senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

22 Hotel Murah Melaka Terbaik 2024 (Bawah RM150)

Aira by Aira
March 18, 2024
in Travel
hotel murah di melaka
6
SHARES
560
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Hotel butik 3 bintang di Melaka
  • 2. Hotel bajet selesa di Melaka
  • 3. Hotel murah Melaka ada kolam
  • 4. Hotel butik di Melaka
  • 5. Hotel Melaka tepi sungai
  • 6. Hotel murah di Dataran Pahlawan Melaka
  • 7. Hotel di Melaka Raya
  • 8. Hotel di Kota Syahbandar Melaka
  • 9. Hotel bajet di Pertam Jaya Melaka
  • 10. Hotel murah di Melaka ada swimming pool
  • 11. Hotel di atas Elements Mall Melaka
  • 12. Hotel di Plaza Mahkota Melaka
  • 13. Hotel di tepi sungai Melaka
  • 14. Hotel di Kota Laksamana Melaka
  • 15. Hotel murah di Melaka berdekatan A Famosa
  • 16. Hotel di Jalan Syed Abdul Aziz Melaka
  • 17. Hotel di Bukit Katil Melaka
  • 18. Hotel di Jalan Tun Perak Melaka
  • 19. Hotel murah Bandar Hilir Melaka
  • 20. Hotel murah Melaka RM 50
  • 21. Hotel bajet Melaka bawah RM 100
  • 22. Hotel di Kampung Jawa Melaka

Dapatkan tawaran harga serendah RM 150 untuk satu malam menginap di hotel murah Melaka yang berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik!

Rata-rata mengetahui Melaka mempunyai pelbagai tarikan bersejarah dan menarik untuk dikunjungi kan?

Apa yang menarik, selain Georgetown Pulau Pinang, Melaka juga diiktiraf UNESCO sebagai bandar warisan dunia.

Baca: 20 Tempat Menarik Di Melaka Paling Popular Terkini

Disebabkan pelbagai tarikan pelancongan disediakan, maka pelbagai jenis hotel melimpah ruah mengikut bajet yang anda inginkan di sini.

Senarai hotel di Melaka yang murah

Meskipun harganya agak bajet, namun ia masih sesuai untuk golongan keluarga, solo traveller dan di atas urusan kerja.

Berikut merupakan 22 hotel murah Melaka yang berharga RM 150 ke bawah yang kami dapati daripada website Agoda.

ADVERTISEMENT

Untuk makluman harga semasa, anda boleh menyemak dengan lebih lanjut di website tersebut.

The Nines Hotel Melaka

1 Hotel butik 3 bintang di Melaka

Alamat; 1, Jalan Gajah Berang, 75200 Melaka

Tel; 06-282 6868

ADVERTISEMENT
the nines hotel melaka

Hanya 5 minit memandu dari Pasar Malam Jonker Street, anda boleh menempah hotel bajet yang selesa di Melaka.

Hotel dalam bangunan warisan ini juga mempunyai sentuhan elemen moden dan dalaman hotel dengan reka bentuk gaya Jepun Muji.

hotel melaka
hotel melaka
hotel melaka

Walaupun tiada kolam, tapi biliknya nampak minimalis dan bersih serta sesuai untuk mereka yang ingin trip pendek di Melaka.

Malah, bilik keluarga boleh memuatkan sehingga 5 tetamu dan suite juga mempunyai ruang tamu, dapur kecil dan bilik tidur loteng.

Semak Harga

Hotel Hallmark View Melaka

2 Hotel bajet selesa di Melaka

Alamat : 66, Jalan Munshi Abdullah Melaka, Melaka City Center, 75100 Melaka

Telefon: 06-281 5999

hotel hallmark view melaka

Hanya 10 minit pemanduan dari Tol Ayer Keroh menuju ke pusat bandar dan terdapat juga cawangan di negeri Johor.

Hotel bertaraf tiga bintang yang tidak jauh dari Jonker Street, Kota A’Famosa, The Stadhuys dan pusat membeli-belah utama.

hotel melaka
hotel melaka
hotel melaka

Menawarkan kemudahan tv skrin besar, wifi percuma, teh dan kofi, bath tub, kafe dan kolam renang atas bumbung.

Bilik penginapan serendah RM 75 semalam dan tempat letak kenderaan percuma. 

Semak Harga

Bayview Hotel Melaka

3 Hotel murah Melaka ada kolam

Alamat: Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka

Telefon: 06-283 9888

bayview hotel melaka

Menawarkan harga purata bilik RM 150 semalam, hotel bertaraf empat bintang berhampiran tempat makan di pusat bandar, The Shorea dan menara Taming Sari. 

Bilik penginapan yang santai dilengkapi wifi, tv, serta kemudahan membuat teh dan kopi. 

Selain itu, terdapat tab mandi pusaran air dan suite menambah ruang tamu.

hotel di melaka
hotel di melaka
hotel di melaka

Boleh juga pilih suite yang ditambah dapur kecil dan ruang makan. 

Seperti hotel mewah lain di Melaka, turut mempunyai bilik karoake, bufet sarapan pagi, kafe, kedai kopi, kolam renang terbuka dan pusat kecergasan. 

BACA JUGA  15 Chalet Tepi Pantai Terbaik Malaysia (Family Day & Honeymoon)

Turut memiliki cawangan di Langkawi, Penang dan Singapore! 

Semak Harga

Rivero Boutique Hotel

4 Hotel butik di Melaka

Alamat: No 22, Taman 1 Lagenda, Jln Lagenda 3, 75400 Melaka

Tel: 06-288 0277

hotel di melaka

Terletak tidak jauh dari lapangan terbang Batu Berendam dan 15 minit berjalan kaki dari Pasar Malam Jonker Street serta pusat bandar.

Rivero Boutique Hotel Melaka menyediakan kawalan keselamatan 24 jam dan perkhidmatan bilik serta kad kunci elektronik.

Bermalamlah di salah satu daripada 32 bilik berhawa dingin berserta cerek elektrik, wifi percuma, tandas dan pancuran mandian yang berasingan.

hotel di melaka
hotel melaka
hotel melaka

Bilik mandi juga dilengkapi dengan pengering dan tuala dan terletak 100 meter dari restoran Floyds Kitchen.

Purata harga bilik semalam hanya RM 98, memang berbaloi untuk pelajar dalam bajet bercuti!

Semak Harga

906 Riverside Hotel Melaka

5 Hotel Melaka tepi sungai

Alamat: 52, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka

Tel: 06-282 8906

hotel di melaka

Salah satu hotel bajet dan antara hotel termurah yang selesa di kawasan Jonker Street.

Terletak kira-kira 40m dari Masjid Kampung Hulu.

hotel melaka
hotel melaka
hotel melaka

Dalam masa 5 minit berjalan kaki, pengunjung akan sampai ke tempat-tempat pelancongan seperti Jonker Street, Goldsmith Street dan banyak lagi.

Sering menjadi pilihan pengunjung yang bercuti di Melaka.

Semak Harga

Imperial Heritage Hotel Melaka

6 Hotel murah di Dataran Pahlawan Melaka

Alamat: No 1, 1, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Telefon: 06-281 3545

Imperial Heritage Hotel Melaka
Sumber gambar: agoda.com

Heritage deluxe room, imperial deluxe, family triple room menjadi bilik-bilik kegemaran tetamu di Imperial Heritage Hotel.

Ia terletak berhadapan Dataran Pahlawan dengan harga serendah RM 148 untuk satu malam.

Imperial Heritage Hotel Melaka
Imperial Heritage Hotel Melaka
breakfast di imperial hotel melaka 1
Kredit gambar: Instagram @fatin_nabila90

Ia menyediakan prasarana komputer tablet, bilik karaoke, gimnasium dan Himalayan Crystal Salt room.

Tarikan berdekatan ialah Muzium Warisan Baba Nyonya dan Porte de Santiago.

Semak Harga

Queenspark Lovita Hotel

7 Hotel di Melaka Raya

Alamat: No 39, 47, Jln M Raya 24, Melaka Raya, 75000 Malacca

Telefon: 06-281 1188

Queenspark Lovita Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Anda solo traveller? Queenspark Lovita Hotel menawarkan bilik jenis superior queen dengan harga bermula RM 99.

Bagi keluarga, anda boleh memilih bilik family quad room dan family suite dengan view bandar.

Queenspark Lovita Hotel
Queenspark Lovita Hotel
Queenspark Lovita Hotel

Hotel bajet Melaka ini berkedudukan hanya 500 m dari pusat bandar.

Antara tarikan best seperti Menara Taming Sari dan Masjid Selat Melaka.

Semak Harga

Terra Nova Hotel

8 Hotel di Kota Syahbandar Melaka

Alamat: 29, Jln KSB 11, Taman Kota Syahbandar, 75200 Melaka

Telefon: 06-288 0000

terra nova hotel
Sumber gambar: agoda.com

Terra Nova Hotel Melaka disyorkan untuk solo traveller dan menginap di bilik nova-superior twin.

Terletak di kawasan Kota Syahbandar, ia dilengkapi dengan meja kerja dan wifi serta parkir percuma.

terra nova di hotel
terra nova di hotel
sambut-birthday-di-hotel-melaka
Kredit gambar: Instagram @terranova.hotel

Pengunjung juga boleh booking hotel ini untuk event atau sambut birthday di Melaka.

Tidak jauh dari hotel murah di Melaka ini, anda boleh menemui Mahkota Parade, Kota A Famosa dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.

Semak Harga

Sunflower Hotel

9 Hotel bajet di Pertam Jaya Melaka

Alamat: 57, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka

Telefon: 06-282 1500

hotel sunflower di melaka
Sumber gambar: agoda.com

Sunflower Hotel merupakan hotel bajet Melaka yang terletak di mukim Padang Temu. Ia hanya berjarak 10 min ke bandar Melaka.

Turut memiliki 23 bilik moden yang dilengkapi dengan tv bersama saluran astro.

hotel di melaka
hotel di melaka
hotel di melaka

Selain itu, perkhidmatan komputer juga tersedia secara percuma di ruangan lobi hotel.

Bagi anda solo traveller bolehlah menginap di bilik standard double room.

Semak Harga

The Shore Hotel & Residences

10 Hotel murah di Melaka ada swimming pool

Alamat: Level GF, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Melaka

Telefon: 06-282 8200

the shore melaka
Sumber gambar: agoda.com

Hotel yang tampak mewah dengan harga permulaan RM 145 ini memiliki 2 swimming pool iaitu di bahagian indoor dan outdoor.

The Shore Hotel & Residences menawarkan bilik dengan pemandangan kolam dan separa dari laut.

BACA JUGA  17 Hotel Terkenal Berhampiran Langkawi International Airport (LGK)
the shore melaka
the shore melaka
the shore melaka

Turut disediakan bagi pengembara solo menginap di bilik studio suite.

Antara tempat menarik ialah Kampung Morten, Muzium Warisan Baba dan Nyonya dan Stadthuys.

Semak Harga

Hatten Place Melaka

11 Hotel di atas Elements Mall Melaka

Alamat: Hatten Place Melaka, Jalan Melaka Raya 23, Hatten City, 75000 Melaka

Telefon: 06-222 9696

the hatten place melaka
Sumber gambar: agoda.com

Menawarkan akses terus ke Elements Mall, Hatten Place Melaka memiliki harga serendah RM 150.

Untuk anda kaki shopping, seronok apabila tempat shopping dekat dengan tempat penginapan bukan?

hotel murah di melaka
hotel murah di melaka
hotel murah di melaka

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kolam renang, sauna dan pusat kecergasan. Berdekatan kedai makan, mart dan dobi.

Antara tarikan best yang boleh dikunjungi ialah Muzium Samudera, Zoo Melaka, Mini Malaysia & Taman Budaya ASEAN dan Taman Tema Melaka Wonderland.

Semak Harga

Moty Hotel

12 Hotel di Plaza Mahkota Melaka

Alamat: No. 42, Jalan PM6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

Telefon: 06-270 7888

moty hotel
Sumber gambar: agoda.com

Menawarkan harga permulaan bawah RM 150 untuk satu malam, Moty Hotel juga memiliki kolam renang indoor yang terletak di bahagian dalam bangunan hotel.

Di tingkat 1 pula, terdapat ruang rehat untuk tetamu bersantai sambil minum pada waktu malam.

Hotel ini juga sesuai untuk sambut anniversary/honeymoon di Melaka.

moty hotel di melaka
moty hotel di melaka
Kredit gambar: Instagram @syafieyka

Selain itu, turut disediakan bilik untuk penggembara solo sejurus sampai ke hotel ini jika tidak ingin menempah hotel Euro Rich Hotel Melaka atau Theblanc Boutique Hotel.

Untuk menikmati makanan anda boleh menjamu selera di Mo Tasty yang menyajikan makanan Barat dan tempatan.

Semak Harga

Tun Fatimah Riverside Hotel

13 Hotel di tepi sungai Melaka

Alamat: No 2, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Telefon: 06-289 7888

riverside hotel di melaka
Sumber gambar: agoda.com

Turut dikenali dengan nama Wana Riverside Hotel, anda boleh booking bilik di Tun Fatimah Riverside Hotel dengan harga RM 78.

Hotel ini menyajikan pemandangan sungai, laut dan bandar yang sangat cantik dari bilik hotel.

hotel di melaka
hotel di melaka
view dari hotel tun fatimah riverside di melaka
Kredit gambar: Instagram @themessarah

Terletak hanya 500 m dari bandar, anda boleh menemui hotel ini di Jalan Munshi Abdullah.

Antara tempat pelancongan terdekat iaitu The Shore Ocenarium, Muzium Barang Kemas Cina Selat dan Menara Taming Sari.

Semak Harga

Marvelux Hotel

14 Hotel di Kota Laksamana Melaka

Alamat: No. 6, Jalan KLJ 1, Taman Kota Laksamana Jaya, Bandar Melaka, 75200 Malacca

Telefon: 06-281 8888

hotel marvelux di melaka
Sumber gambar: agoda.com

Mendapat tempat di hati pelanggan Agoda pada tahun 2021, Marvelux Hotel terletak di kawasan pinggir laut.

Hanya 6 minit perjalanan dari hotel, anda boleh menemui Jonker Walk dan Memorial Kemerdekaan.

Marvelux Hotel
Marvelux Hotel
lihat sunset di hotel marvelux melaka
Kredit gambar: Instagram @loqman_alhaq

Selain itu, bilik ini dilengkapi dengan spa, gimnasium, perabot ringkas dan balkoni peribadi.

Bagi penggembara solo, anda boleh mendapatkan bilik jenis superior room dengan pemandangan bandar.

Semak Harga

Arenaa Delux Hotel

15 Hotel murah di Melaka berdekatan A Famosa

Alamat: 222, Jalan Ujong Pasir, 75050 Melaka

Telefon: 06-288 3399

Arenaa Delux Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Arenaa Delux Hotel satu-satunya hotel yang terletak di Ujong Pasir, Melaka serendah RM 70 untuk satu malam.

Hotel 3 bintang ini menyediakan tempat simpanan bagasi di kaunter dan bilik dengan balkoni peribadi.

Arenaa Delux Hotel
Arenaa Delux Hotel
Arenaa Delux Hotel

Bagi penggembara solo, anda boleh bermalam di junior city room.

Kira-kira 5 minit perjalanan dari hotel ini, anda boleh melawat Kota A Famosa, Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.

Semak Harga

Mahkota Hotel Melaka

16 Hotel di Jalan Syed Abdul Aziz Melaka

Alamat: Jalan Syed Abdul Aziz, 75000 Melaka

Telefon: 06-281 2828

Mahkota Hotel Melaka
Sumber gambar: tripadvisor.com

Hanya 800 dari Menara Taming Sari, anda boleh menemui Mahkota Hotel Melaka.

Hotel berkonsepkan apartment ini dilengkapi dengan bilik yang luas, bilik karaoke peribadi serta dapur kecil.

BACA JUGA  19 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150

Selain itu, 617 bilik yang tersedia di sini menawarkan pemandangan laut yang mempesona.

Lain daripada itu, kemudahan sauna berasingan antara lelaki dan perempuan turut disediakan.

Semak Harga

Bayou Lagoon Park Resort

17 Hotel di Bukit Katil Melaka

Alamat: Jalan Kampung Tehel, Bukit Katil, 75450 Melaka

Telefon: 06-233 0888

Bayou Lagoon Park Resort
Sumber gambar: agoda.com

Dengan hanya RM 114 harga permulaan, anda boleh memilih bilik yang diimpikan.

Antaranya ialah studio apartment, 2/3 bedroom apartment, family deluxe dan penthouse.

Bayou Lagoon Park Resort menjadi pilihan keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dengan adanya kolam renang untuk mereka.

Terletak hanya 15 min dari Jonker Street, Parkson Mall dan Zoo Melaka.

Semak Harga

Kings Green Hotel

18 Hotel di Jalan Tun Perak Melaka

Alamat: 28, 19, Jalan Tun Perak, Kampung Enam, 75300 Melaka

Telefon: 06-288 1091

Kings Green Hotel
Sumber gambar: agoda.com

Memiliki keunikan yang tersendiri, Kings Green Hotel menyediakan permainan tradisional seperti congkak untuk bermain.

Hotel serendah RM 144 ini hanya 10 minit dari Menara Taming Sari dan River Cruise.

Kings Green Hotel
Kings Green Hotel
Kings Green Hotel

Bagi penggembara solo, anda boleh memilih penginapan jenis bilik superior dari 151 bilik yang disediakan.

Tambahan pula, perkhidmatan peti simpanan keselamatan, servis teksi ke lapangan terbang dan kolam renang turut tersedia.

Semak Harga

Fenix Inn

19 Hotel murah Bandar Hilir Melaka

Alamat: 156, Jln Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka

Telefon: 06-281 5511

Hotel murah Bandar Hilir Melaka
Sumber gambar: agoda.com

Mencari hotel bajet Melaka di sekitar Bandar Hilir? Anda boleh menuju ke Fenix Inn dengan tawaran harga RM 86 untuk satu malam.

Ia menawarkan bilik yang simple yang menjadi pilihan penggembara solo, tapi tiada lif dan parkir persendirian.

Lagi memudahkan pengunjung kerana berdekatan pusat perniagaan Melaka, Dataran Pahlawan, dan juga pusat membeli belah seperti Hatten Square dan Mahkota Parade.

Antaranya standard double/twin room, family room, 2-bedroom premier apartment dan superior double room.

Semak Harga

Hotel Suria Malaqa

20 Hotel murah Melaka RM 50

Alamat: 3, Jalan SE 1, Taman Semabok Emas, 75050 Melaka

Telefon: 06-267 9118

hotel suria melaka
Sumber gambar: agoda.com

Meskipun baru 3 tahun dibina, hotel ini telah mendapat anugerah hotel pilihan pengunjung tahun 2021.

Hotel Suria Malaqa juga menawarkan bilik untuk pasangan iaitu standard twin room dengan harga RM 44 dan berhampiran hotel pilihan murah lain iaitu Hotel Hong Melaka.

Banyak tarikan menarik ditempatkan di sini iaitu The Shore, Pasar Malam Jonker Street, Muzium Samudera dan Zoo Melaka.

Semak Harga

Hotel Alor Villa

21 Hotel bajet Melaka bawah RM 100

Alamat: Jalan Utama, Taman Melaka Perdana, 78000 Alor Gajah, Melaka

Tel: 06-556 3633

hotel alor villa

Hotel pertama di Bandar Alor Gajah dan dicat dalam warna terang yang menarik serta dikelilingi kehijauan tanaman yang subur.

Bangunan hotel ini terletak di kawasan perumahan dan hanya 12 km dari Taman Tema Air A’famosa. 

Turut dilengkapi louge dengan tv serta sofa kulit untuk pasangan yang ingin menghabiskan masa hujung minggu bersama tanpa gangguan. 

hotel melaka
hotel melaka
hotel melaka

Tambahan pula, terdapat bilik keluarga yang boleh menampung sehingga 4 orang tetamu dan beberapa bilik mempunyai balkoni. 

Harga purata semalam bermula dari RM 78 dan sesuai untuk pasangan suami isteri! 

Semak Harga

Prima Hotel Melaka

22 Hotel di Kampung Jawa Melaka

Alamat: 364 & 365, Jalan Kee Ann, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Telefon: 06-264 4431

prima hotel melaka
Sumber gambar: agoda.com

Menawarkan dengan harga permulaan sebanyak RM 74, hotel 3 bintang ini terletak di Jalan Bunga Raya.

Prima Hotel Melaka menawarkan bilik yang luas. Iaitu deluxe queen/twin dan superior family double room dengan pemandangan bandar.

Hotel Melaka murah ini terletak hanya 1 km dari Dataran Pahlawan dan Jonker Street.

Semak Harga
4/5 - (16 votes)
Tags: hotelhotel murah melakamelaka

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved