senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Semporna Sabah Yang Mempesona

Aira by Aira
June 14, 2024
in Travel
Tempat menarik Semporna Sabah

Sumber gambar: Bonny V

78
SHARES
7.8k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara
  • 2. Resort yang menawarkan aktiviti outdoor di Semporna
  • 3. Muzium di Semporna
  • 4. Resort yang menawarkan aktiviti memancing di Semporna
  • 5. Tempat photoshoot menarik di Semporna
  • 6. Resort yang mempunyai balkoni peribadi di Semporna
  • 7. Tempat menarik di Semporna untuk rekreasi
  • 8. Ladang anggur di Semporna
  • 9. Tempat menarik untuk keluarga di Semporna
  • 10. Tempat menarik untuk pasangan di Semporna
  • 11. Tempat penginapan unik di Semporna
  • 12. Resort berkonsepkan villa terapung di Semporna
  • 13. Perkampungan Bajau Laut di Semporna
  • 14. Tempat makan menarik di Semporna
  • 15. Pulau buatan manusia di Sabah

Sesuai dengan namanya “SEMPORNA” sememangnya cukup sempurna di mata pengunjung sebagai tempat menarik di Semporna Sabah.

Daerah ini sinonim dengan gugusan pulau-pulau yang indah dan terbaik untuk bercuti di Semporna.

Mana tidaknya, warna biru dan kejernihan air laut hingga ke dasar mengukuhkan lagi tarikan di Bahagian Tawau ini.

Senarai tempat percutian di Semporna Sabah

Selain dikelilingi pulau-pulau dan kejernihan air laut, ia juga menempatkan tapak bersejarah iaitu Bukit Tengkorak.

Bagi anda yang mencari tempat yang mempesona yang tenang bebas dari hiruk-pikuk kota, Semporna la jawapannya.

Jom bercuti di Semporna Sabah dengan 15 tempat menarik Semporna Sabah yang disediakan khas untuk anda.   

Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site

1 Tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara

Alamat: Semporna, Sabah

ADVERTISEMENT

Telefon: 08-922 2679

Tempat menarik Semporna Sabah - Bukit Tengkorak Archaeological Heritage Site
Sumber gambar: Kalsum Yusah, 葛易, Yana Daniel, [email protected] yusuf

Di Semporna pun ada tempat bersejarah juga tau! Dikenali sebagai tapak pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara yang bertempat di Bukit Tengkorak Archaelogical Heritage Site.

Selain itu, bukit ini telah wujud lebih 3000 tahun yang lampau ketika masyarakat Zaman Neolitik.

Bukan itu sahaja, di puncak bukit setinggi 500 kaki ini pengunjung dapat melihat keindahan perairan Pulau Sipadan tau!

ADVERTISEMENT

Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5 petang

Semak Harga

Scuba Tiger Semporna Holiday Resort

2 Resort yang menawarkan aktiviti outdoor di Semporna

Alamat: Kampung Tampi-Tampi, 91308 Semporna, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Semporna Sabah - Scuba Tiger Semporna Holiday Resort
Sumber gambar: Facebook @Scuba Tiger

Seperti sedia maklum daerah Semporna sememangnya terkenal dengan penginapan di atas air dek kerana dikeliling pulau.

Scuba Tiger Semporna Holiday Resort merupakan resort terbaik yang menyediakan aktiviti outdoor yang menarik untuk anda.

Antaranya hiking bukit di pulau berdekatan, scuba diving dan snorkeling yang menjanjikan bercuti di semporna yang sempurna.

Semak Harga

Muzium Tun Sakaran

3 Muzium di Semporna

Alamat: Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Telefon: 08-922 2679

Tempat menarik Semporna Sabah - Muzium Tun Sakaran
Sumber gambar: mysabah.com

Daerah Semporna juga menempatkan sebuah muzium berkenaan mantan YDP Negeri Sabah iaitu Tun Sakaran Dandai.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Selangor Yang Terkenal

Muzium Tun Sakaran setinggi 2 tingkat ini menempatkan pelbagai koleksi beliau dan khazanah warisan Semporna.

Apa yang uniknya di sini ialah reka bentuk bangunan muzium ini mengandungi unsur tradisional masyarakat Bajau Semporna dan Lepa-Lepa. Menarik bukan?

Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 8 pagi – 5 petang & Sabtu – Ahad: 9 pagi – 5 petang

Semak Harga

Parapat Water Village

4 Resort yang menawarkan aktiviti memancing di Semporna

Alamat: Kampung Tanjung Parapat Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Semporna Sabah - Parapat Water Village
Sumber gambar: Nur Atiqah Yahya, Bobby Jay Salamat

Alami penginapan di atas air sambil disajikan pemandangan indah di tempat menarik Semporna iaitu Parapat Water Village.

Lain daripada itu, untuk anda “kaki pancing” di sini juga sesuai untuk anda memancing. Apa tunggu lagi, jom menginap di Parapat Water Village!

Semak Harga

2Win Hill Park

5 Tempat photoshoot menarik di Semporna

Alamat: Jln Bukit Sakong, 91308 Semporna, Sabah

Telefon: –

Tempat menarik Semporna Sabah - 2Win Hill Park
Sumber gambar: Suria Ana, Hepy Zanshah, Veteren Legacy, Ang Chee Yong

2Win Hill Park sesuai dengan namanya 2Win iaitu 1 untuk penginapan dan 1 lagi tempat yang sesuai untuk photoshoot di tempat menarik di Semporna Sabah ini.

Berada di tempat yang tinggi, semestinya memberi gambaran yang menakjubkan bagi penggemar fotografi.

Selain itu, bagi anda yang mungkin mencari lokasi terbaik untuk foto “pre wedding” di sini merupakan destinasi yang terbaik!

Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 5 petang

Semak Harga

Mydin Lodge Semporna

6 Resort yang mempunyai balkoni peribadi di Semporna

Alamat: Jln Bangau Bangau, Pekan Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Telefon: –

Mydin Lodge Semporna
Sumber gambar: Amri Maris, Yeiyang Roslie, Mr. Mahathir

Sebuah lagi resort dengan balkoni peribadi di Mydin Lodge Semporna semestinya menjadi percutian anda di sini best sekali.

Bilik di resort ini dilengkapi dengan air cond dan pemandangan menghadap laut. Menarik kan?

Selain itu, resort ini merupakan antara resort yang menyajikan masakan Melayu yang sesuai dengan selera tekak anda.

Jadi tiada masalah jika pengunjung muslim untuk mencari makanan halal ke tempat menarik di Semporna Sabah ini.

Harga purata: RM 142 setiap malam

Ulasan pengunjung:

"Tempat yang cantik untuk berehat dan menikmati pemandangan laut pada waktu malam. Reka bentuknya unik dengan warna biru-neon di dinding dan pilihan bilik yang pelbagai. Dekat dengan kemudahan di Pekan Semporna. Lokasinya selamat dan sangat disyorkan untuk percutian..."
Semak Harga

Pakalangan Bay

7 Tempat menarik di Semporna untuk rekreasi

Alamat: Pakalangan, 91308 Semporna, Sabah

Telefon: –

Pakalangan Bay
Sumber gambar: Ayatun Nur Azra, Shukry Abdullah, Pakalangan Bay

Jika anda ingin bersiar-siar mengambil angin bolehlah berkunjung ke Pakalangan Bay iaitu taman rekreasi di Semporna. Ia hanya mengambil jarak 20 km dari bandar Semporna.

Terdapat pondok rehat disediakan yang sesuai jika anda ingin berpiknik bersama keluarga mahupun siapa sahaja. 

Semak Harga

Taman Tanaman Anggur

8 Ladang anggur di Semporna

Alamat: Kampung Kuala Bibang, Semporna, Sabah

BACA JUGA  14 Tempat Menarik Di Keningau Sabah Yang Membawa Ketenangan

Telefon: –

Taman Tanaman Anggur
Sumber gambar: Facebook @Taman Tanaman Anggur Semporna

Wah! Semporna pun ada ladang anggur juga. Uniknya di sini kerana kebiasaannya tanaman anggur tumbuh subur di kawasan sejuk. Tetapi tumbuh subur di tempat menarik di Semporna Sabah ini.

Selain itu, ladang ini merupakan satu-satunya ladang anggur di daerah Semporna Sabah.

Tambahan pula, anda juga boleh dapatkan info cara penjagaan tanaman anggur yang subur di sini!

Waktu operasi: Setiap hari: 9 pagi – 5 petang

Semak Harga

Tampi Tampi Resort

9 Tempat menarik untuk keluarga di Semporna

Alamat: Kampung Tampi-tampi Asli, 91308 Semporna, Sabah

Telefon: –

Tampi Tampi Resort
Sumber gambar: Shah Shahe, Alen Alex, Mohd Azmi

Lagi pilihan penginapan atas air yang terbaik untuk keluarga di sini ialah Tampi Tampi Resort.

Resort ini sangat terkenal sebagai pusat peranginan kerana kejernihan air laut sehingga ke dasar dan bersih.

Tambahan pula, di sini menyajikan sajian makan malam yang menarik serta aktiviti menyelam.

Oleh itu, anda jangan pula ya membuat sampah di sini. Sama-sama kita pelihara alam sekitar sekeliling!

Semak Harga

Sipadan Kapalai Dive Resort

10 Tempat menarik untuk pasangan di Semporna

Alamat: Sipadan Kapalai Dive Resort, Sabah

Telefon: 08-976 5200

Sipadan Kapalai Dive Resort
Sumber gambar: Venus Ooi, Vincent Hofer, Panadda Tharnrakprasert, Tunca Tirpan

Siapa saja yang tidak kenal dengan Pulau Sipadan kan? Ia merupakan antara pulau yang tercantik di dunia.

Di sini menempatkan sebuah resort yang mewah yang dikenali sebagai Sipadan Kapalai Dive Resort.

Selain itu, ia turut dikenali sebagai “paradise on stilts” menjadikan ia tempat menarik untuk pasangan honeymoon di sini.

Selanjutnya, untuk anda yang baru berjinak dalam dunia diving pun boleh juga menyelam di sini juga!

Harga purata: Tiada maklumat

Ulasan pengunjung:

"Sipadan Kapalai Resort mempunyai chalet di atas laut, bilik luas, bersih, dan keindahan pemandangan bawah laut yang mengagumkan. Pemandangan di resort luar biasa, air yang jernih dan kehadiran ikan-ikan. Salah satu destinasi terbaik yang pernah saya kunjungi..".
Semak Harga

Mushrooms Inn

11 Tempat penginapan unik di Semporna

Alamat: Lorong Avenue 3, Taman sutera, 91307 Semporna, Sabah

Telefon: –

Mushrooms Inn
Sumber gambar: Facebook @Mushrooms蘑菇里民宿

Sebuah penginapan yang unik bukanlah di atas air namun cukup terbaik untuk dijadikan tempat bercuti di Semporna. Mushrooms Inn dikatakan unik disebabkan rumah penginapan ini berbentuk cendawan.

Bayangkan tinggal di dalam penginapan cendawan gergasi sememangnya mengujakan!

Terdapat 6 jenis bilik yang ditawarkan untuk anda membuat pilihan yang sememangnya sangat selesa.

Harga purata: RM 184 setiap malam

Ulasan pengunjung:

"Penginapan tema Super Mario yang unik dan bersih dengan kemudahan dua tingkat adalah pengalaman yang menyeronokkan, dengan pekerja yang responsif. Sarapan gaya Cina dan tempat ini sesuai untuk penginapan yang tenang di Semporna dengan tidur yang selesa...."
Semak Harga

Nusakuya Resort

12 Resort berkonsepkan villa terapung di Semporna

Alamat: Kg Tundun Bum-Bum Lot no 20-031204014 Peti surat 852, 91308 Semporna, Sabah

BACA JUGA  Sabah Alami Fenomena Cuaca Sejuk

Telefon: –

Nusakuya Resort
Sumber gambar: Facebook @Nusakuya Resort

Pernah lihat villa terapung di atas air? Jadi kami sarankan untuk anda berkunjung ke Nusakaya Resort yang merupakan sebuah resort berkonsepkan villa terapung.

Cukup indah, cukup terbaik dan cukup privasi. Itulah yang dapat digambarkan suasana di resort ini dengan 2 jenis villa yang disediakan iaitu double room dan family room.

Tambahan pula, terdapat 3 pakej island hopping yang boleh anda buat pilihan di sini termasuk aktiviti kayak lutsinar.

Semak Harga

Pulau Tetagan

13 Perkampungan Bajau Laut di Semporna

Alamat: Pulau Tetagan, Semporna, Sabah

Telefon: –

Pulau Tetagan
Sumber gambar: mohd shahrin khalid, Traveler Forever

Nama sahaja pulau tetapi ia adalah sebuah perkampungan etnik Bajau Laut di Semporna.

Pulau Tetagan merupakan kediaman etnik ini sejak dahulu lagi. Di mana anda boleh mempelajari satu lagi keunikan masyarakat majmuk di Malaysia. Menarik bukan?

Selain itu, anda juga boleh memberikan sedikit ole-ole untuk mereka disebabkan kediaman mereka agak jauh dari kawasan daratan.

Semak Harga

Anjung D’Samudera Cafe

14 Tempat makan menarik di Semporna

Alamat: Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah

Telefon: –

Anjung D'Samudera Cafe
Sumber gambar: Lo Ellyn, Adnan Latif, Adi Azudin

Dah jalan ke sana ke sini lapar la pula. Jadi jom singgah makan di Anjung D’Samudera Café! Restoran ini menyediakan seafood yang segar dan yang paling penting murah tau!

Antara menu yang popular di restoran ini ialah mini shell-out kam heong & mango float, nasi goreng seafood dan nasi ayam butter.

Wah! Dengar nama makanan sahaja sudah enak, inikan pula rasa mesti sedap!

Waktu operasi: Setiap hari: 8 pagi – 11 malam

Semak Harga

Pulau Kapalai

15 Pulau buatan manusia di Sabah

Alamat: Pulau Kapalai, Sabah

Telefon: –

Pulau Kapalai
Sumber gambar: channel Malik Ritduan Paijan, Tracy Xu

Kalau di semenanjung ada Pulau Marina, Perak manakala di kepulauan Borneo ada Pulau Kapalai sebagai pulau buatan manusia.

Biasanya tasik yang selalu menjadi tasik buatan manusia, ini pulau pula mesti menarik kan?

Jadi jom bercuti di Pulau Kapalai yang terletak hanya 15 minit dari Pulau Sipadan.

Selain itu, jangan lupa untuk melihat keindahan hidupan laut dengan scuba diving di pulau ini!

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Tuaran Sabah
  • Tempat Menarik Di Segamat
  • Tempat Menarik Di Lahad Datu Sabah Yang Unik
  • Tempat Menarik Di Papar Sabah Untuk Dikunjungi
4/5 - (15 votes)
Tags: sabahsempornatempat menarik di semporna

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved