senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

17 Tempat Menarik Di Korea Paling Popular

Nora by Nora
November 29, 2022
in Travel
tempat menarik di korea 2

Kredit gambar: Instagram @_youngchun

50
SHARES
5k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Perkampungan lama di Korea
  • 2. Tempat membeli-belah di Korea
  • 3. Aquarium terbaik di Korea
  • 4. Teddy Bear Museum di Korea
  • 5. Taman Korea
  • 6. Pantai di Korea
  • 7. Perkampungan warna-warni di Korea
  • 8. Taman tema di Korea
  • 9. Pekan kecil di Korea
  • 10. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Seoul
  • 11. Tempat menarik di Korea musim salji
  • 12. Istana di Korea
  • 13. Taman awam di bandar Korea
  • 14. Taman negara di Korea
  • 15. Tempat bergambar menarik di Korea
  • 16. Tempat menarik untuk kanak-kanak di Korea
  • 17. Masjid di Korea

Di manakah tempat menarik Korea? Annyeonghaseyo! Korang mesti teringat artis Korea yang menawan, putih melepak, comel dan kacak tu bila dengar perkataan tu kan? Malah, ramai yang ingin melancong ke Korea untuk bercuti.

Terkenal dengan julukan negara K-pop dan K-Drama, terutama anak muda pastinya menjadi penonton setia mereka. Trip ke Korea Seoul juga lebih mudah dan ramai penduduk Malaysia suka melancong ke sini.

tempat-cantik-lotte-world-di-korea-seoul
kredit gambar: Instagram @crystal.film_

Selain itu, negara 4 musim ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai tarikan menarik yang berjaya menarik pelancong ke Korea setiap tahun. Musim panas di Korea pula bermula dari bulan Jun hingga Ogos.

Senarai tempat menarik di Korea

Oleh itu, kami akan bawa imaginasi anda menuju Korea melalui tempat-tempat menarik yang ada di sini.

Apakah lokasi menarik dengan pemandangan cantik di Korea? Jom kita lihat lokasi menarik yang sempat kami senaraikan.

Bukchon Hanok Village

1 Perkampungan lama di Korea

Alamat: South Korea, Seoul, Jongno-gu, 계동길 37

Telefon: +82221331371

ADVERTISEMENT
bukchon hanok village di korea
Sumber gambar: shibu Dr., Lee Yun Khong, John Tsao & Instagram @puteriaisyahmf

Jika anda ingin merasai perkampungan zaman dahulu atau rupa asli Korea, singgahlah ke Bukchon Hanok Village. Perkampungan ini masih utuh walaupun telah berusia ratusan tahun.

ootd di bukchon hanok village
Sumber gambar: Instagram @arang.hanbok

Sepanjang jalan anda boleh melihat struktur binaan rumah terdahulu. Jika bertuah anda boleh memakai pakaian tradisional korea.

Pasti syok kan feeling seperti orang Korean dan ambil gambar tempat menarik di Korea sebagai kenang-kenangan.

ootd di bukchon hanok village
Sumber gambar: Instagram @sweetttie16

Khas untuk jurugambar, Kampung Bukchon Hanok yang terletak di antara Istana Changdeokgung dan Gyeongbokgung menjadi lokasi yang wajib dikunjungi.

ADVERTISEMENT

Kunjungi juga daerah beli-belah Insadong yang berdekatan Bukchon Hanok Village. Di sana, anda boleh menemui barangan buatan tangan yang unik dan eksklusif di Seoul!

Myeongdong Shopping Street

2 Tempat membeli-belah di Korea

Alamat: Myeong-dong, Jung-gu, Seoul, South Korea

Telefon: –

myendong shopping street di korea
Sumber gambar: Keopichchanmony Mao, 유한나, Chris Lin & Herman Urrejola

Myeongdong Shopping Street pernah disenaraikan sebagai jalan beli-belah ke-9 paling mahal di dunia.

Kalau jalan-jalan dekat sini, tak perlu risau nak cari makanan halal sebab banyak pilihan kat sini. Harga makanan di Korea juga berpatutan. Dapatkan pakaian dengan harga mampu milik dan fesyen yang menarik.

myeondong shopping street di korea 1
Sumber gambar: Instagram @ameliatann

Jika anda menggemari K-pop, produk penjagaan kulit atau solek, Myeongdong mempunyai segala-galanya yang mungkin anda inginkan!

SEA LIFE Busan Aquarium

3 Aquarium terbaik di Korea

Alamat: 266 Haeundaehaebyeon-ro, Jung-dong, Haeundae, Busan, South Korea

BACA JUGA  23 Tempat Menarik Di Kundasang & Ranau Yang Best

Telefon: +82517401700

BUSAN SEALIFE
Sumber gambar: visitkorea.or.id

Hidupan laut sentiasa akan menjadi tarikan utama para pelancong. Negara Korea terkenal dengan pelbagai hidupan laut. Anda boleh melihat, mendengar dan menerokai pelbagai haiwan marin di akuarium luar biasa ini.

ootd naik buaian di sea life busan 1
Sumber gambar: Instagram @unaboricuaenkorea

Tempat yang menakjubkan di mana kanak-kanak boleh berseronok dan belajar. Terdapat banyak spesies SEALIFE untuk ditemui.

bergambar di sea life busan
Sumber gambar: Instagram @mia_jo85

Pertunjukan ikan duyung dan jerung adalah persembahan yang paling hebat. Yang bestnya pelawat asing boleh melawat dengan mudah kerana ia betul-betul bersebelahan dengan pantai Heaundae.

Teddy Bear Museum

4 Teddy Bear Museum di Korea

Alamat: 31 Jungmungwangwang-ro110beon-gil, 특별자치도 Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Telefon: +82 6473 87600

teddy bear museum di jeju korea
Sumber gambar: Rakiye Benjamin, 임두업, Dohoon Kim & #MyNameIsMuna #MUNALICIOUS

Di muzium ini terdapat banyak teddy bear yang di buat dengan pelbagai karekter para artis seperti Marilyn dan Rlvis Presly ada di Jeju, salah satu negeri di Korea.

Bahkan satu fakta yang mengejutkan iaitu terdapat juga Teddy bear yang telah berusia 100 tahun.

ootd di teddy bear museum korea
Sumber gambar: Instagram @aidewisari

Itu semua di pamerkan di sini. Bagi peminat teddy bear anda wajib datang ke sini dan melihat sendiri.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Daegu Arboretum

5 Taman Korea

Alamat: 342 Hwaam-ro, Dalseo-gu, Daegu, South Korea

Telefon: +825 3803 7270

daegu taman cantik di korea1
Sumber gambar: Mango kim, 이경준, koreatriptips com & 태자비

Sebelum ini tapak pelupusan sampah, kini menjadi destinasi popular bagi warga Daegu untuk berjalan kaki dan singgah pada waktu petang.

Pemandangan di sini lebih cantik dengan bunga yang mekar pada musim bunga dan musim luruh. Salah satu lokasi bergambar yang bagus. Masuk tempat cantik di Korea ini percuma!

port cantik untuk bergambar di daegu arboretum
Sumber gambar: Instagram @de_bu.ssi

Taman ini mempunyai 4,000 spesies tumbuhan, termasuk pokok, bunga liar, bonsai, kaktus, herba, kolam, fountain dan rumpun buluh serta beberapa denai dan ruang terbuka untuk berkelah.

port cantik untuk bergambar di daegu arboretum korea
Sumber gambar: Instagram @kimrahman

Jika anda menikmati aktiviti luar tetapi tidak mahu mendaki, ini adalah tempat yang bagus untuk berehat dan menghirup udara segar.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 6 petang)

Pantai Haeundae

6 Pantai di Korea

Alamat: Haeundae-gu, Busan, South Korea

Telefon: –

PANTAI H
Sumber gambar: pelbagai

Tak cukup dengan berkayak di bandar? Anda boleh ke sini merasa angin pantai. Suka dengan banana boat dan jet ski?

pantai heungdae di korea
Sumber gambar: Instagram @whousah

Di pantai inilah tempatnya. Nak bersantai menikmati pemandangan cantik di Korea boleh, nak mandi manda pun boleh. Tapi pastikan bawa baju lebih.

Gamcheon Culture Village

7 Perkampungan warna-warni di Korea

Alamat: 200 Gamnae 1(il)-ro, Saha-gu, Busan, South Korea

Telefon: +82 5120 41444

GAMCHEON
Sumber gambar: pelbagai

Gamcheon Culture Village ialah destinasi pelancongan yang paling popular di barat Busan. Kebanyakan pelancong yang melawat Gamcheon Culture Village akan menyewa hanbok.

Untuk melengkapkan lawatan lorong, gunakan peta Korea setem yang anda beli di pusat maklumat kampung.

bergambar di perkampungan cantik korea
Sumber gambar: Instagram @dyaadiliaaaa

Sebelum memulakan lawatan, singgah ke muzium kecil di pintu masuk ke Perkampungan Budaya Gamcheon untuk mengetahui sejarah kampung itu.

Lorong belakang Gamcheon diubah menjadi sebuah perkampungan animasi dengan karya seni dan lukisan mural.

bergambar di perkampungan cantik korea
Sumber gambar: Instagram @magical_travel_journal

Terdapat juga kedai cenderamata dan bengkel di mana anda boleh singgah untuk mencipta cenderahati anda sendiri.

BACA JUGA  12 Tempat Menarik Untuk Perempuan Travel Solo di Malaysia

Kemuncak perjalanan lorong adalah zon foto di mana terdapat patung putera kecil dan musang menghadap ke kampung.

bergambar di gamcheon village korea
Sumber gambar: Instagram @trazy_korea

Perkampungan rumah berwarna pastel tersusun penuh dan berubah menjadi perkampungan yang sangat cantik.

Anda dinasihatkan untuk memakai kasut yang selesa kerana anda akan berjalan sepanjang perumahan.

Lotte World

8 Taman tema di Korea

Alamat: 240 Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul, South Korea

Telefon: +8216612000

taman tema lotte world di korea
Sumber gambar: Randolfo Santos, 베리베리, Louie & Instagram @fuchikolovefood

Bahagian taman hiburan yang menarik di Lotte World, Lotte World Adventure, adalah tempat anda boleh menaiki tunggangan yang mendebarkan, mencuba luncur ais dan juga pergi membeli-belah.

ootd di lotte world di korea seoul
Kredit gambar: Instagram @maikeefernandezzz

Lawatan ke Lotte World harus dalam wishlist untuk dilakukan di Seoul pada lawatan pertama anda. Kunjungi juga kawasan luar Pulau Magic.

ootd di lotte world di korea seoul
Kredit gambar: Instagram @mmm79___

Lotte World adalah antara lokasi popular di Korea untuk bermain ski, naik eretan atau papan salji semasa musim sejuk.

Bukbu Asia Town

9 Pekan kecil di Korea

Alamat: Bisan-dong, Seo-gu, Daegu, Korea

Telefon: –

ASIA TOWN
Sumber gambar: pelbagai

Bukbu asia town ini merupakan salah satu tempat yang sentiasa menjadi kunjungan orang kita jika ke Korea. Di sini, anda boleh dapatkan rempah ratus yang biasanya dijual oleh orang-orang yang berasal dari India.

Selain itu, terdapat kedai makanan halal di tepi jalan dan kedai runcit untuk anda membeli belah. Sebelum jauh berjalan, bawalah sedikit bekal untuk menemani anda sepanjang perjalanan nanti.

Children’s Grand Park Seoul

10 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Seoul

Alamat: 216 Neungdong-ro, Gwangjin-gu, Seoul, South Korea

Telefon: +82 2-450-9311

seoul grand children
Sumber gambar: Instagram @travelwithsera & @rose_kek

Salah satu tempat menyeronokkan untuk semua peringkat umur dan lagi best jika datang bersama keluarga. Anda boleh habiskan sepanjang hari di sana.

seoul grand children park korea 1
Sumber gambar: Instagram @seoulgrandpark_skylift

Lawati zoo di Children’s Grand Park atau sekadar berjalan-jalan di taman untuk menikmati keindahan alam. Ramai penduduk tempatan menyukai taman tema keluarga ini

seoul grand children park korea 1
Sumber gambar: Instagram @travelwithsera

Taman ini bagus untuk percutian keluarga di mana anda boleh membawa anak-anak ke taman air, taman permainan kanak-kanak, bermain basikal Korea, atau ke taman hiburan untuk berseronok.

Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi – 10 malam)

Biseul Mountain

11 Tempat menarik di Korea musim salji

Alamat: Biseul Mountain, Korea

Telefon: –

BISEUL MOUNT
Sumber gambar: google map

Biseul Mountain mempunyai pemandangan gunung yang sangat indah. Korang boleh datang dan rasai sendiri pemandangan cantik di Korea bersama keluarga.

hiking di biseul mountain korea
Sumber gambar: Instagram @vitabro_leo_thegreat

Bila korang dah ada dekat puncak dia, korang akan nampak pemandangan Angaegyegok yang sangat cantik terutama pada musim panas.

pemandangan cantik di biseul mountain korea
Sumber gambar: Instagram @kuma_okvely

Selain itu, pemandangan musim bunga di Korea yang cantik dengan kelihatan bunga-bungaan Chamkkot, gunung yang diselaputi ais pada musim sejuk dan pokok mapel pada musim luruh.

Istana Changdeokgung

12 Istana di Korea

Alamat: 99 Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul, South Korea

Telefon: –

changdeokgung istana di korea seoul
Sumber gambar: Instagram @hotpickorea

Korea selatan boleh dikatakan sebuah negara yang canggih dan moden. Tapi tahukah anda yang mereka masih memelihara bangunan istana lama?

changdeokgung istana di korea
Sumber gambar: Instagram @jesselynimb3

Pemandangan musim bunga di Korea saat anda melawat istana ini sangat indah. Istana lama ini pernah mengalami kerosakan pada zaman penaklukan Jepun.

BACA JUGA  5 Negara Didunia Bebas Menjual Wanita Online Untuk Dijadikan Isteri

Namun pemerintah telah membaikpulih dan menjadikan sebagai bahan pelancongan yang menarik untuk di lawati.

changdeokgung istana di korea
Sumber gambar: Instagram @poroye_

Pemerintah mereka sangat bijak bukan? Anda boleh melawat ke istana ini dan melihat bagaimana rupa istana ini secara real selain yang kita lihat dalam filem-filem mereka.

Songdo Central Park

13 Taman awam di bandar Korea

Alamat: 160 Convensia-daero, Songdo-dong, Yeonsu-gu, Incheon, South Korea

Telefon: –

SEONGDO PARK
Sumber gambar: pelbagai

Pernah tak terfikir bagaimana orang bekerja di bandar melepaskan beban kerja mereka pada hujung minggu?

Semua aktiviti ada di Song Do Central Park seperti berkayak, menaiki bot atau bersantai di tengah bandar.

songdo park seoul korea 4
Sumber gambar: Instagram @ss_young_aa

Sekiranya anda hanya ingin menikmati kecantikan matahari terbenam di sinilah tempatnya.

songdo park seoul korea 1
Sumber gambar: Instagram @iam_yunjoo

Tempat ini juga amat cantik untuk fotografi gambar bandar Korea atau ootd untuk post media sosial.

Seoraksan National Park

14 Taman negara di Korea

Alamat: South Korea, Gangwon-do, Sokcho-si, Seoraksan-ro, 833 KR

Telefon: –

SEORAKSAN
Sumber gambar: pelbagai

Bagi peminat hiking dan suka dengan ketinggian, ini adalah bonus untuk anda. Pemandangan yang sangat menakjubkan dari atas batuan ini akan menjadi kenangan terindah buat anda.

seoraksan national park di korea
Sumber gambar: Instagram @jo_dagher

Salah satu tempat yang ingin dikunjungi oleh pengemar aktiviti hiking atau aktiviti lasak. Pemandangan paling cantik pada musim luruh! Berkhemah pun boleh tetapi ada bayaran dikenakan.

seoraksan national park di korea
Sumber gambar: Instagram @mountain_jinliang

Ramai pengunjung yang akan berkunjung ke sini bagi melihat dedaunan berubah warna di samping menikmati pemandangan yang indah dari atas jambatan.

Songwol-dong Fairy Tale Village

15 Tempat bergambar menarik di Korea

Alamat: Jayugongwonseo-ro 45beon-gil, Songwol-dong 3(sam)-ga, Jung-gu, Incheon, South Korea

Telefon: –

FAIRY TAIL
Sumber gambar: pelbagai

Filem Goblin, kdrama yang pernah popular telah membuat penggambaran di sini. Sebuah tempat bercuti di Korea dengan fantasi yang cantik dan terlalu banyak spot cantik untuk bergambar.

port-bergambar-cantik-di-fairy-tale-village-korea
Sumber gambar: Instagram @seritakn

Maka tidak hairanlah kawasan ini juga turut menjadi tumpuan. Sepanjang jalan anda akan merasakan seperti mengembara ke alam fantasi.

ootd di fairy tale village
Sumber gambar: Instagram @jessslinee

Jangan lupa bawa kamera dan ambil gambar dengan banyak ya.

Muzium kanak-kanak Incheon

16 Tempat menarik untuk kanak-kanak di Korea

Alamat: 21 Bangchuk-ro, Gyeyang-gu, Incheon, South Korea

Telefon: +823 2456 2500

MUZIUM KNK2
Sumber gambar:pelbagai

Sebuah muzium yang menyeronokkan untuk datang seisi keluarga. Pihak muzium yang kreatif telah menjadikan muzium ini sebagai tempat interaktif yang akan menarik minat kanak-kanak.

Di sini pelbagai pameran ilmiah yang diberikan seperti, pameran dinasour, sains interaktif dan sebagainya. Sambil berjalan, anda boleh belajar banyak perkara baru!

Masjid Al-fatah Busan

17 Masjid di Korea

Alamat: 30-1 Namsan-dong, Geumjeong-gu, Busan, South Korea

Telefon: +82515189992

masjid busan di korea
Sumber gambar: iddhien iddhien, Pramudya Maulana, Brian dan Adik Bermain & Zuri zabuddin

Bagi yang beragama islam, sekiranya datang ke Korea anda tidak perlu bimbang kerana di sini terdapat sebuah masjid untuk anda menunaikan solat.

Masjid ini adalah hasil sumbangan kerajaan Libya dan dibuka untuk orang awam datang dan juga untuk beribadah.

masjid busan korea
Sumber gambar: Instagram @nnurulkho

Reka bentuk masjid yang menarik dengan seni reka budaya timur tersergam indah di tengah Bandar Busan ini.

Tags: koreaseoul

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    405 shares
    Share 162 Tweet 101
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    131 shares
    Share 52 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved