senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

14 Tempat Menarik Di Skudai Johor Untuk Diterokai

Aira by Aira
November 16, 2022
in Travel
tempat menarik di skudai
66
SHARES
6.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Permainan menguji minda di Skudai
  • 2. Permainan menguji tahap keberanian di Skudai
  • 3. Tempat menarik untuk menonton wayang di Skudai
  • 4. Shopping mall di Skudai
  • 5. Tempat menarik untuk kaum wanita di Skudai
  • 6. Taman rekreasi di Skudai
  • 7. Lapangan terbang ke-5 tersibuk di Malaysia
  • 8. Barangan berjenama dan mewah di Skudai
  • 9. Pantai di Skudai
  • 10. Tempat menarik untuk keluarga di Skudai
  • 11. Tempat menarik untuk kanak-kanak perempuan di Skudai
  • 12. Hotel bertaraf 3 bintang di Skudai
  • 13. Hotel bertaraf 2 bintang di Skudai
  • 14. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Skudai

Jika Bangi, Selangor terkenal sebagai ‘bandar ilmu’ manakala tempat menarik di Skudai pula terkenal sebagai ‘bandar universiti’.

Ia terletak di dalam daerah Johor Bahru yang bersempadan dengan Pontian, Kota Tinggi dan Kulai Jaya. Bandar ini diuruskan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Tambahan pula, sebab utama ia digelar sebagai ‘bandar universiti’ adalah kerana di sini terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Senarai tempat menarik di Skudai Johor

Tahukah anda bahawa selain dikenali sebagai tempat menimba ilmu, Skudai juga menempatkan banyak tempat menarik di UTM Skudai ini?

Antaranya ialah tidak lain tidak bukan iaitu taman tema Legoland dan pusat beli-belah Johor Premium Outlets.

Berikut terdapat 14 tempat menarik di Skudai Johor yang boleh anda terokai.

Escape Room Johor

1 Permainan menguji minda di Skudai

Alamat: Level 2, No. 79, Jalan Austin Heights 8/5, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

ADVERTISEMENT

Telefon: 07-352 2566

tempat menarik di skudaiescape room johor
Sumber gambar: The Escaper(密室逃脱), Lucas Venus & Michy Channel

Asyik berjalan menikmati pemandangan sahaja, mari tukar angin bermain permainan menguji minda pula!

Escape Room Johor adalah permainan untuk anda mengatur strategi untuk meloloskan diri dari bilik kurungan dalam masa yang ditetapkan. Mencabar minda bukan?

Permainan ini diadaptasi ke dunia sebenar daripada filem-filem terkenal seperti “Resident Evil” dan “Prison Break”.

ADVERTISEMENT

Terdapat 3 jenis tema yang boleh anda pilih untuk aktiviti menarik di Johor ini iaitu tema pembunuhan, seram dan siasatan.

Waktu operasi: Isnin – Rabu: 2 petang – 10 malam & Jumaat – Ahad: 1 petang – 12 malam

Hotel Terdekat

Lost in JB : The Haunted House

2 Permainan menguji tahap keberanian di Skudai

Alamat: 30, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor

Telefon: –

Lost in JB The Haunted House
Sumber gambar: tripadvisor.com

Anda berani dalam cabaran mengharungi aktiviti lasak? Tetapi adakah anda cukup berani untuk menerokai ke dalam rumah hantu?

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Johor Bahru Untuk Hiburan Terbaik

Jika anda ingin tahu, mari menguji tahap keberanian anda di tempat menarik sekitar Skudai iaitu Lost in JB: The Haunted House.

Sedikit peringatan untuk anda yang ada masalah jantung, tempat ini tidak sesuai untuk anda!

Waktu operasi: Isnin – Khamis: 12 tengah hari – 10.30 malam & Jumaat – Ahad: 12 tengah hari – 11 malam

Hotel Terdekat

Golden Screen Cinema, Skudai

3 Tempat menarik untuk menonton wayang di Skudai

Alamat: 7F-01 & 7F-02, Level 7, Paradigm Mall JB, Skudai Lbh, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru, Johor

Telefon: 03-7713 7888

tempat menarik di skudai - Golden Screen Cinema, Skudai
Sumber gambar: Dr Reviews, Justin Lim J. H., chong leng soh, 陈政澔

Golden Screen Cinema, Skudai ialah pawagam yang terletak di dalam Paradigm Mall. Menariknya di sini, ia dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih tau!

Sistem bunyi “Dolby Atmos Sound” memberikan efek bunyi yang sedap didengar ketika anda menonton wayang. Barulah syok kan?

Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 10 malam

Hotel Terdekat

Paradigm Mall

4 Shopping mall di Skudai

Alamat: Paradigm Mall, Lot 3FK-12J, third floor, Skudai Lbh, 81200, Johor

Telefon: 07-231 3888

tempat menarik di skudai - Paradigm Mall
Sumber gambar: HorLeong Loh, Jay BuBo, DANNY WONG, Asyrafuddin Sarun

Selain menonton wayang, terdapat banyak pilihan outlet yang boleh anda kunjungi di Paradigm Mall ini. Terdapat berbagai pilihan barangan berjenama yang ditempatkan di sini seperti Adidas, Nike dan Uniqlo.

Bukan itu sahaja, sebut sahaja makanan western? makanan Jepun? makanan Melayu? Semuanya ada di sini tau!

Tambahan pula, anda boleh berhibur dengan bermain ice skating, rock climbing dan hoki ais sebagai aktiviti menarik di Johor.

Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 10 malam

Hotel Terdekat

Thyme Spa

5 Tempat menarik untuk kaum wanita di Skudai

Alamat: 6, Jalan Jati 1, Taman Nusa Bestari Jaya, 81300 Skudai, Johor

Telefon: 07-512 1512

Thyme Spa
Sumber gambar: Instagram @eldershardware, @idepienaar

Spa dan kaum wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan. Hal ini kerana, setiap wanita pastinya mengimpikan tubuh yang ramping dan wajah yang cantik flawless kan?

Thyme Spa adalah tempat yang sesuai untuk kaum wanita mencantikkan diri sendiri.

Terdapat 5 jenis terapi yang dilakukan iaitu terapi genkilogi, penjagaan wanita, mengaktifkan sel-sel kulit muka, kurus dan spa hydro.

Hotel Terdekat

Hutan Bandar MPJBT

6 Taman rekreasi di Skudai

Alamat: Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Seri Orkid, 81300 Johor Bahru, Johor

Telefon: –

tempat menarik di skudai - Hutan Bandar MPJBT
Sumber gambar: CY Lee, Munchyy, WEE ALEX, Azian Khalil

Mencari aktiviti menarik di Johor yang best? Mari menghirup udara segar di taman rekreasi Hutan Bandar MPJBT.

BACA JUGA  13 Tempat Menarik Di Senai Untuk Dikunjungi

Berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini yang bebas dari hiruk-pikuk kota. Antaranya ialah berbasikal, berjoging, bersenam dan banyak lagi di tempat menarik di UTM Skudai ini.

Waktu operasi: Setiap hari: 7 pagi – 7 malam

Hotel Terdekat

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor

7 Lapangan terbang ke-5 tersibuk di Malaysia

Alamat: Johor Darul Ta’zim, 81250 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-599 4500

tempat menarik di skudai - Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor
Sumber gambar: JYJJ, Soo Hin Yeoh, Zakaria Abd Razak, Dr Kalaiarasu M. Peariasamy

Ditubuhkan pada tahun 1974 menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor sebagai lapangan terbang ke-5 tersibuk di Malaysia.

Lapangan terbang ini diuruskan oleh Perkhidmatan Terminal Lapangan Terbang Sdn.Bhd.

Selain itu, di sini anda berpeluang untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat secara lebih dekat.

Hotel Terdekat

Johor Premium Outlets

8 Barangan berjenama dan mewah di Skudai

Alamat: Jalan Premium Outlets, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

Telefon: 07-661 8888

Johor Premium Outlets
Sumber gambar: Mohd Rasyidi Ismail, Mr. Dauz, Rumah Barcelona, David Ctw

Jika di negeri Melaka ada Melaka Premium Outlets, di negeri Johor pula terdapat Johor Premium Outlets sebagai tempat menarik sekitar Skudai.

Bagi anda peminat koleksi barangan berjenama dan mewah, di sinilah tempatnya. Pusat beli-belah high class ini ditubuhkan pada tahun 2011 dengan menempatkan sebanyak 150 kedai.

Antara barangan berjenama yang ada ialah “Calvin Klein”, “Nike”, “Puma”, “Gucci”, “Under Armor” dan banyak lagi.

Pastinya akan membuatkan anda rambang mata kan?

Waktu operasi: Setiap hari: 10 pagi – 10 malam

Hotel Terdekat

Pantai Rekreasi Desaru

9 Pantai di Skudai

Alamat: 82200 Bandar Penawar, Johor

Telefon: –

Pantai Rekreasi Desaru
Sumber gambar: Mhd Azmi Zulfikar, tan foo heng, Ted Chen, R S

Warna air laut yang biru dan jernih sememangnya menambat hati pengunjung untuk bersantai sebagai tempat menarik di UTM Skudai ini.

Terdapat aktiviti best yang boleh dilakukan di Pantai Rekreasi Desaru ini iaitu berenang, snorkeling dan berkelah.

Di samping itu, banyak tempat penginapan menarik seperti resort dan hotel berdekatan UTM Skudai untuk anda bermalam.

Hotel Terdekat

Legoland

10 Tempat menarik untuk keluarga di Skudai

Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Nusajaya, Johor

Telefon: 07-597 8888

Legoland
Sumber gambar: LEGOLAND Malaysia, 合利單車 Marzuki Kamal

Sebut sahaja Legoland pastinya anda terbayangkan betapa banyaknya lambakan lego yang ada di situ kan?

Tempat menarik di Skudai ini merupakan taman tema berkonsepkan ‘lego’ yang pertama di Asia tau! Ia amat sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.

Di sini anda boleh lihat terdapat banyak mini model bangunan di seluruh dunia yang diperbuat daripada lego. Wah! Menarik bukan?

Hotel Terdekat

Hello Kitty Town Sanrio

11 Tempat menarik untuk kanak-kanak perempuan di Skudai

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor

BACA JUGA  Senarai Empangan Terbesar di Malaysia 2025

Telefon: 07-291 3535

Hello Kitty Town Sanrio
Sumber gambar: MICHAEL HSU, Syerra Riswandi, Hui Ling Lee

Kanak-kanak perempuan sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan warna merah jambu kan? Begitu juga warna merah jambu yang menjadi warna rasmi watak kucing comel yang dikenali sebagai “Hello Kitty”.

Para ibu bapa, anda boleh membawa anak-anak anda menemui kartun comel ini di Hello Kitty Town Sanrio.

Selain itu, terdapat barangan bertemakan “Hello Kitty” dan persembahan menarik dari maskot comel ini. Pastinya anak-anak anda berasa seronok bermain di sini!

Hotel Terdekat

Hotel Zamburger Lavender Nusa

12 Hotel bertaraf 3 bintang di Skudai

Alamat: LOT 7 & 9, Jalan Bestari 3/5, Taman Nusa Bestari, 81300 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-511 4509

Hotel Zamburger Lavender Nusa
Sumber gambar: ZenHotels, Hotels.com

Mencari hotel berdekatan UTM Skudai yang bertaraf 3 bintang? Hotel Zamburger Lavender Nusa adalah lokasi ideal untuk anda menginap.

Ia terletak berhampiran dengan Legoland, Lapangan Antarabangsa Senai dan Johor Premium Outlets.

Antara jenis bilik yang ditawarkan ialah superior double room, deluxe double room, deluxe twin room, deluxe family room, single room dan superior twin room.

Selanjutnya Di Agoda

SmoR Hotel

13 Hotel bertaraf 2 bintang di Skudai

Alamat: 45-47, Jalan Bestari 8/2, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor

Telefon: 07-234 1668

SmoR Hotel
Sumber gambar: Kenneth Lim, Norsyuhadah Norsyuhadah, Peter Yong, Zex0419

Smor Hotel merupakan hotel berdekatan UTM Skudai yang bertaraf 2 bintang. Ia terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan AEON.

Selain itu, hotel ini mempunyai 34 bilik yang dilengkapi dengan kemudahan wifi percuma.

Tambahan pula, bilik arked, bilik permainan biliard dan taman permainan turut terdapat di hotel ini.

Hotel Terdekat

The Little Big Club

14 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Skudai

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya Johor

Telefon: –

The Little Big Club
Sumber gambar: Alex Lee, travelmalaysia.me

Lagi tempat menarik sekitar Skudai untuk kanak-kanak ialah taman tema The Little Big Club. Taman tema ini menempatkan watak-watak kartun kegemaran kanak-kanak yang terkenal.

Antaranya ialah “Bob the Builder”, “Barney” dan “Thomas and Friend”. Selain itu, pada bahagian “Bobsville” terdapat aktiviti-aktiviti menarik yang merangsang minda anak.

Antarnya bermain model pemasangan batu-bata, rangka tingkap dapur dan pemasangan bilik mandi.

Hotel Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kuala Sepetang
3.9/5 - (15 votes)
Tags: johorskudai johortempat menarik di skudai

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved