singgah ke Tuaran tak lengkaplah percutian anda kalau tak singgah mempelajari budaya kaum di sini kan?

Linangkit Cultural Village merupakan perkampungan budaya di Tuaran tempat menarik yang mengetengahkan kehidupan etnik Lotud.

Untuk makluman anda, Lotud merupakan salah satu daripada 32 etnik yang ada di Sabah yang sememangnya merupakan pengalaman terbaik berkunjung ke sini.

Selain itu, apa yang boleh anda pelajari di sini ialah tentang pakaian tradisional, demonstrasi kraftangan, masakan tradisional dan persembahan kebudayaan.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu : 9 pagi – 6 petang

Semak Harga

Borneo Kellybays

10 Aktiviti berkumpulan di Tuaran

Alamat: Jalan Kampung Laya Laya, Kampung Laya Laya, 89200 Tuaran, Sabah    

Telefon: –

Borneo Kellybays
Sumber gambar: Facebook @Borneo kellybays

Anda mencari tempat best di Sabah yang lasak untuk melakukan secara berkumpulan? Borneo Kellybays amat sesuai untuk anda alami pengalaman hebat di sini!

Antara aktivitinya ialah berkhemah, sukan air, bola tampar pantai, menangkap ketam memancing dan mempelajari cara mencanting batik.

Waktu operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 5 petang

Semak Harga

Chanteek Borneo Gallery

11 Muzium tradisi di Tuaran

Alamat: Jalan Telibong-Tamparuli, Tamparuli, 89208 Tuaran, Sabah

Telefon: –

Chanteek Borneo Gallery
Sumber gambar: Chanteek Borneo Sdn Bhd, Asis Tahang, Thomas Barik

Kalau dah berkunjung ke Linangkit Cultural Village, mari ke Chanteek Borneo Gallery pula. Ia merupakan sebuah galeri yang mempamerkan pelbagai pakaian tradisi untuk lebih 40 etnik di Sabah dengan mini model.

Selain itu, alunan muzik tradisional turut dimainkan di sini bagi menambahkan lagi suasana cara hidup ala-ala etnik Sabah.

Tambahan pula, anda boleh juga mencuba mewarnai batik di sini, siapa tahu anda ada bakat terpendam juga dalam bidang ini?

Waktu operasi: Isnin – Sabtu: 8 pagi – 5 petang

Semak Harga

Kiulu Farmstay

12 Tempat menarik di Kiulu

Alamat: Jalan Kiulu Pukak Mantob, Kampung Mantob, 89250 Tamparuli, Sabah

Telefon: 08-843 8300

Kiulu Farmstay
Sumber gambar: Kiulu Farmstay

Jika anda dari Tuaran bolehlah singgah ke tempat menarik di Kiulu iaitu Kiulu Farmstay. Ia menempatkan 3 perkampungan dengan perbezaan komuniti yang berteraskan ecotourism.

Terdapat beberapa bilik yang disediakan tetapi jika anda memilih untuk berkhemah pun boleh juga.

BACA JUGA  28 Tempat Menarik Di Melaka Paling Popular Terkini 2024

Selain itu, antara aktiviti terbaik yang boleh dilakukan ialah menunggang kerbau, quad biking, river tubing, fish spa, hiking dan white water rafting.

Semak Harga

Gayang Friendly Homestay

13 Homestay di Tuaran

Alamat: Gayang Friendly Homestay, 89200 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: 08-839 7301

Gayang Friendly Homestay
Sumber gambar: Facebook @Gayang friendly water house homestay

Sabah sememangnya terkenal dengan penginapan di atas air. Mencari tempat menarik di Tuaran Sabah untuk bermalam?

Gayang Friendly Homestay yang merupakan penginapan atas air yang terbaik daripada pengunjung dari serata negeri.

Ia menyajikan penginapan bilik dengan pemandangan laut dan pemandangan pokok bakau. Menarik kan, bangun pagi sahaja dapat melihat keindahan alam?

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memancing, berkayak, atv, perpustakaan mini, gym mini, barbeku dan makan di restoran seafood.

Semak Harga

River Bay Beach

14 Aktiviti outdoor di Tuaran

Alamat: Jln Kampung Laya – Laya, 89200 Tuaran, Sabah

Telefon: –

River Bay Beach
Sumber gambar: trip.com, Asiah Mohd Ridzuan, Facebook @S_habib sabah tour,

Alami pengalaman yang menyeronokkan semasa anda berada di Tuaran iaitu di River Bay Beach.

Meskipun tarikan utamanya ialah menyaksikan keindahan pemandangan matahari terbenam namun terdapat banyak lagi tarikan lain di sini.

Antaranya ialah river cruise, mangrove walk, private beach, ladang haiwan, taman kelulut dan atv.

Semak Harga

Rumah Terbalik Tamparulli

15 Tempat menarik di Tamparulli

Alamat: Mile 21, 89250 Tamparuli, Sabah

Telefon: –

Rumah Terbalik Tamparulli
Sumber gambar: Facebook @Rumah Terbalik – The Upside Down House in Borneo!

Rata-rata setiap negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan mempunyai “rumah terbalik” kan? Tidak ketinggalan di daerah berdekatan Tuaran iaitu Tamparulli ada “rumah terbalik” juga tau!

Istimewanya Rumah Terbalik Tamparulli ini ia pernah mencatat Book of Records sebagai Rumah Terbalik Pertama di Malaysia.

Bukan calang-calang ya tempat menarik di Tuaran ini. Jadi apa tunggu lagi jom ke tempat yang unik ini!

Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang

Semak Harga

Kokol Hill Elf

16 Tempat menarik di Kota Kinabalu

Alamat: Kokol Hill Elf, Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: –

Kokol Hill Elf
Sumber gambar: Instagram Kokol Hill Elf

Dari Tuaran ingin ke Kota Kinabalu? Jom ke Kokol Hill Elf sememangnya tempat yang cantik di bumi Sabah ini.

Ianya sesuai sebagai tempat menarik untuk pasangan dengan panorama yang cantik persis Bali Indonesia ini.  

Tarikan utama di sini iaitu “Big Bird Nest”, “The Sunset Catcher Area”, “The City Circle” dan “Mega Swing”.

Harga Tiket: Dewasa: RM 10 & Kanak-kanak: RM 5 (4 – 12 tahun)

Waktu Operasi: Setiap hari: 10 pagi – 7 malam

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Seremban
  • Tempat Menarik Di Semporna Sabah
4/5 - (14 votes)
Tags: sabahtempat menarik di tuaranTuaran

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved