senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

11 Tempat Menarik Di Kuala Lipis Pahang Untuk Dikunjungi

Nora by Nora
June 20, 2024
in Travel
tempat menarik di kuala lipis pahang yang terbaik
126
SHARES
12.6k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Gua di Kuala Lipis
  • 2. Aktiviti di Kuala Lipis
  • 3. Hutan simpan di Pahang
  • 4. Laluan alternatif untuk hiking ke Gunung Tahan
  • 5. Zoo di Kuala Lipis
  • 6. Homestay di Pahang
  • 7. Hotel di Kuala Lipis
  • 8. Hotel murah di Kuala Lipis
  • 9. Tasik di Pahang
  • 10. Masjid di Kuala Lipis
  • 11. Tempat bersejarah di Kuala Lipis

Anda ada plan nak jalan-jalan dan bercuti ke Pahang tapi masih bingung nak ke mana? Apa kata anda bercuti ke tempat menarik di Kuala Lipis Pahang.

Daerah di Pahang yang dikenali sebagai lombong emas semenanjung ini bukan sahaja kaya dengan emas tapi juga tempat pelancongan yang menarik.

Dengan jumlah penduduk 16407 orang dan seluas 5168 KM, daerah Kuala Lipis sesuai untuk keluar dari kesesakan kota besar.

Senarai tempat menarik di Kuala Lipis, Pahang

Tahukah anda? Nama Kuala Lipis diambil daripada kawasan ini yang berdekatan dengan Sungai Lipis.

Dahulunya, Kuala Lipis merupakan kawasan perlombongan emas semasa era jajahan British dan pernah menjadi ibu negeri Pahang pada tahun 1898 sehingga 1955 sebelum berpindah ke Kuantan.

Jom kita jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Kuala Lipis!

Gua Bama

1 Gua di Kuala Lipis

Alamat: Gua Bama, Kampung Relong, 27200 Kuala Lipis, Pahang

ADVERTISEMENT

Telefon: 016-963 9317

Gua Bima
Sumber gambar: flickr.com, Google maps (Weehin Woon), pahangtourism.org.my

Kalau anda kaki hiking dan suka menjelajah gua, cubalah mendaki Gua Bama yang terletak di Kampung Relong, Kuala Lipis.

Dianggarkan setinggi 800 kaki dari aras laut, Gua Bima terbuat dari batu kapur dan memiliki cerita lagenda tersendiri.

Dikatakan, nama gua ini berkait dengan seekor harimau penjaga kawasan Relong yang bernama Bujang Bama.

ADVERTISEMENT

Kini, Gua Bama popular sebagai kawasan hiking yang menawarkan permandangan yang indah di puncaknya.

Sampai sahaja di puncak, anda akan melihat panorama kampung Relong, Bapong, Berchang dan Berang.

Semak Harga

Taman Tasik Burung Mandi

2 Aktiviti di Kuala Lipis

Alamat: Jalan Kampung Kemahang Hilir, 27310 Benta, Pahang

Telefon: 019-820 3438

Taman Tasik Burung Mandi
Sumber gambar: Facebook (taman tasik burung mandi)

Nama sahaja Taman Tasik Burung Mandi tapi kawasan hutan lipur ini terkenal sebagai destinasi utama untuk aktiviti acara motor lasak.

BACA JUGA  Alami Penginapan Mewah Bertaraf Dunia Di Resorts World Sentosa, Singapura

Terletak lebih kurang 45 km dari Bandar Lipis, Taman Tasik Burung Mandi sememangnya sangat popular di kalangan peminat acara motor lasak dalam dan luar negara.

Dengan trek yang mencabar dan kawasan hutan yang indah, ia menjadi idaman para pencinta sukan motor lasak. Tapi kenapa pula ianya dinamakan Taman Tasik Burung Mandi?

Hal ini kerana kepelbagaian jenis burung liar yang boleh ditemui dalam kawasan rekreasi ini. Kalau anda pencinta burung, lokasi ini wajib anda kunjungi jika berada di Pahang.

Semak Harga

Hutan Simpan Bukit Taching

3 Hutan simpan di Pahang

Alamat: Kampung Kemahang, Benta, Pahang

Telefon: –

Hutan Simpan Bukit Taching
Sumber gambar: latajarumrenger.blogspot.com, nordiyana.com

Kalau anda pencinta alam flora dan fauna, anda wajib datang ke Hutan Simpan Bukit Taching yang terletak di Kampung Kemahang.

Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan seperti jungle trecking, mandi di sungai yang jernih, dan melihat kepelbagaian spesis hidupan liar.

Hutan simpan ini juga popular kerana terdapat bunga Rafflesia yang sangat sukar untuk ditemui. Kalau anda berpeluang untuk ke Kuala Lipis, pastikan anda singgah ke sini.

Semak Harga

Taman Negara Sungai Relau, Merapoh

4 Laluan alternatif untuk hiking ke Gunung Tahan

Alamat: Taman Negara Sungai Relau, Kampung Merapuh Lama, 27210 Kuala Lipis, Pahang

Telefon: 010-4206899

taman negara pahang yang cantik
Sumber gambar: Kang Suho, Muzammil Abu Bakar, Amber Lim & Poem Lima

Tahukah anda? Taman Negara Sungai Relau adalah laluan alternatif untuk pendakian ke Gunung Tahan selain daripada Kuala Tahan di Jerantut.

Apa yang best di Taman Negara Sungai Relau ni? Sudah tentulah sungai Relau. Walaupun sungai ini cetek tapi ia sangat jernih dan menjadi sempadan semulajadi Taman Negara.  

Di dalam taman negara ini terdapat Santuari Ikan Kelah yang membolehkan anda melihat dan memberi makan ikan Kelah secara dekat.

Aktiviti seperti berkhemah, meredah hutan, mendaki dan menerokai gua juga boleh dilakukan di sini. Adakah anda juga seorang pencinta burung? Berita gembira, Taman negara ini mempunyai 300 spesis burung yang menanti untuk anda terokai.

Waktu operasi: Isnin – Sabtu (9 pagi – 5:30 petang)

Semak Harga

Zoo Lipis

5 Zoo di Kuala Lipis

Alamat: Jalan Bukit Bius, Kampung Tanjung Rambai, 27200 Kuala Lipis, Pahang

BACA JUGA  16 Tempat Menarik Di Rompin Pahang Untuk Disinggah

Telefon: –

Zoo di kuala Lipis
Sumber gambar: triphobo.com, mdfaiez84.com, Google Maps (Mohd Rohaimi)

Kalau anda nak bawa anak-anak melihat haiwan liar, bawa saja mereka ke Zoo Lipis yang terletak di Bukit Bius.

Zoo ini menempatkan lebih 50 jenis haiwan seperti kuda, burung hantu, burung helang, merak, burung kenyalang, kancil, tuntung, dan banyak lagi spesis tempatan dan luar negara.

Harga masuk pun berpatutan dan memang tempat yang sangat mesra keluarga.

Semak Harga

Baca: 12 Tempat Menarik Untuk Perempuan Travel Solo di Malaysia

Balai Serama Guesthouse

6 Homestay di Pahang

Alamat: Kampung Padang, 27000 Kuala Tahan, Pahang

Telefon: 019-996 4676

Balai Serama Guesthouse di kuala lipis
Sumber gambar: expedia.com.my, hotels.com, Google maps (SS Y), vanverre.nl.

Anda nak cari tempat bermalam dekat dengan Taman Negara? Tempahlah Balai Serama Guesthouse iaitu homestay Kuala Lipis Pahang yang terletak hanya 4 km dari Taman Negara.

Dibina berdekatan sungai, homestay ini menyediakan sarapan dan makan malam kepada tetamu. Anda malas nak drive ke Taman Negara? Jangan risau terdapat pengangkutan disediakan.

Balai Serama Guesthouse sesuai menjadi tempat rehat anda setelah penat beraktiviti di Taman Negara. Wifi pun turut disediakan jadi anda tak perlu risau tentang masalah internet.

Semak Harga

Star Well Hotel

7 Hotel di Kuala Lipis

Alamat: Bandar Baru, 27200, Kuala Lipis, Pahang

Telefon:  09-312 5228 

hotel murah dan menarik di Kuala Lipis
Sumber gambar: agoda.com, readytotrip.com

Sebelum ke Kuala Lipis pasti anda nak cari tempat menginap dulu kan? Apa kata anda tempah Star Well Hotel yang berlokasi di Bandar Baru Kuala Lipis.

Star Well Hotel antara hotel Kuala Lipis Pahang yang bagus kerana mempunyai bilik yang luas, bersih dan terjaga. Hotel ini juga menyediakan sarapan percuma, wifi, laundry, free parking dan mesra kanak-kanak.

Pastikan anda merancang perjalanan dengan baik terutamanya tempat bermalam dan jika anda ingin ke Kuala Lipis, Star Well Hotel sangat sesuai untuk anda.

Semak Harga

Lipis Plaza Hotel

8 Hotel murah di Kuala Lipis

Alamat: 6, Jalan Benta, 27200 Kuala Lipis, Pahang

Telefon: 09-312 5521 

Lipis plaza hotel di kuala lipis
Sumber gambar: agoda.com, tripadvisor.com

Lipis Plaza Hotel antara hotel Kuala Lipis Pahang yang berkualiti dan berlokasi strategik kerana berdekatan dengan pusat beli belah.

Sebanyak 51 bilik lengkap dengan aircond, bilik mandi peribadi, peti ais, dan television. Hotel ini menawarkan 5 jenis bilik iaitu Deluxe, Standard, Family, Executive dan President.

BACA JUGA  20 Hotel Terbaik Cameron Highland 2024 (Bajet Rendah ke Mewah)

Jika anda menempah bilik jenis suite, anda akan mendapat akses kepada mini bar. Jadi tunggu apa lagi? Tempah sekarang.

Semak Harga

Tasik Empang Jaleh

9 Tasik di Pahang

Alamat: Empang Jaleh, 27200 Padang Tengku, Pahang 

Telefon: –

Tasik Empang Jaleh
Sumber gambar: percutianbajet.com, malaysiatrack.com, jomcuti2pahang.blogspot.com, twitter (nasir_salam).

Tasik Empang Jaleh adalah salah satu tempat menarik di Pahang untuk mereka yang ingin bersantai sambil dikelilingi alam semula jadi.

Tasik yang seluas 184.35 ekar ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berkayak, golf, bird watching, memancing, berkhemah, dan boleh digunakan sebagai tempat berjoging.

Servis buggy dan turf mate turut disediakan.

Untuk kaki pancing, lokasi ini sesuai untuk memancing sambil bersantai. Bolehlah bawa “orang rumah” sekali pergi memancing di sini.

Semak Harga

Masjid Lama 1888

10 Masjid di Kuala Lipis

Alamat: 27200 Kuala Lipis, Pahang

Telefon: –

Masjid Lama di kuala lipis
Sumber gambar: tripadvisor, ms.nicelocal.my, google maps (Rider Gami), (Amri Rosdi)

Antara peninggalan sejarah di Kuala Lipis adalah Masjid Lama 1888 yang terletak di tepi Sungai Jelai.

Ketika Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang, masjid ini pula dijadikan sebagai masjid negeri. Dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman bernama Habib Hassan.

Terdapat cerita daripada orang-orang lama bahawa masjid ini tidak pernah ditenggelami air banjir walaupun beberapa kali banjir besar melanda.

Semak Harga

Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris)

11 Tempat bersejarah di Kuala Lipis

Alamat: 132, Jalan Bukit Residen, 27200 Kuala Lipis, Pahang

Telefon: –

Rumah Rehat Residen di kuala lipis
Sumber gambar: azlynnabakery.blogspot.com, ph.news.yahoo.com, google maps (Acid Mustafa, Baim HK)

Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris) merupakan tempat bersejarah di Kuala Lipis Pahang yang dibina di bukit residen, iaitu puncak bukit tertinggi di kuala lipis.

Dahulunya, rumah ini merupakan kediaman residen Inggeris dengan penghuni pertama yang bernama Hugh Clifford.

Dibina pada tahun 1922, rumah ini kemudiannya dijadikan asrama murid lelaki Sekolah Clifford sebelum ditutup pada tahun 1965.

Selepas itu, kerajaan telah membaikpulih rumah ini dan dijadikan rumah rehat kerajaan.

Di dalam rumah ini juga terdapat sudut muzium yang mempamerkan barang-barang peninggalan dari zaman penjajahan British.

Semak Harga

Artikel Berkaitan

  • Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai
4/5 - (15 votes)
Tags: kuala lipispahang

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved