Table of Contents
Sebelum ke tempat menarik di Batu Gajah Perak, jom kenali sejarahnya! Perak Darul Ridzuan adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dan yang keempat terbesar di Malaysia.
Negeri seluas 20976 km persegi ini mempunyai populasi penduduk sebanyak 2 juta orang.
Di dalam negeri yang terkenal dengan buah durian ini, terdapat satu destinasi pelancongan menarik iaitu Batu Gajah.
Untuk pengetahuan anda, Batu Gajah terletak di daerah Kinta dan pada asalnya merupakan sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Sungai Terap.
Senarai tempat menarik di Batu Gajah, Perak
Tempat ini dinamakan Batu Gajah sempena penemuan batu besar seperti gajah semasa aktiviti pelombongan dahulu.
Terdapat banyak versi dan cerita mengenai kewujudan tempat menarik ini termasuk cerita mengenai dua ekor gajah yang berubah menjadi batu di Sungai Kinta berdekatan Kampung Pisang.
Selain sejarahnya yang menarik, Batu Gajah juga menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. Berikut beberapa lokasi menarik yang kami syorkan untuk anda kunjungi.
Kellie’s Castle
1 Istana lama di Batu Gajah
Alamat: Kompleks Pelancongan Kellie’s Castle Lot 48436, KM 5, 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak.
Telefon: 05-365 3381

Istana yang indah ini dikenali sebagai Kellie’s Castle dan merupakan salah satu tapak bersejarah di Batu Gajah. Dibina pada tahun 1915 oleh seorang lelaki berasal dari Scotland bernama William Kellie Smith.
Menurut sejarah, beliau membina istana ini sebagai tanda cinta terhadap isterinya. Kisah mengenai istana ini sungguh romantis, bukan? Menariknya lagi, lif pertama di Malaysia dipasang di dalam istana ini.
Namun, istana ini tidak siap sepenuhnya disebabkan oleh faktor wabak Spanish Flu dan Perang Dunia Pertama. Selepas itu, Kellie’s castle menjadi tempat tarikan pelancong kerana seni bina yang cantik dan klasik.
Selain tempat bersejarah, lokasi ini juga dikatakan mistik kerana masih dihuni oleh roh William dan keluarganya.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Dinosaur Encounter World: Area 65
2 Taman dinosaur di Perak
Alamat: Silverlakes Village Outlet, 1, Persiaran Silverlakes, Kampung Belangkor, 31000 Batu Gajah, Perak
Tel: N/A

Siapa kata Batu Gajah tiada taman tema? Baru je buka hujung tahun 2023, tempat menarik ni memang sesuai untuk kanak-kanak.
Berkonsepkan sains pra-sejarah, taman hiburan imersif ini akan membawa kanak-kanak merasai pengembaraan dunia dinosaur.
Selain melihat dinosaur, pengunjung boleh bermain virtual games, carousels, bumper cars dan bergambar bersama anak.
Berdekatan Silverlakes Village Outlet, jadi lepastu bolehlah singgah membeli-belah di mall ni.
Waktu operasi:
- Isnin – Khamis (11 pagi – 6 petang)
- Jumaat – Ahad termasuk cuti umum (10 pagi – 7 malam)
Silverlakes Village Outlet
3 Tempat menarik baharu di Batu Gajah
Alamat: 1, Persiaran Silverlakes, Kampung Belangkor, 31000 Batu Gajah, Perak
Tel: 05-365 1202

Menawarkan pusat beli belah dengan pilihan makanan, minuman dan barangan berjenama. Antaranya Coach, Zus, Kate Spade, Puma dan Carlo Rino.
Berhadapan dengan stesen keretapi Batu Gajah, memudahkan pengunjung dari KL menuju ke mall ini dengan menaiki ets selama 2 jam setengah.
Kawasan sekitarnya agak cantik dengan tasik dan tempat yang baik untuk bergambar atau melepak.
Malah, terdapat banyak aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti menaiki bot, kereta api, taman permainan kanak-kanak, kereta elektrik, pameran mini dan lain-lain.
Muzium Perlombongan Bijih Timah
4 Muzium perlombongan bijih timah di Perak
Alamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
Telefon: 012-288 8530

Muzium Perlombongan Bijih Timah merupakan salah satu destinasi bersejarah berkaitan bijih timah di Kampar, Perak.
Dibuka pada tahun 2012, muzium ini mempamerkan cara perlombongan dari kaedah tradisional hingga ke moden.
Anda dapat melihat artifak, dokumen sejarah dan peralatan bersejarah berkaitan perlombongan bijih timah serta replika si Larut iaitu gajah yang telah menemui bijih timah pertama di Larut.
Tiket masuk untuk dewasa hanya RM 5 dan kanak-kanak hanya RM2. Tempat ini memang menarik untuk dikunjungi seisi keluarga.
Waktu operasi: Rabu – Ahad (12 tengah hari – 7 malam)
Kawasan Perkelahan Papan
5 Tempat mandi di Perak
Alamat: Pusing, Perak
Telefon: –

Tempat ini juga dikenali sebagai Hutan Lipur Papan, terletak tidak jauh dari bandar Batu Gajah.
Bagi yang ingin ‘healing’ dengan alam, anda pasti rasa tenang dengan keindahan alam semula jadi dan air terjun yang jernih ini.
Kawasan ini dipelihara oleh Jabatan Perhutanan Perak, jadi pengunjung dinasihatkan untuk menjaga kebersihan semasa berkelah dan mandi-manda.
Ramai pengunjung menghabiskan hujung minggu mereka di sini, bahkan ada yang datang dari luar negeri Perak.
Restoran Pak Ya Nasi Pandan
6 Tempat makan best di Batu Gajah Perak
Alamat: 33, Laluan Batu Gajah Perdana 1, Taman Batu Gajah Perdana, 31550 Pusing, Perak, Malaysia
Telefon: 019-479 9958

Tidak lengkaplah percutian anda sekiranya tidak singgah ke restoran Pak Ya Nasi Pandan dan mencuba makanan signature mereka iaitu Nasi Pandan.
Restoran popular di Taman Batu Gajah ini terkenal dengan makanan yang sedap, staff yang peramah dan suasana tempat makan yang selesa.
Setelah seharian menerokai Batu Gajah, eloklah mengisi perut di sini. Dijamin anda berpuas hati!
Waktu operasi: Isnin – Sabtu (4:30 pagi – 7 malam)
Taman Herba Negeri Perak
7 Taman herba di Perak
Alamat: Batu 1, Jalan Simpang Pulai, Kg. Kepayang, Perak Batu Gajah, 31300 Gopeng, Perak
Telefon: 05-357 7280

Jika anda minat dengan herba, tumbuhan hijau dan udara segar di hutan, wajib datang ke Taman Herba Papan di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Seperti yang anda tahu, herba sangat berguna dalam bidang perubatan, aromaterapi dan sumber makanan.
Terdapat lebih seratus jenis herba di sini, serta kemudahan seperti jabatan penerangan, surau, dewan terbuka dan denai.
Selain melihat herba, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking, berkelah dan berkhemah. Tunggu apa lagi, ajak keluarga anda datang ke sini!
Waktu operasi: Rabu – Ahad (9 pagi – 5 petang)
Gazebo Abg Nash
8 Tempat makan menarik di Batu Gajah waktu malam
Alamat: 2, Lebuh Lapangan Siber 2, Taman Botani, 31350 Ipoh, Perak
Telefon: 012-204 2500

Terkenal dengan tagline “ Where everyone can makan & enjoy”, Gazebo Abg Nash juga salah satu tempat lepak di Batu Gajah yang popular.
“Best Capati in town”, itulah antara ulasan dari pelanggan menandakan capati di tempat ini wajib dicuba.
Jika anda ingin mencari tempat sarapan dan tempat lepak yang terbaik, disinilah tempatnya. Nasi lemak, mee kari, dan roti goyang Gazebo Abg Nash juga pasti memuaskan selera anda.
Dengan suasana yang santai, staff yang peramah dan makanan dengan harga berpatutan, Gazebo Abg Nash adalah pilihan tempat makan yang terbaik.
Waktu operasi: Khamis – Selasa (8 pagi – 11:30 malam)
Muzium Batu Gajah @ Muzium Perak
9 Muzium menarik di Perak
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Telefon: 05-807 2057

Tahukah anda? Muzium pertama di Malaysia ialah Muzium Perak di Taiping yang dibina pada tahun 1883.
Reka bentuk Muzium Perak sangat unik dengan gabungan gaya bangunan “moor” di India dan gaya eropah.
Muzium terawal di Malaysia ini menjadi tempat penyimpanan dan pameran koleksi artifak berusia ratusan tahun, termasuk spesimen haiwan yang telah pupus, tembikar dan hasil buatan tangan masyarakat terawal.
Jika anda ingin lebih mengetahui tentang sejarah negeri Perak, cubalah menjejakkan kaki ke muzium yang indah ini.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Istana Raja Billah
10 Tempat menarik di Batu Gajah untuk ootd
Alamat: Istana Raja Billah Papan, A188, Pusing, Perak
Telefon: 05-807 2057

Satu lagi istana cantik di Batu Gajah ialah Istana Raja Billah yang direka dengan mewah menggunakan papan dan menggabungkan seni masyarakat Mandailing.
Dibina oleh Raja Billah seorang bangsawan kaya untuk menghabiskan sisa hidupnya di Perak.
Selain itu, istana ini juga digunakan sebagai tempat pertemuan dan mesyuarat masyarakat Mandailing.
Seni bina istana ini klasik dan tradisional, sangat menarik untuk gambar OOTD atau lokasi penggambaran filem.
Istana ini popular dengan cerita seram dan mistik dari penduduk tempatan. Kawasan ini sering berlaku aktiviti paranormal, dan telah ada dokumentari mengenai kisah seram istana ini.
Nasi Kukus Gulai Kawah Batu Gajah
11 Tempat makan menarik di Batu Gajah
Alamat: 221, Jalan Pusing, Kampung Sungai Terap, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 05-366 8337

Satu lagi tempat makan yang terkenal di Batu Gajah ialah Nasi Kukus Gulai Kawah Batu Gajah. Dahulunya dikenali sebagai Kedai Nasi Kukus Kak Yong.
Tempat ini popular kerana keenakan nasi kukusnya yang menggunakan resipi turun-temurun serta menu gulai kawah.
Pastinya, restoran ini wajib untuk anda kunjungi bagi merasai sendiri keenakan makanan mereka.
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi– 8 malam)
Taman Alam Kinta
12 Taman rekreasi di Batu Gajah
Alamat: 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: –

Hidup di bandar jarang sekali kita nampak burung berterbangan, bukan? Oleh itu, anda wajib datang ke Taman Alam Kinta.
Terkenal sebagai ‘syurga burung’, anda dapat melihat pelbagai jenis burung terutama semasa musim-musim tertentu.
Spesies burung yang jarang dilihat seperti tiung, wak-wak, panglim, belatuk, dan pelbagai jenis lain juga dapat ditemui di sini.
Setiap tahun, populasi burung di sini bertambah kerana sumber makanan yang melimpah. Jadi, jom menikmati keindahan alam semula jadi di sini.
Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5
13 Kapal korek terakhir di Batu Gajah
Alamat: 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah
Telefon: 014-904 3255

Pernahkah anda terfikir bagaimana teknologi melombong bijih timah pada zaman dahulu? Kapal korek telah menjadikan aktiviti ini lebih mudah berbanding tenaga manusia.
Pada masa lalu, kawasan Batu Gajah berkembang pesat, dan kapal korek ini masih ada hingga kini sebagai tarikan pelancongan.
Atas inisiatif kerajaan Perak, kapal-kapal ini diperbaiki dan dibuka untuk orang awam. Pengunjung hanya dibenarkan melawat aras bawah dan melihat kawasan pemprosesan yang lain.
Anda juga boleh memegang barang-barang pameran dan merasai pengalaman mendulang bijih timah.
Waktu operasi: Setiap hari ( 9 pagi – 5:15 petang)
Perak Agrotourism Resort
14 Resort menarik di Batu Gajah
Alamat: A15, 31800 Tanjung Tualang, Perak
Telefon: 05-360 0471

Bagi pencinta alam semula dan pengemar aktiviti lasak anda digalakkan ke sini.
PATRO atau dikenali sebagai Perak Agrotourism, diuruskan oleh perbadanan pembangunan pertanian negeri Perak. Kawasan ini dahulunya merupakan penempatan para pelombong bijih timah.
Namun kini menjadi kawasan pelancongan dengan penginapan chalet serta pelbagai aktiviti lasak seperti ATV, kayak, paintball dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat masakan kampung dan peluang melihat pemprosesan telur masin.
Taman Sesat (Maze Park)
15 Tempat lepak di Batu Gajah
Alamat: KM9, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 017-875 2663

Maze Park atau Taman Sesat merupakan sebuah taman unik yang baru didirikan di Batu Gajah. Apabila anda masuk, anda akan rasa seperti ‘tersesat’ dalam satu kawasan.
Sepanjang di sini, anda akan menjumpai mini zoo dengan haiwan seperti arnab, ayam serama, dan kambing.
Anda boleh bermain dengan haiwan ini dengan bayaran tertentu mengikut peringkat umur. Sesuai untuk hangout bersama keluarga.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)
Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah
16 Tempat bersejarah di Batu Gajah
Alamat: No.37, Jalan Aman, Kampung Bendera, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 05-365 3236

Sebuah rumah bersejarah yang pernah didiami oleh DYMM Sultan Azlan Shah bersama ahli keluarganya.
Struktur rumah ini masih mengekalkan reka bentuk asal dan kini dijadikan galeri yang boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja.
Tempat menarik Batu Gajah ini mempunyai ruang pameran silsilah keluarga, zaman persekolahan baginda sehingga dewasa serta koleksi pencapaian sukan baginda.
Waktu operasi: setiap hari ( 9:30 pagi – 4:30 petang)
Restoran Mee Udang Galah Afni
17 Mee udang sedap di Batu Gajah
Alamat: Jalan Pusing, 31000 Batu Gajah, Perak
Telefon: 019-517 7230

Restoran Mee Udang Galah Afni, salah satu restoran mee udang yang popular di Batu Gajah.
Kemanisan udang galah yang besar dan keenakan hidangannya menarik banyak penggemar mee udang. Kawasan yang selesa dan nyaman membuatkan setiap pelawat sering kembali semula.
Setiap pengunjung yang menikmati mee udang di sini pasti berpuas hati. Selain mee udang, mereka juga menyajikan pelbagai menu ala barat.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (10:30 pagi – 10:30 malam)