senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

13 Tempat Menarik Di Papar Sabah Untuk Dikunjungi

Nora by Nora
June 10, 2024
in Travel
tempat menarik di papar sabah terkini (3)

Sumber gambar: wiewie nur syahira

60
SHARES
6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat rekreasi di pekan Papar, Sabah
  • 2. Kedai bunga terbesar di Papar
  • 3. Kedai bunga yang popular di Papar
  • 4. Cactus mini garden di Papar
  • 5. Tempat menarik untuk family day di Papar
  • 6. Tempat mandi-manda di Papar
  • 7. Resort tepi sungai di Papar
  • 8. Resort tepi pantai dan ada kolam renang di Papar
  • 9. Pantai di Papar Sabah
  • 10. Pantai cantik di Papar Sabah
  • 11. Tempat camping di Papar Sabah
  • 12. Homestay unik di Papar Sabah
  • 13. Tempat penginapan terbaik untuk keluarga di Papar

Adakah anda perlukan cadangan dan mencari tempat menarik sekitar Papar? Sebelum tu, jom kenali Papar!

Terletak di bahagian pantai barat, Sabah, Papar merupakan salah satu daerah yang padat dengan lokasi-lokasi menarik untuk dilawati.

Papar bermaksud tanah rata dalam melayu Brunei dan berkeluasan 1243.2 km. Dahulunya, Papar ditadbir oleh kerajaan Brunei sebelum jatuh ke tangan pihak British pada tahun 1877.

Sekarang, Papar telah menjadi kawasan yang maju dan strategik kerana berdekatan dengan ibu kota Sabah iaitu Kota Kinabalu.

Senarai tempat menarik di Papar, Sabah

Bila kita sebut pasal Sabah, automatik terlintas di minda tentang lokasi menarik seperti Gunung Kinabalu, pulau-pulau di Semporna dan Kundasang.

Namun, jarang sekali orang bercakap tentang tempat menarik di Papar Sabah walaupun lokasi ini mempunyai beberapa tempat yang dikatakan “hidden gems”.

Jika anda akan ke Papar, pastikan anda singgah di beberapa lokasi menarik yang telah kami senaraikan di bawah!

ADVERTISEMENT

Papar Riverfront

1 Tempat rekreasi di pekan Papar, Sabah

Alamat: Bandar Papar, 89600 Papar, Sabah

Telefon: –

Papar Riverfront
Sumber gambar: flickr.com, encikmus.com, foursquare.com

Papar Riverfront merupakan tempat rekreasi yang sesuai untuk lepak, tenangkan fikiran dan suasananya juga meriah.

Lokasi ini sentiasa terjaga supaya pengunjung selesa beriadah dan selamat.

ADVERTISEMENT

View disini juga cantik sesuailah jika anda nak photoshoot atau jadi port bersantai.

Semak Harga

One Sabayu Nursery

2 Kedai bunga terbesar di Papar

Alamat: Jalan Papar Spur, 89600 Papar, Sabah

Telefon: 019-853 7520

One Sabayu Nursery di papar
Sumber gambar: xploresabah.com, Facebook One Sebayu Nursery

Anda suka bunga? Jikalau suka, singgalah ke syurga bunga Papar di One Sebayu Nursery. Tempat yang menarik di Papar Sabah ini terletak di jalan Spur, Papar.

One Sabayu Nursery menjual pelbagai jenis bunga hiasan indoor dan outdoor seperti kaktus, ros, bunga keladi dan bermacam lagi. Selain itu, peralatan berkebun, tanah, benih bunga, dan baja organik  juga ada dijual.

Bukan bunga sahaja, lokasi ini juga turut menjual ikan hiasan seperti Betta, Guppy, Platy dan Swordtail.

Nak datang beli bunga boleh, nak cuci mata pun boleh. Jika anda pencinta bunga, wajib untuk anda datang ke sini.

BACA JUGA  25 Tempat Menarik Di Pedalaman Sabah Untuk Dikunjungi

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5:30 petang)

Semak Harga

Lawren Garden Centre

3 Kedai bunga yang popular di Papar

Alamat: Mari-Mari Mart, Kg Langkawit, 89608 Papar, Sabah

Telefon: 016-8175152

Lawren Garden Center di Papar
Sumber gambar: Facebook Lawren Garden Centre

Satu lagi kedai bunga yang popular di Papar iaitu Lawren Garden Centre yang terletak di Kampung Langkawit.

Lawren Garden Centre pula menjual bunga hiasan indoor dan outdoor dari Thailand dan juga bunga orkid seperti Dendrobium Orchids, Vanda Orchids, Coral cactus, Bunga keladi dan Adenium.

Kalau ke Papar, pastikan bawa mak atau isteri anda ke sini gembirakan hati mereka. Sebab bunga antara kelemahan wanita.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali khamis (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Janis Cactusecculents

4 Cactus mini garden di Papar

Alamat: Lot-J 114, Taman Sayang, Jalan Melugus, Kg Buang Sayang, Papar Sabah

Telefon: 017-817 3509

Janis cactusecculents di Papar
Sumber gambar: xploresabah.com, Facebook Janis Cactusecculents

Janis Cactusecculents pula syurga bunga kaktus kerana keunikan dan kepelbagaian bunga kaktus yang terdapat disini.

Selain keunikan tanaman sukulen, Janis Cactusecculents juga menawarkan harga yang berpatutan dan mampu beli.

Harga berpatutan, bunga sukulen pula cantik dan comel, memang sesuailah kalau nak hadiahkan untuk orang tersayang atau buat perhiasan di rumah.

Semak Harga

Mondikot Deer Camp

5 Tempat menarik untuk family day di Papar

Alamat: Kg Kaiduan, Papar, 89600 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: 019-880 1597

tempat penginapan menarik di papar
Sumber gambar: mapio.net, google maps (Cosmin Dordea), Facebook Mondikot Deer Camp

Nak cari tempat yang jauh dari kesibukan kota dan menenangkan dikelilingi alam semula jadi di Papar? Mondikot Deer Camp lah tempat yang anda cari.

Tempat menarik tepi sungai Papar ini sangat mendamaikan dengan panorama alam hijau dan hidupan liar seperti rusa.

Ditambah dengan bunyi arus sungai, cicipan burung dan bunyi unggas sememangnya lokasi yang sesuai untuk healing.

Jadi, apa aktiviti yang boleh dibuat? Disini anda boleh camping, jungle trecking, mandi sungai, BBQ, melihat rusa dan spesis burung, berkayak dan banyak lagi. Memang tidak akan bosanlah.

Tempat yang underrated ini berbaloi untuk dikunjungi dan lakukan aktiviti keluarga. Landskap semula jadinya memang memikat hati!

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Semak Harga

Mandalipau White Water View & Fishpond

6 Tempat mandi-manda di Papar

Alamat: Mandalipau White Water View & Fishpond, Papar, Sabah

Telefon: 013-879 0994

tempat mandi manda di papar
Sumber gambar: sabahtourism.com, jun-zie.com

Mandalipau White Water View & Fishpond terkenal sebagai tempat mandi-manda yang menyeronokkan di Papar kerana lokasi yang mesra pengunjung serta sungainya yang jernih dan sejuk.

Anda juga berakit kerana ada rakit bamboo disediakan. Berkelah, berkhemah dan memancing di tasik pun boleh!

Tempat popular di Papar ini menyediakan tempat parking yang luas, pondok untuk bbq, tandas awam, dan bilik persalinan serta jaket keselamatan.

BACA JUGA  13 Tempat Menarik Di Tenom Sabah Untuk Dilawati

Fasiliti yang banyak memudahkan dan melancarkan aktiviti anda.

Anda nak bermalam pun boleh sebab ada chalet yang disediakan. Tunggu apa lagi, bawalah rakan atau keluarga anda ke sini.

Semak Harga

Hidden Paradise Resort

7 Resort tepi sungai di Papar

Alamat: Jalan KEM PLKN OVAI, 89600, Papar, Sabah

Telefon: 011-1604 8010

resort tepi sungai di papar
Sumber gambar: myhiddenparadiseresort.com, iloveborneo.my, google maps (Isaac Tkim)

Hidden Paradise Resort merupakan hotel pelancongan “hidden gems” di Papar yang berbaloi untuk dijadikan lokasi percutian.

Suasana dan udaranya yang nyaman sangatlah menenangkan jiwa. Selain itu, tempatnya yang cantik sering menjadi lokasi penggambaran.

Resort ini menawarkan chalet ala Bali dan aktiviti menyeronokkan seperti menunggang ATV, berkayak, mendaki, meredah hutan, flying fox dan persembahan-persembahan unik.

Tidur chalet dah terlalu biasa? Di sini anda boleh tidur di dalam gelembung lutsinar sambil menikmati bintang-bintang di langit.

Memang akan menjadi pengalaman yang luar biasa. Tunggu apa lagi, tempah sekarang!

Semak Harga

Langkah Syabas Beach Resort

8 Resort tepi pantai dan ada kolam renang di Papar

Alamat: Kampung Laut Kinarut, Off Jalan Papar Baru, 88858 Kota Kinabalu

Telefon: 088-752 000

Langkah Syabas Beach di papar
Sumber gambar: amazingborneo.com, tripadvisor.com, hrs.com

Nak cari tempat tengok sunset yang cantik di Papar? Sudah pasti Langkah Syabas Beach Resort lokasi yang sesuai.  

Langkah Syabas Beach Resort adalah tempat penginapan tepi pantai yang cantik terletak di Kampung Laut Kinarut. ]

Hanya sekitar 30 minit dari Kota Kinabalu, resort ini mempunyai sebanyak 18 chalet dilengkapi pelbagai kemudahan seperti servis babysitting, dobi, kolam renang, tempat mesyuarat, kedai kopi dan banyak lagi. Resort yang sesuai untuk bersama keluarga.

Lokasi ini juga sesuai jika anda nak jadikan sebagai tempat perkahwinan. Bersanding di tepi pantai berbumbungkan awan biru yang indah pasti menjanjikan pengalaman yang manis.

Semak Harga

Pantai Manis

9 Pantai di Papar Sabah

Alamat: Jalan Pantai Manis, 89600 Papar, Sabah

Telefon: –

pantai manis
Sumber gambar: foursquare.com, worldogs.com, trekearth.com, lucarkc.blogspot.com

Pantai Manis merupakan pantai awam di Papar yang popular dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lokasi bersiar-siar, lepak dan menikmati waktu petang.

Kawasan pantai yang terjaga menyebabkan ramai orang datang ke sini lebih-lebih lagi pada hujung minggu.

Di sini nak layan sunset pun cun sambil mendengar bunyi ombak memukul pantai.

Semak Harga

Pantai Telinting

10 Pantai cantik di Papar Sabah

Alamat: 89600 Papar, Sabah

Telefon: 012-827 8939

Pantai telinting
Sumber gambar: localguidesconnect.com, xploresabah.com, Facebook Bukit Kinandukan Kalanahan

Pantai Telinting boleh dikatakan sebagai salah satu pantai yang “underrated” di Sabah.

Pantai ini bersih dan terjaga. Selain itu, permandangan matahari terbenam disini sangatlah cantik sesuai untuk photoshoot dan pencinta “sunset”.

Aktiviti di tepi pantai seperti berkayak dan mandi manda juga boleh dilakukan.

BACA JUGA  Korea Selatan Laksana Kerja 4 Hari Seminggu Agar Pekerja Boleh Pergi Dating

Berlatarbelakangkan Bukit Kinandukan, anda boleh hiking kemudian bermain air di pantai. Lokasi yang kurang dikenali ini berbaloi untuk dikunjungi.

Semak Harga

Lembah Impian Residence & Campsite

11 Tempat camping di Papar Sabah

Alamat: Kampung Laut Kinarut, Off Jalan Papar Baru, 88858 Kota Kinabalu

Telefon: 088-752 000

Lembah impian residence campsite
Sumber gambar: Facebook Lembah Impian Residence & Campsite

Jika anda kaki camping, anda wajib cuba berkhemah di Lembah Impian Residence & Campsite di Kampung Tanaki, Papar yang menawarkan panorama bukit seluas 7 ekar dikelilingi alam semula jadi.

Kalau anda tidak membawa khemah jangan risau kerana Lembah Impian Residence & Campsite menyediakan asrama yang boleh memuatkan sehingga 70 orang. Di lokasi ini juga terdapat anak sungai yang cantik.

Lokasi ini sesuai untuk buat aktiviti keluarga, staycation bersama rakan-rakan, perkahwinan atau buat aktiviti berkumpulan.

Semak Harga

Tree House Ponohuan

12 Homestay unik di Papar Sabah

Alamat: Kg.ovai kambizaan papar, Papar, Malaysia

Telefon: 016-245 6680

Tree House Ponohuan
Sumber gambar: Google maps (Herlino Alviano Adithia Saputra), picuki.com, jun-zie.com, Facebook Tree House Ponohuan

Berlokasi di Kampung Kambizaan, letaknya satu lagi homestay Papar Sabah berkonsepkan rumah atas kayu iaitu Tree House Ponohuan.

Keunikan rumah atas pokok ini adalah ianya dibina menggunakan bamboo di tebing sungai yang jernih. Anda boleh mandi sungai, berkayak, bbq dan menikmati percutian dengan cara yang unik disini.

Bayangkan anda tidur di atas pokok sambil mendengar arus sungai di tengah malam dan ditemani suara alam semula jadi.

Sememangnya menenangkan dan memberi pengalaman percutian yang berbeza.

Semak Harga

Beringgis Beach Resort

13 Tempat penginapan terbaik untuk keluarga di Papar

Alamat: KM26, Jalan Papar, Kampung Beringgis, 89600 Kota Kinabalu, Sabah

Telefon: 088-752 333

Beringgis Beach Resort (1)
Sumber gambar: agoda.com

Beringgis Beach Resort di Sabah menawarkan bilik-bilik dengan balkoni yang menawarkan pemandangan Laut China Selatan.

Penginapan menarik tepi pantai ini mempunyai pusat spa, taman berlandskap yang indah, dan kolam renang luaran.

Tempat peranginan ini merupakan lokasi wajib menginap untuk keluarga di Papar kerana ia mempunyai semua kemudahan penting. Di resort ini, bilik double berharga RM167 sahaja!

Selain kemudahan hotel standard, perkhidmatan pelanggan juga cemerlang.

Hotel ini juga mengatur lawatan ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Taman Negara Kinabalu dan tempat menarik lain.

Purata harga semalam: RM 257

Review:

“Sangat sesuai untuk percutian keluarga, luar bandar, lokasi strategik, pantai bersih dan jernih, permata tersembunyi di papar..”

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Kuala Sepetang
  • Tempat Menarik Di Singapore
  • Tempat Menarik Di Senai
  • Tempat Menarik di Kundasang & Ranau
  • Tempat Menarik Di Lahad Datu Sabah Yang Unik
  • Tempat Menarik Di Semporna Sabah Yang Mempesona
4/5 - (15 votes)
Tags: sabahtempat menarik di papar

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • Garis Tangan Bentuk M: Apa Maksudnya?

    1429 shares
    Share 1425 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved