senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

15 Tempat Menarik Di Kampar Untuk Jalan-jalan

Nora by Nora
June 25, 2024
in Travel
tempat menarik di kampar
231
SHARES
23.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Tempat menarik untuk bergambar di Kampar
  • 2. Tempat menarik di Bandar Baru Kampar
  • 3. Muzium bersejarah di Kampar
  • 4. Gua di Perak
  • 5. Aktiviti water rafting di Perak
  • 6. Taman rekreasi di Kampar
  • 7. Resort menghadap gunung dan ada kolam renang
  • 8. Penginapan menarik dekat Kampar
  • 9. Resort tepi sungai di Kampar
  • 10. Hotel di Kampar
  • 11. Penginapan menarik di Kampar
  • 12. Tempat makan tengahari di Kampar
  • 13. Tempat makan viral di Kampar
  • 14. Tempat makan menarik di Kampar
  • 15. Tempat menarik di Kampar waktu malam

Ingin tahu tempat menarik di Kampar? Kampar, Perak pernah menjadi salah satu negeri terkenal sebagai bekalan bijih timah pada suatu ketika dahulu.

Selain itu, masih banyak tinggalan sejarah di kawasan ini seperti Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta, Muzium Gopeng dan lain-lain.

Kampar menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti luar yang seronok untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.

Sebagai contoh, anda boleh meneroka warisan sejarah, bersantai di alam semula jadi, atau mencuba hidangan tempatan yang lazat.

Senarai tempat menarik di Kampar Perak

Jadi jika anda melawat Kampar, jangan lepaskan peluang untuk singgah di tempat-tempat menarik sekitar Kampar yang kami senaraikan ini.

Bandar Agacia

1 Tempat menarik untuk bergambar di Kampar

Alamat: Persiaran Residensi, Bandar Agacia, 31910, Kampar, Perak

Telefon: 012-720 6693

ADVERTISEMENT
bandar agacia yang cantik di kampar perak
Sumber: Instagram @ommitohasyaandhani, Naziful Syafiq, Laura Lee & anasuhana.com

Selamat datang ke bandar animasi! Wow, bunyinya macam best! Satu-satunya bandar yang unik dan tempat menarik sekitar Kampar sesuai untuk bergambar.

Bangunan dengan rekaan berwarna-warni seperti dalam filem fantasi. Pemandangan di sini juga dikatakan seakan-akan Riomaggiore Itali, Jodhpur India, Stockholm Sweden, dan Buenos Aires Argentina.

Memang menarik untuk anda berkunjung ke sini. Harga tiket di sini adalah percuma!

Semak Harga

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta

2 Tempat menarik di Bandar Baru Kampar

Alamat: Lot 126026, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

ADVERTISEMENT

Telefon: 012-288 8530

Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta
Sumber: Sama Lee, EU Jing Ang, E.C.Yoong & Low CM

Setiap dari kita kenal dengan makanan dalam tin bukan? Pernahkah kita terfikir asal tin-tin yang sering digunakan untuk menjadi pembungkus makanan? Asalnya bermula dari bijih timah.

Dahulu bijih timah di lombong secara besar-besaran kerana permintaan yang tinggi. Seiring teknologi, kini yang tinggal hanyalah sisa sejarah yang terdapat di muzium ini yang dibuka pada tahun 2012.

Muzium ini diinspirasikan oleh Tan Sri Hew See Tong, bekas pelombong bijih timah. Inilah salah satu muzium yang hebat di Malaysia dan masuk adalah percuma.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Muzium Gopeng

3 Muzium bersejarah di Kampar

Alamat: 47-49, Jalan Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak

Telefon: 019-669 5443

Muzium Gopeng
Sumber: CY Lee, pokuan teoh & Khye Shen Sim

Pernahkah anda lihat radio atau barang elektrik yang dihasilkan pada zaman dahulu? Belum pernah? Maka anda perlu ke sini! Muzium Gopeng dibuka pada 2009.

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Parit Buntar Bandar Membaca

Walaupun hanya sebuah muzium kecil tetapi kebanyakan sejarah Gopeng ada di sini. Tiada bayaran masuk dikenakan. Sangat disyorkan untuk singgah bersama generasi sekarang.

Muzium ini mempunyai dua tingkat iaitu bahagian bawah terdapat perabot, perhiasan dan seramik Cina. Manakala bahagian atas pula terdapat ruangan tidur, ruangan santai, pakaian dan barangan antik.

Waktu operasi: Sabtu dan Ahad (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Gua Tempurung

4 Gua di Perak

Alamat: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak

Telefon: 014-220 4142

Sumber: Gua Tempurung, izzat tarmizi, Reza Koshdel

Pengembaraan yang sangat mengujakan menanti anda di Gua Tempurung yang terletak berhampiran Gopeng. Bagi penggemar aktiviti pengembaraan dan lasak, anda diwajibkan datang ke sini!

Guanya sangat cantik apabila batu-batu gua memantulkan cahaya lampu dan ada beberapa batang anak sungai yang mengalir.

Disini anda boleh pilih untuk melalui jalan jambatan atau perjalanan yang lebih mencabar. Bayaran untuk masuk ke sini adalah RM9 bagi dewasa, manakala kanak-kanak RM7.

Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 4 petang)

Semak Harga

White Water Rafting Gopeng

5 Aktiviti water rafting di Perak

Alamat: Gopeng Town, 31600 Gopeng, Perak

Telefon: 019-662 2929

water rafting yang mencabar di perak (1)
Sumber: Facebook White Water Rafting Malaysia

Salah satu aktiviti percutian keluarga yang paling mendebarkan dan mencabar setakat ini! Suka dengan aktiviti air? Anda harus cuba aktiviti water rafting di Gopeng.

Aktiviti lasak ini sungguh menyeronokkan dan dibimbing oleh pengajar yang berpengalaman. Ia adalah tempat yang baik untuk pergi bercuti dan pekerjanya juga peramah.

Antara aktiviti menarik lain yang boleh anda lakukan termasuk river tubing, berkayak, waterfall abseiling, river trekking, berkhemah di tepi sungai, dan latihan bina pasukan.

Tempah je tiket di bawah untuk pakej White Water Rafting + Tempurung Caving sekali dengan makan tengah hari dan minum petang sebelum pulang.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Semak Harga

Refarm

6 Taman rekreasi di Kampar

Alamat: Lot 6059, Jalam Temoh Kampar, 35350 Temoh, Negeri Perak

Telefon: 012-502 6115

refarm yang best di kampar perak1
Sumber: www.refarm.com

Nak bersantai bersama keluarga? Di sini terdapat sebuah taman rekreasi yang luas serta padat dengan pelbagai aktiviti menarik dan nikmati alam semula jadi.

Kemudahan di sini termasuk tempat makan, penginapan, landskap yang cantik dan banyak lagi. Refarm menjanjikan anda kenangan keluarga yang indah.

Penginapan di sini terdapat tiga jenis iaitu hotel suite, villa stay dan farm stay. Anda juga boleh berbasikal, petting zoo, paddle boat dan banyak lagi. Seronok kan? Dapatkan tiket Refarm Kampar dengan segera.

Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 6 petang)  

Harga purata: RM 120

Ulasan pengunjung:

"Saya berada di sini untuk percutian singkat 2h 1n dan tempat ini sangat memuaskan hati saya. Ada aktiviti berenang dan berjalan di sekitar ladang dan taman..
Semak Harga

Sahom Valley

7 Resort menghadap gunung dan ada kolam renang

Alamat: 31850 Kampar, Perak

BACA JUGA  17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

Telefon: 012-4882480

sahom village di kampar perak9 (1)
Sumber: sahomvalleyresort.com

Penginapan yang selesa dengan vibe kampung! Terdapat 4 penginapan unik untuk dipilih iaitu Riverside Village, Bamboo Village, Heritage Village, dan Camping Village.

Tempat terbaik untuk pergi bercuti di Kampar! Dengan pemandangan bukit dan kolam renang yang cantik, anda sekeluarga pasti teruja untuk menginap di sini.

Anda boleh melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berbasikal, memancing, berkayak, pergi ke Agro & Eco-Park dan banyak lagi.

Semak Harga

Hijau @ Gopeng

8 Penginapan menarik dekat Kampar

Alamat: Lot 13319, Kebun Ulu Gerumtum, Perak, 31600 Gopeng, Perak

Telefon: 017-4648657

hijau @ gopeng yang selesa di perak
Sumber: Hijau @ Gopeng, David Chia, Khong Wei & A. Wong

Tempat percutian menarik di Kampar ini mempunyai landskap yang menarik dan bersebelahan dengan sungai yang bersambung dengan hutan simpan.

Bagi pencinta alam semulajadi anda pasti akan teruja jika menginap di Hijau @ Gopeng ini. Terdapat pelbagai pilihan penginapan dengan harga berbaloi.

Sekiranya anda inginkan bilik dengan kolam renang privasi, anda boleh menginap di river cabin 1 dan bougainvilla. Nak bilik yang biasa sahaja? Anda boleh pilih gamping loft atau river cabin 2.

Semak Harga

Embun Resort Lake Sahom

9 Resort tepi sungai di Kampar

Alamat: Lot 228800, Kampung Sahum, 31900 Kampar, Perak

Telefon: 016-9258585

embun-resort-yang-ada-kolam-di-kampar1-2
Sumber: agoda.com & Facebook Embun Resort Lake Sahom

Jika anda menginginkan ketenangan yang memukau lagi eksklusif, anda boleh menginap di Embun Resort Lake Sahom. Nak buat family day atau aktiviti team building memang seronok!

Penginapan selesa dengan bilik gaya resort moden. Selain pemandangan yang cantik terdapat juga beberapa aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel seperti menunggang kuda, hiking dan berkayak.

Terdapat pakej sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk anda di sini. Tarikan popular terdekat dari sini ialah Sungai Kampar, Gunung Lata Kijang dan Gua Tempurung.

Semak Harga

Grand Kampar Hotel

10 Hotel di Kampar

Alamat: 2188, Jalan Timah, Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

Telefon: 05-4662111

Grand Kampar Hotel
Sumber: Grand Kampar Hotel & Lim Parni

Mencari tempat percutian menarik di Kampar? Terdapat hotel 4 bintang di tengah-tengah bandar ini. 

Anda boleh pergi ke kedai makan tempatan dan kedai serbaneka mini dengan berjalan kaki. Grand Kampar Hotel menawarkan pelbagai pilihan bilik mengikut keperluan.

Kolam renang yang besar dan berbumbung juga disediakan, serta sarapan pagi percuma.

Harga purata: Dari RM 170

Ulasan pengunjung:

"Bilik bersih dan luas. Terutamanya kolam atas bumbung yang menghadap kampar. Sejuk pada waktu matahari terbenam. Sangat disyorkan..."
Semak Harga

My Gopeng Resort

11 Penginapan menarik di Kampar

Alamat: UGM 4/1, Kampung Geruntom, 31600 Gopeng, Perak

Telefon: 019-5569469

gopeng resort yang menarik
Sumber: louise tan, jean lee & john c

Jika anda ingin membuat reunion dengan rakan-rakan sekolah atau family day, My Gopeng Resort adalah tempat yang sesuai. Resort ini menyediakan dewan, tapak perkhemahan, surau, kantin, dan tandas.

Anda juga boleh melakukan jungle trekking, whitewater rafting, melihat bunga Raflesia, ke gua Tempurung, paintball, hiking, memancing, dan banyak lagi.

BACA JUGA  14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

Suasana yang tenang dan sejuk di sini akan meningkatkan kegembiraan anda. Dengan pakej menarik yang ditawarkan untuk penginapan, jom pergi!

Semak Harga

Restoran Adily Kampar

12 Tempat makan tengahari di Kampar

Alamat: 49, Jalan Durian, Taman Kampar Jaya, 31900 Kampar, Perak

Telefon: 012-337 3305

Restoran Adily Kampar yang sedap di kampar
Sumber: Facebook Restoran Adily Kampar & Mastura Merican 

Nak makan tomyam seafood yang sedap? Anda boleh singgah makan di Restoran Adly Kampar.

Ramai pengunjung memberikan ulasan yang bagus dan mereka juga ada pelanggan tetap.

Di samping harga makanan yang berpatutan, terdapat banyak tempat letak kereta yang luas untuk keselesaan anda.

Jika anda suka buffet, mereka juga menawarkannya, tetapi hanya sehingga pukul 3 petang. Jom makan bersama keluarga!

Semak Harga

Kelapa Leleh Kampor

13 Tempat makan viral di Kampar

Alamat: Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak

Telefon: 011-1300 6720

tempat makan viral di kampar
Sumber: Facebook Kelapa Leleh Kampor, Mior amir ismail & Mr Silence

Kelapa Leleh Kampor pernah viral suatu ketika dahulu. Aiskrim serta ais kacang yang manis dihidangkan didalam buah kelapa. Wah, bestnya makan pada musim panas!

Menu lain yang anda boleh cuba ialah western food, seafood, aiskrim dengan pelbagai perisa serta topping, dan banyak lagi. Persembahan makanan sangat bagus!

Nak upload dalam akaun media sosial pun cantik! Tempat yang paling sesuai untuk menjamu selera dan melepak bersama rakan atau keluarga. Jadi apa kata anda singgah di sini!

Waktu operasi: Selasa – Ahad (3 petang – 11.30 malam)

Semak Harga

Nasi Ayam Peladang Kampar

14 Tempat makan menarik di Kampar

Alamat: Medan Selera Batu Karang, 31900, Kampar, Perak

Telefon: 013-252 6252

nasi ayam sedap di kampar perak
Sumber: Baizura Baharom, Facebook Nasi ayam peladang, Marzuki marzuki & Instagram @nasiayampeladang

Dibuka sejak 1992, gerai Nasi Ayam Peladang masih menjadi pilihan utama penduduk setempat sehingga hari ini.

Tempat makan ini berada di bawah Medan Selera Batu Karang di Pekan Kampar. Pengunjung yang melalui jalan dari Ipoh ke Tapah pasti singgah di sini.

Selain menikmati nasi ayam yang lazat dan terkenal di Kampar, terdapat juga hidangan nasi berlauk dan pelbagai menu lain yang boleh anda pilih.

Orang Kampar rugi tak rasa nasi ayam bersama sambal manis pedas, memang menyelerakan!

Waktu operasi: Isnin – Sabtu  (11 pagi – 7 malam)

Semak Harga

Baba Shawarma

15 Tempat menarik di Kampar waktu malam

Alamat: 2313, Jalan Hala Timah 1, Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak

Telefon: 013-368 1313

Baba Shawarma

Sebuah lagi restoran menarik di Kampar ialah Baba Shawarma. 

Tempat makan ini mempunyai menu Arab dan Barat yang menarik seperti shawarma ayam, kunafa, briyani kambing, capati, burger keju, dan lain-lain. 

Selain itu, mereka turut menawarkan perkhidmatan catering dan menyediakan pilihan vegetarian.

Waktu operasi: Setiap hari (3 petang – 10:30 malam)

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Baling Kedah
4/5 - (16 votes)
Tags: kamparperaktempat menarik kampar

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved