senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Travel

19 Hotel Halal Di Malaysia 2024 (Konsep Islamik & Mesra Muslim)

Aira by Aira
March 19, 2024
in Travel
halal hotel malaysia

Sumber gambar: hotelbeds

27
SHARES
2.7k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Halal hotel di Terengganu
  • 2. Halal hotel di Kota Bharu
  • 3. Halal hotel di Langkawi
  • 4. Halal hotel di Selangor
  • 5. Halal hotel di Seberang Jaya
  • 6. Halal hotel di Kuala Lumpur
  • 7. Halal hotel di Sepang
  • 8. Halal hotel di Melaka
  • 9. Halal hotel di Subang Jaya
  • 10. Halal hotel di Taiping
  • 11. Halal hotel di KLCC
  • 12. Halal hotel di Ampang
  • 13. Halal hotel di Georgetown
  • 14. Halal hotel di Jalan Munshi Abdullah
  • 15. Halal hotel di Jalan Sultan Ismail
  • 16. Halal hotel di Sunway City
  • 17. Halal hotel di Putrajaya
  • 18. Halal hotel di Johor Bharu
  • 19. Hotel halal di Genting Highland

Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama persekutuan sejak dahulu lagi, Malaysia muncul sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim yang amat menarik.

Menawarkan pelbagai pilihan hotel konsep islamik atau mesra muslim yang memenuhi keperluan pelancong pasangan muslim dan mereka yang beragama Islam.

Ciri-ciri utama hotel Islamik termasuk mempunyai surau, bilik dilengkapi dengan sejadah dan kolam renang berasingan untuk lelaki serta wanita.

Dengan kemudahan muslim friendly hotel yang lengkap mengikut tuntutan syarak, pelancong muslim berpeluang menikmati pengalaman penginapan yang selesa.

Senarai Hotel Halal Jakim

Anda inginkan hotel islamik yang bebas rokok, alkohol mahupun makanan dengan semakan status halal JAKIM?

Jangan risau, berikut muslim friendly hotel yang mempunyai sijil halal Malaysia selepas melalui semakan status halal JAKIM;

RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu

1 Halal hotel di Terengganu

Alamat: Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

ADVERTISEMENT

Telefon: 09-668 6666

hotel halal malaysia: 1
Sumber gambar: Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

RAIA Hotel & Convention Centre Terengganu merupakan sebuah hotel islamik yang terletak dengan jarak kurang daripada 1 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

1a
Sumber gambar: Instagram @fyqamustafa

Restorannya menyajikan sajian hidangan Malaysia dan antarabangsa yang cukup menarik manakala biliknya dilengkapi dengan mesin kopi atau teh.

Lain daripada itu, perkhidmatan concierge dan simpanan bagasi turut disediakan di muslim friendly hotel ini.

ADVERTISEMENT
Semak Harga

Perdana Kota Bharu

2 Halal hotel di Kota Bharu

Alamat: Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Telefon: 09-745 8888

hotel halal malaysia: 2
Sumber gambar: Hotelbeds, Ruzila, Jim Tan

Perdana Kota Bharu merupakan hotel terkemuka di Kelantan yang mesra muslim di bawah kendalian Permodalan Nasional Berhad (PNB).

2a
Sumber gambar: Instagram @embunjb

Hotel islamik berkelas 5 bintang ini menyediakan kemudahan surau dan pusat kecergasan secara berasingan bagi lelaki dan wanita.

2b
Sumber gambar: Instagram @fazziqmuqris

Ia turut menawarkan bilik-bilik yang menarik iaitu deluxe classic, 6 accessible rooms, premier, deluxe premier dan deluxe suite.

Anda juga boleh makan di restoran dan menikmati segala kemudahan yang disediakan di hotel ini. Ekoran daripada telah mendapat semakan status halal JAKIM.

Semak Harga

Adya Hotel Langkawi

3 Halal hotel di Langkawi

Alamat: No 1 PT 4001 Mukim Darul Aman Persiaran Mutiara 2 Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Telefon: 04-960 8000

hotel halal malaysia: 3
Sumber gambar: Hotels.com, Hotelbeds

Mengetengahkan konsep seni bina Maghribi, anda boleh menemui hotel islamik yang sesuai untuk pasangan muslim ini.

Adya Hotel Langkawi sememangnya tidak perlu diragui lagi yang telah tersenarai hotel halal JAKIM

3a
Sumber gambar: Instagram @kufaizofficial

Di setiap bilik penginapannya tersedia dengan Al-Quran, sejadah dan surau berasingan bagi lelaki dan wanita serta kolam renang khas wanita.

Selain itu, khidmat shuttle turut disediakan oleh pihak hotel untuk ke Masjid Aishah sejauh 2.6 km dari penginapan.  

Semak Harga

Mardhiyyah Hotel & Suites

4 Halal hotel di Selangor

Alamat: No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

BACA JUGA  Dua Beradik Malaysia Menang Memanah Berkuda Di Perancis Dengan Dana Sendiri

Telefon: 03-5511 8811

hotel halal malaysia: 4
Sumber gambar: Mardhiyyah Hotel & Suites, Hotels.com, kevin richard

Mardhiyyah Hotel & Suites berkelas 5 bintang ini pernah dikenali dengan nama Grand Bluewave Hotel sebelumnya.

Hotel dengan konsep islamik ini merupakan hotel pertama dianugerahkan Standard Kualiti Islam (IQS).

Setiap bilik penginapannya dilengkapi dengan peralatan solat dan Al-Quran bersama pemandangan indah dari Masjid Biru ataupun Garden City.

Bagi kemudahan pula diasingkan bagi lelaki dan wanita seperti kolam renang dan pusat kecergasan.

Semak Harga

The Light Hotel Penang

5 Halal hotel di Seberang Jaya

Alamat: Lebuh Tenggiri 2, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang

Telefon: 04-382 1111

hotel halal malaysia: 5
Sumber gambar: The Light Hotel (M) Sdn Bhd, Hotelbeds, Lobby

Berkonsepkan moden dan elegan serta berhampiran Masjid Negeri menjadikan The Light Hotel Penang juga menjadi tarikan pengunjung pasangan muslim.

5a
Sumber gambar: Instagram @faqrul_____

Pusat penginapan pelancongan mesra muslim ini menyediakan kemudahan kolam renang luaran serta kemudian perniagaan dan majlis.

Ia juga tergolong di dalam senarai hotel halal JAKIM yang boleh anda menikmati makanan di restoran ini tanpa was-was.

Semak Harga

Perdana Kuala Lumpur City Centre

6 Halal hotel di Kuala Lumpur

Alamat: 10, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-7490 3333

hotel halal malaysia: 6
Sumber gambar: 10 Binjai Restaurant, Perdana Kuala Lumpur City Centre, Hotelbeds

Sama seperti hotel mesra muslim Perdana Kota Bharu, Perdana Kuala Lumpur City Centre dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Di dalam semakan status halal JAKIM, ia diiktiraf sebagai Hotel Halal pertama di Malaysia pada tahun 2006.

6b
Sumber gambar: Instagram @aunimuthallib

Tambahan pula, ia turut dinobatkan sebagai hotel pertama Malaysia yang terima Sistem Pengurusan-Keperluan (QMS) MS1900:2005 dari Perspektif Islam.

Manakala bagi restoran utamanya iaitu 10 Binjai dan The 39 Restaurant turut tersenarai di dalam sijil halal Malaysia sejak 2009 lagi.

Semak Harga

Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA

7 Halal hotel di Sepang

Alamat: Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor

Telefon: 03-8661 8661

hotel halal malaysia: 7
Sumber gambar: Mövenpick Hotel and Convention Centre KLIA, Docs On Vacay, Hotelbeds, Kervin Chong

Terletak berdekatan dengan lapangan terbang utama negara, Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA menjadi pilihan pengunjung untuk menunaikan umrah dan haji.

7a
Sumber gambar: Instagram @mr.tarm

Muslim friendly hotel ini memiliki 2 dewan konvensyen, bilik mainan luas dan sebanyak 17 bilik mesyuarat ditempatkan.

7b
Sumber gambar: Instagram @asmakadir_

Anda boleh menikmati 5 buah restoran yang disediakan oleh pihak hotel dengan sajian Timur Tengah.

Semak Harga

Baca: 12 Tempat Percutian Bajet Menarik Untuk Pelajar di Malaysia

The Pines Melaka

8 Halal hotel di Melaka

Alamat: 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka

Telefon: 06-240 2323

hotel halal malaysia: 8
Sumber gambar: THE PINES MELAKA (松閑), Hotelbeds, anita yana

Hotel pelancongan mesra muslim di The Pines Melaka dibina dengan gabungan gaya moden dan budaya Melaka lama.

Ia menyediakan surau yang berasingan bagi lelaki dan perempuan, restoran yang halal dan bilik bebas rokok.

8b
Sumber gambar: Instagram @nr_eizaty

Sekiranya anda memerlukan khidmat shuttle, ia juga menyediakan servis ke Jonker Street, Dataran Pahlawan.

Kemudahan 2 kolam renang luaran bersama air masin juga disediakan berserta khidmat sewaan basikal.

Semak Harga

Dorsett Grand Subang Hotel

9 Halal hotel di Subang Jaya

Alamat: Jalan SS 12/1, Ss 12, 47500 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 03-5031 6060

hotel halal malaysia: 9
Sumber gambar: Hotelbeds, Poolside Wedding – Night View, Dorsett Grand Subang, Hotelbeds

Berkedudukan strategik berhampiran dengan KL dan Putrajaya terletaknya Dorsett Grand Subang Hotel.

Hotel halal di Malaysia ini indah dengan rekaan bentuk artistik, gaya moden serta elemen budaya yang diterapkan.

9b
Sumber gambar: Instagram @hanisahaf

Bagi bilik penginapan yang disediakan lengkap dengan bilik solat berasingan lelaki dan wanita berserta sejadah.

Selain itu, sajian makanan dengan bufet sarapan, makan tengahari dan makan malam juga disediakan di sini.

Semak Harga

Hotel Seri Malaysia Taiping

10 Halal hotel di Taiping

Alamat: Jln Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

BACA JUGA  Terima Gaji Paling Rendah, Majikan Malaysia Paling Kedekut Bayar Gaji

Telefon: 05-806 9502

hotel halal malaysia: 10
Sumber gambar: Hotelbeds, RAMDHE MASTERS, Abang Yunus1, Hotels.com

Hotel Seri Malaysia Taiping sesuai sebagai pelancongan mesra muslim kerana terletek berdekatan Taiping Mall dan Taman Tasik Taiping.

Pelbagai pilihan makanan halal berserta sijil halal Malaysia yang anda boleh menikmati tanpa ragu-ragu tentang status halalnya.

10b
Sumber gambar: Instagram @mhadi.mail

Selain itu, bilik permainan turut terdapat di sini bagi anda yang membawa anak-anak kecil bercuti.

Tempah penginapan dengan harga promosi RM106 sahaja semalam!

Semak Harga

Traders Hotel Kuala Lumpur

11 Halal hotel di KLCC

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: 03-2332 9888

hotel halal malaysia: 11
Sumber gambar: Traders Hotel Kuala Lumpur, Hotels.com

Sebuah hotel bertaraf 4 bintang iaitu Traders Hotel Kuala Lumpur menjanjikan penginapan yang bersih dan selamat.

Di samping itu, bagi setiap bilik yang disediakan ditandakan arah kiblat bagi memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat.

11a
Sumber gambar: Instagram @mirzanajia

Anda boleh mendapat akses terus ke hotel ini melalui Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas.

Selain makanan yang disajikan halal, kolam renang juga diasingkan bagi lelaki dan wanita.

Semak Harga

De Palma Hotel Ampang

12 Halal hotel di Ampang

Alamat: De Palma Ampang, Palm Square, Jalan Selaman 1/2, Ampang Point, Selangor, 68000 Ampang Jaya

Telefon: 03-4270 7070

hotel halal malaysia: 12
Sumber gambar: agoda.com

De Palma Hotel Ampang adalah sebuah hotel yang dimiliki oleh De Palma Manangement Services Sdn. Bhd.

Hotel islamik ini ditubuhkan sejak tahun 1996 dengan cawangan Shah Alam dan Kuala Selangor.

Tambahan pula, ia merupakan hotel pertama di Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Hikmah.

Bilik-bilik penginapan dilengkapi dengan Al-Quran, telekung dan sejadah. Restoran The Rumbia dan The Sports Kopitiam telah diiktiraf halal oleh JAKIM.

Semak Harga

The Wembley A St Giles Hotel Penang

13 Halal hotel di Georgetown

Alamat: 183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Telefon: 04-259 8000

hotel halal malaysia: 13
Sumber gambar: Hotelbeds, Hotels.com, The Wembley – A St Giles Hotel, Penang

Mencari hotel mesra muslim di sekitar Penang? Anda boleh menginap di The Wembley – A St Giles Hotel Penang

Hotel ini menyediakan sejadah di setiap bilik penginapan, restoran halal dan parkir secara percuma.

13b
Sumber gambar: Instagram @jj_zheng_zx

Antara tarikan pelancongan yang anda boleh pergi seperti Komtar, Prangin Mall dan Penang Peranakan Mansion.

Tambahan pula, anda boleh menikmati DSRT Sky Room View Penang.

Semak Harga

Silka Maytower Hotel, Kuala Lumpur

14 Halal hotel di Jalan Munshi Abdullah

Alamat: 7, Jalan Munshi Abdullah, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2602 8388

hotel halal malaysia: 14
Sumber gambar: Silka Maytower, Booking.com, Hotels.com, Mostafa Mahmoudi

Meskipun Silka Maytower Hotel hanyalah bertaraf 3 bintang, namun suasanya tidak ubah seperti hotel mewah.

14je
Sumber gambar: Instagram @chef_hafiz90

Ia juga tersenarai sebagai hotel halal JAKIM dengan makanan yang halal tanpa diragui dan bebas alkohol.

Selain itu, muslim friendly hotel menyediakan kelengkapan sejadah dan penanda arah kiblat bagi memudahkan para tetamu.

Semak Harga

Shangri-La Hotel Kuala Lumpur

15 Halal hotel di Jalan Sultan Ismail

Alamat: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 03-2032 2388

15
Sumber gambar: Shangri-La Kuala Lumpur, Avrilios Mandoras, GIATA

Shangri-La Hotel Kuala Lumpur amatlah mudah diakses kerana terletak betul-betul di tengah bandar KL.

15a
Sumber gambar: Instagram @daushusny

Hanya 5 minit berjalan kaki yang diperlukan untuk ke Menara KL dan Menara Berkembar Petronas.

15b
Sumber gambar: Instagram @coachvaenu

Selain kemudahan solat, bilik-biliknya dihias mewah dan elegan dengan pemandangan bandar yang jelas kelihatan dari tingkap-tingkap yang besar.

Tambahan pula, servis shuttle ke lapangan terbang turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Semak Harga

Baca: 14 Tempat Menarik Untuk Solo Trip Di Malaysia

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

16 Halal hotel di Sunway City

Alamat: 100 Jalan Putra, Kuala Lumpur, Greater Kuala Lumpur, 50350, Malaysia

BACA JUGA  19 Hotel Dengan View KLCC Yang Terbaik

Telefon: 03-4040 9888

Bertentangan dengan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hotel halal dan moden ini juga berhampiran Menara Petronas dan Pasar Sentral.

Bilik bermula dari RM 300 semalam ini juga dihiasi cahaya terang dan karya seni kontemporari. Menarik lagi, terdapat suite dilengkapi ruang tamu dan ada balkoni dengan view bandar.

Keluarga yang bercuti di KL dengan kanak-kanak juga boleh membawa anak mereka berseronok di kolam kanak-kanak. 

Malah, ibu bapa boleh berehat di kedai kopi, mandi di kolam renang terbuka atau bersenam di pusat kecergasan. 

Semak Harga

The Everly Putrajaya

17 Halal hotel di Putrajaya

Alamat: 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03-8892 2929

Hotel Everly Putrajaya terletak di Presint 15, Putrajaya dan boleh berjalan kaki ke Alamanda Mall serta 2 minit memandu ke Taman Warisan Pertanian. 

Penginapan semalam dari RM 250 dan terdapat kemudahan kolam renang, gimnasium dan restoran.

Dari bilik hotel halal Malaysia berhawa dingin ini, pengunjung boleh melihat tasik yang cantik tau!

Semak Harga

Amari Johor Bahru

18 Halal hotel di Johor Bharu

Alamat: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Telefon: 07-266 8888

Terletak di pusat bandar Johor Bharu dan 8 minit berjalan kaki dari stesen keretapi Johor Bharu, hotel Amari ini dibarisi pelbagai kedai dan restoran halal. 

Hotel ada sijil halal Jakim ini mempunyai 242 bilik dan suite dengan reka bentuk dalaman menarik.

Terdapat juga spa, kolam renang terbuka, restoran dan gym. Legoland Johor juga hanya 30 minit dari hotel ini. 

Di depan pintu hotel ini, anda akan menemui beberapa pusat membeli-belah termasuk Komtar JBCC dan berhampiran Pusat Beli-belah City Square serta Zenith Mall.

Semak Harga

Grand Ion Delemen Hotel

19 Hotel halal di Genting Highland

Alamat: 1, Jalan Ion Delemen, 69000 Genting Highlands, Pahang

Telefon: 03-6433 2200

Hanya sejam memandu dari KL, hotel Grand Ion ini antara resort yang menjadi tumpuan pelancong untuk bermalam ketika bercuti di Genting Highland.

Selain itu, hotel di Genting ini juga berdekatan Taman Tema Genting SkyWorlds yang popular dan kira-kira 4.5km dari Genting Strawberry Leisure Farm.

Beberapa bilik juga dilengkapi langsir gelap dan mempunyai balkoni dengan view gunung Banjaran Titiwangsa yang indah.

Apa kata pengunjung?

“Hotel yang bagus untuk menginap! Ini kali kedua saya menginap di sini. Kali pertama adalah wayyyy jauh sebelum covid-19…” – Syarafina

Semak Harga

Cara Semak Status Halal Jakim

Bukan sahaja pemilik restoran yang perlu ada status halal, malah hotel di Malaysia juga harus memiliki sijil Halal JAKIM.

Jadi, umat islam dapat menginap dan makan dengan yakin, terutama ketika ada promosi buffet Ramadhan, jom sahur, iftar dan set Ramadhan.

Lagi mudah, kita boleh semak status halal hotel dan juga produk luar negara dari rumah je.

Jangan risau, ikuti je cara semak status halal online di bawah;

  1. Layari website rasmi JAKIM di sini: http://www.halal.gov.my/ 
  2. Pilih negeri atau masukkan maklumat carian anda.
  3. Pilih kategori “Hotel / Resort” yang anda ingin membuat semakan status. 
  4. Tarikh pendaftaran / tarikh luput sijil halal akan disenaraikan bagi premis berkenaan.
  5. Selain hotel dan resort, carian ini juga boleh digunakan untuk menyemak restoran dan premis makanan lain.
4/5 - (16 votes)
Tags: halalhotelhotel islamikMalaysia

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    248 shares
    Share 99 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved