senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

13 Tempat Menarik Di Sik Kedah Untuk Singgah

Nora by Nora
August 30, 2023
in Travel
tempat menarik di sik kedah

Sumber gambar: google maps (Matt Rose)

124
SHARES
12.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Homestay di Sik Kedah
  • 2. Air terjun di Kedah
  • 3. Hutan simpan di Sik Kedah
  • 4. Kuil di Sik Kedah
  • 5. Tempat mandi manda di Sik
  • 6. Chalet di Sik Kedah
  • 7. Resort di Sik
  • 8. Tempat makan menarik di Sik Kedah
  • 9. Kilang air mineral di Sik Kedah
  • 10. Air terjun di Kedah
  • 11. Tempat makan menarik di kedah
  • 12. Resort di Sik
  • 13. Tasik di Sik Kedah

Dah masuk cuti sekolah tapi bingung nak bercuti ke mana? Marilah datang ke tempat menarik di Sik, Kedah yang menawarkan pelbagai tempat menarik untuk diterokai.

Tahukah anda? Sik merupakan daerah paling besar di Kedah dengan keluasan 1635 km yang meliputi 17.35 % daripada negeri Kedah.

Sebagai daerah yang luas, sudah tentu banyak lokasi percutian yang terdapat disini untuk anda terokai bersama keluarga atau rakan-rakan.

Senarai tempat menarik di Sik Kedah

Mengimbas kembali sejarah, asal-usul nama Sik diambil daripada bahasa arab iaitu “Sheikh” atau “Syed” kerana dahulunya mubaligh-mubaligh Arab datang membuat penempatan yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh.

Daerah yang terdiri daripada 4 mukim ini telah dijadikan kawasan agro-pelancongan oleh kerajaan kedah. Oleh itu, alam sekitar dan ekosistem flora fauna di Sik masih terjaga.

Hal ini menarik pelancong untuk datang menikmati keindahan alam disini. Diharap artikel ini mampu memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda jika ingin bercuti ke Sik, Kedah.

Seri Ternas Resort

1 Homestay di Sik Kedah

Alamat: Tasik Beris, Kampung Ternas, 08200 Sik, Kedah

ADVERTISEMENT

Telefon: 017-302 1730

Seri Ternas Resort
Sumber gambar: libur.com.my, malaysiacamping.com, google maps (seri ternas resort)

Jika anda ingin mencari lokasi untuk buat hari keluarga di Sik, pilihlah Seri Ternas Resort. Terletak di Tasik Beris, Seri Ternas Resort antara resort terkenal di Sik. Chalet ini cantik dan sangat selesa.

Pemandangan Tasik Beris sangat memukau lebih-lebih lagi ketika senja. Fasiliti seperti kolam, tempat bbq, dan tempat parking yang luas melancarkan lagi percutian anda.

Tasik Beris resort juga ada jaringan telefon jadi anda tidak perlu risau tentang masalah internet. Nak berkayak pun boleh disini. Jom, tempah sekarang!

ADVERTISEMENT
Selanjutnya Di Agoda

Air Terjun Lata Mengkuang

2 Air terjun di Kedah

Alamat: Rimba Rekreasi Lata Mengkuang, 09100 Sik, Kedah

Telefon: 604-4212 835

lata mengkuang yang best di sik kedah
Sumber gambar: Ku ina ibrahim, Cikgu O & Syndicate Jahat

Hanya 20 KM dari bandar Sik, terletaknya Air Terjun Lata Mengkuang yang popular kerana keindahan air terjunnya yang bersih dari pencemaran.

Berlokasi di Hutan Lipur Rimba Teloi, Air Terjun Lata Mengkuang ini berketinggian 20 Meter dengan permukaan yang berbatu dan airnya yang sejuk.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Sungai Petani Terkini

Tempat menarik di Sik Kedah ini terbuka kepada umum dan masuk pun percuma. Jika anda ke tempat menarik Kedah ini pastikan jaga kebersihan supaya keindahan alam semula jadinya kekal terjaga.

Waktu operasi: setiap hari (7 pagi – 5 petang)

Homestay Terdekat

Ulu Muda Eco Park

3 Hutan simpan di Sik Kedah

Alamat: Ulu Muda Eco Park, Sik, Kedah

Telefon: 019-480 8926

Ulu Muda Eco Park
Sumber gambar: experiencetravelgroup.com, junglewalla.com, malaysiaholidayarchitects.net,                                                 

Ulu Muda Eco Park merupakan hutan simpan yang kaya dengan hidupan flora dan fauna, dikelilingi Tasik Muda yang juga merupakan salah satu tasik terbesar di Kedah.

Hutan ini berusia 150 juta tahun dan mempunyai pelbagai spesis haiwan liar seperti tapir, harimau Malaya, gajah, rusa, beruang madu, badak Sumatra dan pelbagai spesies lain yang jarang ditemui.

Ulu Muda Eco Park juga tempat terbaik untuk melihat burung kerana terdapat lebih 200 spesis burung disini seperti burung enggang, Red Crowned Barbet, Hooded Pitta dan banyak lagi.

Rasai keindahan alam semula jadi disini dengan meredah hutan dan berkhemah. Sesuai untuk pencinta alam!

Homestay Terdekat

Wat Charok Padang

4 Kuil di Sik Kedah

Alamat: Kampung Charok Padang, 08210 Sik, Kedah

Telefon: 04-469 5616 

Wat Charok Padang
Sumber gambar: Wong Peter, Albertyap.com, dragoken Kenny, Seok Bee Lim & Mooi Mooi Ho

Wat Charok Padang antara salah satu kuil paling unik di Malaysia yang terletak di Sik, Kedah kerana diperbuat daripada botol kaca.

Kuil Buddha Thailand ini dibina menggunakan 100 ribu botol kaca hijau dan coklat dengan seni bina yang kreatif. Disebabkan seni bina yang unik, kuil ini sering menjadi tumpuan pelancong.

Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk singgah ke Wat Charok Padang di Sik bagi menghayati keindahan kuil ini.

Waktu operasi: setiap hari (9 pagi – 5 petang)

Homestay Terdekat

Lata Hujan Lebat

5 Tempat mandi manda di Sik

Alamat: Hutan Lipur Lata Hujan Lebat, Gulau, Sik, Kedah

Telefon: –

Lata Hujan Lebat
Sumber gambar: nasa2k.blogspot.com, penbiru.com,

Satu lagi hutan lipur yang menarik untuk dikunjugi di Sik ialah Lata Hujan Lebat. Lata Hujan Lebat antara hutan lipur yang cantik dan bersih kerana dijaga oleh kerajaan negeri.

Dalam hutan lipur ni pula ada air terjun yang indah. Air terjunnya pula tidak terlalu dalam dan sesuai untuk bersantai serta mandi manda.

Kalau nak bawa keluarga mandi air terjun, hutan lipur ini sesuai untuk dikunjungi.

Resort Terdekat

Chalet D’Cabin Che Putih

6 Chalet di Sik Kedah

Alamat: Lot 4122, Kampung Gajah Putih, 08320, Kedah

Telefon: 017-264 7844

Chalet Cabin Che Puteh
Sumber gambar: google maps (Chalet D’Cabin Che Puteh, Raihan Zakaria), Facebook Chalet D’Cabin Che Puteh.

Anda nak menginap di Sik tapi tak nak dekat hotel? Cubalah menginap di Chalet D’Cabin Che Putih yang berkonsepkan kabin terletak di Kampung Gajah Putih.

BACA JUGA  20 Tempat Menarik Di Yan Kedah Untuk Pencinta Alam Semulajadi

Chalet ini mempunyai kolam renang, tempat BBQ, serta bilik yang berhawa dingin. Lokasi yang terletak di kawasan hutan memang sesuai untuk mencari ketenangan.

Jika anda nak buat family gathering dekat sini pun sesuai. Jom tempah sekarang!

Resort Terdekat

KEDA Resort Bendang Man

7 Resort di Sik

Alamat: Kampung Bendang Man, 08200 Sik, Kedah

Telefon: 04-462 0369

KEDA resort bendang man
Sumber: blog.mizukinana.jp, menarikdi.com, google maps (Nashrul Fazli Mohd Nasir, Khuzaimah Ima,  Nur Aaainaa Ibrahim).

“Serene nature inspires serene mind”, itulah tagline satu lagi resort yang popular di Sik, Kedah iaitu KEDA Resort Bendang Man.

Resort yang dikelilingi alam semula jadi dan madu kelulut ini menawarkan suasana perkampungan yang damai jauh dari kesibukan kota.

Chalet yang tersusun dan cantik juga sangat selesa. Banyak aktiviti yang boleh dibuat seperti jungle trekking, mandi sungai, flying fox, dan camping.

Suasana petangnya damai dengan tiupan angin alam semula jadinya memang syahdu. Nak release tension? Tempat ini sangat direkomendasikan untuk anda.

Waktu operasi: setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Resort Terdekat

Mat’am Al Musafir

8 Tempat makan menarik di Sik Kedah

Alamat: Pekan Sik, 08210 Sik, Kedah

Telefon: 011-2075 9081

Mat'Am Al Musafir
Sumber gambar: facebook ( Mat’am Al Musafir)

Jika anda suka makan nasi arab, pastikan anda datang ke Mat’am Al Musafir di Sik. Restoran nasi arab ini popular dengan menunya Nasi Arab Musafir yang lazat dan memuaskan.

Set Talam juga tersedia jika anda ingin makan secara beramai-ramai. Antara set talam yang ada ialah Set Talam Ayam, Set Talam Kambing dan Set Talam Mix.

Bawalah rakan atau keluarga dan makanlah secara berjemaah disini.

Waktu operasi: setiap hari (11 pagi – 3 pagi)

Resort Terdekat

KEDA Agrobiz

9 Kilang air mineral di Sik Kedah

Alamat: 175, Batu Lima, 08210 Sik, Kedah

Telefon: 011-5506 238

KEDA agrobiz
Sumber: foursquare.com, kedahholdings.com.my, google maps (Rosli Sulaiman,

KEDA Agrobiz adalah kilang pemprosesan air mineral dan pengeluar produk kesihatan seperti Bam Limau Purut dan Ban Serai Wangi.

Namun, lokasi ini juga menyediakan chalet dan resort untuk pengunjung menginap disini. Anda juga boleh mandi kolam sambil menikmati pemandangan alam semula jadi seperti pokok kopi.

Kilang yang mesra pelancong ini mempunyai daya tarikan yang unik dan berbaloi untuk dikunjungi.

Waktu operasi: setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Resort Terdekat

Hutan Lipur Lata Lembu / Lata Embun

10 Air terjun di Kedah

Alamat: Lata Lembu, 09100 Sik, Kedah

Telefon: –

Hutan Lipur Lata Lembu di sik kedah
Sumber gambar: travelogasz.blogspot.com, sinarharian.com.my, wikiloc.com

Tidak dinafikan Sik, Kedah kaya dengan hutan lipur dan satu lagi hutan lipur indah yang wajib anda lawati adalah Hutan Lipur Lata Lembu.

Mendapat nama daripada bentuk batu yang seakan lembu, Hutan Lipur Lata Lembu menawarkan air terjun setinggi 30 meter dengan jeram yang mengalir dari Bukit Semerliang.

BACA JUGA  15 Tempat Menarik Di Sibu Sarawak Untuk Dikunjungi

Selain kaya dengan flora dan fauna seperti Merati Langgong, rusa dan kepelbagaian spesis burung. Kawasan hutan lipur ini sesuai untuk aktiviti berkhemah, mandi-manda, mendaki dan meredah hutan.

Jika anda suka lakukan aktiviti lasak, tempat menarik Sik di Kedah ini mampu memberi anda cabaran.

Resort Terdekat

Tuah Cafe Sik

11 Tempat makan menarik di kedah

Alamat: 11A Bangunan Keda Mall@Sik Merbau Kudung, Batu 5, 08200 Sik, Kedah

Telefon: 018-952 6015

cafe menarik dan sedap di sik kedah
Sumber gambar: google maps (Umi Nazrah Pengedar Shaklee), Facebook (Tuah Cafe Sik)

Dah puas jalan- jalan di Sik dan perut rasa lapar, singgalah terus ke Tuah Café Sik yang terletak di Bandar Sik.

Apa yang special disini adalah hidangan sizzling hot plate serta kueh toew Hang Tuah hot plate yang sedap dan sememangnya popular. Tempat makannya juga bersih dan selesa menjamin kepuasan anda.

Selain itu, Tuah Café Sik juga menyediakan pelbagai jenis minuman dan kopi. Jika anda pencinta kafein, inilah lokasi yang anda wajib cuba di Sik, Kedah.

Waktu operasi: Setiap hari kecuali selasa (2 petang – 9 malam)

Resort Terdekat

D’Puncak Bris Lake Resort

12 Resort di Sik

Alamat: Tasik Beris D Puncak Beris Lake Resort, 08210 Sik, Kedah

Telefon: 013-429 0084

resort selesa di sik kedah
Sumber gambar: google maps (Azrain Alaman, Kent CJ, kim peng lim)

Nak cari resort dengan pemandangan indah di Tasik Beris? Tempah sahaja D’Puncak Bris Lake Resort. Resortnya luas dan cantik.

Disini banyak aktiviti anda boleh lakukan seperti berkhemah, BBQ, mandi sungai, berkayak dan lain-lain. Jika nak memancing sambil bersantai bersama keluarga memang sesuai sangat lokasi ni.

Dengan view menghadap Tasik Beris memang lokasi strategik untuk buat hari keluarga, program berkumpulan dan tempat santai rakan-rakan.

Nyaman, indah dan damai, inilah gambaran D’Puncak Bris Lake Resort!

Selanjutnya Di Agoda

Tasik Beris

13 Tasik di Sik Kedah

Alamat: Jalan Tasik Beris, Kg Ternas, 08200 Sik, Kedah

Telefon: –

tasik yang menarik di sik kedah
Sumber gambar: Razali Ahmad, Darell Ong, muhamadwazir4.blogspot.com & Nur Khalifah Amira Baharum

Tasik yang terbentuk dari pembinaan empangan pada tahun 2000, Tasik Beris kini menjadi tarikan utama pelancong di Sik, Kedah.

Tahukah anda? Tasik Beris berfungsi sebagai bekalan air di Kedah dan kawasan tadahan hujan. Pastikan anda singgah ke Tasik Beris apabila berada di Sik.

Disebabkan kecantikan tasik ini dengan berlandskapkan bukit dan alam semula jadi yang menenangkan ianya dibangunkan sebagai lokasi pelancongan.

Banyak chalet-chalet berpatutan dibina di sekitar tasik dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Anda juga boleh datang ke Restoran Terapung Seri Ternas, Tasik Beris.

Resort Terdekat

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Shah Alam
4/5 - (15 votes)
Tags: kedahtempat menarik di sik

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved